Sunday, December 29, 2013

Rasa Rindu Melanda...

Assalamu'alaikum & selamat sejahtera..

Pejam celik pejam celik tahun 2013 sudah menghampiri penghujungnya.. Mai hujung-hujung ni masing-masing pakat sibuk; terutama untuk sesi persekolahan 2014 yang bakal kunjung tiba..

Para ibu-bapa sibuk dengan menyediakan keperluan persekolahan serta pendaftaran anak-anak.. Para cikgu pula sibuk dengan persiapan menyambut pelajar lama 7 baru.. Yang anak-anak bergelar murid @ pelajar, sibuk dok mengeluh cuti dah nak habis... Hehe

Selalunya...
Bila mai hujung-hujung tahun ni, to'wan pun antara salah seorang yang turut sibuk berulang-alik ke sekolah setiap hari.. Mesyuarat perlu diadakan, gerak kerja perlu dilaksanakan.. Sudah tanggungjawab seorang yang bergelar guru...

Tapi tu dulu la.. Tahun ni dah tak dapat dah nak rasa suasana tu.. Sebab la ni dah tukaq profesen lain.. Dah jadi penjawat awam... Huhu

Tapi serius to'wan cakap...

Dulu walau beban kerjanya lebih, tapi suasana bekerja tu mengembirakan hati.. Sekarang ni, walau beban kerjanya kurang, tapi suasana berkerja tu tak berapa nak ceria sedikit.. Ceria dalam erti kata, dok 'melanggut' dalam pejabat tak tau nak buat apa.. Hehe

Tapi apa-apa pun, 'lain padang, lain belalang' .. jadi kena-kenalah belajar biasakan diri...

Hari ni to'wan rasa rindu sangat kat tempat to'wan mengajar dulu.. Rindu dengan gurauan & kemesraan para guru.. Paling rindu dengan telatah anak-anak pelajar; ada-ada saja soalan yang nak ditanya yang kadang-kadang soalan tu tak logik pun pada akal..

Dan buat pengetahuan semua, untuk keputusan PMR 2013 baru ni, sekolah ni berada pada kedudukan ke-7 keseluruhan untuk negeri Perlis.. Dan ia adalah sebuah sekolah agama agama, bukannya sekolah kerajaan....

Kalau nak tau tempat to'wan mengajar dulu, klik SINI

Rasa cukup sekadar ni coretan to'wan, kalau lapang-lapang to'wan menulis lagi...

***

Monday, December 9, 2013

Tempat Baru, Tugas Baru..

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera..

Lama sudah to'wan tak nukilkan entri.. Blog ni pun dah macam hidup segan, mati tak mau.. Tapi nak delete blog ni rasa sayang pula.. Bak kata pepatah, "Kalau sayang kena juga ditinggal-tinggalkan..." Hikhik

Buat pengetahuan pembaca semua..

To'wan sebenarnya dah tukar kerja baru.. Kalau dulu kerjanya mendidik anak-anak pelajar selaku seorang guru, kini kerja baru to'wan memerlukan to'wan untuk MEMANUSIAKAN manusia..

Atau dalam erti kata yang lebih mudah, mendidik peribadi & perilaku seseorang tu biar selari dengan hakikat penciptaan manusia sebagaimana yang Allah sebut dalam Al-Quran; untuk mengabdikan diri kepada-Nya...

Skop bidang tugas tetap nampak sama macam seorang guru, cuma dibezakan pada tahap umur individu yang disampaikan dakwah itu... To'wan pun bukanlah baik sangat, cuma sekurang-kurang bila to'wan sampaikan sesuatu kat orang lain, secara tidak langsung to'wan ingtakan diri sendiri juga...

Apa-apa pun, inilah tempat kerja baru to'wan...


Jadi kepada sesiapa yang nak mai zirah, kedatangan anda to'wan dialu-alukan..

Cukuplah dulu kot takat ni coretan to'wan, nanti-nanti kalau lapang to'wan menulis lagi..


***

Wednesday, October 2, 2013

Bahayanya Bakteria Salmonella...

Ayam masak merah dicemari bakteria salmonella dikenal pasti menjadi punca kematian 3 tetamu yang menjamahnya pada satu majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai minggu lepas..

Berita penuh : SINI

Ermmm... Ayam masak merah memang sedap...


Tapi bila dah dicemari dengan bakteria salmonella...


Bakteria Salmonella

Lagi info, klik : SINI

Akhirnya, yang berlaku.....


Food Poisoning a.k.a Keracunan Makanan

Jadi...

Beringat sebelum kena.. berjaga sebelum merana.. Jangan dek tak mau kerugian, nyawa manusia jadi taruhan...


Coretan To'Wan :

To'Wan selalu kalau pi kenduri, lebih suka makan gulai ikan masin daripada makan ayam masak merah...


Thursday, September 19, 2013

Malaikat ISRAEL Ustaz...

Pada itu di dalam kelas tauhid...

Ustaz, "Baik sekarang ustaz nak tanya kamu semua tugas-tugas para malaikat.. Abu apakah tugas malaikat Mikail..?"

"Menguruskan rezeki makhluk ustaz.." jawab Abu.

Ustaz, "Bagus Abu.. Ali, malaikat yang mencabut nyawa pula namanya siapa..?"


Jawab Ali dengan penuh konfiden, "Malaikat Israel ustaz..."

"Ali.. Ali.. Ali.." ustaz menggeleng-gelengkan kepalanya seraya tersenyum.

Ustaz menyambung bicara, "Ali.. Malaikat yang mencabut namanya Izrail, bukannya Israel.. Israel tu bukannya malaikat, bahkan lebih dahsyat ianya adalah syaitan..."

"Syaitan ustaz..? Bukankah Israel tu nama negara..?" soal seorang pelajar kehairanan.

"Anak-anak murid sekalian, ya Israel itu memang nama negara, tetapi negara yang ditubuhkan secara haram. Israel sepanjang penubuhannya, berapa ramai nyawa penduduk Palestin telah dikorbankan..? Berapa ramai penduduk Palestin terpaksa menjadi pelarian di negara sendiri gara-gara kekejaman Israel..? Manusia bila baik, kita panggilnya malaikat.. Tetapi bila jahat kita panggilnya syaitan..." jelas ustaz.

Soal pelajar yang lain, "Tetapi bukankah terlalu melampau manusia kita panggil dengan gelaran syaitan..?"

Jawab ustaz, "Dalam ilmu tauhid, syaitan pada sudut bahasa bererti setiap unsur yang keji yang terdapat pada manusia, jin dan binatang . Maka disebut makhluk yang ingkar terhadap Tuhannya dengan lafaz syaitan juga thoghut sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisa' ayat 76 yang bermaksud:

"Orang-orang yang beriman itu berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir (pula) berperang di jalan thoghut, sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah,".

Dan panggilan ini (syaitan) menjadi kebiasaan untuk merujuk kepada sikap yang buruk dan terkeji dalam diri manusia. Dan panggilan thoghut pula bagi merujuk pada orang-orang melampaui batas dan mengingkari perintah Allah S.W.T.".

Pelajar-pelajar menganggukkan kepala dengan penjelasan ustaz.

***

Tuesday, September 17, 2013

Ulamak.. Antara Menghormati Dan Memaksumkan...

Ramai beranggapan, bila seorang itu title (gelarannya) ulamak, dia tidak boleh lansung dikritik.. Mengkritik ulamak, bererti menghina Islam itu sendiri.. Kerana ulamak ini pewaris nabi; penerus perjuangan para nabi yang telah diutuskan Allah...

Hakikatnya..

Ulamak tetap manusia biasa.. Walau mereka pewaris ajaran para rasul, mereka tetap tidak mewarisi kemaksuman para rasul.. Dalam erti kata, terkadang mereka juga tidak lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan dalam berfatwa mahupun mengemukakan pandangan...


Persoalannya...

Bila ulamak melakukan kesilapan, adakah mereka langsung tidak boleh diritik secara terbuka? Adakah teguran itu perlu secara tertutup? Sedang sejarah telah membuktikan, Saidina Umar Al-Khatab sendiri pernah ditegur dikhalayak ramai oleh seorang wanita apabila berfatwa dalam menetapkan mahar untuk wanita yang ingin berkahwin...

Kata aku...

Ulamak tetap perlu dihormati sesuai dengan kedudukan ilmu dan kedudukannya di sisi Allah S.W.T. Namun yang dilarang ialah kita memaksumkan peribadi mereka maupun kata-kata mereka.. Ulamak tetap ulamak, takkan terangkat darjat mereka semaksum para nabi walau berapa tinggi ilmu mereka..

Oleh itu, kita yang mengaku menghormati ulamak jangan mudah melenting bila ada segelintir pihak mengkritik para ulamak.. Namun perlu dinilai terlebih dahulu atas dasar apakah kritikan itu dikemukakan..? Adakah ianya atas kepentingan peribadi? Atau atas dasar sayangkan Islam dan ulamak itu sendiri?

