Monday, May 30, 2011

Blog Miey Omey

Assalamu'alaikum semua..

Petang ni aku nak promote satu lagi blog yang mana blog aku di dalam bloglistnya..

Blogger ini seorang perempuan dan baru saja berada di dunia blog ni dalam tempoh 3 bulan.. Ini jika berpandukan kepada tarikh entri pertama di dalam blognya.. Dan follower blognya pun baru dalam linkungan belasan orang..

Yang pasti blog aku berada di dalam They are awesome (bloglistnya) kerana dia follow kedua-dua blog aku..

Cuba tengok ni...



Jadi apa kata petang-petang macam ini kita ambil sedikit masa untuk menerjah blognya..??

Jom.. Jom..



Klik pada banner di atas

***

Sunday, May 29, 2011

Bir Halal Bertukar Haram, Komen Aku..??

Assamu'alaikum kepada semua pembaca dan pengunjung blog ini..

Sehari dua kebelakangan, heboh tentang isu bir yang dulunya halal kini difawtakan haram.. Puncanya kerana kandungan alkohol di dalam minuman itu melebihi paras yang ditetapkan.. SINI

Komen aku..??

Sabda Nabi yang bermaksud,

"Setiap sesuatu yang memabukkan maka bahan tersebut itu adalah haram".

Hadis riwayat Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud.

Aku sebenarnya tidak ingin membahaskan tentang tahap kandungan alkohol di dalam minuman itu.. Cuma aku ingin sebut tentang hukum penggunaan alkohol di dalam minuman dan seumpamanya..

Dalam hadis di atas jelas menyatakan bahawa setiap yang memabukkan itu adalah haram. Jadi persoalannya, minuman itu kini diharamkan kerana ia memabukkan atau kandungan alkoholnya yang melebihi tahap yang telah ditetapkan?

Perlu kita faham bahawa asal kepada proses daripada pembuatan alkohol itu adalah daripada sumber yang halal iaitu buah-buahan. Maka asas hukum ialah, penggunaannya adalah diharuskan selagimana ianya tidak membawa kepada kemabukkan.

Kaedah usul fiqh menyebutkan,

"Benda yang tiada hukum padanya, maka ia harus (digunakan)'.

Jadi berbalik kepada isu bir tersebut, atas tujuan apakah ianya dimasukkan? Jika atas tujuan untuk memanjangkan tempoh ketahanan sesuatu produk, maka ianya diharuskan. Akan tetapi jika digunakan untuk tujuan memabukkan, maka ia adalah haram dengan jelas.

Kaedah usul fiqh menyatakan lagi,

'Setiap perkara (dihukumkan) dengan tujuannya'.

Kesimpulannya, tidak kisahlah samaada kandungan alkohol itu kurang atau lebih daripada o.o1 peratus, jika ianya memabukkan maka hukum mengguna juga meminumnya adalah haram. Dan begitulah sebaliknya.

Dan terlebih baik jika kita menjauhi perkara yang syubhah (yang masih belum dihukum halal atau haram) pada penggunaaannya.

Sekadar coretan daripada insan yang dhoif.

Wallahu'alam.

***

Penulis Senja Cari Blog Simple Dan Kemas

Salam dan selamat petang..

Tadi masa nak tag seorang blogger untuk seorang satu contest yang aku join (SINI), sesampainya aku ke blog dia rupanya dia dah letak link blog aku untuk satu segmen blog review..

Dan memandangkan untuk segmen ni tarikh tutupnya pukul 8.00 malam ni, jadi aku pun nak join juga..

Entahlah samada blog aku ni simple dan kemas @ tidak, cuma niat aku join sekadar nak dapatkan pandangan daripada blogger lain berkenaan blog aku.. Dalam beberapa segmen review blog yang aku join sebelum ni, pelbagai respon positif juga negatif yang aku terima.. Jadi sebelum beberapa perubahan darastik aku nak buat kat blog aku ni, aku hendak dapatkan dulu pandangan ikhlas dari blogger lain..

Masing-masing punya pandangan berbeza.. Yang berbeza itulah aku cuba nak satukan untuk mendapatkan hasil terbaik.. Jadi kepada Penulis Senja, aku join segmen anda...



Untuk ke segmen, klik header di atas

Komen aku tentang blog Penulis Senja..

Blog yang simple.. Dan aku paling suka dengan entri berbentuk bingkisan rasa anda a.k.a puisi, sajak serta adik-beradiknya yang lain... ;)

3 blog yang aku suka beserta headernya..







P/S :

Actually aku ingin juga blog aku yang INI direview sekali.. Tapi memandangkan untuk blog yang tu, semua perkongsiannya berbentuk ilmiah, bukannya segmen dan seumpamanya, maka blog yang ini aku pilih untuk direview..

Sekian.

***

Blog Saya Biasa Biasa Je Tapi Cool!

Salam dan selamat petang..

Aku nak join contest Cik Aish.. Tak menaruh harap nak menang tapi aku tetap nak join juga huhu..

1. Mestilah menjadi follower Belog Cik Aish

Sudah...

2. Buat satu entry bertajuk Blog Saya Biasa Biasa Je Tapi Cool!

Selesai...

3. Dalam entry tu anda wajib letak 1 entry korang yang terbaik (letak link je)

Erm.. Ntah la yang mana terbaik antara semua entri dalam blog aku ni.. Tapi aku nak letak link yang ni; satu perkongsian yang aku tulis khusus untuk diriku dan diri blogger-blogger yang lain...

http://abuhanif186.blogspot.com/2011/03/ustaz-ni-blogger-kan.html

4. Letak header Belog Cik Aish dalam entry tersebut dan linkkan ke Belog Cik Aish



5. Tag SEORANG rakan blogger dan pastikan dia tahu dirinya ditag

Aku nak tag senior aku yang ni.. Nadiyah Hashim dengan blognya : relaks..tenang..simple..

6. Letak link entry tu dekat sini

On the way...

Tu saja.. Ma'assalamah..

***

Tuesday, May 24, 2011

Lagi Blogger Bloglistkan Blog Aku...

Salam dan selamat petang..

Seperti kebiasaannya, bila ada saja blog aku dalam bloglist blogger lain, aku akan kasi review itu blog... Dan sekali lagi aku ingatkan, review ini khas aku buat untuk mereka yang tak pernah aku minta pun untuk berada dalam blogkist diaorang, tapi diaorang dengan sukacitanya nak masukkan aku dalam tu...

Dan hari ini sasarannya.. Jeng.. Jeng.. Jeng..

Pertama yang aku pasti, blog aku sudah berada kat situ untuk satu tempoh waktu yang lama memandangkan tagline yang timbul adalah yang lama iaitu 'Tusbihul Khair Min Ahlil Khair' sedang yang terkini aku gunakan adalah 'Kalam Dari Pondok Tua' ...

Ce tengok.. Ce tengok...



Keduanya, blog ini lebih menjurus kepada keagamaan.. Ini boleh kita ketahui bila melihat kepada entri-entri, kata-kata, serta blog-blog yang blogger ini senaraikan..

Dah macam mana blog aku boleh tersesat..??

Mestilah.. Dulu blog aku pun blog keagamaan juga, tapi sekarang ni dah jadi rojak buah-buahan.. Hukhuk

Jadi, sebagai penyelesaiannya apa kata tukarkan link blog aku yang ni dengan url blog aku yang baru INI .. Hehe tu pun kalau sudi la... Lalala

Ketiga, loading untuk blog ni tidaklah terlalu berat, dan tidak juga terlalu ringan... Tidak banyak widget yang menunggu masa untuk loading akan tetapi untuk bloglist tu apa kata aku cadang supaya anda setting kepada hanya nama blog dan entri terkini dipaparkan.. Untuk imej tu, aku berpandangan tiada keperluan sangat pun...

Keempat, sayang blog ini tidak berheader.. Sebenarnya header berfungsi sebagai pemikat mereka yang berkunjung ke blog anda.. Ia melambangkan identiti kita.. Tak semesti perlu gempak, header biasa-biasa pun dah ok.. Tapi tak pa kot tiada, memandangkan untuk follower dia dah letak pada bahagian paling atas..

Tu saja kot review dari aku.. Banyak-banyak sangat pun, nanti 'angin' pula blogger tu dengan aku hehe..

Aku mengundur diri dulu.. Wassalam



Klik gambar untuk ke blog

***

Bila To'Wan Menjadi Watak Cerita...

Salam dan selamat petang..

Kelmarin gara-gara Ben Ashaari buat segmen, nama pena To'wan tiba-tiba menjadi teraju penting beberapa kisah yang ditulis untuk segmen tu..

Erm.. ada yang aku dah singgah dan masih ada yang belum.. Ingat untuk cerita terbaik bagi watak To'Wan di dalamnya, aku nak buat review khas untuk blog tu nanti.. Hehe

Apa-apa pun jom la kita terjah dulu blog-blog yang mana watak aku (To'Wan) ada di dalamnya..

http://nazihanali.blogspot.com/2011/05/cerita-kreatif-aku-bersama-ben-ashaari.html

http://azzaazman.blogspot.com/2011/05/cerita-kreatif-aku-bersama-ben-ashaari.html

http://farizaothman.blogspot.com/2011/05/cerita-kreatif-aku-bersama-ben-ashaari.html

http://frameandlenses.blogspot.com/2011/05/cerita-kreatif-aku-bersama-ben-ashaari.html

http://platunkhaz.blogspot.com/2011/05/plan-no-149-cerita-kreatif-aku-bersama.html

http://lytulip.blogspot.com/2011/05/cerita-kreatif-aku-bersama-ben-ashaari.html


P/S:

Ni yang aku jumpa @ diberitahu tentangnya... Kalau masih ada yang berbaki yang aku tidak senaraikan, sila khabarkan kepadaku...


***

Rasa Mengantuk Aku Hilang Bila....

Salam dan selamat pagi..

Tadi ngantuk bukan 'main'..

And Then.. Ngantuk aku tu hilang bila dapat benda ni...



Sekeping memo tak rasmi dari murid untuk cikgu

Psst...

Ni aku dapat masa dok semak kertas peperiksaan petengahan tahun.. Baguih betoi anak murid aku yang sorang ni.. Belajar dari Amir kot..?? 'I'm Sorry..." hukhuk ;)

Rasa-rasa anda, berapa markah patut aku nak bagi dia....??

***

Monday, May 23, 2011

Segmen Blog Review Oleh Jamaluddin.Net

Salam dan selamat malam..

Dah lama aku tak join segmen blog review oleh blogger.. Dan malam ni yang menjadi pilihan aku laman Jamaluddin.Net

Antara sebab utama aku selalu join segmen blog review adalah kerana aku nak tahu pendapat blogger dan pembaca lain tentang blog tak seberapa aku ni.. Yang kurang aku cuba perbaiki, dan yang disukai aku cuba kekal dan pertingkatkan..

Ok.. aku terus saja ke segmen..

Banner Tuan Empunya Segmen



Untuk segmen ni, tuan segmen minta tulis apa-apa saja yang nak ditulis.. Lagi bagus kalau komen untuk memajukan blog beliau...

Erm.. Aku tak pandai sangat bab nak komen-komen ni.. Jenis aku, bila aku suka dengan satu-satu blog tu, aku akan follow.. Tak kisah kesukaan aku disebabkan blog itu sendiri yang menarik dari segi penyusunannya, atau menarik dari segi entri-entrinya.. Yang pasti, bila suka 'I Follow U"... ;)

Apa-apa pun memang aku suka dengan laman Jamaluddin.Net ni.. Banyak info-info serta entri-entri bermanfaat terutama berkenaan tips-tips serta tutorial yang akan kita dapati bila berkunjung ke laman ini...

Bagi yang nak tahu dengan lebih lanjut, klik SINI

Sekian.. Wassalam

***

SEGMEN KREATIF BEN ASHAARI KEMBALI



Nak tahu lebih lanjut tentang segmen ni..??

Klik SINI

***

Saturday, May 21, 2011

Blog Aku Dalam Bloglist Shinydonut...

Salam dan selamat pagi..

Erm bila aku review blog orang lain, selalunya orang tu akan letak blog aku dalam dia punya bloglist.. Dan untuk blog malam ni pun sama juga..

Cuba tengok ni...



Kriteria yang dia pilih untuk masukkan blg aku tu dalam dia punya bloglist..??

Entah.. Aku tidak punya jawapan.. Cuma kalau blogger tu baca entri ni nanti, tolong jawab erk... ;)

Apa-apa pun, terima kasihlah kerana berkongsi trafik dari blog anda... Hukhuk

Nak berkenalan dengan blogger ni..??

Jom klik header kat bawah..




***

Friday, May 20, 2011

SEGMEN BLOGLIST ABGTEROR | TANAH TUMPAH DARAHKU

Salam dan selamat malam..

Malam ni nak join bloglist lagi.. Pilihanku malam ni, blog Abg Teror .. Tak tau sempat ka dak memandangkan dia nak 100 blog terawal saja.. Erm lantaklah labu.. Huhu



SOALAN

1. Dimana anda dilahirkan?

Hospital Besar Kangar.. Sekarang dah ditukar kepada Hospital Tengku Fauziah

2. Dimana anda dibesarkan?

Kampung Bongkok, Kangar , Perlis...

3. Negeri pilihan anda untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist abgteror.

Mestilah Perlis... Huhu

4. Ceritakan sedikit mengapa anda memilih negeri tersebut.

Hujan Batu Di Negeri Sendiri, Hujan Emas Di Negeri Orang, Lebih Baik Di Negeri Sendiri...

Maksudnya pakat tafsir sendiri la.. Cakap bahasa jiwa bangsa.?? Hukhuk

Tu saja.. Sekian :)

***

Cik Harum Manis, Mengapa Menjadi Murahan..??

Assalamu'alaikum..

Petang ni aku nak sambung gebang pasal buah hati aku yang menjadi rebutan ramai; Cik Harum Manis... Bagi yang terlepas entri yang lalu berkenaan Si Dia, boleh rujuk kat SINI ..

Lepas aku post entri tentang buah hati hati aku tu, ramai juga yang tinggalkan komen kat entri tu juga kat facebook aku... Ringkasnya, masing-masing sebut benda yang sama, bahawa buah hati aku tu dah jadi murahan sejak dia ke Kuala Lumpur... Sehingga ada yang sebut, " Kat sana, dia jual RM10 untuk 3******** ".

Perasaan aku bila orang cakap macam tu..?? Erm.. sedih tu memang la sedih, tapi kita tak boleh percaya kat orang bulat-bulat.. Kena selidik dulu betul-betul...

Dan akhirnya...

Setelah aku selidik, juga aku bertanya kepada orang-orang yang sepatutnya, aku menarik nafas lega kerana cerita itu tidak benar sama sekali...

Kebenarannya ialah...

Memang betul ada dijual dengan RM10 untuk 3 kil0gram, tapi tu bukan mempelam harum manis, tapi mempelam jenis sala; juga hasil dari Perlis... Sehingga pada sebahagian tempat, dinaikkan banner atau kain rentang bahawa mempelam dari Perlis dijual dengan harga sebegitu..

Maka orang yang merasa murah dengan harga tersebut, terus membeli tanpa bertanya kepada si penjual akan jenisnya kerana menyangka bahawa bila sebut mempelam Perlis, sudah semestinya harumanis... Sedang depa tak tau yang kat Perlis ni, dok ada beberapa jenis lagi mempelam yang sedap tapi lebih murah berbanding dengan Cik Harum Manis.. Jadi awas, jangan sampai anda tertipu...!!! ;)

Apa-apa pun, walau dah ramai buah hati kat Perlis ni yang boleh dipilih, masing-masing tetap tak pernah nak puas.. Yang aku dengar cerita, la ni pakat dok tergila-gila dengan yang dari negara jiran pula; Thailand.. Ni yang paling popular katanya...


Cik Nam Dok Mai

Sekian.. Wassalam

***

Wednesday, May 18, 2011

Bila Wang Hantaran Menjadi Rukun Pernikahan..

Assalamu'alaikum dan selamat pagi...

Sepanjang cuti beberapa hari lepas, banyak jugalah terima undangan untuk menghadiri kenduri perkahwinan.. Dan daripada undangan yang diterima itu, beberapa orang teman selamat mendirikan rumahtangga..

"SELAMAT PENGANTIN BARU &
SEMOGA BERBAHAGIA MENEMPUH ALAM PERKAHWINAN"

Erm... Aku bila lagi..?? Hehe.. Tidak akan lari gunung dikejar.. Ada jodoh, adalah binaan masjidnya nanti...

Terlajak berbicara tentang perkahwinan.. Hari ni aku nak bergebang pasal wang hantaran.. Kenapa mesti topik ini..?? Ha kalau sudah topik ini aku pilih, mestilah ada benda yang aku nak komplen dan tak puas hati bukan..??

Pssst... Mai aku nak habaq..

Adakah anda kaum hawa tahu atau tidak, bahawa dalam satu kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa isu wang hantaran kini menjadi mimpi buruk untuk kaum adam termasuklah aku..??

Sebabnya... Wang hantaran dah jadi rukun nikah woo.. Kalau tiada, tidak sah pernikahan... Ayat lebih mudah, jika si lelaki yang tidak mampu menyediakan wang hantaran dalam jumlah yang telah ditetapkan oleh pihak perempuan, maka tidak akan berkahwinlah si lelaki itu...

Dalam Islam, pemberian yang wajib itu adalah mas kahwin.. Dan wang hantaran pula sebenarnya, adalah pemberian sunat yang diberikan oleh si lelaki kepada pihak perempuan untuk menguruskan kenduri perkahwinan dan seumpamanya berdasarkan kemampuan si lelaki..

Tak salah pihak perempuan nak tetapkan jumlah wang hantaran kerana ia antara benda yang masih berlegar pada hukum harus pada perkahwinan tapi bila jumlah yang ditetapkan itu melebihi batas kemampuan si lelaki, ni apa cerita..?? Kat mana yang sunat tu..?? Kat mana pula keberkatannya..??

Yang aku perasan, jumlah wang hantaran yang ditetapkan pula bergantung kepada kelulusan pendidikan si perempuan.. Jika takat SPM, lain harga.. Jika diploma pula, lain harga.. Jika ijazah pula, lain harga.. Dan begitulah seterusnya..

Lagi yang aku perasan, tinggi-tinggi wang hantaran yang dok ambil tu, kenduri tetap sama juga.. Jika kelulusan SPM, lembu seekor ditumbangkan, untuk diploma dan ijazah pula, lembu seekor juga ditumbangkan...

Habis, lebihan wang hantaran tu nak buat apa...??

Bersambung...

***

Saturday, May 14, 2011

Hadiah Hari Guru...

Bismillahirrahmanirrahim...

Tadi sekolah tempat aku menjadi guru sandaran buat sambutan Hari Guru.. Diawalkan 2 hari kerana hari Isnin dan Selasa sekolah akan bercuti sempena Hari Keputeraan Raja Perlis..

Erm.. Banyak aktiviti dan acara yang dianjurkan tadi termasuk sukan antara guru dan pelajar.. Cuma malam ni nak berkongsi dengan pembaca semua hadiah-hadiah yang aku dapat pada majlis siang tadi.. :)

Tak banyak pun aku dapat.. Maklumlah baru sebulan lebih berkhidmat kat SINI

Antara hadiah yang aku dapat..


Plat dari pelajar yang tertera ucapan 'SELAMAT HARI GURU'



Hadiah dari cikgu perempuan..
Single lagi tau ahaks :P

Lorh.. Awat pandang aku semacam jer..?? Ni tukar-tukar hadiah antara guru la.. Dak cabut undian dapat lagu tu, tima saja la.. Hukhuk

Tabung Katak

Ni tabung hadiah dari pelajar perempuan yang aku pernah cerita kat pembaca semua di entri INI ..

Motif dia bagi aku tabung..?? Erm.. Nak suruh aku kumpul duit supaya lekas kahwin kot.. Lalalala

Tapi banyak-banyak hadiah aku dapat, kat bawah ni paling istimewa..

Jeng.. Jeng.. Jeng.....


Pen merah, pen biru..
You marah, I love you..

Motif dia bagi aku pen merah..?? Erm.. Nak bodek aku la tu supaya 'murah' markah.. Maklumlah exam pertengahan tahun, Rabu depan..

Hehe.. USTAZ gurau saja... Tau aih kamu ikhlas bagi hadiah ni tadi..

Tu saja kot aku nak kongsi malam ni.. InsyaAllah kalau ada benda lain lagi aku nak cerita pasal Hari Guru, aku akan buat entri khas nanti.. Sama-sama nantikan..

Adios.. Wassalam

Catatan Penulis :

' MENJADI GURU ITU MUDAH, TAPI UNTUK MENJADI SEORANG PENDIDIK ITU MEMANG PAYAH ' baca entri INI ...


***

BEN ASHAARI UCAP SELAMAT HARI GURU

Assalamu'alaikum dan selamat petang..

Alhamdulillah semalam blogger dah kembali normal setelah lebih 24 jam 'server down'.. Dan hari ni untuk coretan baru kat sini, aku nak join segmen BEN ASHAARI...

1. Header Tuan Empunya Segmen



2. Tajuk : BEN ASHAARI UCAP SELAMAT HARI GURU

3. Dimanakah anda belajar dulu .. sekolah rendah , menengah kemudian menyambungkan pelajaran di ... Tahun jangan lupa yer ..

Tahun 1993-1998 :

Aku bersekolah rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Santan di Perlis.

Tahun 1999-2005 :

Walaupun selepas dapat result UPSR aku ditawarkan untuk ke salah sebuah sekolah sains berasrama penuh, tapi akhirnya aku mengambil keputusan untuk masuk ke salah sebuah SAR (Sekolah Agama Rakyat); MADI ...

Tahun 2006-2007 :

Aku masuk ke salah sebuah kolej swasta di Kedah; KIDU (Kolej Islam Darul Ulum) namanya... Lebih kurang setahun setengah aku kat sini...

Tahun 2008-2009 :

Disebabkan ada sedikit masalah yang tidak mampu aku elakkan di KIDU, akhirnya aku buat tranfer kredit ke Terengganu.. Destinasiku kali ini ialah KUDQI (Kolej Universiti Darul Quran Islamiyah).. Alhamdulillah akhirnya aku berjaya menamatkan pengajian di sini dengan memperolehi Diploma Usuluddin (Pengkhususan Tafsir Dan Ulum Al-Quran)..

Tahun 2010 - Kini

Aku menyambung pengajian di UST (Universiti Sains & Teknologi) di Sana'a, Yaman di dalam bidang Dirasat Islamiyah (Pengajian Islam). Disebabkan sekarang keadaan di sana masih huru-hara, aku dihantar pulang ke Malaysia lebih kurang 2 bulan yang lalu.. Pakat doa-doakanlah keadaan di Yaman kembali aman dan aku dapat habiskan pengajianku di sana.. InsyaAllah..

4. Cikgu yang anda masih ingat sampai sekarang , dan mengapa ..

Ustaz Yusoff.. Guru yang paling garang masa aku kat sekolah menengah dulu.. Dan sampai sekarang masih kekal guru tergarang kat situ.. Ni bukan aku kata, tapi pelajar-pelajar junior di situ yang kata...

Tapi aku ingat ustaz ni bukan disebabkan dia garang, tapi kerana dia banyak ajarkan aku berkaitan kemahiran hidup.. Bukan dari segi teori tapi praktikal... Antaranya kemhiran untuk membaiki paip dan saluran air... Terima kasih ustaz... :)

5. Ceritakan segala kenangan anda sebagai seorang guru ..

Erm.. Kenangan sebagai guru tak banyak kot.. Pasal aku hanya jadi guru sandaran saja dalam tempoh waktu tertentu..

Tapi yang pasti dalam tempoh menjadi seorang guru, baru aku sedar bahawa 'MENJADI GURU ITU MUDAH, TAPI UNTUK MENJADI SEORANG PENDIDIK ITU MEMANG PAYAH'...

Maksud aku..

Disamping kajayaan akademik, sesetangah guru terkadang lupa untuk menitik-beratkan soal akhlak juga sakhsiah diri pelajar.. Kajayaan terbesar bagi seorang guru itu sebenarnya, bila dia berjaya mendidik budak yang langsung tiada dilihat berpotensi pada permulaannya menjadi seorang yang berjaya di dalam akademik serta berjaya juga dididik dengan akhlak mulia.. Ini pandangan peribadi aku la...

Kenangan peribadi tak boleh lupa, bila dapat 'ANUGERAH GURU TERKACAK' sempena hari guru satu ketika dulu walau kalau korang tengok rupa aku memang tak kacak pun.. Tapi bukankah Allah dah berfirman dijadikan manusia itu sebaik-baik kejadian..?? Maka bersyukurlah kita dengan apa yang ada..

Pasal pernah dapat anugerah ni juga la kot, aku pernah kena mengorat dengan anak murid perempuan.. Haha Tapi etika perguruan tetap kena jaga, bukan..?? Ni kira cabaran jugalah untuk guru-guru muda lagi bujang macam aku ni bila berhadapan dengan situasi macam ni..

Hemat serta pesanku untuk guru-guru muda serta diri sendiri, kalau iman tak kuat jangan mengajar kat sekolah menengah.. Nanti tertewas..

Tu saja.. Sekian adanya coretanku ini..

P/S : Dah singgah sini, jangan lupa singgah juga blog aku yang INI

***

Wednesday, May 11, 2011

Pencarian Blog Kemas, Cantik dan Berinfomasi BY QISZANA

1. Banner Tuan Punya Blog



2. Follow blog supaya senang update entri baru Qis ( tak wajib )

3.Tajuk Entri: Pencarian Blog Kemas, Cantik dan Berinfomasi BY QISZANA

4.Pencarian Blog ada 3 kategori ::: Pertama : Blog Kemas …Kedua : Blog Cantik…Ketiga : Blog Berinfomasi.

Erm.. Aku nak buat satu entri tapi untuk promote dua blog, boleh tak..?? :P

Blog INI dalam kategori : Blog Kemas

Blog INI pula dalam kategori : Blog Berinfomasi

***

Jom Lepak di Bangku Kosong

Salam dan selamat tengahari..

Hari ni nak join lagi bloglist kat Bangku Kosong..

Ni aku petik kat-kat tuan empunya blog Bangku Kosong,

"Salam.
Saya nak kumpul blog ... boleh tak? Saya kalau boleh nak kumpul blog-blog baru .. yang kurang dari 500 followers. Boleh? Jika ada sesiapa yang sudi nak disenaraikan dalam pengumpulan blog-blog ini, boleh la buat satu entri ... erkk tak tulis apa2 pun ok.

Nak disenaraikan tak? Nanti senang nak berblogwalkin/blog hopping baik buat diri saya dan rakan-rakan blogger yang lain. Nak join? Buat satu entri dengan tajuk ini:

Tajuk: Jom Lepak di Bangku Kosong ".



( Klik )

Sebenarnya dah ada link blog aku yang ni kat blog dia.. Jika berkunjung kat blog BK leh tengok kat bloglist Bangku Emas tu ha..

Tapi entri ni sebenarnya aku buat semata-mata nak promosi blog aku yang lagi lagi satu nu... Pasal tu blog khusus aku buat untuk ruangan soal & jawab serta untuk berkongsi penulisan dalam bentuk lebih limiah.. Untuk entri segmen @ bloglist memang aku tak masukkan dalam tu..

Jadi, kepada tuan blog Bangku Kosong, sudilah kiranya masukkan link blog aku yang ni...



***

Laman Cahayamata...

Assalamu'alaikum dan selamat pagi..

Semalam, setelah pulihnya internet daripada lumpuhnya, benda pertama yang aku buka mestilah blog aku ni (SINI) ..

Masa dok check trafik harian, capaiannya datang dari satu blog yang ni.. Berdasarkan pengalaman aku sebelum ni, jika sekiranya capaian itu datang dari blog yang kita sendiri tak kenal, maka selalunya dia akan letak blog kita dalam dia punya bloglist.. Dan sesampainya aku ke blog tu, dengan sedikit semakan, ternyata telahanku itu tepat..

Terima kasihlah pasal sudi letak blog aku kat situ.. Dan ni bloglist yang mana blog aku masuk dalam senarai tu...



Sedikit info tentang pemilik blog ni :

AINA

Satu-satunya isteri kepada En.Mat P, ibu kepada Aman, Almustofa, Addin dan Fatih. Anak sulung Pak Lah dan Mak Engku. Berkhidmat sebagai pengurus rumah tanpa tangga.

Ok.. Nak berkenalan dengan lebih lanjut dengannya, boleh klik banner di bawah..



***

SAYA NAK JOIN BANNER BOX GIVEAWAY by BUDAK PEGHELIH BELETIAQ



SAYA NAK JOIN BANNER BOX GIVEAWAY NI!!!

Follow blog ini dan Like Facebook Fan Page beserta Like entri ini..
*Optional (nak buat pun boleh tak nak pun tak pe)

***

Dua Puluh Sen..

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera..

Dah 3 hari aku tak update blog ni.. Sedikit sibuk dengan tugasan harian.. Internet pula buat 'perangai' sehari dua ni.. Blog aku yang satu lagi pun tak terupdate-update.. Soalan dah ada, cuma masa nak jawab dan tulis yang tak mengizinkan... (SINI)

Alhamdulillah hari ni line dah stabil balik.. Ini bermakna juga, aku sudah boleh menulis balik..

Dalam tempoh aku tak berinternet ni, banyak juga yang tinggalkan jejak kat sini.. Tak sempat lagi nak berblogwalking kembali.. Juga banyak juga yang tinggalkan komen mempelawa aku menyertai segmen serta bloglist diaorang.. Tak tahu nak dahulukan yang mana satu dulu..

Apa-apapun.. InsyaAllah, aku pelan-pelan kayuh..

Dan berita terhangat kat kedai kopi hari ni sudah tentulah pasal harga gula naik 20 sen.. Lebih kurang dua minggu lepas harga petrol RON97 juga naik 20 sen.. Lepas ni tak tahu apa pula harga barang yang bakal naik 20 sen.. Huhu

Sebut pasal 20 sen, tiba-tiba saja aku teringat cerita Bujang Lapok.. Teringat terlatah si anak kecil yang seringkali meminta upah 20 sen bila disuruh melakukan sesuatu.. Huhu sikit-sikit lama-lama jadi bukit.. Kalau dah sepuluh orang dia minta macam tu, kan dah dapat RM2.00..?? Kira dua ringgit tu dah banyak la kalau zaman tu..

Berbalik pada perihal gula..

Cuba bayangkan kalau diambil jumlah keseluruhan rumah di Malaysia yang membeli sekampit gula setiap hari didarabkan dengan 20 sen, agak-agak berapa yang pihak berwajib akan dapat..?? Korang kira sendiri la.. Aku punya SPM, Matematik dapat G ... ;)

Tapi apa-apa pun ada kebaikan jugalah bila barang naik harga bukan..??

Sebabnya..??

Kalau gula naik harga, ramai orang akan kurangkan gula dalam minuman.. Kan dah dapat elak diabetis tu..

Kalau minyak naik harga, ramai orang akan kurangkan aktiviti meronda-ronda di jalanan.. Kan dah dapat elakkan statistik kemalangan yang tinggi tu..

Erm kalau harga gas dan beras pula bakal naik harga..??? Apa yang akan kurang dan apa yang dapat dielakkan..???

Tolong jawab sat kawan-kawan...

***

Saturday, May 7, 2011

Follower Ke-10..

Salam dan selamat malam..

Aku nak buat sedikit pengumuman.. Siapa nak tau, mai sini dok rapat-rapat.. Lelaki saja ok.. Perempuan dok jauh-jauh sikit; haram....... ;)

Ok.. Hari blog aku yang lagi satu nu dah bertambah seorang lagi follower menjadikan jumlah kesemuanya adalah 10.. Ek eleh.. Baru 10 dah nak kecoh... Lainlah kalau 10K...

Lalala.. Aku punya blog.. Bukan aku tulis entri ni kat blog korang pun, kan..kan..??

Tapi entri malam ni sebenarnya, aku nak cerita pasal si follower yang ke-10 tu..

Actually, aku tak kenal dia pun sebenarnya.. Cuma yang menariknya, dia follower terbaharu kat blog aku yang ni merangkap follower terbaru juga kat blog yang lagi satu nu.. Huhu dahsyat kau nyah.. 2 in 1 gitu..

Tengok ni...



Sedkit info yang aku dapat bila jelajah blog dia tadi.. Dia ni seorang perempuan.. Umur aku tak pasti.. Tapi tak boleh kahwin lagi kot.. Pasal bila aku dok usha-usha tadi, blog dia penuh dengan kartun.. Hukhuk gurau saja ok..

Cakap banyak tak mau.. Siapa nak bertegur-sapa dengan blogger ni, boleh pi SINI ..

***

Friday, May 6, 2011

Fan Page Dari Kacamata To'Wan

Assalamu'alaikum dan selamat malam..

Harap-harap semua yang selalu mai singgah kat blog aku ni sihatlah hendakNya..

Malam ni tiada kisah peribadi yang aku nak kongsi dan jaja dengan pembaca semua, sekadar nak bercerita sedikit..

Al-kisahnya..

Semalam aku buat fan page facebook untuk blog aku yang baru tu.. Bagi yang belum tahu blog baru aku tu namanya Dari Kacamata To'Wan.. Kalau nak ziarah, boleh pi SINI ..

Mesti ramai yang akan kata kat aku nanti, blog baru berusia 3 hari dah ada hati nak buat fan page.. Ingat kamu tu artis ka..?? Perasan popular sangat..??

Tak pa.. Tak pa.. Tu pandangan masing-masing, anda berhak untuk bersuara...

Tapi aku nak jawab macam ni saja la..

Kalau aku ni nak berlagak macam artis, atau aku ni perasan popular baik aku buat fan page untuk blog aku yang sedang anda baca ni saja.. Follower pun dah ramai.. Tapi pasal apa tiba-tiba saja aku buat fan page untuk blog yang satu lagi..?? Yang followernya pun masih tak sampai pun 10 orang??

Alasannya..

Blog yang anda baca ni kebanyakkannya berkaitan dengan diari hidupku.. Sedang blog yang satu lagi tu aku buat khas untuk berkongsi benda-benda yang lebih ilmiah dengan pembaca.. Jadi bukankah lebih baik aku kongsi penulisan-penulisan yang bermanfaat daripada aku menjaja kisah sendiri..?? Pahala dapat, dosa kurang...

Cakap banyak tak mahu..

Siapa-siapa yang sudi, bolehlah ke fan page Dari Kacamata To'wan di SINI ..

Ni perkongsian terkini tentang blog baru aku..

Jumlah pageviews bermula 3 Mei 2011 sehingga waktu entri ini aku catatkan adalah 192 dan pengikut follower terkini adalah 9 orang..



Sekian.. To'Wan melaporkan dari blog ~ Kalam Dari Pondok Tua ~

***

BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011



BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011

Maklumat lanjut : SINI

***

JIKA ANDA SEORANG BLOGGER



SAYA DAPAT BANNER NI DARI
http://www.benashaari.com/

Untuk mengetahui cara dan tujuan , sila klik SINI

Thursday, May 5, 2011

Header Baru & Hukum Menyambut Hari Ibu..

Salam dan selamat tengahari...

Tiada apa yang hendak aku coretan, sekadar sedikit pengumuman dan makluman...

Pertama, sebenarnya hari ini blog aku yang satu lagi tu dah dapat header yang baru.. Semuanya hasil kerja bertungkus-lumus si blogger Kei Seichi .. Nak kenal dengan blogger ni, korang boleh singgah SINI ..

Dan bagi yang nak tengok header yang telah siap direkabentuk juga untuk yang belum jejak kaki lagi kat blog baru aku, pi SANA ..

Kedua, entri terbaru kat blog kedua aku tu tentang hukum kita menyambut Hari Ibu.. Islam bagi atau tidak..?? Nak tahu, sila juga ke SUNU

Ok.. tu saja nak tulis tengahari ni.. Cuaca pun mendung nak hujan... Tiba-tiba mai rasa mengantuk.. Huhu

Moga ketemu lagi.. Wassalam...

***

Wednesday, May 4, 2011

Free Header by Kei Seichi

Assalamu'alaikum dan selamat pagi...

Semalam dengan rasminya aku dah ada blog baru.. Dan follower pun dah ada tiga orang.. Hehe kira ok la tu daripada tiada langsung, bukan..?? ;)

Jadi entri hari ini khas aku buat untuk mendapatkan header free untuk blog baru aku tu yang bakal disponsor oleh Kei Seichi.. Bagi yang belum tau, boleh singgah SINI ..

Istimewanya, Si Kei Seichi ni akan design header untuk blog yang berminat berdasarkan permintaan blogger itu sendiri.. Maknanya dari segi saiz, background, ayat beserta tagline dan seumpamanya, anda sendiri yang tentukan... Dan yang paling penting, ianya tanpa dikenakan sebarang bayaran.. Jadi sekiranya berminat, apa tunggu lagi..??



Ok terus saja untuk header yang aku bercadang nak minta tolong Kei Seichi buatkan..

1. Size header : 2054x 1106 ni siaz header sementara yang aku pakai sekarang.. Kalau boleh nak kecil sikit dari tu...

2. Background color : Header sekarang backgroundnya berwarna putih.. Jika Kei Seichi nak tukar warna background untuk header aku tu, so secara automatik juga background blog aku akan ditukar warnanya mengikut kesesuaian header yang telah siap nanti...

3. Ayat @ Tagline @ Seumpamanya : Nama blog : Dari Kacamata To'Wan... Tagline dia : ~ Wacana Ilmiah Perkongsian Bersama ~ Jadi aku nak letak dua benda ni saja kat atas header tu.. Nama blog kat bahagian atas.. Tagline pula kat bahagian bawah..

4. Font : Yang ni aku serahkan kepada kreativiti Kei Seichi sendiri...

5. Gambar : Yang paling penting, aku nak ada gambar kacamata hitam dalam header tu.. Yang ni pun aku serahkan atas kreativiti Kei Seinchi juga.. Terpulang kat dia nak ambil kat mana gambar tu.. Dia punya gambar cermin mata pun, aku tak kisah... Dan aku izinkan juga untuk dia menambah gambar-gambar lain yang difikirkan bersesuaian dengan nama dan blog aku tu..

6. Contact : Dah siap, hubungi aku kat talian bebas cukai 1-300-800-TO'WAN.DOT.DOT.. Hehe gurau saja ok.. Boleh bagitahu melalui emel aku : abuhanif186@yahoo.com juga boleh maklum kat mesej atau wall facebook aku : Masrul Mahdzor

Erm tu saja kot yang aku nak untuk header blog aku tu..

Catatan Penulis :

Ini header sementara yang dipakai oleh penulis..



Klik untuk ke blog..

***

Tuesday, May 3, 2011

Blog Baru Aku Dah Siap...

Assalamu'alaikum dan selamat malam semua...

Alhamdulillah akhirnya aku dah berjaya 'decorate' satu blog yang baru macam yang aku cadang nak buat pada entri siang tadi (SINI)..

Apakah nama blog baru aku tu..??

Dan bagaimana rupanya..??

Headernya pula bagaimana..??

Jika nak tau, jom terjah blog aku tu ----------> SINI

Catatan Penulis :

Dalam blog penulis yang baru ni sudah ada entri yang pertama. Meskipun hanya dicopy paste dari sumber asalnya di (SINI) tetapi entri itu memang bermanfaat untuk dibaca sebagai penambah pengetahuan untuk pembaca semua..

Dan penulis menanti follower yang pertama untuk blog baru ini..

***

Nak Buat Blog Baru...

Assalamu'alaikum dan selamat pagi...

Hari ni tiada benda sangat yang nak dikongsikan dengan pembaca semua.. Cuma sekadar sedikit respon untuk keluhan aku tempoh hari...

Keluhan yang mana..??

Ala keluhan tentang rinduku nak menulis kembali entri-entri yang berbentuk lebih ilmiah untuk tatapan pengunjung blog ini.. Dan dalam entri tu juga aku ada sebut bahawa aku akan kembali menulis entri-entri sebegitu bermula bulan Mei ini...

Setelah ku timbang-timbang dan ku fikir-fikirkan, akhirnya aku dah buat keputusan...

Aku akan kekalkan penulisan di blog ini dengan penulisan yang berbentuk santai...

Akan tetapi...

Aku akan wujudkan satu lagi blog untuk penulisan yang lebih berilmiah...

Sebabnya..??

Supaya pembaca @ pengunjung tidak akan pening-pening lalat bila masuk dalam blog aku ni dengan entri yang serba mak nenek ada... Jadi, sebelum pakat pening, baik aku ambil langkah awal dulu..

Sebelum ni, ramai juga kenalan maya yang bertanyakan beberapa persoalan juga meminta pandanganku tetang berapa perkara terutamanya berkenaan dengan hukum-hakam agama.. Jadi dalam blog baru aku tu nanti aku akan tuliskan soalan yang ditanya, kemudian aku akan berikan jawapan serta pandanganku.. Kira-kira macam rancangan Tanyalah Ustaz kat tv9 tu la...

Tapi sebelum tu, nak kena cari dulu nama untuk blog baru aku tu...

Aku cadang nak letak nama ( Teratak Ustaz Sengal ) ... @ anda pembaca mungkin punya idea yang lebih bernas...??

***

Sunday, May 1, 2011

Perlukah Anwar Ibrahim Juga Bermubahalah..??

Al-Mubahalah bermaksud al-Mula’anah (saling melaknat), iaitu dua pihak yang bertelagah masing-masing berdoa kepada Allah dengan sungguh-sungguh agar Allah menurunkan laknat ke atas pihak yang berbohong atau berdusta di antara mereka berdua.

Contoh Mubahalah ialah dengan masing-masing berdoa; “Ya Allah! Laknatkanlah orang yang berdusta di antara kami berdua dalam masalah antara kami ini”.

Pensyari’atan Mubahalah disebut di dalam ayat Allah;

Sesiapa membantahmu dalam hal itu (wahai Muhammad) selepas datang kepadamu ilmu, maka katakanlah kepadanya; ‘Marilah! kita ajak anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, kami sendiri dan kamu juga, kemudian kita bermubahalah (yakni saling berdoa bersungguh-sunguh) agar Allah menimpakan laknatNya ke atas orang-orang berdusta(Ali Imran; 61).

Entri Penuh (SINI)

Juga baca ini : MAKSUD MUBAHALAH & PERLUKAH MUBAHALAH

Catatan Penulis :

Coretan ini sekadar perkongsian penulis berkenaan hukum al-mubahalah dari perspektif Islam, bukannya untuk membela mana-mana pihak.

Kita punya mahkamah.. Kita punya undang-undang.. Biarlah yang bersalah ditentukan berdasarkan kedua-dua elemen ini..

Manusia membuat hukum.. Allah Taala juga membuat hukum.. Akan tetapi seadil-adil hukuman adalah hukum Allah Subhanahu Wa Taala..

Dalam pada itu terdengar juga cakap-cakap bahawa si pemubahalah mengangkat sumpah dalam keadaan memakai baju kalis peluru..

Soalnya, jika anda di pihak yang benar kenapa harus takut dan sayangkan nyawa anda..??

Jika ditakdir Allah mengambil nyawa anda di saat anda menegakkan kebenaran, pasti balasan yang baik iaitu syurga menanti anda...

Islam itu untuk diambil keseluruhanya, bukan diambil yang mana suka ditinggal yang mana benci...

***

Aku Bukan Musuh Harta

Mereka kata :
Mengapa kita tidak kaya raya?
Tengoklah si fulan itu,bermewahan saja..
Aku bertanya : apakah caranya untuk aku kaya?
Tapi.. secara mulia dan tanpa berdusta

Bukan kita tidak tahu
Jalan, denai dan liku
Agar harta ditemu dan disapu
Tapi semuanya cara palsu dan tipu..
Bukan kita tidak mahu,
Tapi kita tidak mampu,
Takut dan terkedu
Mengenangkan Yang Maha Satu
Yang Tiada BagiNya sekutu

Ya, telah kaya para pengkhianat,
Dengan harta yang sarat,
Tapi mereka lupa akhirat,
Balasan yang berat,
Dunia, jiwa bertukar menjadi keparat

Ya, telah kaya para pendusta,
Syarat mereka : lupakan Yang Esa,
Harta rakyat, semua disebat
Harta awam, semua dibekam
Hukum syaitan, mereka bertuhan

Kita pun ingin kaya,
Ada harta, ada kereta yang istimewa,
Ada rumah mewah yang melimpah,
Ada hidangan yang bukan sebarangan,
Ada duit yang bukan sedikit

Tapi, jalannya hendaklah suci,
Bukan seperti seorang pencuri,
Jika ada jalan yang mulia,
Di hujungnya ada harta,

Tunjukkan kita, di mana saja
Kita bukan musuh harta,
Kita cuma musuh pengkhianat bangsa
Dan Negara,
Apatah lagi pengkhianat agama..

Petikan Puisi : Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Catatan Penulis :

Sekadar pengkongsian daripada penulis untuk bersama kita merenung realiti politik di tanahair kita dewasa ini...

***
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...