Wednesday, May 23, 2012

Wordless Wednesday : Maka Tamatlah Jawapan !



Catatan Penulis :

Senyum tak perlu kata apa-apa.. Kadang-kadang bila kepala tengah serabut menyemak kertas jawapan peperiksaan, inilah antara ubat yang paling mujarab menghilangkan keSERABUTan itu...


 

Dalam Kenangan



Bila terkenang masa lalu rasa terharu
Segalanya masih kekal dalam kenangan
Tiba di persimpangan jalan berpisah jauh
Sekian lama di rantau bersendirian

Tiada lagi seruling senja mendayu
Tiada lagi ketawa riang bersama
Bila sepi mengusik hati
Semuanya kini dalam kenangan

Aku kirimkan restu pada ayah dan bonda
Budi dan jasamu tetap dalam kenangan
Teman seiring jalan kini jauh dariku
Kemesraan kita tetap dalam kenangan

Tiada lagi suara ombak di pantai
Tiada lagi bayu teberau membelai
Di saat sepi begini
Semuanya kini dalam kenangan

Bila masanya tiba nanti aku kembali
Pasti ada yang berubah dan tiada lagi
Dan bila kutinggalkan lagi kampung halaman
Segalanya abadi dalam kenangan


Catatan Penulis :

Tanpa kenangan, manusia tidak akan mampu mencorakkan kehidupan yang lebih baik di hari esok...

Saturday, May 19, 2012

Edisi 18SX : Malam Pertama Ustaz & Ustazah...



Seorang ustaz baru mengahwini seorang ustazah. Pada malam pertama mereka berdua...

Ustazah, "Betul ke awak ni seorang ustaz?".

Ustaz, "Betul. Saya sememangnya lulusan dari Universiti Al-Azhar, Mesir.".

"Alhamdulillah, sudah lama saya berdoa agar ditemukan jodoh dengan seorang ustaz. Sekarang perkara tersebut telah menjadi kenyataan," cetus ustazah.

"Saya pun begitu juga kerana dapat mengahwini seorang ustazah," balas ustaz sambil tersenyum.

Jam di dinding menunjukkan jam 12.00 malam. Ustaz memandang wajah isterinya dengan penuh pengertian. Malam pertama yang ditunggu, kini dilaluinya dengan penuh debaran. Kalau diikutkan hati, mahu diterkam isteri di depan mata, tapi status keUSTAZan tetap perlu juga dijaga...

"Ustaz selama ini saya ada satu kemusykilan. Telah banyak para cerdik pandai yang saya bertanya, tapi tak seorang pun dari mereka dapat memberi jawapan yang memuaskan hati saya. Jadi, dengan status 'ustaz' yang ada pada awak tu saya nak bertanyalah jika awak dapat menjawab kemusykilan saya ini. Boleh tak ustaz?" soal ustazah sambil meleretkan senyuman manja kepada ustaz.

Ustaz, "InsyaAllah, boleh. Tanyalah apa saja... Saya akan cuba jawab dengan sebaiknya,".

Ustazah, "Begini ustaz. Apa hukumnya meletakkan sesuatu di atas Al-Quran?".

Ustaz, "Ooooo....tak boleh, haram. Mana boleh macam ni...mengikut hadith ini......" (Maka berhujahlah ustaz dengan penuh semangat dengan membawa dalil-dalil dari Al-Quran dan Hadith. Maklumlah seorang ustaz, dah macam kuliah agama jadinya... ).

Ustazah, "Ooo.. begitu. Saya ni seorang penghafal Al-Quran. Maka, saya ni sudah seumpama Al-Quran.. Bagaimana sekarang ustaz?".

Lalu terloponglah ustaz mendengar kata-kata isterinya. Hukum telah jatuh. Haram meletakkan sesuatu atas Al-Quran.  Maka berlalulah malam itu tanpa sebarang perlayaran...

Keesokan malamnya, ustaz menunggu detik bersama dengan penuh semangat. Mana boleh ustaz dikalahkan dengan soalan isteri yang juga bertaraf ustazah...

Ustaz, "Saya juga ada satu soalan. Selama ini saya banyak bertanya pada ustazah, tapi jawapan mereka tidak memuaskan hati saya. Soalannya, apakah hukummnya meletakkan Al-Quran di atas sebuah Al-Quran yang lain?".

"Ooooo... Itu tidak menjadi satu kesalahan. Harus sahaja meletakkan Al-Quran di atas sebuah Al-Quran yang lain," jawab ustazah.

Ustaz mendengar jawapan dari isterinya dengan penuh girang sambil berkata, "Sebenarya saya juga seorang penghafal Al-Quran. Bagaimana sekarang ustazah?".

Muka ustazah bertukar kemerah-merahan; tanda MALU tapi  MAHU dengan ustaz.. Lalu bermulalah pelayaran mereka berdua.....

Diolah & dipetik dari : SINI

Catatan Penulis :

Begitu indahnya kehidupan manusia, bila semua benda berpaksikan Al-Quran & As-Sunnah; warisan Nabi & para ulamak yang penuh dengan peringatan serta pengajaran...

Monday, May 7, 2012

Sudah 10 Tahun Rupanya Usia Memori Itu...

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Sekarang ini sudah jarang benar aku nak update blog.. Rasa macam 'HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU' sudah blog aku ini.. Niat nak berblog masih ada, cuma entahlah....

Pukul 2.45 pagi tadi, selamat sampai ke negeri tercinta setelah 2 hari mengembara di negeri orang.. Rasa letih masih ada, tapi hari ini tetap masih perlu ke sekolah sebagai seorang guru.. Ni pun saja ambil sedikit masa untuk update blog sambil menyiapkan soalan peperiksaan.. Tidak tahu apa yang ingin ku coretkan di sini sebenarnya, tapi jari-jemari tetap juga berkeras mahu menekan papan kekunci laptop...

10 tahun dahulu, tempat ini pernah kaki ini aku jejakkan.. Dan dua hari lepas, kaki ini menjejak lagi di sini.. Tiada yang banyak berubah pada tempat ini, cuma yang berubahnya ialah diri aku sendiri.. Dulu aku ke sini sebagai seorang pelajar, sedang kini sebagai tenaga pengajar juga di institusi pendidikan yang sama..



Sebenarnya di ladang teh ini menyimpan beberapa bingkisan memori dalam hidup ini.. Ya, di ladang teh ini menjadi saksi di saat Allah campakkan rasa SAYANG itu terhadap dirinya walau saban hari kelibatnya kelihatan di depan mataku.. Namun perancangan Allah tetap yang terbaik, mungkin dia bukan jodoh yang ditakdirkan buat diri walau ia hanya tinggal selangkah saja lagi ke gerbang bahagia..

Cintailah sesiapa yang diingini..
Asal ia berada di lorong yang akan membawa hati,
untuk terus mencintai Ilahi..
Resapilah hikmah cinta ke dalam diri..
Agar maksud penciptaan cinta itu dirasai...

Dan kita selaku hamba-Nya yang beriman perlu yakin bahawa, "Jodoh itu tiada kaitan dengan keturunan lambat dan cepatnya.. Umpama meniti sebatang jambatan, makin panjang makin jauhlah perjalanannya.. Dan makin pendek ia makin singkatlah perjalanan ke seberang sana...".

Catatan Penulis :

Entah mengapa, rasa jiwa semacam saja mencoretkan nukilan pada hari ini.. Mungkin semangat hendak menulis itu sudah hadir kembali.. Ditambah pula kelmarin sempat menyapai beberapa orang penulis buku dan blog pada hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC; mungkin sedikit mendapat tempias mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts