Tuesday, September 17, 2013

Ulamak.. Antara Menghormati Dan Memaksumkan...

Ramai beranggapan, bila seorang itu title (gelarannya) ulamak, dia tidak boleh lansung dikritik.. Mengkritik ulamak, bererti menghina Islam itu sendiri.. Kerana ulamak ini pewaris nabi; penerus perjuangan para nabi yang telah diutuskan Allah...

Hakikatnya..

Ulamak tetap manusia biasa.. Walau mereka pewaris ajaran para rasul, mereka tetap tidak mewarisi kemaksuman para rasul.. Dalam erti kata, terkadang mereka juga tidak lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan dalam berfatwa mahupun mengemukakan pandangan...


Persoalannya...

Bila ulamak melakukan kesilapan, adakah mereka langsung tidak boleh diritik secara terbuka? Adakah teguran itu perlu secara tertutup? Sedang sejarah telah membuktikan, Saidina Umar Al-Khatab sendiri pernah ditegur dikhalayak ramai oleh seorang wanita apabila berfatwa dalam menetapkan mahar untuk wanita yang ingin berkahwin...

Kata aku...

Ulamak tetap perlu dihormati sesuai dengan kedudukan ilmu dan kedudukannya di sisi Allah S.W.T. Namun yang dilarang ialah kita memaksumkan peribadi mereka maupun kata-kata mereka.. Ulamak tetap ulamak, takkan terangkat darjat mereka semaksum para nabi walau berapa tinggi ilmu mereka..

Oleh itu, kita yang mengaku menghormati ulamak jangan mudah melenting bila ada segelintir pihak mengkritik para ulamak.. Namun perlu dinilai terlebih dahulu atas dasar apakah kritikan itu dikemukakan..? Adakah ianya atas kepentingan peribadi? Atau atas dasar sayangkan Islam dan ulamak itu sendiri?

Sayang ulamak bukan bermaksud kita menafikan ulamak itu untuk dikritik.. Kritik ulamak itu terkadang perlu, asal jangan melampaui batas serta adabnya.. Peri pentingnya, kritiklah ulamak jika ianya untuk kebaikan ummah.. Namun tinggalkankanlah jika ianya hanya sekadar syok sendiri atau kerana ingin mencari publisiti..

Ya... Tanpa ulamak, mana mungkin ajaran Islam itu sampai kepada kita pada hari ini...

***

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts