Friday, September 28, 2012

Blog Pilihan : Gelintar Insani

Lagi Blogger To'Wan...

Dek blog dia tak dak banner, to'wan curi letak dia punya gambar profil saja kat bawah..

To'wan betul-betul sukakan gaya penulisannya.. Santai dan bersahaja.. Tapi lain dari yang lain.. Nak tahu kelainan itu..??

To'wan kongsikan sedikit gaya bahasa penulisannya,

"Secangkir teh itu bisa jadi pekat jika dikehendakkan manis melangkaui batas kebiasaannya. Samalah juga dengan hidup, jika dirasakan perlu dipekatkan supaya terlihat oleh ramainya orang maka tambah jugalah kemanisan ke dalamnya. Tetapi, beringatlah... jika terlalu manis dan pekat akan datang gerombolan yang rajin laksana rajinnya semut yang suka akan manis-manis segala. Sudah tentu tidak diketahui gerombolan itu rajin berniat betul mahu pun rajinnya berbayangkan sesuatu. Makanya, dalam secangkir teh itu, perlu diadakan aturan dengan berhati-hati supaya pekatnya tidak terlikat; manisnya tidak terhalwa. Yang akhirnya akan teracuanlah senyiru kehidupan yang cukup-cukup tanpa melampaui batas."

Nak tahu lagi kelainannya..?? Jom KLIK DI FOTO ramai-ramai la...


Thursday, September 27, 2012

Kisah Suami Mengandung..

Tersebut al-kisah, terdapat terdapat sepasang suami isteri yang tinggal nun jauh di hujung sebuah kampung. Walau telah lama berkahwin, mereka belum juga dikurniakan cahaya mata. Ini kerana si suami merupakan seorang yang garangnya mengalahkan harimau mahupun singa. Maka sudah tentulah menyukarkan proses 'manja-bermanja' antara keduanya dek si isteri yang fobia untuk mendekati si suami..

Ditakdirkan Allah, si suami ditimpa penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya. Dia selalu muntah-muntah. Selera makannya juga berkurang. Si isteri berasa kasihan dengan suaminya,namun apakan daya dia hanya mampu membiarkan saja.. Ini kerana bila dia cuba mendekati, si suami masih selalu marah-marah walau dalam keadaan sakit.

Pagi itu..

Si suami bersendirian menaiki motorsikal menuju ke klinik kerajaan yang letaknya 30km dari rumah. Dia diperiksa oleh doktor yang bertugas. Namun doktor masih gagal mengenalpasti penyakit yang menimpanya. Maka dia telah diminta untuk memberikan sampel air kencing untuk dianalisis.

Di klinik, pundi kencingnya tiba-tiba 'tersekat'. Tiada langsung air kencing yang mampu dikeluarkan. Maka doktor telah memintanya untuk membawa pulang bekas yang diberikan dan datang semula keesokan harinya bersama-sama bekas berisi air kencing.

Pada malam harinya..

Si suami tidur 'mati' di atas katil. Si isteri masuk perlahan-lahan ke dalam bilik. Begitulah kebiasaannya saban malam. Dia akan hanya masuk ke dalam bilik untuk tidur di atas katil bersebelahan si suami setelah suaminya tidur dan bangun keesokkan harinya sebelum suaminya terjaga.

Tiba-tiba...

Kakinya tersepak sesuatu. Si isteri meraba-raba dalam gelap. Tangannya menyentuh sejenis cairan di atas lantai. Tangannya dirapatkan ke hidung dan wajahnya tiba-tiba berubah.Pasti esok dia akan 'dikerjakan' oleh si suami dek menumpahkan air kencing di dalam bekas untuk di bawa ke klinik esok.

Otaknya ligat berfikir. Sesuatu mesti dilakukan. Lalu ilham datang menjelma. Si isteri tersenyum sendirian. Ya, dia akan melakukan seperti yang terlintas itu...

Esoknya di klinik..

Setelah memberikan sampel air kencing di makmal klinik, si suami menunggu dengan penuh debar. Tidak berapa lama selepas itu, doktor memanggilnya untuk masuk ke dalam bilik rawatan.

Si suami, "Apa penyakit saya doktor..??".

Doktor, "Ajaib.. Ajaib.. Ajaib.. Sepanjang saya menjadi doktor, belum pernah terjadi perkara sebegini...".

Si suami, "Kenapa doktor..??".

Doktor, "Tahniah, encik disahkan mengandung 2 bulan..."


Gambar Hiasan

Si suami yang mendengar kata-kata doktor itu terus jatuh daripada kerusi lalu terus pengsan...

Dan kebenaran ceritanya..

Si suami sebenarnya tiada sebarang penyakit misteri. Cuma dia sebenarnya 'dipilih' oleh Allah untuk merasai alahan si isteri yang mengandung. Dan hikmah daripada peristiwa itu juga, si suami mula berubah sikap menjadi lebih baik..

Dan misteri dari mana datangnya gantian air kencing di dalam bekas itu kini terjawab sudah...


Catatan To'Wan :

Sesungguhnya kalau isteri bersalah pun, tangan suami yang diangkatkan bukan cara utama untuk mendidik pasangan. Sesungguhnya Islam sendiri jelas menyatakan yang demikian sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisa' ayat 34 yang bermaksud :

"Wanita-wanita yang kamu khuatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."

Wednesday, September 26, 2012

WW : Buku Latihan 1M Berwajah Najib


Hensem tak wajah Perdana Menteri kita dalam bentuk karikatur..??

Catatan To'Wan:

Psssst... Kalau orang dewasa pijak gambar Dato' Seri Najib kena tangkap dek pak polis.. Agak-agak kalau kanak-kanak yang main pijak-pijak, kena juga ka...?? Huhu..

Tuesday, September 25, 2012

Kisah Malas Solat

Pada suatu petang...

Lelaki,  "Saya sakit ustaz, macam mana nak solat?"

Ustaz, "Solat macam biasa, berdiri kalau mampu."

Lelaki, "Kalau saya tak mampu berdiri?"

Ustaz, "Duduk pun boleh."

Lelaki, "Duduk pun saya tak boleh, ustaz."

Ustaz, "Baring pun tak apa."

Lelaki, "Baring pun saya tak mampu dah."

Ustaz, "Guna isyarat je lah kalau macam tu."

Lelaki, "Nak guna isyarat pun saya tak boleh dah. Macam mana, ustaz?"

Ustaz, "Biar orang lain solatkan."

"Wah, boleh ker macam tu ustaz? Biar betul?" soal lelaki dengan penuh minat dan teruja.

Ustaz, "Ya betul. Kalau dah semua tu tak boleh buat, maknanya dah layak lah awak untuk dikuburkan".
"
Eh, tiba-tiba saya boleh solat berdiri ustaz..!!" kata lelaki sambil senyum kelat.


APA LAGI ALASAN KITA UNTUK TIDAK BERSOLAT..??

Catatan :

"Perbezaan di antara kita (orang Islam) dan mereka (orang kafir) ialah meninggalkan sembahyang. Sesiapa yang meniggalkan sembahyang, bererti dia telah kafir." (HR Ahmad dan Ashabus Sunan).
 

Monday, September 24, 2012

Seni Kepengikutan a.k.a The Art of Followership...

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Petang kelmarin selamat tiba di teratak sendiri setelah 2 hari 3 malam berkelana a.k.a berkursus di Langkawi.. Masih dalam mood sedikit keletihan tapi hari ni tetap kena kembali menjalankan tugas.. Huhu

Sebelum terlupa, inilah pihak yang menjadi moderator untuk program yang to'wan ikuti tu : SINI..

Dan pagi ni to'wan nak kongsi dua falsafah yang to'wan dapat dengan pembaca semua...

Falsafah Pertama : Untuk Menerima Kita Perlu Terlebih Dahulu Perlu Memberi...

Kata-kata to'wan, "Berapa ramaikah di kalangan kita yang sanggup memberi terlebih dahulu untuk menerima hasilnya..?? Kalau ada pun, ramai yang lebih suka mendapat hasil tanpa perlu mengeluarkan modal.." 

Falsafah Kedua : The Good Leadership is A Good Follower...


Kata-kata to'wan, "Berapa ramaikah di kalangan kita yang sanggup menjadi pengikut bila tidak dipilih untuk menjadi ketua..?? Kalau ada pun, ramai yang lebih suka memberontak dalam diam bila timbul ketidakpuasanhati..."

Pembaca semua, ada yang nak berkongsi pandangan dan pengalaman dengan to'wan tentang kedua-dua falsafah ini..??

Wednesday, September 19, 2012

WW : Sanggup pakai tak kasut macam ni..??

 Bentuk ikan

 Bentuk tikus

Ada yang sanggup pakai tak kasut macam ni..??

WW : Corong Ubat Mata..


Sesuai sangat untuk sesiapa yang bermasalah matanya akan terpejam secara sendiri bila dok titik ubat mata..


Tuesday, September 18, 2012

Qasidah Spontan Pelajar...

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Kelmarin cuti Hari Malaysia.. Tapi sekolah to'wan ambil kesempatan tu untuk anjurkan Majlis Penutup Sambutan Syawal..

Disebabkan hari pun dah berganjak ke bulan Zulkaedah, maka sambutan majlisnya pun sekadar biasa-biasa saja; tidaklah meriah sangat pun.. Sekadar majlis makan-makan saja..

Apa-apa pun, to'wan kongsikan sedikit persembahan qasidah secara spontan oleh pelajar yang dipanggil ke hadapan majlis kelmarin...

Jom layan....




Saturday, September 15, 2012

Blogger Pilihan : Budak Comot

Lagi blogger pilihan to'wan..


KLIK BANNER UNTUK KE BLOG

Ini adalah personal blog.. Diselit dengan isu-isu semasa.. Bagi yang nak tambah kenalan & pengikut, bolehlah klik banner di atas..

Pssst.. Gambar dua ekor kucing yang kat banner tu, kepunyaan blogger ini... Nak tahu nama depa, kena blogwalking la..

Friday, September 14, 2012

Tazkirah Jumaat : Rukuk Mampu Mecegah Kebongkokkan..

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Saidina Ali Karamallu Wajhah menceritakan bagaimana perlunya belakang lurus ketika rukuk. Seandainya segelas air diletakkan di atasnya, air itu tidak akan tumpah sedikit pun. 

Dalam pergerakan rukuk, dua kaki yang sedikit bengkok ke belakang dan badan yang membongkok ke depan dan lurus dapat mengurangkan tulang pinggul yang senget pada bahagian tulang belakang, sekaligus menjaga agar belakang tetap lurus.


Manusia umumnya akan membongkok ke depan bila semakin meningkat usianya. Hal ini merupakan perkara biasa kerana manusia umumnya melihat ke arah hadapan dan juga arah bawah. Jadi dengan melakukan pergerakan turun dan naik dari rukuk, berupaya untuk mengatasi masalah bongkok.

Pembacaan lanjut : SINI


Thursday, September 13, 2012

Membuat Pilihan Itu Satu Penghormatan..

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada semua yang membaca..

Topik bicara to'wan hari ini, "Membuat Pilihan Itu Satu Penghormatan.."

Ramai di kalangan kita tidak suka membuat pilihan kerana takut salah dalam memilih.. Ada yang mengganggap membuat pilihan itu satu bebanan dan ramai pula yang ingin hidup tanpa membuat pilihan.. Ya, manakan tidaknya.. hendak makan pun perlu dibuat pilihan...


Namun sedarkah kita bahawa membuat pilihan sebenarnya satu penghormatan buat diri..??

Ini kerana kemampuan untuk membuat keputusan yang baik dan tepat memberi kita satu perasaan bahawa kita menghargai diri.. Kita terpaksa membuat keputusan berdasarkan pilihan-pilihan yang sedia ada dan kadangkala pula kita perlu membuat keputusan untuk orang lain..

Membuat keputusan untuk orang lain pula sudah tentunya lebih sukar berbanding membuat keputusan untuk diri sendiri.. Walau demikian, keupayaan serta kebijaksanaan kita dalam membuat keputusan itu memungkinkan kita dijadikan tempat rujukan oleh mereka disekeliling. Dan ketahuilah, kemahiran membuat pilihan ini tidak semua orang memilikinya.. Jadi, rasalah bertuah dengan  apa yang ada pada diri..

Cuba bayangkan pula, jika kita senantiasa ragu-ragu dalam membuat keputusan, membuat pilihan dengan terburu-buru tanpa berfikir panjang, apakah kita akan dicari oleh sesiapa yang ingin meminta bantuan..?? Sudah tentu tidak bukan..??

Lebih malang lagi, apabila disyorkan nama anda, ada yang berkata sebegini , "Daripada aku minta pertolongan si pulan, lebih baik aku fikir sendiri.. Tolong macam tak tolong saja.."

Adakalanya, kita tidak senantiasa betul dan tepat dalam membuat pilihan.. Dan inilah risiko yang perlu dihadapi.. Tapi adakah kita lebih suka tunggu dan lihat, daripada membuat keputusan dek tak mahu menanggung risiko..?? Jangan tertipu dengan diri, tunggu dan lihat juga antara cara kita menempah risiko...

Oleh itu, buatlah pilihan walau risiko menanti di hadapan.. InsyaAllah dengan membuat keputusan, natijah yang menanti lebih manis buat diri.. Jika timbul ragu-ragu, mintalah pertolongan kepada Ilahi dengan istiqarah dan berdoa.. Andai setelah membuat keputusan hasilnya bukanlah paling terbaik buat diri, yakinlah ia tetap kurniaan Ilahi.. Kerana Dia tidak pernah memberi apa yang kita harapkan, tapi memberi apa yang kita perlukan..

Maka biasakan diri membuat pilihan, kerana ia penghormatan buat diri..!! 

***

Wednesday, September 12, 2012

WW : 2 dalam 1 (Sofa & Katil Mudah Alih)


Menjimatkan ruang bukan..??

Blogger Pilihan : Ikhwan Suhaimi


KLIK BANNER UNTUK KE BLOG

Bagi yang suka masak-memasak, blog ini mungkin memenuhi citarasa anda.. Banyak juga resepi-resepi masakan oleh blogger ini bila to'wan buat 'sport check' tadi...


Aku Pun Ada Penyakit TRYPOPHOBIA..

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Tempoh hari ada seorang sahabat cerita tentang penyakit TRYPOPHOBIA kat to'wan.. memang betul-betul tak tahu tentang penyakit itu sebab kali pertama to'wan mendengarnya.. Jadi sahabat to'wan tu pesan suruh google saja kat internet kalau nak tahu dengan lebih lanjut...

Sibuk punya pasai, baru hari ini teringat semula nak cari tentang penyakit ni.. Sahabat to'wan tu ada sebut juga, mereka yang mengidap penyakit ini jumlah keseluruhannya juga amat ramai tanpa kita disedari..

Dan tadi...

Setelah to'wan google image tentang penyakit trypophobia ni, barulah to'wan tahu bahawa to'wan juga merupakan salah seorang pengidap penyakit ini.. Sebab sahabat to'wan tu ada sebut lagi, "Jika semasa melihat gambar-gambarnya ada 'tindakbalas' yang berlaku pada bahagian tengkuk, pipi dan bulu roma, anda merupakan salah seorang pengidap trypophobia..."

Ermmm.. Bahaya bukan penyakit ni..?? Menyerang tanpa kita sedari... Jadi kepada yang nak tahu, boleh GOOGLE kat internet; takut-takut anda pun penghidapnya juga...




**

Monday, September 10, 2012

Petua : Air Tebu Boleh Mengubati Batuk..

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Tahukah anda bahawa air tebu boleh digunakan untuk mengubati batuk...??
Hehe.. Mesti bunyi macam pelik saja kan sebab kebiasaannya air tebu ni boleh menambahmudaratkan lagi batuk yang dialami.. Ni orang tua-tua kata la... To'wan tak kata apa-apa...

Apa-apa pun, ni betul punya petua; iaitu mengubati batuk menggunakan air tebu.. Petua ni pula to'wan perolehi daripada seorang tabib cina...


Bahan-bahan yang diperlukan :-

1. Air tebu segar (belum dicampur dengan ais batu)
2. Cerek atau periuk

Cara-caranya :-

1. Masukkan air tebu segar ke dalam cerek atau periuk.
2. Panaskan di atas api sehingga mendidih.
3. Setelah mendidih, tutup api dan biarkan sehingga air tebu menjadi suam.
4. Air tebu suam dituang ke dalam gelas dan diminum.

Begitu saja caranya.. Mudah saja bukan..?? Bagi yang ada masalah batuk tak mau lega-lega, bolehlah mencuba petua ni.. InsyaAllah dengan izin Allah, batuk yang dialami akan beransur-ansur pulih...

Selamat mencuba...!!!

Saturday, September 8, 2012

Satu Keluarga Pencuri...

Jom pakat layan video ni dulu...



Amacam..?? Terbaik dari ladang dak..??

Satu masa dulu, sejahat mana pun sesorang tu tetap dia akan sembunyikan kejahatannya dari orang lain; terutama keluarga sendiri.. Di masa sekarang, nak buat kejahatan siap angkut keluarga lagi..

Inilah sebahagian tanda yang to'wan rasa kita dah berada di akhir zaman.. Lelaki tidak ramai lagi yang berperanan sebagai pelindung keluarga bertepatan dengan apa yang Nabi sebut dalam hadis baginda..

Dari Anas bin Malik, Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Antara tanda hari kiamat ialah ilmu semakin sedikit dan kejahilan semakin banyak, zina akan menjadi berleluasa, wanita semakin ramai dan lelaki semakin kurang sehinggakan 50 wanita hanya dilindungi oleh seorang lelaki.” (HR Al-Bukhari&Muslim)

Sama-samalah pakat bermuhasabah diri; terutama buat kita-kita yang berjantina lelaki.. Takkan nak heret satu keluarga terjun neraka kot..??

Blog Pilihan : Ibnu Malek


KLIK BANNER

Tengok kat banner pun, dah tau ini blog pengisian agama.. Jadi kepada sesiapa yang berniat nak tambah pengetahuan, jomlah pakat ziarah...

Thursday, September 6, 2012

Bloglist HasrulHassan.Com l 200 Blog Terawal Sahaja!

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Blogger HH membuka peluang untuk mana-mana blog untuk disenaraikan dalam ruangan bloglist beliau dengan dihadkan kepada 200 blog terawal. Terbuka buat semua jenis blog; asal blog anda itu tidak melanggar undang-undang negara.. Dan peri-penting, ianya bukan blog yang mengandungi keLUCAHan melampau.. Hehe


Sebenarnya, HH antara blogger yang boleh to'wan anggap sebagai sifu dalam arena blog.. Walau to'wan jarang nak tinggalkan komen kat blog beliau, tapi memang selalu pi bersiar-siar di terataknya; terutama bila nak cari tips-tips dalam berblog...

Jadi kepada yang ingin nak tersenarai dalam bloglist beliau, boleh klik : SINI ....

Cepat-cepat, sebelum terlewat...

Wednesday, September 5, 2012

WW : Rotan VS Bayaran...

Ibu-bapa dulu-dulu bila serah anak kepada guru dengan ini... 



Ibu-bapa sekarang bila serah anak kepada guru dengan ini...



Pandangan anda pembaca terhadap kesan serta beza dua kaedah ini dalam proses pendidikan anak-anak..??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...