Friday, September 30, 2011

Ustaz Facebook

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada yang membaca..

'Ustaz Facebook' satu tajuk entri yang kedengaran asing dan menimbulkan tanda tanya.. Jika hendak mengetahui dengan lebih lanjut, anda dinasihati membaca tampalan ini sehingga habis.. :)

Kata pepatah, " Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali " .. Pepatah ini mungkin ada kaitan dengan apa yang bakal aku kisahkan..

Tidak dapat dinafikan penggunaan facebook dewasa ini bukan lagi hanya sekadar laman sosial, bahkan telah menjadi PENTAS untuk berbisnes dan meyebarkan dakwah.. Ini antara benda positif yang boleh kita terima..

Al-kisahnya..

Seorang teman menceritakan tentang masalahnya di FB (facebook).. Dia seorang yang punya kelulusan agama, maka sudah tentulah perkongsian statusnya dan seumpamanya di FB sesuai dengan kelayakan yang dimilikinya itu..

Dan masalahnya yang dihadapinya bermula bilamana ada sebahagian wanita yang menjadikan PM (private massage) di inbox FB untuk mengajukan soalan.. Atas dasar tanggungjawab seorang yang belajar agama, dia menjawab segala permasalahan yang diajukan sebaik mungkin..

Cumanya 'ada udang di sebalik mee' pada sebahagian wanita yang bertanya itu.. Persoalan yang mulanya melibatkan persoalan agama lama-lama mula melibatkan persoalan HATI hatta ada yang sanggup meluahkan perasaan CINTA terhadap sahabatku itu..

Tapi HAKIKAT yang sebahagian wanita itu tidak tahu, sahabatku itu sebenarnya seorang WANITA juga.. Dek kerana tidak meletakkan maklumat berkenaan jantina dan menggunakan nama timbangan yang umum di profil FB, memungkinkan segala ini terjadi.. Hehe

Jadi USTAZ di FB ni kadang-kadang banyak juga masalahnya.. Sehingga dalam satu kes yang hampir serupa dengan di atas (yang ini ustaznya memang betul LELAKI sejati), seorang wanita mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan kerana jatuh cinta dengan si ustaz FB dan si ustaz pun menerima cintanya..

Wah, bukankah kurang enak itu bila jadi sampai sebegitu rupa.. Nasib baik tunangan orang, kalau isteri orang lagi naya punya kes.. Yang si wanita pula merahsiakan status peribadinya demi meraih cinta ustaz FB..

Ini kisah melibatkan wanita meluahkan perasaan kepada lelaki.. Kisah lelaki meluahkan perasan kepada USTAZAH FB pun ada juga sebenarnya.. Mungkin lain entri pula aku cerita dan sambung..

Pengalaman aku sendiri di FB..??

Ada saja pengalaman serupa yang aku alami sendiri.. Cuma aku membuat keputusan untuk MENCEGAH DARIPADA MENGUBATI .. Atas dasar itulah sebenarnya aku wujudkan laman Dari Kacamata To'Wan (KLIK) .. Segala persoalan agama yang diajukan di FB terutama daripada wanita akan aku nukilkan entri di situ.. Lebih selamatlah kiranya..

Ini saja aku nak bergebang sebagai entri terakhir untuk bulan September, bulan depan aku nukilkan entri lagi.. ;)

Tazkirah Jumaat : Pemilik Akhlak Mulia

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

"Sesungguhnya yang paling aku cintai di antara kamu dan yang paling dekat duduknya denganku pada hari kiamat adalah yang paling baik akhlaknya," (HR Ibnu Majah).

Ciri-ciri pemilik akhlak mulia :

1. Bersifat warak dari melakukan perkara-perkara yang syubhat.
2. Memelihara penglihatan.
3. Memelihara lidah.
4. Bersifat pemalu.
5. Bersifat lembut dan sabar
6. Bersifat benar dan jujur.
7. Bersifat rendah diri
8. Menjauhi sangka buruk dan mengumpat
9. Bersifat pemurah
10. Qudwah Hasanah (Teladan yang baik)

Penjelasan terperinci, klik SINI

Anda dijemput juga membaca : Sengsara Hidup Itu..

Wednesday, September 28, 2011

Wordless Wednesday : Cerita Interview


KLIK gambar untuk TUMBESARAN 

Catatan Penulis: 

Esok insyaAllah penulis akan menghadiri temuduga.. Walau lain jawatan yang dipohon, lain pula jawatan yang ditawarkan.. Terkedu sekejap bila membaca perkataan dalam kurungan surat panggilan temuduga itu.. Terasa betapa kerdil dan tidak layaknya diri ini.. Tetapi setiap yang telah Allah aturkan untuk hambaNya pasti tersirat hikmah disebaliknya...

So, think POSITIVE :)

Monday, September 26, 2011

Sehari Seorang Follower Cukuplah, Jangan Jadi Tamak...

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada yang membaca..

Pepatah ada sebut, "Orang tamak selalu untung.. Bagaikan blogger dengan blognya..". Jadi mesti ada blogger yang BENGANG sekejap bila baca tajuk kat atas tu bukan..??

Lek lu.. Sebelum anda membuat keputusan untuk tidak bersetuju, apa kata baca dulu entri ini sehingga habis.. :P

Anda blogger rasa tidak seronok bila....

Bilangan follower semakin bertambah, tetapi trafik semakin menurun..??
Bilangan follower semakin bertambah, tetapi komen di entri anda langsung tiada..??
Bilangan follower semakin bertambah, tetapi komen yang ditinggalkan hanya link ke blog..??

Anda blogger rasa seronok bila....

Bilangan follower semakin bertambah,  trafik juga semakin meningkat..
Bilangan follower semakin bertambah, komen berbentuk respon di entri tetap ada walau hanya satu..
Bilangan follower semakin bertambah, tetapi komen yang ditinggalkan sebagai link ke blog adalah sebagai respon kepada entri anda itu..

Ringkasnya, biar sehari hanya satu entri, asal tidak menghilangkan identiti anda berblog dek kerana terlalu mengejarkan follower.. Follower berkualiti akan datang sendiri bila kena dengan entrinya.. :)

Baca juga : 1 Entri 1 Follower

Saturday, September 24, 2011

Blog Review : Follower Ke-2

Assalamua'alaikum dan selamat sejahtera kepada yang membaca..

Cuba tengok ni..


Ni follower terkini untuk blog ke-3 aku : Kata JIWA : JIWA Kata (KLIK) .. Satu penambahan follower yang agak LEMBAP aku rasakan berbanding ketika menghasilkan blog yang ke-2 dulu : Dari Kacamata To'Wan (KLIK) .. Tapi tak mengapalah, masing-masing punya punya citarasa tersendiri bila memilih untuk membaca entri di blog bukan..??

Dan hari ini, aku memilih untuk membuat sedikit review blog untuk follower ke-2 blog aku itu memandangkan untuk follower pertama, dia tidak mempunyai blog... :)

"Hidup memerlukan PENGORBANAN, pengorbanan memerlukan PERJUANGAN, perjuangan memerlukan KETABAHAN, ketabahan memerlukan KEYAKINAN, keyakinan pula menentukan KEJAYAAN, kejayaan pula akan menentukan KEBAHAGIAAN."

Kata-kata di atas tagline untuk blog yang aku nak review.. Dan entri-entri dalam blog ini kebanyakkannya lebih kepada POLITIK .. Apa-apa pun anda baca sendirilah, kemudian anda nilai...

Klik : hakimiabutalib[dot]blogspot[dot]com

Dan terima kasih kepada blogger ini kerana sudi jadi follower kat blog aku.. :)

Friday, September 23, 2011

Duhai Wanita, Mengapa Disusahkan Benda Yang Mudah..

Assalamu'alaikum dan selamat pagi kepada semua yang membaca...

Terkadang, segelintir wanita akan bersolat bila berada di rumah, tapi bila berada di luar rumah, keWAJIBan itu bagaikan diRINGAN-RINGANkan.. Dan bila ditanya, reaksi berikut mereka berikan,

"Susahlah bila berada kat luar.. Nak kena bawa kain telekung ke mana-mana pun.. Tambah bila berada kat pusat beli-belah.. Surau pun kadang-kadang tidak menyediakan telekung solat yang mencukupi.. Jika orang ramai, kena la tunggu giliran untuk guna telekung solat yang disediakan tu.."

Mai sat aku nak cerita.. Islam itu agama yang mudah, jadi mengapa diri sendiri mesti memayahkan..?? Dalam rukun solat, ada disebut wajib kena pakai telekung setiap kali solat eh..??

