Thursday, August 25, 2011

Lagi Kisah Kenduri Pukul 7.30 Pagi Di Bulan Puasa...

Assalamu'alaikum dan salam RAMADHAN AL-MUBARAK...

Pagi ni lagi kisah kenduri pukul 7.30 di pagi Ramadhan aku nak kongsikan dengan pembaca semua...

Al-kisahnya... Kira-kira bermulanya awal Ramadhan yang lalu, rutin harianku berjalan seperti biasa ; saban hari berulang-alik dari rumah ke tempat kerja...

Nak dijadikan cerita di satu pagi...

Dari kejauhan aku nampak sebuah motorsikal diberhentikan di bahu sambil asap berkepul-kepul ke udara sambil tuannya tertunduk-tunduk... Maka, dengan sikap selaku 'SEORANG RAKYAT MALAYSIA YANG PRIHATIN', aku memperlahankan motorsikalku.. :)

Erm, ku pandang-pandang, ku jeling-jeling sedang membakar rokok rupanya.. Kenduri asap rupanya... Sangkaanku motorsikalnya yang rosak tadi... Alahai ni mesti kes tersalah tengok jam ni.. Pukul 7.30 pagi disangkakan pukul 7.30 malam... Tidak pun matahari terbit, disangkakan matahari terbenam.. Huhu...

Petang tu pula, aku ke pasar ramadhan...
Niat asal hendak menggunting rambut di sebuah kedai berdekatan situ... Belek-belek jam baru pukul 3.00 petang dan orang pun masih belum ramai yang berkunjung... Tiba-tiba melintas dihadapanku seorang remaja sedang menjinjing plastik berisi air jagung bertali satu di tangannya...

Alahai, agak-agaklah bro nak bawa balik untuk waktu berbuka nanti... Memang la pukul 3.00 dah dibolehkan membeli juadah berbuka.. Tapi yang straw tercucuk dalam plastik air tu apa kes..??

Moral :

Berpuasalah kita sebelum kita dipuasakan daripada segalanya-galanya (meninggal dunia)... Kerana apabila tibanya saat ajal itu, tidak dicepatkan atau dilewatkan mahupun sesaat pun... 

BACA JUGA : Kenduri Pukul 7.30 Pagi Di Bulan Puasa...??

Wednesday, August 24, 2011

Blog Review : Alinac Lover

Assamu'alaikum dan salam RAMADHAN AL-MUBARAK ...

Semalam entri aku yang INI menjadi penyumbang trafik harian terbanyak sepanjang Ramadhan ini.. Entrinya biasa-biasa saja, tapi mungkin tajuknya yang membuatkan ia sedikit luar biasa sehingga ramai berpusu-pusu masuk nak baca... :)

Ok.. Hari ni aku nak buat blog review lagi...

Dan blogger yang terpilih ialah follower ke-321 Kalam Dari Pondok Tua a.k.a follower ke-49 Dari Kacamata To'Wan... Dan blogger ini aku pilih kerana memenuhi kriteria 1 Entri 1 Follower (KLIK)...

Sedikit review :

Blogger ini seorang perempuan dan menggunakan Alinac Lover sebagai nama penanya... Dan blogger ini mempunyai beberapa buah blog yang mana setiap satu mewakili minat serta penulisan yang berbeza dan pelbagai... I LIKE.... Hehe :D


SILA KLIK

Juga boleh klik :

http://www.alinacshoppe.com/

http://alinackitchen.blogspot.com/

JOM-JOM pakat terjah......

Tuesday, August 23, 2011

Alah Tak Dapat Tengok Lailatul Qadar Pun, Aku Tak Kisah...

Firman Allah Ta'ala dalam surah al-qadr ayat 1-5 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam al-qadr. Dan tahukah kamu apakah malam al-qadr itu?Malam al-qadr itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sehingga terbit fajar".
Apa guna kita bertemu lailatul qadar,  sedangkan ketika itu kita melakukan maksiat kepada Allah.. Bukankah terlebih baik, walau tidak melihatnya kita melakukan ibadat di malam itu..??

Sebahagian manusia dicarinya tanda-tanda lailatul qadar itu, tapi sayangnya dihabiskan dengan perkara yang sia-sia... Sedangkan maksud firman Allah Taala sebenarnya adalah sebagai galakan supaya kita mempertingkatkan AMAL IBADAH di bulan Ramadhan dan mudah-mudahan malam yang kita beribadat padanya itu adalan lailatul qadar...

Jadi antara dua penyataan ini, yang mana anda ingin pilih..??

Pertama : Aku sanggup tak tidur malam, asal berjumpa lailatul qadar...

Kedua : Aku sanggup tertidur malam, asal dapat beribadat di lailatul qadar...

Renung-renungkan bagi HATI yang mahu berfikir...

Kenduri Pukul 7.30 Pagi Di Bulan Puasa...??

Assalamu'alaikum dan salam RAMADHAN AL-MUBARAK ...

Hari ini dah masuk 23 hari umat Islam berpuasa; tak habaq pun memang semua pakat tahu dah... Ia kan benda pelik...?? Boleh baca kat SINI sebab apa pelik...

Tadi masa dalam perjalanan ke tempat kerja, lalu kat depan sebuah rumah... Dan rumah tu penuh dengan orang.. Nak kata kenduri, mestilah bukan.. La ni kan bulan puasa, tambahan pula pukul 7.30 pagi... Kalau pukul 7.30 malam tu munasabahlah majlis berbuka puasa...

Erm, rupa-rupanya ada orang meninggal dunia...

Terkedu aku sekejap... Dalam tempoh beberapa hari saja, dah ramai orang yang meninggal... Tak kira muda, tak kira tua.. Dan dengan sebab yang pelbagai; sampai ajal juga saja-saja pi cari ajal (khusus untuk mereka yang buat benda tak berfaedah dan bahaya di bulan puasa)...

Soalku untuk diri dan pembaca sekalian,

"Jika saat ni ALLAh jemput kita, mati yang bagaimanakah yang kita inginkan..?? Mati kerana melakukan IBADAT atau MAKSIAT kepadaNYA..??"

Renung-renungkanlah bagi HATI yang mahu berfikir...

Monday, August 22, 2011

Aku Nak Anda Yang Penuhkan...

Assalamu'alaikum dan salam RAMADHAN AL-MUBARAK ...


(. : BuluQikum : Isti'rodhie :. ) bermaksud : Blog Anda : Review Saya ..

Ok.. untuk bloglist ni masih lagi kosong.. Dan blog mereka yang akan berada di dalam tu nanti adalah blog-blog yang telah aku review juga YANG AKAN DIREVIEW...

Berminat..??

Boleh rujuk entri kat SINI juga kat SINI ...Selain ini, mereka yang aku pilih juga nanti berdasarkan komen-komen yang ditinggalkan dan berapa kriteria lain... :)

SELAMAT BERBLOGWALKING

Sunday, August 21, 2011

Review Ramadhan : Follower ke-313

Info Ramadhan :

Pada tanggal 17 Ramadhan tahun ke-2 hijrah terjadinya Perang Badar Kubra. Ia melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.

Follower bertuah...??

Follower ke-313 blog ni iaitu Nur Aisyah...


Tapi sayangnya, tiada link ke blognya... Jadi kepada follower bertuah itu, jika anda membaca entri ini sila tinggalkan link blog anda pada ruangan nanti... Aku nak buat review semula, tu pun kalau sudi la... :)

Juga kepada para pembaca yang lain, Review Blog : Istimewa Ramadhan  masih aku buka sehingga berakhirnya Ramadhan nanti... Nak tahu syarat-syaratnya boleh klik kat SINI ....

KLIK

SAYA NAK JOIN BLOGLIST BLOGFYNA.COM



Follow blogfyna.com

Dah follow... :)

Tag 2 orang :


Friday, August 19, 2011

Bila Majlis Berbuka, Tak Semestinya Kena Mewah...

Assalamu'alaikum dan salam RAMADHAN AL-MUBARAK ...

Semalam, kat sekolah ada majlis iftor (berbuka) dengan pelajar beserta waris mereka... Makanan biasa-biasa saja; NASI TOMATO + AYAM MASAK MERAH dengan KURMA + sedikit KUIH-MUIH ...

Ni gambar time tengah tunggu waktu berbuka semalam...


Tiba- tiba saja aku teringat time berbuka masa kat masjid di Yaman dulu... Bila azan, makan kurma dua tiga biji dan minum sedikit air, solat maghrib terus didirikan... Dan makanan berat seperti roti dan nasi pula, hanya selepas maghrib.. Ya Allah.. Tiba-tiba semalam aku rindukan sangat saat-saat itu kembali...

Ni antara gambar kenangan bulan Ramadhan di Yaman..



Catatan Penulis :
Bila majlis berbuka tak semestinya kena MEWAH dengan makanan dan seumpamanya, peri penting UKHWAH yang terhasil daripadanya... :)

Thursday, August 18, 2011

If We Are Them...

“Due to the increasing severity of the situation, Islamic Relief, as part of the DEC and around the world through its Partner Offices, joined in an emergency appeal for East Africa. Further donor support is urgently needed to meet the increasing humanitarian needs emerging from the effects of prolonged drought and escalating fighting.”

Kenapa tiba-tiba aku tulis omputih ni..?? Buang tabiat erk..??

Nak tahu lebih lanjut, klik SINI ...

Baca Juga : Kecilnya Nilai RM10 Di Bazar Ramadhan..

Tuesday, August 16, 2011

Bila Blog Anda Diminati...

Bila blog anda diminati...

Orang akan follow blog anda (sekalipun dalam banyak-banyak tu masih ada yang amal konsep 'I Follow U, U Follow Me')..

Bila blog anda diminati...

Orang akan mengomen entri-entri yang anda hasilkan (tak kisahlah komen membina atau menghentam)..

Bila blog anda diminati...

Orang akan berikan reaksi kepada entri-entri anda itu (ini masing-masing punya citarasa)..

Bila blog anda diminati...



Orang akan tekan butang 'LIKE' yang anda pasang di blog anda (disebabkan cari butang UNLIKE tak jumpa-jumpa)..






Bila blog anda diminati...

Orang akan tekan butang 'SHARE' untuk kongsi entri yang anda hasilkan (walau ada sebahagian berkongsi untuk dijadikan bahan umpatan sesama rakan)..

Maka apabila blog anda memiliki salah satu daripada ciri-ciri di atas, ketahuilah bahawa sesungguhnya blog anda itu DIMINATI ...

Catatan Penulis :
Ini hanya sekadar pemerhatian umum daripada aku... Otai-Otai blog di luar sana mungkin boleh turut sama berkongsi pandangan dengan aku yang masih BUDAK HINGUSAN ini..  :)

Monday, August 15, 2011

Mereka Bertanya, Ilmiahkah Blog Aku..??

Assalamu'alaikum dan salam ramadhan almubarak...

Jika soalan dengan tajuk entri di atas diajukan, maka ini jawabku...

Blog aku bukan blog ilmiah; hanya sekadar cerita dan pendapat peribadi berkenaan sesuatu isu...

Tapi jika soalan yang sama diajukan pada blog aku yang INI, maka ini pula jawabku...

Ya ini blog ilmiah; kerana setiap perkongsianku berdasarkan pembacaan dan rujukan (melalui buku juga guru).... Meskipun tulisanku di dalam blog itu hanya ringkas dan tidak seilmiah penulisan UZAR, Dr. Maza dan Dr. Abdul Basit (sekadar menyebutkan beberapa nama)....

Tapi...

Itu memang tujuanku... Kerana Islam itu agama yng mudah, dan aku ingin permudahkannya untuk semua orang...

Kerana...

Tidak semua orang punya asas ilmu agama yang tinggi... Takut-takut mendatangkan kesalahfahaman bila membaca artikel-artikel yang tinggi nilai ilimiahnya. Namun, jika anda punya kemampuan, aku amat galakkan anda untuk membacanya sendiri...

P/S :
Aku alu-alukan anda untuk klik pada perkataan INI dalam entri di atas untuk menilai samaada blog aku ini blog ilmiah ataupun tidak.... :) 

Sunday, August 14, 2011

Rahsia Ramadhan : Pahala Puasa Milik Allah

Daripada Abi Hurairah R.A katanya : Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Allah 'Azza Wa Jalla telah berfirman : "Setiap amal anak Adam adalah untuknya kecuali puasa; puasa itu adalah untukku dan Aku yang akan membalasnya (memberi pahala)" (Hadis riwayat Muslim).

Para malaikat sekalipun ditugaskan oleh Allah untuk mencatitkan amal manusia, mereka sebenarnya tidak mengetahui kadar sebenar pahala puasa juga amalan yang lain sekalipun disebutkan bahawa bagi setiap kebajikan itu adalah 10 pahala kebajikan sehingga 700 kali ganda. Maka yang mengetahuinya hanyalah Allah Subhanahu Wa Taala. Sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya dibalas orang-orang yang bersabar itu dengan ganjaran yang tiada terkira".

Entri penuh : SINI

Cara Mudah Buat Pahala Ramadhan...

Assalamu'alaikum dan salam ramadhan almubarak...

Hari tu sebelum masuk Ramadhan, aku ada cakap nak fokuskan kepada penulisan yang berkaitan dengan bulan Ramadhan.. Dan aku kotakannya; dengan hampir keseluruhan entri-entri sepanjang Ramadhan ini berkaitan dengannya... Penulisan yang dipelbagaikan, tetapi tetap tidak lari daripada fokusku itu...

Tak percaya ka..??

Boleh check (semak) kembali entri-entriku terbaruku di blog ni... Juga di blogku yang INI ...

Tujuannya..??

Bulan Ramadhan, bulan ibadat... Jadi aku nak manfaatkan dengan sebaik mungkin...

Tulis blog pun dapat pahala eh..??

Mestilah... Setiap amalan dengan niat... Asal tak lari dan langgar batas-batas syariat... Dan InsyaAllah aku rasa, ni cara mudah buat pahala Ramadhan..

Pendapat korang..??

Bacalah entri-entriku dan korang nilailah sendiri... :)

Catatan Penulis :

Bulan Ramadhan Allah akan bagi pahala wajib bagi setiap amalan sunat. Tapi perlu diingat, Allah itu Maha Adil. Kalau dah amalan sunat Allah bagi pahala wajib, takkan dosa kecil Allah tak balas seumpama dosa besar kot..??

Jadi, renung-renungkanlah bersama...

Thursday, August 11, 2011

Rezeki Ramadhan Bila Umpanku Mengena...

Assalamu'alaikum dan salam ramadhan almubarak...

Suka aku ingatkan, entri ini tiada kaitan dengan aktiviti MANCING-MEMANCING , JORAN-MENJORAN dan apa yang sewaktu dengannya... :)

Cuma inilah sebenarnya UMPAN yang aku maksudkan tu...


Untuk memudahkan kefahaman anda, boleh rujuk semula entri kat SINI

BENDA yang nak diumpan...??

Sudah tentulah pembaca dan pengunjung... Trafik dapat, pengikut pun bertambah... Hehe

Hasil terkini..??

Cer tengok ni...


Bila ditaip keyword 'Rahsia Ramadhan' terus terpapar 'Kalam Dari Pondok Tua'

Alhamdulillah kira rezeki Ramadhan la ni... ;)

P/S :
Sila klik pada gambar untuk proses TUMBESARAN

Wednesday, August 10, 2011

Review Ramadhan : Follower Ke-40

Info Ramadhan :

Saidina Ali bin Abi Talib telah meninggal pada tanggal 21 Ramadhan tahun 40 Hijrah.

Jadi siapa follower bertuah dengan nombor 40 untuk direview blognya itu...??




KLIK 
 
P/S :
Follower ke-40  ialah dari blog aku yang INI ... Dan kepada sesiapa yang belum mengetahui konsep Review Ramadhan ini, boleh klik SINI

Kerana Mee Rebus, Aku...

Assalamu'alaikum dan salam ramadhan almubarak...

Al-kisahnya...

Semalam usai solat maghrib, sebelum pergi solat tarawikh aku makan sepinggan mee rebus... Walau kebiasaanku bila berpuasa, aku hanya akan makan makanan RINGAN seperti kurma dan kuih-muih bila berbuka.. Manakala makanan BERAT seperti nasi dan seumpamanya hanya akan aku nikmati bila pulang dari menunaikan solat tarawikh...

Lalu peristiwa yang berlaku...

Suaraku tiba-tiba menjadi MANJA dan MALU ketika mengimamkan solat tarawikh di surau berhampiran rumahku... Suara keluar, tapi tersekat-sekat... Sehingga berapa kali waqaf (berhenti) pun aku tak tahu ketika mengalunkan ayat-ayat Al-Quran di dalam solat.. Huhu

Jadi pengajarannya...

Lepas ni aku tak mahu dah makan makanan BERAT tatkala menjadi imam.. Andai jadi makmum pun kalau boleh, aku nak elakkan juga...

Info kesihatan yang aku sengaja buat-buat lupa, 3 biji kurma sudah menyamai hidangan sepingan nasi.. Jadi bila ditambah dengan sepingan mee rebus, maka berlakulah TERLEBIH makan.. Dan berubahlah perlakuan menjadi seumpama ULAR SAWA.. Hehe

Sekian sedikit pengalamanku di bulan Ramadhan... :)  

Rahsia Ramadhan : Bersahur

Dari Anas R.A katanya : Rasululluh S.A.W telah bersabda : "Makan sahurlah kamu, kerana makan sahur itu mengandungi keberkatan," [Hadis riwayat Muslim].

Dalam hadis yang lain Rasulullah S.A.W telah bersabda :

"Perbezaan puasa kita dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah dengan makan sahur,".

[Hadis riwayat Muslim daripada'Amru Bin Al-'As]

Sesungguhnya bersahur itu berkat kerana mengikut sunah Nabi S.A.W dan memberikan tenaga kepada orang yang berpuasa. Puasa juga merupakan benda yang turut dilakukan oleh agama lain. Maka tujuan daripada bersahur itu sebenarnya adalah untuk membezakan puasa kita dengan puasa agama lain atas dasar mengikut perintah Allah S.W.T dan Nabi S.A.W.

Baca juga : Makan & Bersetubuh Ketika Waktu Imsak


Tuesday, August 9, 2011

Ramadan Yang Manis

Alam itu cantik—gunung dan tasik;
maya terlalu indah—laut dan mega.
Lapar dan dahaga yang mengiktibar
cekal dan bersih suara mengajar:
Lapar kita dahaga yang menguji,
dahaga kita lapar yang mengerti—
ketaqwaan penuh terhadap Illahi.
Puasa—musim manis, bahang menguji,
angin yang santun ke pohon dakwah
bergugus dan sihat buah ibadahnya.


Bulan menyimpan kebijaksanaan,
musim indah di taman Ramadan,
menyerlahkan kemanusiaan luar biasa,
menginsafi keagungan Maha Kuasa.
Daun yang gugur tanah yang rekah
di atas sejadah harum iklimnya;
surah yang jernih dan suara syahdu
terhantar ke lidah dari damai qalbu,
merubah derita ke bahagia diri,
membimbing hidup yang diredhai.


Solat malam, zikir doa, tulus sedekah
ibadah ummah, tangkai yang ketiga,
mengagumi Allah Subhanahu Wa Taala.
Langit beradab, kelam dan cerah
datang dan pulangnya iktibar berhemah.
Badik ketika murka, senyum sewaktu mesra,
alam, insan khusyuk menyujud Illahi
sekiblat dalam tautan kasih yang hakiki.
Lailatul qadar ia pada detik terpilih
malam yang manis, indah dan jernih.


Pada malam sabar dan siang yang cekal
ranum pohon hikmah sebagai bekal;
gugus permata, kerlipnya paling mesra,
merimbun bugar, daunnya meneduhi ummah.

A. Samad Said 

JOM HEBOH BLOG BARU !!

Monday, August 8, 2011

Rahsia Ramadhan : Tujuan Berpuasa

Firman Allah Taala dalam surah al-baqarah ayat 183 :

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,".

Seorang hamba yang bertaqwa ialah yang taat kepada Allah dalam segala arahan dan perintahNya. Perkara yang sering menjadi penghalang kepada manusia untuk taat kepada Allah ialah hawa nafsunya sendiri.

Puasa bertujuan mendidik hawa nafsu manusia. Dengan berpuasa, manusia meninggalkan perkara-perkara yang disukai oleh hawa nafsunya seperti makan, minum, bersetubuh dan sebagainya. Dia meninggalkan semua perkara tersebut bukan kerana penyakit, berpantang atau sebagainya tapi semata-mata mematuhi perintah Allah.

Maka berpuasa telah mendidik manusia supaya mengutamakan tuntutan Allah daripada mengutamakan tuntutan hawa nafsunya. Dengan itu, terdidiklah dia menjadi seorang hamba yang bertaqwa kepada Allah S.W.T.

sila klik

Sunday, August 7, 2011

Mahu Tidak Jadi Isteri Muda Saya...??

Seorang kenalan meminta pandanganku berkenaan satu permasalahan yang bunyinya...

"Saya dilamar oleh seorang pemuda untuk menjadi isteri keduanya dan isteri pertamanya sendiri sudah memberikan keizinan dan tidak ada apa-apa halangan untuk dia berpoligami. Saya juga sebenarnya tidak kisah untuk menjadi isteri keduanya. Masalahnya, ibu dan bapa saya kurang bersetuju untuk saya dipoligamikan. Bolehkah berikan sedikit pandangan?"

Maka berkatalah aku :

"Setiap makhluk Allah jadikan berpasang-pasangan. Dan perkahwinan merupakan pelengkap kepada tuntutan jiwa nurani makhluk yang bernama manusia. Bila disebut poligami, ia sebenarnya satu isu yang ramai tidak suka membincangkannya terutamanya wanita. Sedangkan perlu kita ingat sebenarnya, nabi kita sendiri pun hidup berpoligami. "

Ini baru muqadimah (intro), artikel penuh telah aku tintakan di : SINI

Catatan Penulis :

Sejak bila pula aku jadi perunding keluarga ni... Kahwin pun belum sebenarnya, tambah pula nak cakap bab poligami... Huhu :P


sila klik

Friday, August 5, 2011

Kecilnya Nilai RM10 Di Bazar Ramadhan..

Assalamu'alaikum dan salam ramadhan almubarak...

Saban petang bila ke bazar Ramadhan, berapa banyak akan kita habiskan untuk membeli juadah berbuka..??

RM10 mungkin nilainya terlalu kecil bagi sebahagian kita.. Dan dengan RM10 apa sangatlah yang boleh dibeli bukan..?? Beli air dan kuih-muih sedikit, bukan sekadar tak berbaki, malah sudah lebih pun RM10...

Tapi bukan persoalan itu yang aku hendak timbulkan sebenarnya...

Cuma nak ajak pembaca semua merenung sejenak, mengapa RM10 yang nilainya begitu KECIL bila kita di bazar Ramadhan, nilainya menjadi BESAR bila berada di hadapan tabung-tabung masjid atau surau..??

Sedang kita semua tahu sebenarnya, bersedekah itu pahalanya lebih BESAR dan TINGGI nilainya di sisi Allah S.W.T jika kita mahu mengambil iktibar dari hikmah bulan Ramadhan...

Firman Allah Taala yang bermaksud :

"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui," [Al-Baqarah : 261] .

Selamat merenung dan beramal bagi hati-hati yang mahu berfikir....

Rahsia Ramadhan : Keistimewaan 29 dan 30

Assalamu'alaikum dan salam ramadhan almubarak...

Jika tahun lepas, siri-siri entriku dengan tajuk 'Segelas Susu..Sebiji Kurma..' menjadi entri terhangat sepanjang Ramadhan, untuk sepanjang Ramadhan kali ini aku nak cuba ketengahkan entri-entri dengan tajuk RAHSIA RAMADHAN pula...

Rahsia Ramadhan...

Jika Ramadhan mempunyai 29 hari, maka bulan Zulhijjah pada tahun yang sama akan mempunyai 30 hari. Dan jika Ramadhan mempunyai 30 hari, maka bulan Zulhijjah akan mempunyai 29 hari kerana bulan-bulan Islam itu dalam setahun berjumlah 265 hari; tidak kurang dan tidak lebih.

Maksud hadis Nabi S.A.W daripada Abi Bakrah R.A :

"Dua bulan raya yang tidak akan berkurang (harinya) : Ramadhan dan Zulhijjah" [Hadis riwayat Muslim].

Artikel penuh : SINI

Anda juga dialu-alukan membaca :

Segelas Susu...Sebiji Kurma...
Segelas Susu...Sebiji Kurma(2)...
Segelas Susu...Sebiji Kurma(3)...
Segelas Susu...Sebiji Kurma(4)...
Segelas Susu...Sebiji Kurma(5)...

Thursday, August 4, 2011

Review Blog : Istimewa Ramadhan

Assalamu'alaikum dan salam ramadhan almubarak...

Sudah agak lama aku tak buat review blog... Dan selalunya blog yang terpilih untuk direview itu adalah berdasarkan blog-blog yang mana blog aku ada di dalam bloglist mereka...

Sempena Ramadhan kali ini, aku nak buat sedikit kelainan... InsyaAllah untuk review Ramadhan, blog-blog yang akan aku pilih nanti terdiri daripada mereka yang menjadi follower blog ini : Kalam Dari Pondok Tua juga blog aku yang ini : Dari Kacamata To'Wan ...

Mereka yang telah lama atau baru menjadi menjadi follower kesemuanya punya peluang untuk direview blog mereka.. Dan paling penting kriteria pemilihan mudah sahaja.. Tidak perlu buat segmen, cuma sekadar follow dan kemudian aku akan pilih berdasarkan nombor follower anda itu...

Nombor yang bagaimana bakal menjadi pilihan aku..??

Nombor yang mana ianya ada kaitan dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalam bulan Ramadhan; sejarah juga isu semasa... Sebagai contoh : Jika peristiwa Nuzul Quran berlaku pada 17 Ramadhan, maka follower yang ke-17 akan terpilih untuk direview dan dipromosi blognya oleh aku...

Mudah saja bukan..?? Sambil kita berkongsi maklumat, sambil kita berkenal-kenalan.. Mudah-mudahan Ramadhan menjadi bulan rahmat untuk kita semua...

P/S :
Kepada yang belum follow kedua-dua blog aku, kalau sudi silalah berbuat demikian... Dan aku sebagai tuan blog, sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda... :)

sila klik  

Wednesday, August 3, 2011

Hadiah Ulangtahunmu SAYANG...

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada yang membaca...

Sebelum anda terus membaca, aku ingatkan bahawa ini bukannya entri CINTAN-CINTUN ... Jadi kepada yang baru nak mula JIWANG, maaf aku dahulukan... Bulan Ramadhan, bulan menahan diri.. Ngeee

Macam yang aku janjikan, hari ini aku nak bagi PRESENT sempena ulangtahun kelahiran SAYANGku... Kepada yang terlepas entri tu, boleh baca kat SINI ...

Hadiah apa aku nak bagi..??

Tidaklah mahal sangat... Yang penting tak payah keluar modal... Yang diperlukan, hanya pergerakan jari-jemari yang menukilkan bicara...

Mai aku nak kongsi hadiah apa aku nak bagi dengan pembaca semua... Jeng... Jeng... Jeng...

Hari ini aku nak KOREK kembali entri-entri yang bertarikh 4 Julai di blog ini...

Sebab apa..??

Ini adalah tarikh blog ini mula berada di alam maya....

Entri pertamaku yang bertarikh 4 Julai 2009 :

Bingkisan Untuk Para Dai'e

Entri ulangtahun pertama blog ini yang bertarikh 5 Julai 2010 :

Perkhabaran Dari Bumi Barokah

** Sebab tiada entri pada 4 Julai 2010, aku gantikan dengan yang ini.

Entri ulangtahun kedua blog ini yang bertarikh 4 Julai 2011 :

Betul... Aku Tak Tahu Apa Itu Page Rank...

Pakat dah tahu hadiahnya bukan..??

Jadi kepada yang sudi tu, rajin-rajinkan untuk klik pada tajuk entri-entri di atas.. Biar semakin berharga hadiahku kepada yang terSAYANG (Ayat tak boleh blah untuk tinggikan trafik blog) .... :P

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan Bulan BERSIH

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud :

"Bulan Ramadhan ke bulan Ramadhan, dan hari Jumaat ke hari Jumaat, dan satu sembahyang ke sembahyang yang lain menjadi penebus dosa di antara keduanya, selama mana dijauhi segala dosa besar,".

Dari hadis di atas bolehlah difahami bahawa sesungguhnya Allah Taala senantiasa memerhatikan apa yang dilakukan oleh hambaNya pada setiap masa bukannya hanya pada bulan Ramadhan. Maka untuk menebus segala dosa hendaklah kita melazimi (membiasakan) diri dengan melakukan kebaikan serta menjauhi dosa dan maksiat.

Ramadhan merupakan platfom terbaik untuk membiasakan diri untuk taat kepada Allah. Apabila sepanjang bulan Ramadhan kita mampu melakukan kebaikan dan menahan diri daripada kejahatan, maka apabila berakhirnya Ramadhan ia secara tidak langsung telah ianya menjadi darah daging (kebiasaan) apabila semuanya kita lakukan ikhlas kerana Allah Subhanahu Wa Taala.

Ramadhan ialah bulan BERSIH kerana pada bulan ini iblis dan syaitan dirantai di dalam neraka. Yang tinggal cuma nafsu untuk dilawan. Apabila nafsu berjaya kita tewaskan, maka jadilah hati serta jiwa kita BERSIH daripada segala sifat mazmumah (tercela) seperti dengki, kedekut dan sebagainya.

Ramadhan Bulan BERSIH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...