Wednesday, June 27, 2012

WW : Kutu Babi...


Inilah rupa kutu babi...

Dulu aku ingat nama 'kutu babi' ni saja-saja sebut dalam cerita Bujang Lapok untuk komedi.. Tapi hari ini, aku dah tahu yang kutu babi tu sebenarnya adalah nama lain untuk cengkenit (bahasa orang utara) dan pighah (bahasa orang pantai timur)... Nak tahu lagi pasai binatang ni, boleh klik : SINI ...

WW : Hama a.k.a Araknid


Hama Merah



Hama Rumah

Baru ku tahu, rupa-rupanya haiwan yang namanya 'hama' banyak spesiesnya.. Ku fikirkan sejenis sahaja..

Apa-apa pun kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan haiwan seni ni, klik : SINI ...

Monday, June 25, 2012

Revolusi Mesir - Evolusi Palestin

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

'Dr Muhammad Mursi Presiden Mesir'... Itulah keputusan rasmi yang diumumkan semalam di media massa..


Rata-rata pihak, baik rakyat Mesir sendiri mahupun negara-negara lain menyambut berita ini dengan tanda positif.. Ya, inilah kemenangan rakyat melalui sistem pilihanraya setelah bermulanya kebangkitan rakyat melalui Revolusi Mesir pada 25 Januari 2011 yang menyaksikan berakhirnya penguasaan rejim Husni Mubarak.. Dan dari rentetan ini jugalah menyaksikan sempadan Rafah dibuka semula untuk pelarian Palestin setelah 4 tahun ditutup pada April 2011...

Tepatnya, peristiwa-peristiwa ini bolehkan disebut sebagai 'Revolusi Mesir - Evolusi Palestin'... Perubahan besaran-besaran untuk rakyat Mesir, perubahan kecil yang memakan masa rakyat Palestin.. 

Perlantikan Dr Muhammad Mursi sebagai Presiden Mesir juga dilihat bakal membuka lembaran sejarah baru bagi Mesir dan negara-negara jirannya terutamanya bumi Palestin kerana beliau antara individu yang menjadikan isu berkaitan Palestin dan Al-Quds sebagai permasalahan sejagat; umat Islam khususnya, tidak hanya permasalahan penduduk-penduduk Palestin sahaja. Ini kerana Dr. Mursi merupakan ahli Majlis Penentangan Terhadap Zionisme di Wilayah Syarqiyah. Selain itu, Dr. Mursi juga terlibat sebagai pengasas Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme.

Dengan keputusan ini juga, bakal membantutkan usaha Zionis Israel untuk terus menguasai bumi Palastin bagi mendirikan 'Negara Besar Israel' dan menguasai negara-negara yang bersempadan dengannya. Mereka sebelum ini begitu rakus merampas tanah-tanah di negara Palestin untuk didirikan negara haram mereka. Dan tidak mustahil satu hari nanti jika tiadanya kesedaran juga tindakan dari kita umat Islam tentang bahaya perkara ini matlamat utama mereka itu akan berjaya dicapai sebagaimana keberhasilan mereka merampas hampir keseluruhan tanah Palestin pada hari ini lalu dijadikan penempatan haram mereka dek tiada atau kurangnya keprihatinan juga kecaknaan kita terhadap isu 'Palestin'.

Maklumat lanjut : SINI

Harapku, keputusan pilihanraya ini bakal membuka lanskap baru dalam sejarah politik Mesir khususnya, dan negara-negara umat Islam amnya... Moga kemenangan rakyat ini menjadi pemangkin serta motivasi untuk kita menegakkan yang HAK dan menurunkan yang BATIL dari muka bumi Allah S.W.T ini walau ia memakan masa yang lama...

Dan ku impikan Islam subur di bumi Malaysia tercinta sebagaimana ia mula menampaknya sinarnya di bumi anbiya' (Mesir)...
 

Friday, June 22, 2012

Tazkirah Jumaat : Fatwa Mufti Boleh Ditolak

Wajib meninggalkan fatwa mufti itu jika ia hanya berupa pandangan semata-mata tanpa disandarkan pada sebarang dalil syarak dan pada masa yang sama timbul keraguan pada yang mengambil fatwa itu. Ini kerana fatwa pada keadaan ini hanya berupa nilaian zahir mufti, bukannya takwa mahupun wara'.

Imam An-Nawawi Rahimahullah pula menyatakan pada permasalahan ini sebagaimana berikut,

"Sesuatu hadiah yang diberikan kepada kamu oleh seorang yang kebanyakan hartanya adalah haram dan jiwa kamu tidak yakin terhadap halalnya hadiah tersebut, sedangkan mufti menmfatwakan kepada kamu halal memakannya, maka sesungguhnya fatwa itu tidak dapat menghilangkan syubhat...".

Sambungan : SINI

Thursday, June 21, 2012

Istinjak (Bersuci) Dengan Kertas Pasir...

Dalam sebuah kelas...

"Pelajar sekalian, hari ini kita semua akan belajar tentang istinjak.. Tahukah kamu apa itu istinjak..??" kata ustaz memulakan sesi pembelajaran.

"Tak tahu ustaz..." jawab pelajar serentak.

"Baiklah. Pelajar semua, istinjak itu maksudnya membersihkan kencing ataupun berak dengan menggunakan air atau 3 ketul batu serta lebih. Paling afdhal (dituntut) , ia menggabungkan kedua-duanya sekali iaitu dimulai dengan batu, kemudian diikuti dengan air. Jika ingin memilih pula, maka dahulukan penggunaan air...bla..bla..bla......" jelas ustaz memberikan penerangan dengan panjang lebar.


15 minit selepas itu...

"Sekarang ustaz nak kamu semua berikan contoh benda kesat yang boleh digunakan bagi menggantikan batu dalam berintinjak.. Setiap orang mesti contohnya berlainan antara satu dengan yang lain.." pinta ustaz..

"Tisu, ustaz.." kata Aminah.

"Bagus Aminah.." sahut ustaz.

"Ranting kayu, ustaz.." kata Siti.

"Ya, betul Siti..." kata ustaz kembali.

"Gesel kat kulit pokok, ustaz.." kata Syukri pula.

Ustaz tersenyum sambil berkata, "Betul jawapan kamu tu Syukri, tapi pastikan kulit itu ditanggalkan terlebih dahulu dari pokoknya.. Nanti tak pasal-pasal, hadas kamu yang terangkat, orang lain pula kena cuci najis sebab terpegang pokok yang kamu gesel tu..".

Tiba-tiba....


"Kertas pasir tak boleh ka ustaz..?? Kesat juga kan..??" soal Afif yang memang terkenal dengan nakalnya itu.

Ustaz bermonolog sendiri, "Afif ni nak kenakan aku rupanya...".

"Boleh saja nak intinjak dengan kertas pasir.. Tapi kalau selepas tu jadi berkematu kat tempat kamu istinjak tadi, sendiri tanggung la..." ustaz memberikan jawapannya sambil disambut dengan gelak-ketawa pelajar memenuhi kelas.

Anak murid sengal.. Ustaz lagi la sengal... Haha


Catatan Penulis :

Seninya ilmu di dalam Islam, dari sekecil-kecilnya mahupun sebesar-sebenar perkara, semuanya ada dibicarakan di dalam Al-Quran & Hadis Nabawi kemudian diteruskan oleh generasi ulama' terutamanya dalam bab ibadat... Hinggakan dalam satu kitab feqah karangan Syeikh Daud Al-Fatoni, beliau ada memasukkan permasalahan orang yang terbuka auratnya dalam solat disebabkan seekor monyet yang masuk ke dalam masjid.. Nampak lucu, tapi tidak mustahil akan berlaku bukan...?? :)

Wednesday, June 20, 2012

WW : Audience Demographics



Catatan Penulis :

Maklumat ini penulis dapat dari laman : alexa ... Mungkin bila mencoretkan entri, faktor-faktor ini perlu juga diambil kira bagi blogger yang menitikberatkan peningkatan trafik ke blog... Blogger seperti penulis pula; yang menulis sekadar perkongsian peribadi, mungkin tidak terlalu mengambil pusing... :)

WW : Senyum ~ Terapi


Catatan Penulis :

CINTA PERTAMA tetap terindah dalam memori walau betapa ia menyakitkan...

Maka bila kau rasa diri tidak ingin terus kecewa, maka aturlah langkah kembali kepada Pemilik Cinta Segala; Allah Ta'ala..