Sebagaimana diharuskan golongan lelaki solat dengan pakaian hariannya, begitu juga Islam mengharuskannya kepada golongan wanita... Syarat sah solat : TUTUP AURAT ..

Jom aku kongsi beberapa jenis pakaian yang tetap sah dipakai solat untuk wanita..


Jubah


Jubah Separuh Dengan Seluar


Tshirt Labuh Yang Dipakai Dengan Kain / Seluar


Baju Kurung 

Tapi bila dah berpakaian macam kat atas tu, tudung jangan pula lupa pakai yer, dalam kurungan  ( bertudung dengan sempurna ) OK.. Kalau tidak macam mana nak sah solat nanti..??

Firman Allah dalam surah al-ankabut ayat 45 yang bermaksud :

"Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar".
 
Tu saja aku nak kongsi pagi ni.. 'TUTUP AURAT JANGAN BALUT AURAT' InsyaAllah lebih mudah dan selamat hidup sebenarnya... :)

Wednesday, September 21, 2011

Wordless Wednesday - Sebentuk Cincin

Setiap SEBAB punya MUSABAB (penyebab).. Itu kaedah belajar ilmu aqidah..


Ni sebentuk cincin perak yang baru aku miliki 

Sekarang aku gembira SEBAB kenangan bila miliki cincin ini.. Dan MUSABAB adalah adalah cincin ini sendiri.. Dan MUSABAB mungkin benda yang sama.. Tapi SEBAB itu mungkin pelbagai dan berbeza-beza..

Tak faham..??

Tu la sapa kata mudah nak mengajar dan belajar ilmu aqidah bukan..?? Aku sendiri pun dah GELONG Huu..

Madah JIWA ( KLIK ) :

Mencegah itu lebih baik daripada mengubat.. Maka mencegah diri daripada jatuh cinta itu terlebih baik daripada mengubat diri jatuh cinta dengan orang yang salah...

Tuesday, September 20, 2011

Minyak Wangi USTAZ

Assalamulalaikum dan selamat pagi kepada yang membaca..

Maaf jika entri kali ini lebih panjang daripada sebelumnya.. Kerana pagi ni aku nak buat entri sesi soal dan jawab... Dan bila aku dok pandang tajuk entri tu, nampaknya umpanku mengena lagi.. Nak tahu umpan pa, klik SINI .. Hehe

(Minyak Wangi USTAZ) Sebenarnya ini antara salah satu kata carian yang tersangkut kat blog aku.. Dan meh aku nak habaq..

JAWAPAN : Minyak wangi ustaz pakai jenamanya Kasturi Pengantin .. Haha

Dan jom kita tengok lagi apa kata kunci popular untuk minggu ni...

# ustazah pilihan
Jawapan : Boleh rujuk entri aku yang INI

# buah apa murah kat thailand
Jawapan : Yang ni ikut musim, sama saja macam Malaysia..
   
# kena main ramai ramai
Jawapan : Ishh, rosak-rosak.. Ingat blog aku ni blog porno ka apa..??
   
# isu2 semasa17 sept 2011
Jawapan : Nak tahu isu semasa bacalah suratkhabar; beli boleh, secara online pun boleh.. Lepas tu jangan lupa tengok berita..
   
# rak dipenuhi kitab
Jawapan : Nak tengok gambar, klik SINI
   
# doa ibu bapa
Jawapan : Ya Allah, ampunkan dosaku dan juga (dosa) kedua ibu bapaku dan kasihilah kedua mereka sepertimana mereka berdua mengasihiku sewaktu kecil..   

# pondok di yaman
Jawapan : Hendak sistem pengajian pondok di Yaman, boleh menuju ke Hadharalmaut..

Cukuplah sekadar tu dulu, kalau aku nak kongsi kesemua kata kunci, confirm lagi berjela entri ni.. :)

Catatan :
Klik juga untuk ke blog baruku : Kata JIWA

Monday, September 19, 2011

Kata JIWA

Assamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Alhamdulillah, hari ini niat aku nak buat satu lagi blog akhirnya tertunai juga.. Segala puji dan syukur ku kembalikan kepada Pemilik JIWA Teragung; iaitu Allah S.W.T...

'Kata JIWA : JIWA Kata'' itulah tagline untuk blog baru aku ini.. Bagi yang belum mengetahui mengapa aku wujudkan blog baru ini, boleh rujuk entri di SINI ..

Jika berkesempatan, anda dialu-alukan untuk melawat blog baruku itu di SINI .. Anda juga dialu-alukan untuk LIKE panpage di facebook.. Boleh klik SINI ..

Penutup bicara, terima kasih untuk semua yang menjadi penyokong terhadap penulisan-penulisanku di 2 blog terdahulu; Kalam Di Pondok Tua & Dari Kacamata To'Wan .. Besar penghargaan anda terhadap aku berblog, besar lagi penghargaanku untuk anda yang yang menjadi pembaca blog.. :)

Sunday, September 18, 2011

Nak Buat Blog Baru Lagi...

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada yang membaca...

Bila seorang kenalan maya bertanyakan dimana aku mengambil begitu banyak kata-kata berisi madah untuk dikongsikan di status facebok, maka aku cakapkan bahawa ianya sekadar apa yang terlintas di hati, lalu aku nukil dan kongsikan...

Lantas dia bertanyakan kembali mengapa aku langsung tidak menjadikan ia sebagai salah satu kombinasi entri penulisan di blog aku ini.. Aku cuma terdiam..

Dan semalam bila tiba-tiba aku terfikirkan kembali kata-katanya itu.. Ya, mengapa tidak aku mengambil pendapatnya itu..??

Akhirnya...

Hari ini aku mengambil keputusan untuk membina satu lagi laman blog.. Yang mana dalam blog itu nanti aku akan buat entri-entri yang berbentuk bingkisan rasa; madah, puisi, sajak dan apa saja yang mungkin berkaitan...

Secara peribadi, aku bukanlah seorang yang berbakat.. Tapi bila ada yang menghargai, apa salah mencuba bukan..?? Itu lebih baik dari langsung tidak mencuba...

Dan dua blog yang aku punyai kini, Kalam Dari Pondok Tua dan Dari Kacamata To'wan (KLIK) akan tetap kekal dengan method penulisannya masing-masing...

Kepada mereka yang setia membaca penulisan-penulisanku, diharapkan bersabar menanti kehadiran blog baruku itu.. He :D

( MOOD : Memikir nama dan tagline untuk blog baru )

Saturday, September 17, 2011

Apa Yang Kita Dapat Bila Promote Blog Blogger Lain..??

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca...

Topik pagi ni : Apa yang kita dapat bila promote blog blogger lain..??

Ini soalan umum yang akan ditanyakan bila ada mana-mana blogger yang buat entri untuk promote blog lain.. Tidak kisahlah promote dalam bentuk segmen @ dia sendiri memang nak buat entri tu..

Bagi blogger pula, hanya mereka yang tahu apa yang mereka dapat bila dok buat macam ni... Aku alu-alukan jika ada yang ingin berkongsi...

Dan aku pula, tujuan asal aku bila buat entri-entri macam ni sekadar satu PENGHARGAAN KECIL untuk mereka yang sokong aku dan blog selama ni.. Tapi bila baru-baru blogger INI tinggalkan komen kat 1 entri yang mana aku promote blog dia... Baru aku perasan benda ni; kecil kerjanya tapi besar manfaatnya...

Cuba tengok printscreen ni...


Sila KLIK pada gambar untuk tumbesaran

Rupa-rupanya dengan promote blog lain, secara tidak langsung kita telah promote blog kita sendiri.. Blog kita akan jadi mesra dengan enjin carian.. Dan sudah tentu trafik ke blog pun turut meningkat...

Tu saja aku nak kongsi pagi ni.. Moga pagi anda di hari Sabtu ini di dalam keberkatan dan kerahmatanNya.. InsyaAllah :)

Wednesday, September 14, 2011

Bila USTAZ Pun Peminat NOVEL CINTA...

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada yang membaca...

Aku bukanlah peminat tegar NOVEL CINTA , tapi penulisan seorang blogger ini telah menyebabkan aku senantiasa ternanti-nanti episod seterusnya di BLOGnya.. Siapa kata KISAH CINTA itu perlu ditulis dan disampaikan dengan kata-kata yang puitis dan indah...?? Terkadang, penulisan santai yang dicampur humor itu lebih TERKESAN di HATI mereka yang membaca... Dapat MOTIVASI DIRI lagi.. Huhu... :P

Ini semata-mata hanya pendapat peribadi aku dan mungkin anda tidak bersetuju denganku.. Jadi apa kata, jom aku kongsikan link untuk sama-sama kita membaca dan menilainya...?? SILA KLIK : SINI

P/S:
Aku share link episod 1 jer.. Kalau korang rasa berminat, lepas ni bolehlah geledah sendiri kat blog BLOGGER ini... Buat pengetahuan, sekarang pun dah lebih 20 episod...

Lagi satu.. Sejak bila USTAZ pun peminat NOVEL CINTA ni..?? Kalau anak murid tahu, confirm pakat GELAK... Hukhuk

Monday, September 12, 2011

Ustazah Kena R@#%n Ramai-Ramai.....

Assalamu'alaikum dan selamat sejahatera kepada semua yang membaca..

Dua hari aku tak update blog... Bukan ketandusan isu, cuma sedikit kemalasan.. Tambah pula sekarang ni musim hujan.. Dok terperap dalam rumah saja la... Bila keluar dari rumah, hirup udara segar baru FEEL nak menulis tu mai... Hehe

Seminggu kebelakangan ni baru aku perasan kebanyakan keywords yang tersangkut kat blog aku ini selalunya berkaitan dengan USTAZ dan USTAZAH .. Ni pun dengan carian yang pelbagai, ada positif ada negatif.. Yang negatif tu rasa macam malu saja aku nak sebut... Ada ka patut antara yang dicarinya : ustazah kena r@#%n ramai-ramai... Aduhai, dah membarah nampaknya minda masyarakat kita sekarang ni...

Cumanya... Aku baru terfikir bagi meningkatkan trafik ke blog ini sepanjang September ini, aku nak gunakan perkataan USTAZ dan USTAZAH lah sebagai tajuk entri.. Jangan risau, aku tak MAIN kotor aih... Macam mana tajuk entri, macam tu jugalah isi penulisannya... Peri penting lagi, ia tetap punya kelainan antara satu entri dengan entri yang lain...

Sebelum aku taip FULL STOP , kebetulan entri September yang ini ada kaitan dengan apa yang aku dok rancang ni...

Anda dijemput membaca : Fuyoo.. Ustaz Ni Hensemlah...

Ok.. Noktah. :)

Saturday, September 10, 2011

Fuyoo.. Ustaz Ni Hensemlah...

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada yang membaca...

Pagi tadi mengikuti Kem PMR selaku tenaga pengajar ; anjuran sebuah sekolah menengah agama di Perlis. Walau kem itu patutnya berakhir esok, aku hanya dapat memberikan komitmen sampai pagi tadi sahaja.

Al-kisahnya...
Dalam perjalanan menuju ke kumpulan yang aku ditugaskan mengajar, melintas di hadapan sebuah kelas. Tiba-tiba terdengar suara salah seorang daripada sekumpulan pelajar perempuan yang berada di dalam kelas itu, "Fuyoo.. Ustaz ni hensemlah...". Meremang bulu roma aku sekejap. Di sekolah aku mengajar, tidak pernah sakalipun aku terdengar pelajar-pelajar perempuan mengucapkan kata-kata sebegitu. Aiyoo, ADVANCE sungguh budak-budak sekolah hari ini. Itu baru di hadapan guru, di belakang guru wallahua'lam...

Ok.. FULL STOP sekadar itu..

Usai menghabiskan sesi pembelajaran pagi tadi, aku mengambil masa sebentar untuk berbual-bual dengan pelajar. Salah seorang pelajar melontarkan kata, "Petang ni dan pagi esok ustaz mai lagi dak..??".

"Dak kot, sampai pagi ni saja.. Petang ni dan esok ustaz ada kerja.." jawabku untuk pertanyaannya itu.

"La awat pula..?? Tak best la ustaz tak mai..!" cetus sebahagian pelajar.

Aku bertanya, "Awat pula tak best ustaz tak mai..??".

"Kami seronok ustaz mengajar; mudah faham walau Bahasa Arab ni pening juga tatabahasanya kami dok belajar sebelum ni.." jawab mereka.

Aku hanya tersenyum. Dalam hati bermonolog sendiri, "Inilah antara benda yang menyebabkan semangat aku untuk terus menjadi GURU sentiasa ada; kata-kata penghargaan daripada pelajar, walau aku akui tahap keikhlasan aku menjadi guru tidak sampai pun 100%. Lagipun aku guru tidak terlatih, tidak mendapat latihan secukupnya seperti guru-guru lain lepasan maktab perguruan. Betullah ungkapan bahawa NIKMAT menjadi seorang guru ialah bilamana pelajar menjadi PENGHIBUR dan SENGSARA menjadi seorang guru ialah bilamana pelajar menjadi PEMBAWA DUKA...".

Friday, September 9, 2011

Cukai 6 Peratus : Jom Belajar Kira-Kira

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada yang membaca...

Isu terhangat pada hari ini sudah tentulah cukai sebanyak 6% yang bakal dikenakan kepada semua pengguna telefon prayabar untuk produk tambah nilai yang rata-rata mengundang ketidakpuasan di hati rakyat. Jom aku kongsi sedikit fakta...

Pada tahun 2006, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melaporkan bilangan pengguna prepaid di Malaysia adalah seramai 21.5 juta dan membelanjakan hampir RM17 juta dalam masa sehari. Jika penggunaan dalam tahun 2006 sama dengan tahun 2011, boleh bayangkan mulai 15 September ini, RM1.02 juta sehari bakal dijana oleh kerajaan.

Sumber lanjut : SINI

Daripada jumlah RM1.02 juta sehari ini, jika didarabkan dengan 30 hari untuk tempoh sebulan, kerajaan bakal mendapat sebanyak RM31.8 juta daripada cukai ini... Banyak tu...

Ini baru cukai langsung dik oi.. Dan bila dicampur lagi dengan cukai tidak langsung yang dikenakan kepada syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi, agak-agak berapa yer...??

Kerajaan kata duit ini akan digunakan untuk pembangunan rakyat.. Tapi kata aku, dari gunakan duit ini untuk membina bangunan yang tinggi-tinggi, lebih baik gunakan untuk membina rumah-rumah bagi mereka yang tidak berkemampuan.. Lagipun bukan semua rakyat mampu merasai nikmat bangunan-bangunan yang serba tinggi ini...

Jika kos untuk sebuah rumah mesra rakyat adalah sebanyak RM30,000 diambil kira, dalam tempoh sebulan kerajaan mampu menyediakan sebanyak 1060 buah rumah kepada mereka-mereka yang tidak berkemampuan ini jika cukai yang bakal diperolehi digunakan untuk tujuan ini.. Bukankah lebih bermanfaat..??

Dan kita sebagai pengguna pula, samaada suka atau tidak terpaksalah menerima hakikat yang kita bakal membayar cukai ini jika perkuatkuasaannya terlaksana pada 15 September ini.. 

Tazkirah Jumaat : Bila Bumi Diganti Bumi

Pembaca sekalian...

Alam raya ini di masa akan datang akan kembali ke material pertama kali ia diciptakan, iaitu ke dalam sebuah partikel kecil yang sangat padat, dan tidak ada yang mengetahui hal ini melainkan Allah S.W.T. Kemudian, partikel ini meletus dan berubah menjadi gumpalan-gumpalan asap dan daripada asap inilah diciptakan bumi untuk menggantikan bumi dan langit untuk menggantikan langit.

Firman Allah Taala dalam surah Ibrahim ayat 48 yang bermaksud :

"Iaitu pada hari ketika bumi diganti dengan bumi yang lain dan (demikian pula) langit,".

Artikel penuh : SINI

Tapi ingatlah juga bahawa bila tibanya saat bumi digantikan dengan bumi yang lain dan langit digantikan dengan langit yang lain, maka telah tiba saatnya kiamat itu terjadi.

Rasa sakit yang kita dapat kerana melakukan dosa di dunia, tentulah terlebih sakitnya bila dipalu di dalam kubur....

Rasa malu yang kita dapat kerana melakukan kesalahan di dunia, tentulah terlebih malunya bila di hadapan Allah dan dipertontonkan kepada sekalian makhluk di akhirat kelak....

Sekadar tazkirah ringkas di pagi Jumaat yang penuh barakah...
 

Wednesday, September 7, 2011

Kalau Berpacaran Kerana Cinta Muka Buku..

"Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku.. Kau hantar petanda suruh aku terima kamu. .Ooh.. Hati ku rasa sesuatu.. Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku.. Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu.. Oohh.. Kenakah rasa itu.."

Ungkapan di atas adalah sebahagian bait-bait lirik 'Cinta Muka Buku' nyanyian Najwa Latif.. Dan secara peribadi, aku bukanlah peminatnya cuma pengkongsianku pada kali ini ada kaitannya dengan kata-kata di atas...

Tidak dinafikan, laman sosial facebook (muka buku) kini menjadi trend terbaru kepada segenap lapisan masyarakat.. Bermula dari orang biasa sehingga orang kenamaan dan politik, bermula dari orang muda sehingga orang lebih berumur, terasa sedikit kekurangan dan kelecehan jika tidak punya facebook...

Cuma kisah yang dikongsikan oleh seorang sahabat baru-baru ini menyebabkan soalan ini tiba-tiba bermain di benak fikiranku.. 'Kalau Berpacaran' kerana 'Cinta Muka Buku', berbaloikah sebenarnya..??

Al-kisahnya...
Seorang dara berkenalan dengan seorang teruna di laman sosial facebook... Perkenalan yang bermula dengan si dara menjadikan si teruna tempat mendapatkan nasihat; berkebetulan dengan si teruna merupakan penuntut di Universiti al-Azhar Mesir dan akhirnya membuahkan rasa kasih dan sayang antara keduanya...

Dipendekkan cerita si dara mengambil keputusan untuk berjumpa dengan si teruna, bila dia pulang bercuti di Malaysia.. Dan natijah daripada pertemuan ini yang akhirnya membawa kepada peristiwa hitam bilamana mereka akhirnya terlanjur dan si dara mengandung... Kandungan digugurkan dan bila mereka membuat keputusan untuk berkahwin, keluarga si teruna menghalang perkahwinan itu dan si dara kini hidup dalam keadaan tertekan... Si teruna yang diharapkan dapat menjadi pembimbing kepada si dara, kini telah menjdi perosak kepada masa depan si dara...

Bila sahabat yang bercerita menanyakan pendapatku berkenaan kisah itu, maka kata-kata ini aku lontarkan,

"ILMU AGAMA itu akan menjadi CAHAYA bila kita ikhlas mencarinya kerana ALLAH... Akan tetapi bila dicampur dengan tujuan yang lain; sehingga menghilangkan sifat ikhlas itu, maka jadilah ia sebagai UJIAN kepada pemiliknya... Orang yang belajar agama, ujiannya lebih besar daripada orang biasa... Dan syaitan yang ditugaskan untuk menggodanya juga bukan calang-calang pangkatnya... ".

Teringat bait-bait lirik lagu 'Kalau Berpacaran' nyanyian Anna Raffali, Suhaimi Mior Hassan & Altimet,

"Kalau berpacaran memang banyak pantang larang.. Menjaga susila ibu bapa adik abang.. Apabila berdua carilah tempat yang terang.. Agar tidak pula mencoba aksi terlarang.. Boleh pandang-pandang.. Jangan pegang-pegang.. Duduk renggang-renggang.. Bertambah sayang.. Biar malu-malu.. Biar segan-segan.. Kerna malu itu perisai orang beriman...".

Di akhir entri ini, ingin aku mengajak diri dan pembaca sekalian berfikir sejenak...

Perkembangan teknologi tidak pernah bersalah, tapi kita sendirilah sebenarnya yang bersalah dalam mencorak dan memanfaatkannya... Jika baik niat kita, kebaikanlah yang kita akan dapat... Jika buruk niat kita, keburukanlah yang kita akan dapat...

Nilai Sekeping Sijil Dengan Harga 50 Sen...

Assalamu'laikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca...

Dah baca tajuk kat atas tu..?? Eh2, ada ka sekarang ni sijil dengan harga 50 sen..?? Takat yang aku tahu, kena bayar berbelas ribu baru nak dapat sekeping sijil.. Dalam kurungan (belajar daa...) :)

Tapi yang aku nak kongsi dengan pembaca semua hari ni adalah mengenai sikap... Dan al-kisahnya...



Kat atas gambar yang aku snap dari sebuah kelas yang aku mengajarnya.. Kasihan kat sijil tu, tak pasal-pasal terkoyak dek ketidakpedulian tuannya...

Aku secara peribadi, memang akan simpan semua sijil-sijil yang aku dapat masa sekolah dulu biar walau hanya penyertaan pada peringkat sekolah.. Jadi rasa terkilan juga la bila tengok situasi begini...

Tidak dapat dinafikan bahawa, "Sekarang ni nak kerja semua perlukan pengalaman, sijil tu nombor dua.." Tapi pernah atau tidak kita terfikir, orang yang memandu tanpa lesen tetap akan disaman polis sekalipun dia mahir memandu.. Begitulah perumpaannya bila memohon sebarang pekerjaan.. Kita boleh bercerita tentang kemahiran kita yang pelbagai, tapi malangnya tiada sesuatu pun yang dapat membuktikan kata-kata kita itu..

Ringkasnya, kos 50 sen yang dikeluarkan untuk mencetak sekeping sijil tidak mustahil mampu menjana sehingga 50K jika kita menghargainya sebaik mungkin...

Sekadar renungan bersama di pagi ini... :)


Tuesday, September 6, 2011

Masih Dalam Mood Raya...

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada yang membaca...

Ni baru balik dari majlis hari raya; jemputan dari surau tempat aku mengimamkan solat tarawikh sepanjang Ramadhan yang lalu.. Dan juadah yang disediakan..??

Macam-macam juadah yang disediakan di atas meja-meja yang diatur memanjang tapi aku hanya memilih untuk menikmati pasembor (kegemaran aku ni) dan aiskrim...  Masih mampu mengawal nafsu makan... Biar kurus tak pa, asal tubuh sihat walafiat tanpa penyakit... Alhamdulillah, berkat Ramadhan yang telah berlalu.. ;)

Patutnya petang tadi ada lagi jemputan majlis hari raya, tak tahu macam mana balik dari sekolah tengahari tadi, letak kepala atas bantal terus tertidur.. Zohor pun terlewat tadi.. Dan dengar cerita tempat yang buat jamuan tu kenduri seekor lembu yang dijadikan sate, tapi dah tiada rezeki aku la tu... Huhu

Kebetulan pagi tadi pun sekolah buat majlis hari raya... Majlis yang simple, tapi penuh bermakna... Dan ini antara gambar yang sempat aku snap, maklumlah pagi tadi buat kerja 'belakang takbir' tak sempat nak snap banyak-banyak...


Apa-apa pun, alang-alang Syawal yang masih berbaki ni, esok nak sambung puasa enam.. Besar ganjarannya tu pembaca sekalian..

Sesuai dengan sabda junjungan S.A.W :

"Sesiapa yang berpuasa bulan Ramadhan lalu diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, maka dia seolah-olah telah berpuasa setahun," (HR Muslim dari Abu Ayyub Al-Ansari).

Cukup dulu sekadar ni, nak tulis entri PANAS pula lepas ni... Nak tahu berkenaan apa, kena pakat tunggu la... :)

Monday, September 5, 2011

Ilmu Itu Ujian...

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera...

Seorang sahabat bertanya, "Mengapa orang yang belajar agama tinggi-tinggi, tapi terkadang kelakuannya lebih teruk daripada orang biasa..??".

Maka jawabku ringkas,

"ILMU itu akan menjadi CAHAYA bila kita ikhlas mencarinya kerana ALLAH... Akan tetapi bila dicampur dengan tujuan yang lain; sehingga menghilangkan sifat ikhlas itu, maka jadilah ia sebagai UJIAN kepada pemiliknya..." 

Disebabkan itu, disinilah peri pentingnya mengapa Manusia Perlu Tuhan (KLIK)...

Catatan Penulis :

Masih lagi dalam mood cuti raya... Malas nak tulis panjang-berjela... Huhu :P

Friday, September 2, 2011

Maaf Andai Terlewat Aku Menyatakannya...

Assalamu'alaikum dan SALAM AIDILFITRI..

Sudah seminggu blog ini sunyi tanpa sebarang entri.. Bukan disengajakan tapi sedikit kesibukan dengan aktiviti harian.. Dan insyaAllah bermula malam ini, blog ini akan kembali aktif.. Walau terkadang hanya satu entri, tapi entri itulah sebenarnya penyebab kenjungan anda ke laman ini selama ini... :)

Jadi di kesempatan ini, tidak terlambat kiranya untuk aku menyatakan...

SELAMAT AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
2011M / 1431H

&

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-54

MOHON DIAMPUNKAN SEGALA SALAH & SILAP
SEPANJANG PERKENALAN KITA BERSAMA

MERDEKAKAN DIRI DAN JIWA DARI SEBARANG ANASIR
YANG MEROSAKKAN KITA


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...