Thursday, January 26, 2012

Depa Main Raba Dalam Kelas, Cikgu...

Cikgu Zam berasal dari selatan tanah air dan baru ditugaskan di sebuah sekolah rendah di utara..

Di suatu pagi.. 

"Cikgu.. Cikgu.. Murid laki dok main dengan murid perempuan dalam kelas..." bergegas seorang murid menghampiri meja Cikgu Zam di dalam bilik guru.

"Mereka bermain apa..??" soal Cikgu Zam.

"Depa main RABA dalam kelas, cikgu..." jawab murid yang melapor.

"Berapa orang..??" tanya Cikgu Zam.

"Ramai, cikgu..." jawabnya lagi.

"Kelas yang mana satu..??!" tanya Cikgu Zam kembali dengan nada berubah tegas.

"Kelas 1 Maju, cikgu... " jawab murid itu lagi.

Maka dengan muka merah padam, Cikgu Zam keluar dari bilik lalu menuju ke kelas 1 Maju...

Dalam hatinya, "Budak-budak zaman sekarang, baru sekolah rendah sudah pandai raba-meraba...".

Bila tiba di pintu kelas 1 Maju, yang kelihatan hanya beberapa orang pelajar lelaki dan perempuan sedang bermain dengan pemadam di atas meja tulis...

Cikgu Zam bertanya kembali kepada murid yang melapor tadi dengan muka yang bertambah serius, "Kamu beritahu cikgu tadi ada murid sedang raba-meraba, di mana mereka..??!".

Jawab murid itu, "Tuu.. Takkan cikgu tak nampak kot depa dok main RABA kat atas meja depan cikgu..."

(Alahai bermain pemadam rupanya) ...



**Raba : Rubber - Pemadam

Catatan Penulis: 

BAHASA JIWA BANGSA... Bila terlalu banyak perkataan Inggeris diMELAYUkan, bertutur pula ikut loghat daerah, maka berlakulah kisah-kisah tidak diduga seperti di atas... :) 

Wednesday, January 25, 2012

Wordless Wednesday : Sedut Darah



Catatan Penulis : 

Disamping mengajar, inilah kerja sampingan penulis sekarang iaitu berbekam...

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, "Sebaik-baik yang kamu berubat dengannya ialah berbekam..".

Wednesday, January 18, 2012

Wordless Wednesday : Lantana Camara


Lantana Camara atau nama Melayunya; BUNGA TAHI AYAM..

Cuma aku dok berpikiaq, sebab apa orang Melayu bagi nama dia lagu tu... Ada sapa-sapa tau..??

Catatan Penulis:

Kalau masa di Yaman dulu, bunga ini selalu diberikan pada setiap kali solat jumaat oleh jamaah yang hadir... Kira ala-ala bagi bunga cempaka jugalah macam di Malaysia...

Tuesday, January 17, 2012

Aku Masih Di Sini..



Lenaku dibuai
Bayangan seribu bintang
Kasih tertumpah dibingkai awan
Demi kemilau sang mentari
Yang tak bisa mengerti

Biar ku titipkan
Keperihan pelayaran
Hingga terdaya ku melafazkan
Salju sebening kasihku
Kepada-Mu oh kekasih

Ingin ku buktikan
Keyakinan dalam diri
Ku punya jiwa nan suci
Untuk ku miliki
Sepenuhnya nirwanaku

Oh... pedihnya terpanah arjuna-Mu
Terbelenggu aku di dalam menunggu
Bergelora rintihan asmara-Mu
Di pelantar rindu yang menghempas

Namun kerana tulus-Mu
Masih mampu aku berdiri
Demi naluri yang sama
Kita masih di sini

Demi naluri aku masih di sini...

Catatan Penulis:

Orang kata ini lagu cinta..
Aku kata ini lagu untuk Pencipta...


Monday, January 16, 2012

Kalaulah Cukainya Murah...

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Hari ini sudah masuk minggu ketiga di bulan Januari 2012.. Dan janji untuk aku kembali aktif saban hari di dunia blog terutama di teratak ini belum mampu aku tunaikan; masih disibukkan dengan beberapa perkara penting di sekolah...

Berulang-alik ke tempat kerja dengan menaiki motorsikal ternyata lebih memberikan kelebihan, terutama untuk mengatasi masalah kesesakan lalu-lintas di waktu pagi... Dengan saiznya yang kecil, lebih mudah untuk cilok (mencelah) di deretan kenderaan yang memanjang di lampu isyarat...

Cumanya...

Bila hari hujan, 'MENDERITALAH' pula mereka yang menaiki motorsikal ini.. Dan aku salah seorang yang selalu merasainya.. Hehe

Lalu selalulah terkeluar bait-bait ini sementara menunggu hujan berhenti...

Hajat di hati hendak memiliki kereta sendiri..
Bukan tak mampu, cuma terlalu banyak yang berkenan di hati..
Tapi bila mengenang cukai yang terlalu tinggi..
Terus saja rasa tak jadi...

Sebenarnya, yang aku nak kongsi pada entri kali ini ialah cukai kenderaan di negara kita lebih tinggi berbanding di negara lain.. Jadi bila cukai dah tinggi, maka harga kenderaan juga melambung tinggi..

Jika kenderaan keluaran Toyota atau Hyundai boleh dikatogerikan sebagai kenderaan berharga mahal di negara kita, sedang di negara-negara Arab dan Eropah pula ia dijadikan kenderaan mengangkut penumpang... Masa aku di Yaman dulu pun, ada saja pemandu yang menjadikan Toyota Camry sebagai teksi.. Ini kerana cukai yang dikenakan untuk kenderaan di sana lebih murah berbanding negara kita...




Kalaulah cukainya murah... Dah lama aku bayar tunai untuk sebiji Toyota Vios ... Huhu

***

Tuesday, January 10, 2012

Blog Pilihan : 2 In 1



 


Catatan Penulis :

Sudah lama tak buat entri untuk blog pilihan.. Hari ini penulis pilih dua blog.. Boleh KLIK BANNER untuk ke blog mereka...

Wednesday, January 4, 2012

Wordless Wednesday: Top Entri...

KLIK UNTUK TUMBESARAN

Inilah top entri paling banyak dibaca di blog ini sepanjang tahun 2011 yang baru berlalu...

Catatan Penulis:

Tahun ini punya top entri, belum ada...

Monday, January 2, 2012

Kembali Kepada Rutin Harian...

1hb-3hb Januari 2012:
Mesyuarat guru...

4hb Januari 2012:
Pendaftaran pelajar baru...

4hb-7hb Januari 2012:
Minggu orentasi palajar bersama guru...

MOOD: Kembali ke rutin harian sebagai seorang CIKGU...

Catatan Penulis:

InsyaAllah bermula Januari 2012, blog ini akan kembali beroperasi seperti biasa... =)

Published with Blogger-droid v2.0.2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...