Sayang ulamak bukan bermaksud kita menafikan ulamak itu untuk dikritik.. Kritik ulamak itu terkadang perlu, asal jangan melampaui batas serta adabnya.. Peri pentingnya, kritiklah ulamak jika ianya untuk kebaikan ummah.. Namun tinggalkankanlah jika ianya hanya sekadar syok sendiri atau kerana ingin mencari publisiti..

Ya... Tanpa ulamak, mana mungkin ajaran Islam itu sampai kepada kita pada hari ini...

***

Thursday, July 18, 2013

Khatam Al-Quran VS Tadabbur Al-Quran Di Bulan Ramadhan

Assalamu'alaikum & Salam Ramadhan Kareem..

Sudah lama blog ini tidak to'wan update @ kemaskini.. Dek pagi ini ada sedikit masa terluang, maka to'wan terasa nak nukilkan sesuatu....

Bila Ramadhan..

Ramai manusia berlumba-lumba untuk jadi baik.. Aurat yang didedahi, kini ditutup rapi.. Mulut yang saban hari dok umpati, kini dikunci.. Masjid yang lama sunyi, kini dipenuhi... Pendek kata, kalau boleh nak jadi 100% muslim sejati di bulan Ramadhan ni...

Dalam pada tu..


Al-Quran yang sudah lama debu memenuhi, kini mula disentuh & dibaca kembali.. Ramai yang menyimpan azam untuk khatam paling kurang pun sekali bila berakhir Ramadhan nanti..

Cuma satu hal bermain-main di fikiran to'wan, "Antara khatam Al-Quran & tadabbur Al-Quran di bulan Ramadhan, yang mana sebenarnya banyak manfaat untuk diri kita..??"

Bila baca Al-Quran, faham atau tidak, kena hukum tajwid & makhraj huruf atau tidak, tetap Allah akan bagi 10 pahala untuk setiap huruf.. Sebab tu ramai yang berlumba-lumba untuk khatam Al-Quran...

Bila tadabbur Al-Quran pula, paling kurang kita akan faham makna setiap ayat yang dibaca.. Cuma lambat la nak khatamnya....

Sekadar pandangan to'wan...

Tadabbur Al-Quran ni sebenarnya lebih banyak manfaatnya untuk diri berbanding kita nak khatam Al-Quran di bulan Ramadhan; bukan saja dari segi faham makna bahkan dari segi pahalanya.. Bila kita faham makna setiap kalimah Al-Quran, secara tidak langsung akan timbul keazaman dalam diri untuk beramal dengannya.. Bila timbul ketidakfahaman pula, kita akan cari orang yang ahlinya untuk menghuraikannya pada kita... 

Berbanding dengan bila baca Al-Quran tanpa faham maknanya.. Dari segi pahala bacaan kita dapat tapi daripada segi manfaat untuk diri, adakah ianya menguntungkan..??

Sebab tu tak salah kot kalau to'wan nak kata lagu ni...

Bila masuk Ramadhan, ramai berubah menjadi MALAIKAT..
Bila keluar Ramadhan, ramai kembali menjadi SYAITAN...


Puncanya sebab kita tak pernah pun nak ambik iktibar & pengajaran dari ayat-ayat yang dibaca sepanjang Ramadhan itu.....

Tuesday, June 11, 2013

Aku Kembali Menulis...

Assalam dan salam sejahtera kepada semua pembaca...

Setelah beberapa lama sepi tanpa sebarang nukilan di blog ini, hari ini aku kembali menulis... Beberapa hari ni, terasa diri kurang bersemangat untuk melakukan sebarang aktiviti..

Andai buat aktiviti pun, fikiranku melayang entah ke mana.. Dan hari ini, tiba-tiba teringat kat blog yang telah lama ku biarkan usang ini...


Orang kata...

Peranan MEDIA BARU ni... Walau status atau tulisan itu biasa-biasa saja, tapi tahap kepantasan serta keberkesanan untuk maklumat sampai kepada orang atasan daripada orang bawahan memang tidak mampu diragui.. Dan aku sendiri dah dapat rasa kesan benda tu kelmarin...

Mungkin benar, PERSEPSI orang yang membaca terkadang mengatasi HAKIKAT perkara itu sendiri...
Benda yang sama bila diucap bertentangan mata, mungkin hanya 4 biji mata yang menjadi saksi bicara.. Sedang bila ianya dinukilkan, terasa bagaikan ada berjuta mata yang menjadi saksi... Dan inilah penangan persepsi sebenarnya...

Dan sekurang-kurangnya juga, aku dah luahkan apa yang orang lain nak kata tapi tak mampu untuk dikata....

Wednesday, April 17, 2013

WW : Suami BN Isteri PAS...


KOMEN PEMBACA UNTUK GAMBAR INI..??

Catatan To'Wan :

Politik, politik juga bro... Keharmonian rumahtangga jangan dibiar terabai...

Wednesday, March 27, 2013

WW : Bila Muka Atuk Aku Masuk Surat Khabar...


KLIK GAMBAR


Catatan To'Wan :

Gambar di atas dari suratkhbar sinar bertarikh 17 Mac 2013.. Baru hari ini berkesempatan nak upload.. Buat pengetahuan semua, tahun ni atuk aku dah 93 tahun pun usianya...

Wednesday, March 20, 2013

WW : Binatang Ni Namanya Kabui..


Lokasi Gambar : Tree Top Walk Sungai Sedim Kulim Kedah

Kat belah utara, kumbang jenis ni orang panggil kabui.. Nama Saintitiknya to'wan tak tau la pulak.. Tapi kalau bahasa jepun sebutannya kabuto.. Dekat-dekat dah la tu namanya.. Huhu

WW : Side Mirror Jimat Kos...

Untuk yang cuba jimatkan kos, boleh cuba yang ni... 

Sunday, March 17, 2013

Bila Yus Jambu Datang Ke Sekolah Agama...

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..


Kenalkah pembaca semua dengan lelaki bertopi dalam gambar di bawah..?? Kalau yang selalu menonton rancangan Maharaja Lawak mesti kenal punya...

Al-kisahnya..

2 minggu lepas dia mai sekolah to'wan.. Tujuannya, untuk bagi sedikit infak (sumbangan) kepada sekolah agama tempat to'wa bertugas.. Erm jumlahnya, biarlah to'wan rahsiakan saja...

Sepanjang to'wan belajar dan seterusnya mengajar di sekolah ini, rasanya belum pernah lagi ada artis atau selebriti yang datang ke sini untuk tujuan amal.. Doa to'wan, mudah-mudahan Yus Jambu diberikan nikmat kesihatan dan semoga Allah makin dekatkan hatinya dengan Islam...

Untuk pembaca yang nak tahu lebih lanjut tentang sekolah to'wan, boleh klik : SINI

Sunday, March 10, 2013

H&H O'Shop...

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua..

Alhamdulillah.. hari ni to'wan selesai create page untuk jualan produk online secara kecil-kecilan.. Sebenarnya, bisnes ini to'wan buat dengan adik-beradik yang lain sudah lama, cuma hari ni baru berkesempatan nak buat page rasmi dek terikat dengan komitmen tugas-tugas yang lain..

Untuk mengetahui senarai produk yang kami tawarkan, boleh KLIK kat gambar di bawah.. Sebahagian produk to'wan dah masukkan gambarnya, sebahagian lagi akan menyusul kemudian.. InsyaAllah..



Catatan To'Wan :

Dah singgah tu, silalah LIKE pagenya sekali ya.. Beli barangan pun, lagilah teramat-amat to'wan alukan.. Hehe

Friday, February 1, 2013

Partime Job @ De HusZa Cafe

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua..

Hampir dua bulan to'wan tak update blog.. Rasa malas nak menaip, tambah pula dengan komitmen tugas yang makin bertambah kat sekolah..

Malam ini to'wan cuma nak gebang kat pembaca semua pasai partime job yang to'wan buat sekarang.. Asalnya to'wan hanya cadang nak buat partime job ni sebab sekolah bercuti panjang tahun lepas, tapi dek mula rasa serasi dengan kerja ni, to'wan lanjutkan sampai sekarang..

Kat sini la to'wan buat partime job...


De HusZa Cafe

Kedai ini berlokasi di Jalan Seriab, Kangar Perlis.. Kepada orang peghelih dan sesiapa saja, bolehlah berkunjung ke sini kalau nak jumpa to'wan.. Ecee.. bukan jumpa to'wan, tapi cuba mai makan kat sini..

Macam-macam menu ada kat sini; dari resepi turun-temurun masakan ibunda sehinggalah ke western pun ada dengan waktu operasi bermula dari pukul 4.30 petang sehingga 12.30malam..

Rasa tu jer kot to'wan nak coret untuk malam ni, moga bertemu lagi di lain entri....

Tahlil Perdana MADI 2013...


KLIK UNTUK TUMBESARAN

Maklumat lanjut : SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts