Wednesday, December 28, 2011

Wordless Wednesday: Asal Nama Nasi Kandar



Kerana inilah nasi kandar memeperolehi namanya..

Catatan Penulis:

Nasi kandar mula popular di Pulau Pinang dan di masa dahulu seperti gambaran di ataslah ianya diniagakan sehingga memungkinkan ianya memeperolehi nama sedemikian..

Lagi bacaan perihal Nasi Kandar : SINI

Thursday, December 15, 2011

Kisah Nafsu Yang Degil

Dalam sebuah kitab karangan Usman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Al-Khaubawiyi (seorang ulama yang hidup dalam abad ke-13 Hijrah) menerangkan bahawa ketika Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Dia telah berfirman yang bermaksud, "Wahai akal, mengadaplah kamu,". Maka akal pun mengadap-Nya.

Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Wahai akal, siapakah Aku..?".

Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah.".

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan pula nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud, "Wahai nafsu, mengadaplah kamu..". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri.

Kemudian Allah Taala berfirman lagi yang bermaksud, "Siapakah engkau dan siapakah Aku?".

Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau.".

Setelah itu Allah menyeksa nafsu di dalam Neraka Jahim selama 100 tahun dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Siapakah engkau dan siapakah Aku?".

Berkata nafsu, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau.".

Lalu Allah S.W.T telah menyeksa pula nafsu di dalam Neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkannya maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Siapakah engkau dan siapakah Aku?".

Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, "Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah Tuhanku.".

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

Dipetik dari: 39 Kisah-Kisah Teladan

Catatan Penulis:

Sesungguhnya nafsu itu adalah sangat jahat, maka oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu dan jangan biarkan nafsu itu mengawal kita; sebab kalau dia yang mengawal maka kita akan menjadi musnah.

Tuesday, December 13, 2011

Permaidani



Rimbun dan redup kasihMu
Kau tempat ku berpayung
Di manakah lagi dapat ku rebahkan
Rasa gundah ini

Nun Kau teguh di sana
Pengasih dan penyayang
Pun ku masih terleka
Meneguk ihsanMu
Walau ku sedari

Oh... nyamannya
Bila diperlukan rinduMu
Mengimbaulah sentosa

Bentangkan ku permaidani
Dari baldu berwarna putih
Moga tak ku terasakan
Cubaan yang ku galas ini
Kepada Mu titianku
Hijrahkanlah diri ini

Friday, December 9, 2011

HASRULHASSAN.COM: Kami Blogger Baru

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera..

Join lagi segmen Bro Hasrul Hassan..

Tulis serba sedikit mengenai diri anda dan blog anda tidak lebih dari 100 perkataan. 

Aku berasal dari negeri paling hujung tanah air.. Masih bujang dan belum berpunya walau menggunakan nama blogger :[to'wan] ... :)

Dulu aku berblog sekadar suka-suka tapi sekarang blog ni umpama ISTERI aku sudah.. Sehingga memungkinkan aku menambah dua lagi madu kepada blog yang sedia ada ini kepada:


Tempek badge yang disertakan dan link ke blog/entri ini untuk tujuan lebih ramai blogger baru yang dapat join. 

KLIK BANNER

Catatan Penulis:

Sudah bertandang ke sini, sudi-sudikan juga untuk berkunjung ke blog-blog penulis yang lain...

Thursday, December 8, 2011

Tempias Trafik..

 Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca...

Masuk bulan Disember ni, betul-betul rasa macam malas nak update blog.. Entah kenapa tiba-tiba aku berperasaan begini walau banyak sebenarnya aku nak kongsi dengan pembaca semua.. Mudah-mudahan aku terus diberikan kekuatan dan semangat oleh Allah S.W.T untuk terus berada di arena blog ini...

Bulan ini, baru dua entri aku nukilkan; dicampur dengan yang ini.. Dan bagi yang mencari trafik ke blog, sudah tentu dengan jumlah entri yang macam ini akan menyebabkan trafik turun dengan mendadak... Dan aku akui, blog aku pun turut mendapat kesannya...

Cumanya, walau tanpa entri baru blog ini masih mampu mampu menerima antara 1/3 daripada jumlah trafik harian jika ku menukilkan entri baru...

Ini jumlah UV ke blog ini untuk minggu lepas yang aku PS (print screen) dari nuffnang... 


Bagaimana hendak mendapatkan trafik walau tanpa entri baru di blog anda..?? 

Pastikan blog dan entri anda mesra dengan enjin carian atau bahasa blognya SEO (Jika kurang jelas berkenaannya, blog rujuk di blog-blog yang menyediakan tips-tips dalam berblog)...

Dan di sini aku bagi dua tips untuk mendapatkan SEO yang tinggi:

1. Pastikan tajuk dan entri di blog anda relevan untuk dibaca pada setiap masa.. Dalam erti kata, walau entri itu sudah ditulis beberapa bulan yang lalu, tapi masih lagi tidak basi untuk dibaca pada hari ini.. Contoh: Petua kesihatan dan resepi masakan...

2. Pastikan blog anda mempunyai link yang banyak di blog-blog yang lain.. Ini boleh didapatkan dengan pelbagai cara seperti join segmen, exchange link dan seumpamanya.. Tapi anda akan lebih beruntung jika blog anda dimasukkan ke dalam bloglist blogger lain disebabkan blog anda itu punya keistimewaan tersendiri dari sudut blog dan entrinya... :) 

Sekian.

Catatan Penulis : 

Tips di atas berdasarkan pengalaman penulis semata dan mungkin berbeza dengan blogger-blogger yang lain...

Monday, December 5, 2011

Bila Entriku Dicuri...

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Sudah beberapa hari aku tidak menukilkan sesuatu di sini.. Ketiadaan idea mungkin penyebab utama kerana di sini, aku selalu mencoretkan pengalaman sendiri serta orang di sekeliling untuk ku jadikan entri..

Beberapa hari lepas, terbaca luahan seorang blogger INI bilamana beberapa entri di blognya ditiru (copy) dan ditampal (paste) dalam blog milik orang lain tanpa diletakkan backlink.. Sungguh, kalau aku sendiri di tempatnya akan terasa hati..

Manakan tidak, penat-penat berkarya, orang lain yang mendapat nama.. Tambahan pula, yang melakukan kerja tidak bermoral ini blogger yang mempunyai nama di arena blog.. Ibarat kata pepatah, "Lembu Punya Susu, Sapi Dapat Nama..." .

Alhamdulillah.. Sekadar yang aku tahu, entri-entriku di blog ini belum ada yang terjadi sedemikian.. Mungkin di blog ini, kebanyakan entrinya hanya sekadar luahan rasa dan pengalaman sendiri, jadi tiada apa yang hendak dikisahkan sangat.. Juga di satu lagi blogku : Dari Kacamata To'Wan , kalau ada pun yang mengambil manfaat darinya, tetap diletakkan backlink...

Tapi di blog : Katajiwa-Jiwakata lain pula ceritanya.. Beberapa entri aku di blog ini telah diambil tanpa sebarang backlink.. Bila dikira-kira semula, banyak juga entri sudah menjadi mangsanya.. Antaranya:

Cinta Sejati...
Air Mata... 
Jika Dia Teman Hidupku..
Teman Sehati.. Sejiwa..

Walau entri-entri ini hanya dijadikan bahan perkongsian di facebook milik-milik individu tertentu, tapi hak tetap hak bukan..?? Tak salah nak berkongsi, tapi pastikan kena caranya...

Tindakan yang aku ambil setakat ini..??

Aku akan LIKE perkongsian yang mana ianya adalah karya aku sendiri kat facebook milik individu-individu ini tanpa sebarang komen..

Hasilnya..??

Alhamdulillah ada beberapa mereka yang sedar dengan kesilapan sendiri dan membetulkan kesilapan itu dengan telah meletakkan backlink.. Terima kasih dan tahniah untuk anda.. Bagi yang masih tak sedar itu, aku biarkan saja.. Lagipun siapa aku untuk menghalang anda..

Kerana....
Setiap kata-kata yang ku nukilkan pun sebenarnya hanya merupakan pinjaman daripada-Nya... 

Catatan Penulis:

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Zalzalah ayat 7-8 :

"Maka barangsiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarah (debu) nescaya akan diperlihatkan (di akhirat). Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah (debu) nescaya akan diperlihatkan,".


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...