Friday, June 15, 2012

Tazkirah Jumaat : Rahsia Meletakkan Tangan Di Dada Dalam Solat

Dari Thawus, “Rasulullah S.A.W selalu meletakkan tangan kanan di atas tangan kirinya lalu menekankan keduanya pada dadanya ketika beliau sedang solat.” [HR Abu Daud].

Dan dari Wa’il bin Hujr, “Bahawasanya dia melihat Nabi S.A.W meletakkan tangan kanan di atas tangan kirinya dan kemudian meletakkan keduanya pada dadanya.” [HR Ibnu Khuzaimah & Al-Baihaqi]

Para ulama' menyatakan bahawa meletakkan tangan seperti sebegini dapat mendatangkan kekusyukan ketika solat didirikan. Meskipun terdapat beberapa hadis lain yang menceritakan tentang Rasulullah S.A.W meletakkan tangannya selain daripada dada ketika solat seperti di bawah pusat dan sebagainya, namun tempat-tempat yang lain itu menjadi perselisihan para ulama' hadis.

Seterusnya apakah kebaikan serta hikmah meletakkan tangan seperti ini untuk kesihatan jasmani dan rohani?

Pembacaan Lanjut : SINI

Blog Pilihan : Kalam Jiwa Hamba


KLIK BANNER UNTUK KE BLOG


Catatan Penulis :

Terasa kerdilnya diri bila blog penulis diletakkan pada 'Jaringan Tarbawi' dalam bloglist blogger yang penulis pilih.. Kerana penulis merasakan teratak ini tidak mempunyai kriteria pun untuk dijadikan sebagai blog tarbiah mahupun dakwah.. Yang ada hanya perkongsian peribadi berdasarkan pengalaman hidup sendiri serta orang sekeliling...

Wednesday, June 13, 2012

WW : Amboi, Suka Sungguh Raba-Raba Eh..??


Gambar sedut dari Nuffnang

Catatan Penulis :

Sudah lama tidak berkongsi kata kunci panas yang selalu tersesat di blog ini.. Jadi hari ini, ambil peluang curi trafik sedikit... Huhu

Segmen Tambah Follower dan Rakan Blogger


KLIK BANNER UNTUK KE BLOG PENGANJUR

Nama Blog : 
 Kalam Dari Pondok Tua

Link Blog : 
http://abuhanif186.blogspot.com/

Mula Berblog :   
2 Julai 2009

Kenapa Berblog : 

Mula-mula ikut orang.. Lepas tu suka-suka.. Sekarang sebab minat (walau sekrang dah jarang-jarang update)...

Idola & Ikutan Dalam Dunia Blog :

Mereka yang mampu bagi aku inspirasi untuk terus menulis.. Hatta blogger tu budak sekolah tadika pun....

Catatan Penulis :

Sudah berbulan rasanya penulis tidak menyertai sebarang segmen anjuran blogger lain.. Hari ini terdetik pula hendak menyertai segmen Bro HH ...


Tuesday, June 12, 2012

Kahwin Bayar Bulan-Bulan, Ada Berani..??

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Petang Jumaat lepas, aku ke pasar malam yang terletak di bandar Arau; berbelas kilometer jaraknya daripada rumahku.. Dalam minda, tiada apa yang hendak dibeli sangat pun, cuma sekadar 'Jalan-Jalan Cuci Mata'.. Dan usai menjumpai tempat untuk memakirkan kereta, aku menuju ke arah pasar malam..

Dalam perjalanan, aku berhenti di sebuah rumah; rumah seorang kenalan ayahku.. Lama aku tidak berjumpa dengannya kerana banyak masanya dihabiskan di Langkawi dengan membuka kedai makan di sana bersama isterinya, sedang rumahnya di sini didiami oleh anak-anaknya.. Niat asal sekadar hendak menegurnya barang sebentar lalu meneruskan langkah kaki ke pasar malam, tapi diajaknya pula aku untuk menikmati kopi, barang secawan dua.. Maka makin panjang lebarlah sembangnya.. 

Dalam rancak-rancak dok bersembang, dia buka cerita berkenaan anak saudaranya yang akan akad nikah pada malam harinya.. Menurut ceritanya, "Wang hantaran untuk perkahwinan itu, dibayar secara bulanan kepada keluarga si mentua...".

Aku pun bertanya dalam nada tercengang, "Bayaq bulan-bulan macam mana tu..??".

Maka jawabnya, "Anak saudara pak cik tu sebelum dari nak kahwin lagi, setiap bulan dia bagi sikit-sikit jumlah wang hantaran tu kat keluarga mentua.. Jadi akad nikah malam ni, bawa mas kahwin saja la pasai wang hantaran semua sudah selesai dibayaq..." .


Gambar Hiasan

"Bakal isteri dia kerja apa pak cik..?" soalku lagi.

"Bakal isteri dia tu kerja dengan syarikat perumahan.. Arkitek kot tak silap pak cik.. Anak saudara pak cik tu kerja guard (pengawal keselamatan) saja..." jawabnya.

Aku menyambut kata-katanya itu dengan "Oooooo..." sambil dok bermonolog seorang diri,

"Sebelum ini aku rasa biasa-biasa saja kalau lelaki buat pinjaman dengan bank untuk dijadikan wang hantaran, lalu kemudiannya dibayar kembali secara ansuran.. Tapi cerita yang sampai ke telinga aku ini memang luar dari kebiasaan.. Bila difikirkan balik, cara ini bagus juga untuk yang kurang berkemampuan; jika sekiranya perkahwinan yang dirancangkan itu berlaku.. Namun, jika sebaliknya yang berlaku, alamat hanguslah duit yang telah dibayar sebelum daripada itu.. Bukan ada slip atau resit pembayaran seperti membayarnya di bank..."  .

Dah anda pembaca pula bagaimana,  "Kahwin bayar bulan-bulan, ada berani..??".

Monday, June 11, 2012

Cinta Tak Perlu Dipaksa... Pasti Hadir Bila Tiba Masanya...


Hatinya dilanda keresahan..
Namun kepada siapa harus diluahkan..??
Nanti apa pula kata orang terhadap dirinya yang sudah tua,
namun berhajat kepada kepada si jejaka muda belia..??
Ramai orang yang akan mentertawakannya..
Saat terjadinya itu, pasti tiada lagi tempat untuk dia menyembunyikan muka...


Sambungan : SINI

Cikgu Suka Main Bola.. Hari-Hari Cikgu Main Bola...

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca...

Sudah agak lama tidak menukilkan sesuatu di blog bersawang aku ini.. Jadi memandangkan pagi ini tidak kesibukan, aku ambil masa sedikit untuk menulis...

Hari ini kembali memulakan tugas seperti biasa setelah 2 minggu bercuti.. Hehe mesti dah boleh agak di mana aku bertugas bukan..?? Bila rutin harian kembali seperti biasa, maka rutin cutian pula terpaksalah dikorbankan..

Dan antara rutin yang perlu dikorbankan itu; BERQIYAMULLAIL larut malam di kaca tv menonton EURO 2012.. Minat tu minat juga bro.. Tapi jika dengan minat itu bisa mengurangkan komitmen kamu terhadap tugas, maka berkorbanlah.. Ingat, tugas itu amanah.. Dan setiap amanah akan disoal bila berhadapan dengan Yang Maha Esa di padang mahsyar kelak...


Bola Rasmi EURO 2012

Sambil mencoretkan entri ini, tiba-tiba teringat kisah Cikgu Shaari lakonan Allahyarham Tan Sri Dr. P.Ramlee dalam cerita 'Masam-Masam Manis'...

Kata Cikgu Shaari, "Murid-murid, baca dan ulang apa yang cikgu tulis di papan hitam ya...".

Murid-murid, "Cikgu suka main bola. Hari-hari cikgu main bola.".

Dan detik Cikgu Shaari tertidur di dalam kelas, maka bertukarlah pembacaan murid kepada, "Cikgu suka tidur. Hari-hari cikgu tidur. Maka mari kita bermain...".

Komedi ringkas yang cuba disampaikan oleh P.Ramlee, tapi penuh makna tersirat di sebalik yang tersurat... I LIKE... :)

Thursday, June 7, 2012

Hatiku Berbicara Tentang Cinta...


KLIK GAMBAR UNTUK TUMBESARAN

Catatan Penulis :

Lama tidak menulis, sekali-sekala buat entri bergambar apa salahnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts