Thursday, June 30, 2011

Pilihan Geng Blogger : Jun 2011

Salam dan selamat sejahtera untuk semua pengunjung Kalam Dari Pondok Tua...

Ini entri terakhir untuk bulan Jun 2011... Dan kali ini saja aku nak kongsikan dengan semua entri-entri aku yang menjadi pilihan Geng Blogger sehingga hujung bulan ini...



Ni aku print screen dari SINI

P/S :
Saja buat entri simple ni, memandangkan untuk bulan ini tak banyak entri yang aku posting...

Bulan Ini...

Bulan Ini...

Bulan ini trafik blog aku merundum...

Merundum gara-gara aku sendiri..

Sendiri dengan diri sehingga blog jarang diupdate...

Diupdate bila aku rasa nak update...

Update pun tulis biasa-biasa saja..

Saja tu bukan punca utama..

Punca utama sebab bulan...

Bulan ni aku pi sini pi sana..

Pi sana sampai nun Pantau Timur...

Pantai Timur.............


P/S:
Erm.... Tiba-tiba idea terhenti kat Pantai Timur tu... Pembaca boleh tolong sambung tak..??

Nanti aku bagi la UPAH ...

Sebut KUNING , Terbayang Apa..??

Maka jawabku....

Pulut KUNING...

Sejenis makanan daripada pulut...

Lagi..??

KUNING Telur...

Bersaudara dengan putih telur...

Lagi..??

Otak KUNING...

Otak yang dok fikir negatif...

Lagi..??

Bas KUNING...

Bas dok bawa budak-budak sekolah...

Lagi..??

Hijau KUNING...

Pasukan bola sepak negeri Kedah Darulaman...

Lagi..??

Baju KUNING...

Pemakainya punya jiwa yang BERSIH.....

Ehhh...Ehhh...

Awat yang pakat dok perati semacam bila aku sebut ayat terakhir tu...?? Aku tersilap fakta erk..?? :)

Review Khas : Entri Terbaik Bila To'Wan Menjadi Watak Cerita...

Salamullahi'alaikum dan selamat sejehtera...

Dah lama entri ni tersadai kat dalam draft sehingga aku sendiri sudah terlupa tentangnya...

Tempoh hari aku ada cakap nak buat review khas untuk blogger yang telah sudi jadikan aku ( to'wan) sebgai watak cerita untuk salah satu segmen Ben Ashaari.. Bagi yang dah lupa, boleh flash back kat SINI ...

Aku pilih untuk review blogger ini memandangkan dalam cerita yang dicoretnya tu ada sedikit kelainan berbanding cerita-cerita yang lainnya...

Sedikit info tentang blogger dan blognya yang telah aku pilih :

Seorang blogger perempuan... Blog yang simple dengan berheaderkan seekor panda di dalam kotak... Bentuk penulisan di dalam blog ini pula adalah dengan entri yang dipelbagaikan...Bila sekodeng dia punya blog archive, baru aku perasan yang blog ini baru berusia 2 bulan, tapi dia punya follower dah 900 lebih... Banyak tu...

Dan blogger yang aku maksudkan itu ialah..?? SINI ...

Wednesday, June 29, 2011

Kalam Dari Pondok Tua Berwajah Baru

Salamullahi'laikum dan selamat sejahtera...

Akhirnya...

Setelah mengambil kira pendapat bloger-blogger lain, aku buat keputusan untuk tukar template blog aku...

Bukanlah satu perubahan yang drastik sangat, cuma penambahbaikan untuk beberapa benda...

Aku cuba meraikan pendapat orang lain, dan dalam masa yang sama tidak mengenepikan keinginan sendiri...

Hasilnya...

Terhasilnya header baru untuk blog Kalam Dari Pondok Tua ...

Header made by my own hand...

Menggunakan perisian adobe photoshop yang jarang-jarang sekali aku gunakan...

Walau tidak cantik, tapi aku puas...

Puas kerana ia hasil titik peluhku sendiri....

Juga...

Bagi yang selalu berkunjung ke sini...

Blog ini kini punya fan pagenya sendiri di facebook..

Pada yang sudi ringan-ringankanlah jari anda untuk klik di SINI .... :)

Blog Kesayanganku

Header Blog Kesayanganku




P/S :

Nak tahu tujuan aku buat entri ini..?? Klik ayat ' Aku Sayang Blog Ini ' Kat atas tu...

GA PERTAMA PUTERI KATEK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Kali ni aku nak join GA PERTAMA PUTERI KATEK ...


Klik Pada Banner

3 TAJUK ENTRY TERBAIK anda sepanjang berblog

Aku pun kurang pasti sebenarnya nak letak 3 entri yang mana sebagai entri-entri terbaik sepanjang aku berblog... Apa-apa pun aku pilih 3 yang ini :

1. Kesian Arab Tu Kena Marah Dengan Melayu

2. Itu Cina Pun Faham Islam, Kita Melayu..??

3. Kenapa Blogger Melayu Sukar Bersatu..??

Jika anda perasan, walau ketiga-tiga entri ini ada perkatan Melayu tapi 3 entri di atas lebih kepada kisah kehidupan serta pengalamanku sendiri.. Tetapi disebalik kisah dan pengalaman itu, ada sesuatu yang mahu aku mahu kita ambil iktibarnya bersama..

Dan terima kasih to Puteri Katek untuk segmen ini...

LIFE IS TOO SHORT TO BE UNHAPPY!!

Tuesday, June 28, 2011

Kempen Dedah Aurat

Assamu'laikum dan selamat sejahtera...

Mesti rasa pelik dengan tajuk kat entri kat atas tu bukan..?? Mesti ramai juga nak tahu siapa penganjur kempen dedah aurat tu bukan..??

Orang cakap, terkadang gambar bisa berbicara dengan lebih baik berbanding ucapan manusia.. Dan gambar ni aku ambil semasa pulang ke kampung pada cuti persekolahan yang baru berlalu...


Lokasi : Pantai Irama, Bachok Kelantan.

Sebenarnya ini antara benda yang mesti dipuji terhadap apa yang telah dilakukan oleh pihak pemerintah di negeri tersebut... Islam tidak melarang serta menghalang umatnya untuk bersuka-ria dan berseronok.. Cuma ada batas-batas yang telah digariskan di dalam agama kita.. Dan jika kita mampu melaksanakannya, jadilah ianya sesuatu yang berpahala bukannya berdosa sekalipun namanya berseronok dan bersuka-ria...

Maka jika sebaliknya pula yang kita lakukan pula seperti berjalan ke sana dan ke sini dengan mendedahkan aurat, juga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan tidak dititikberatkan, lalu jadilah ianya sesuatu yang tidak disukai oleh Allah S.W.T dan dalam masa yang sama kita sebenarnya menjadi duta kepada 'Kempen Dedah Aurat' tanpa kita sedari...

Pssst... Menurut cerita penduduk-penduduk kat sini juga, pada waktu malam kawasan pantai ini akan ditutup untuk kunjungan orang ramai bagi mengelakkan ia dijadikan lokasi memadu kasih dan melakukan maksiat... Dan pihak polis yang melakukan rondaan saban malam dikawasan ini tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan jika ada yang melanggar arahan yang telah ditetapkan sekalipun sudah berkahwin...

Tu saja aku nak kongsi pada entri kali ini.. Mudah-mudah walau ringkas tapi ada iktibar yang boleh kita ambil bersama...

Catatan Penulis :

Alangkah indahnya jika kempen seperti ini dicontohi oleh negeri-negeri lain di Malaysia dengan bukan sahaja mengadakan kempen menutup aurat di pantai bahkan di lain-lain lokasi lagi yang menjadi tumpuan orang ramai...

Monday, June 27, 2011

Wacana Entri Pertama Ku

Assalam dan selamat pagi..

Untuk entri pertama hari ni, aku nak join wacana entri pertama blogger oleh Pembawa Wacana..



Entri yang pertama masa aku mula berblog : INI ...

P/S :
Saja aku tak letak tajuk, nak bagi hangpa ringan-ringankan tangan sedikit untuk klik kat perkataan INI tu.. Hehe

***

Wednesday, June 22, 2011

Ke Mana Roh Kita Selepas Mati...

Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a telah ditanya tentang ke mana roh pergi setelah ia keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar r.a : "Roh itu menuju ke tujuh tempat" :-

· Roh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.
· Roh para ulama menuju ke syurga Firdaus.
· Roh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyin.
· Roh para syuhada' (orang yang mati syahid) berterbangan seperti burung di syurga dengan kehendak mereka.
· Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
· Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misk (kasturi).
· Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa beserta jasadnya sampai hari kiamat.

Catatan Penulis :

Sesungguhnya manusia diberi hanya sedikit ilmu berkenaan perihal roh. Dan jika kita cuba untuk menjangkaui batas kemampuan akal, nescaya akan rosakkah aqidah serta pegangan kita.

Firman Allah Taala dalam surah Al-Isra' ayat 85 yang bermaksud :

"Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu termasuk urusan Tuhanku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit."

Berkenaan tempat perginya roh selepas matinya seorang manusia pula, Imam Ibnu Qayyim Al-Jauzi Rahimahullah mengatakan, "Arwah bertempat sesuai darjatnya, adakalanya di alam barzakh, ada yang di syurga ‘Illiyyin seperti roh para nabi, ada yang berada di sekitar syurga; pergi ke mana yang disukainya iaitu roh sebahagian syuhada', ada arwah yang ditahan di pintu syurga, ada arwah yang ditahan di kuburnya, ada juga arwah yang ditahan dibumi dan sebagainya.

[ Ar-Roh fi Dirasat al-Mutakallimin wal Falasifah - Muhammad Said Ahmad Al-Maisir ]

Wallahu'alam.

Nota Kaki :
Arwah bermaksud : Roh-roh

***

Tuesday, June 21, 2011

Review Blog Dari Jamaluddin.Net & Penulis Senja

Salamullahi'alaikum dan selamat tengahari..

Entri ini hanya sebagai sedikit respon kepada 2 orang blogger yang telah sudi buat sedikit review untuk blog aku tempoh hari.. Walau dah beberapa minggu berlalu review tu, baru hari ni sempat nak buat entri balas..

Blogger pertama yang dah review blog aku; Jamaluddin.Net dengan mengemukakan beberapa soalan serta pandangan untuk aku jawab dan selesaikan..


Ini aku print screen saja.. Yang betul kat SINI

Respon aku,

"Buat masa ni to'wan nak kekalkan dulu dengan warna background hitam tu.. Lagipun hitam adalah warna yang punya nilai sentimental tersendiri untuk to'wan.. Berkenaan 'Blog Title dan Blog Description' pula, to'wan dah tukar ke warna putih sekarang.. Ni saja warna yang to'wan rasa sesuai.. Tentang kombinasi warna hitam dan warna kuning yang terlampau cerah bagi Link di Sidebar pula, to'wan hanya cuba nak sesuaikan dengan warna latar senja kat header tu... Dan lagi satu, header kat atas tu memang dah tak boleh edit sebenarnya memandangkan ia bercantum dengan template yang to'wan gunakan sekarang.. Apa-apa pun, terima kasih kepada Encik Jamaluddin kerana sudi review blog to'wan.. :) ".


Klik banner untuk ke blog

Blogger kedua yang review blog aku, Penulis Senja dengan katanya 'Ade latar senja la pulak .. i like'(merujuk kepada header blog aku) .. Entri tu kat SINI

Respon aku'

"Tu saja dia respon kat blog to'wan.. Mesti dia suka pasal latar senja tu sesuai dengan nama penanya sendiri 'Penulis Senja'.. Dan satu aku nak tanya, kenapa Penulis Senja suka panggil to'wan pak cik sedangkan rasa-rasa kita ni lebih kurang sebaya saja bukan? Apa-apa pun terima kasih review blog 'pak cik' Hehe ".


Klik banner untuk ke blog

Ok ni pandangan mereka, pandangan anda pula dengan blog aku bagaimana..??

***

Monday, June 20, 2011

Nukilan Buat Ayah..

Ayah..
Terima kasih atas seluas hamparan sayang
Yang kau bentangkan untukku
Terima kasih atas sejuta titisan kudratmu
Yang kau kerahkan untuk kehidupanku
Terima kasih atas setiap dorongan
Yang kau ucapkan buat penguat semangatku

Semoga dibalasNya dengan kebaikan buatmu...

Ayah..
Bagi seorang anak ini
Menghargaimu adalah amat berharga bagiku
Namun..
Keredhaan Tuhan padamu lebih ku harapkan
Kerana kasih dihatiku..
Menuntut bahagia yang kekal buatmu

Ayah..
Izinkan anakmu terus di medan jihad ini
Mencari ruang menjadi hamba yang dicintai
Melatih diri menjadi anak soleh
Sebagai harta syafaat buatmu di sana kelak
Agar kita sehala tuju..
Menuju syurgaNya.. AMIN..

Catatan Penulis :

Hanya nukilan di atas sekeping kertas yang penulis kongsikan kembali di laman ini sempena 'HARI BAPA'

***

Thursday, June 16, 2011

Nelayan dan Petani, Kembar Siam Yang Bertaut..

Nelayan dan petani
Sungguh akrab dua watak duka ini
Ibarat isi dan kuku
Ibarat aur dengan tebing
Ibarat si kembar siam bertaut

Bertaut pada penderitaan.. pertarungan.. dan kesengsaraan

Bertarung bukan untuk mencium trofi
Bukan untuk mepertahankan gelaran
Bukan untuk ditakhta sebagai manusia tersohor di dunia
Bertarung demi mengalas sesuap nasi
Untuk isteri.. untuk anak-anak..
Yang menanti dengan penuh harapan

Bertarung dengan badai dan terik bahang
Untuk baju sekolah, kasut, beg, buku yang belum lagi dibeli
Dengan satu harapan
Anak-anaklah yang akan merubah corak
Kemiskinan.. kefakiran.. kedaifan..
yang bergalur menyusur ruang waktu

Pertarungan mereka sepanjang hayat..

Dengan tulang empat kerat
Katam-katam tulang
Tapak tangan dan kaki menggerutu macam kertas pasir
Kulit sudah jadi tepu, pejal, hitam hamba abdi
Avon, Kayla, Gucci jauh sekali
Pusat rawatan kecantikan, pakar kulit..
Tak kebulur untuk menaja nelayan dan petani sebagai model iklan
Mereka hanya kepingin yang tegar bugar, yang gebu, yang putih,
Lambang sebuah dunia korporat dan keparat...

***

Ustazah Plihan, Halal Atau Haram..??

Salam dan selamat pagi buat semua pembaca..

Tengah layari facebook tadi, tiba-tiba jumpa fan page untuk Ustazah Pilihan; satu rancangan yang bakal dianjurkan oleh Astro Oasis tidak berapa lama lagi..

Cuma yang bestnya.. Satu fan page menyokong program ini, manakala satu yang lain membangkangnya...

Cuma tengok ini...


MENYOKONG

VS

MEMBANGKANG



Bagi yang ingin mengetahui pandangan rakyat Malaysia yang lain, boleh klik print screen di atas.. Jika anda penyokong, klik saja print screen menyokong.. Dan jika anda bukan penyokong, klik saja print screen membangkang..

Aku pula sokong yang mana...??

***

Wednesday, June 15, 2011

Politik Islam, SPR dan Pengundi..

Salamullahi'alaikum, ucapan salam buat segala makhluk di langit serta di bumi..

Terasa jarang benar aku berbicara tentang politik di laman ini.. Bukan tidak berkeinginan, cuma aku bukan ahlinya.. Takut-takut bila tersalah bicara, kata-kataku bisa menyakitkan insan lain, takut ianya juga akan mengundang murka ilahi.. Atas dasar itulah terkadang, diam itu lebih baik dari berbicara meskipun kita mengetahui kebenarannya, dan terkadang pula berbicara itu lebih baik dari mendiamkan diri jika kita mengetahui kebenarannya..

Aku tiba-tiba timbulkan persoalan politik ini bilamana ku lihat masih ramai yang keliru dengan kedudukan politik di dalam Islam itu sendiri. Bukan mereka tidak mahu cuba untuk memahami, tetapi keadaan sekeliling yang mempengaruhi sehingga timbul pula sesetengah pihak yang cuba mempolitikkan pengajaran politik di dalam Islam demi kepentingan politik ciptaan sendiri..

Maka aku cuba rungkaikan sedikit kekeliruan mereka itu dengan menukilkan aktikel yang (INI) ...

Dan 9 Julai 2011 nanti pula katanya.. Bakal diadakan himpunan (demontrasi) besaran-besaran untuk menuntut beberapa perkara daripada SPR (Suruhanjaya Pilihanraya) dengan apa yang dinamakan dengan program BERSIH 2.0.. Dan daripada maklumat yang sampai ke telingaku juga, ada 8 tuntutan kesemuannya di dalam perhimpunan itu nanti..

Tak inginku berbicara tentang hukum perhimpunan itu.. Tidak inginku menyatakan samaada menyokong @ membangkang perhimpunan itu.. Tidak inginku menganalisis natijah daripada perhimpunan itu nanti..

Kerana.. Negara kita punya ahli-ahli agama yang cukup tinggi ilmunya untuk menyatakan hukum.. Negara kita punya penyokong dan pembangkang yang akan mempertahankan ideologi dan tindakan masing-masing.. Negara kita punya penganalisis politik berwibawa yang akan berbicara di media-media massa yang akan diperuntukkan kepada mereka nanti..

Cuma soalku, mengapa jalan ini yang dipilih oleh mereka yang ingin berdemontrasi..??

Kepentingan politik..?? Atau saluran yang sudah sedia ada kini tidak lagi relevan..?? Entah, hanya mereka punya jawapannya..

Dan bagi kita pula yang bergelar rakyat Malaysia beragama Islam yang sudah menjangkau umur 21 tahun, sudahkah anda berdaftar sebagai pemilih..?? Tahukah anda sebenarnya menjadi pengundi itu merupakan benda yang diwajibkan di dalam Islam..??

Maksud hadis Nabi S.A.W :

"Sesiapa di antara kamu melihat sesuatu kejahatan, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan lisannya dan sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan hatinya. Yang demikian itu (mengingkarkan dengan hati) adalah selemah-lemah iman". [Riwayat Muslim]

Mengubah dengan tangan dalam mafhum hadis di atas bukanlah dengan semata-mata menggunakan kekerasan, bahkan satu undi yang diberikan untuk menumbangkan kejahatan, maka itu juga sebenarnya dikira sebagai cabang iman.

Wallahu'alam.

***

Tuesday, June 14, 2011

Berkat Orang Alim..

Salamullahi'alaikum, ucapan salam pembuka bicara..

Entri ni sambungan daripada kisah yang INI ; kisah penulis dan dan mak cik penjual putu buluh..

Sambil menunggu mak cik tu menyiapkan putu buluh yang aku minta, aku mengambil sedikit masa untuk bersembang dengan dia.. Banyak juga hal yang diperbualkan terutama berkenaan dengan pengajianku di Yaman..

Usai mak cik itu menghulurkan putu buluh yang aku minta, aku mengeluarkankan wang untuk membayar harganya.. Lantas mak cik itu bersuara, "Tak payah la ustaz, saya niat sedekah.. Nak tumpang berkat orang alim..".

Tiba-tiba saja timbul rasa segan dalam diri.. Alimkah aku ni sampai begitu sekali layanan si mak cik kepada aku..??

Selepas mengucapkan terima kasih dan mengambil putu buluh, aku pun berlalu pergi. Dalam diri dok teringat kisah yang pernah diceritakan oleh salah seorang ustazku..

Menurut cerita ustazku itu, Tok Kenali semasa hidupnya saban pagi akan ke pasar untuk membeli barangan keperluan harian. Dan di setiap gerai yang disinggahinya, pasti si peniaga akan memberikan sahaja barang-barang yang ingin dibelinya tanpa mengenakan apa-apa bayaran.

Yang menariknya, setiap gerai yang disinggahi oleh Tok Kenali, pasti akan habis jualannya pada hari itu. Inilah yang dinamakan keberkatan orang alim sebenarnya. Mereka-mereka yang menjadi penyebar juga penegak agamaNya, pasti Allah akan kurniakan dengan karamah (kemuliaan).

Atas dasar itulah, bila aku membaca satu artikel yang ditulis oleh seorang penulis di surat khabar tempoh hari yang memperkecil-kecilkan air penawar yang dijampi oleh orang alim juga dia menyamakan air itu tidak lebih seperti air holy water yang dibuat oleh gereja-gereja Kristian, terasa betapa dangkalnya si penulis.

Dengan bersandarkan kepada dalil bahawa pada zaman nabi tiada pun air penawar seperti itu, apakah si penulis sebenarnya betul-betul memahami apa yang dikatakannya itu..??

Bukanlah Al-Quran itu diturunkan sebagai penawar untuk mereka yang mengaku beriman..??

Maksud firman Allah S.W.T dalam surah al-isra' ayat 82 :

"Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian".

Soalku kepada si penulis,

Apakah mereka yang alim itu membuat air penawar menggunakan ayat-ayat atau benda-benda yang dilarang dalam agama..??

Apakah air holy water itu pula kaedah pembuatannya sama sahaja seperti air penawar si alim dari segi bacaannya..??

Dalam Islam, kita disuruh berubat dan berikhtiar walau dengan apa cara sekalipun selagimana tidak bertentangan dengan batas-batas yang ditetapkan oleh agama.

Jika si penulis menyoalkan bahawa pada zaman nabi tidak ada kaedah perubatan seperti itu, wajar atau tidak jika aku katakan pembedahan jantung juga tidak boleh kerana perkara seperti itu tidak pernah berlaku pada zaman nabi..?? Jika orang itu sakit, maka biarkan sahaja dia mati..

Yang perlu kita semua faham sebenarnya, ada sebahagian hukum dan syariat di dalam Islam itu bersifat qot'ie (tetap) tidak berubah dengan perubahan zaman seperti kewajipan solat lima waktu dan seumpamanya, sedang di sana juga ada sebahagian lagi yang boleh berubah mengikut masa, suasana juga tempat.

Wallahu'alam.

Catatan Penulis :

Ya Allah terasa betapa kerdil diri ini.. Selautan ilmu yang Engkau berikan, jika habis disedut segala isinya, pasti tidak akan mampu menandingi segala ilmu pengetahuanMu...

***

Monday, June 13, 2011

Hadiah Cuti Sekolah..

Salam dan selamat pagi untuk semua pengunjung blog Kalam Dari Pondok Tua ...

Alhamdulillah.. Pagi ni ada kesempatan sedikit untuk update blog.. Entri terakhir aku, bertarikh 7 Jun 2011; hampir seminggu yang lalu.. Bukan saja-saja tak nak update, tapi minggu lepas kan aku pergi holiday, laptop aku tinggalkan di rumah.. Niat asal memang nak update guna handset, tapi bila aku lihat hasil penggunaannya tempoh hari, terus aku batalkan niat.. Hehe

Pagi ni aku tak nak berceloteh apa pun.. Saja nak habaq yang hari ni sekolah dah dibuka kembali.. Jadi aku pun perlu bekerja kembali la.. Al-maklumlah aku kan guru... Huhu

Lagi satu, pagi ni aku tak mau tulis panjang-panjang.. Tiba-tiba saja aku rasa macam nak demam.. Tak tau la sebab pa.. Cuti lama sangat kot..

Sebagai gantinya aku nak kongsi beberapa keping foto untuk tatapan mata kalian; hadiah dari anak murid aku masa jawab kertas peperiksaan untuk subjek yang aku diamanahkan untuk mengajar mereka.. ;)

Anak murid contoh; jujur dengan guru...



Anak murid solehah; tak sabar nak jadi isteri mithali...



Itu saja aku nak kongsi pagi ni.. Nak kena pi cari panadol dulu ni.. Satgi ada kelas...

***

Tuesday, June 7, 2011

Nak Pergi Holiday

Salam dan selamat pagi..Dah seminggu blog ini tidak ku update.. Biasalah sekarang kan cuti sekolah, jadi aku pun turut bercuti juga la.. Erm.. Dah anak murid bercuti, takkan aku nak pergi sekolah ngajar kerusi dan meja pula.. Huhu

Apa-apa pun tak bercuti juga aku sebenarnya.. Dok kat rumah, banyak kertas peperiksaan pertengahan tahun murid yang perlu disemak.. Jadi setelah sedikit susah-payah, dengan jawapan-jawapan 'power' dari anak murid yang terkadang memang memeningkan kepala aku sendiri untuk memberikan jumlah markahnya, termasuk soalan yang ditanya kembali kepada aku, maka akhirnya semuanya selesai.. ;)

Dan hari ni, aku nak pergi holiday.. Destinasinya..?? Kelantan Darulnaim...

Tu saja aku nak cerita.. Segan sebenarnya nak tulis panjang-panjang guna handset.. Hehe

Wassalam...
Published with Blogger-droid v1.6.9
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...