Thursday, September 11, 2014

SEGMEN BEN ASHAARI : IMPIANKU SEORANG BLOGGER

Assalamu'alaikum w.b.t.h dan selamat sejahtera...

Rasanya dah bertahun to'wan tak join sebarang segmen dari Bro Ben Ashaari mahupun lain-lain blogger.. Hari ini rasa ringan pula jari-jemari ni nak menekan keyboard...

Kalau anda mempunyai blog & terasa nak turut sertai, klik saja HEADER Tuan punya di bawah ni...

1 .
http://www.benashaari.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html

2. Sedikit latar belakang ringkas to'wan :

Berasal dari negeri paling utara tanah air.. Mula berblog sejak tanggal 2 Julai 2009.. Aktif berblog secara tegar semasa menuntut di Yaman pada tahun 2010 & kini telah kurang aktif berblog kerana komitmen kerja seharian.. Kini to'wan bekerja di hujung negeri Kedah yang disempadani dengan negeri Perak & Pulau Pinang.. Agak2 kat mana la tu ehh...??

3. Kelebihan Blog To'wan :

Blog to'wan hanya blog biasa-biasa; yang to'wan kongsikan di dalamnya pengalaman hidup seharian.. Tapi tak semua pengalaman hidup mesti kita kongsikan, bukan..?? Peri penting, mesti ada sedikit sebanyak manfaat bila orang lain membacanya...

4. Impian To'Wan jadi Blogger :

To'wan nak jadi orang yang mampu berikan kebaikan untuk orang lain walaupun orang itu pernah jumpa to'wan secara realiti.. Jadi bloglah medium terbaik.. Dan kerna itulah, to'wan buat blog yang INI : Dari Kacamata To'Wan ..

Juga to'wan teringin nak kongsikan bakat diri yang tak berapa nak berbakat ini, maka to'wan hasilkan juga blog yang INI : Kata Jiwa -Jiwa Kata ...

Itulah sahajalah coretan ringkas to'wan sebagai memenuhi syarat-syarat segmen anjuran Bro Ben Ashaari. Kepada yang belum tetapi teringin nak join, tarikh tutup segmen pada 11/09/2014 jam 8.00 malam...


**Jom jana pendapatan sampingan anda di : SINI

***

Thursday, August 21, 2014

Program JobandCash Menipu Pengguna...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Semalam ada to'wan terbitkan 1 entri dengan tajuk : Jana 3 Angka Pendapatan Sampingan Sehari Atau Lebih Tanpa Modal...!!!

Errrmmmm dengaQ tajuk pun dah mengujakan semua bukan..?? Buat pengetahuan semua, sehingga entri tu to'wan publishkan, inilah hasil dalam tempoh 24 jam yang to'wan perolehi...


Hohoho lumayan bukan..??

Mana tak lumayannya, setiap kali orang klik dan daftar, anda akan dibayar US$10; lebih kurang RM32 tu duit kita... Modal pula tak payah keluar sesen habuk pun, memang berbaloi-baloi..

Dengaq sekali macam tak percaya, tapi itulah hakikatnya.. Disebabkan to'wan pun memang nak tahu samaada program itu tipu @ tidak, to'wan g0-on ja sampai target yang ditetapkan iaitu US$300 ...

Dan akhirnya, pagi tadi bila buka link referral untuk tebus wang itu, memang sah-sah dah kena TIPU ...!! Bermacam-macam benda yang kena isi dan buat sebelum wang itu boleh si pengguna tebus.. Dah la tu, anda pula diminta untuk melanggan pelbagai aplikasi di telefon bimbit dengan ..

Jadi kesimpulan mudah to'wan, "Program JobandCash Menipu Pengguna..." . Ia sekadar web yang menjana pendapatan berasaskan PENIPUAN melalui trafik pengguna yang teruja ingin memperolehi hasil dalam masa yang singkat..

Memang dari mata kasar, kita takkan rugi apa-apa sebab tidak perlu keluar modal pun, tapi dalam masa yang sama KERUGIAN  turut ada dari sudut masa dan penggunaan internet melibatkan kouta.. Itu belum dicampur kerugian terhadap pengguna yang dalam diam telah terpengaruh untuk melanggan aplikasi di telefon bimbit yang menelan kredit tanpa sedar...

Banyak lagi kalau to'wan nak huraikan tentang sistem ini, tapi untuk lebih pembacaan berkaitan sistem yang tidak menguntungkan ini,  boleh rujuk : SINI

Sebenarnya bukan tidak ada sistem link referral yang mendatangkan hasil seperti yang INI , tapi disebabkan hasil yang lambat, mungkin tidak ramai yang berminat untuk mencuba... Mungkin to'wan akan tulis dalam entri yang akan datang...

Kepada yang dah jadi mangsa klik to'wan kelmarin, jutaan maaf dipohonkan.. Kalau to'wan sendri tak cuba sendiri, mana lah boleh nak kongsi entri bermanfaat ini dengan pembaca semua... kan.. kan.. kan..?? Sebelum lebih ramai yang terkena, biar to'wan pesan awal-awal....

Sekian, moga berjumpa lagi di lain entri.

***

Wednesday, August 20, 2014

Jana 3 Angka Pendapatan Sampingan Sehari Atau Lebih Tanpa Modal...!!!

Peluang menjana pendapatan sampingan TANPA MODAL yang boleh mencecah 3 angka sehari atau lebih..

Pelik bukan..?? Tapi itulah kebenarannya...


PENDAFTARAN PERCUMA..

TANPA MODAL..

BUKAN PENIPUAN ( Kalau rasa tipu, tak rugi apa-apa pun sebab 1 sen modal pun anda tidak keluarkan ) ..

TAK PERLU BELI BARANG..

TAK PERLU JUAL BARANG..

TAK PERLU CARI ORANG...

SYARAT UTAMA...

Anda adalah pengguna aktif FB, WHATSAPP, WECHAT, TWEETER dan seumpamanya...

Hanya klik LINK yang bakal saya berikan di bawah, buka laman yang tertera lalu mendaftar sebagai ahli..

Selepas pendaftaran anda akan menerima secara automatik USD25 (bersamaan RM80) dan anda akan mendapat Web Referral anda sendiri..

Hanya promosikan web anda itu dimana-mana laman sosial yang anda ingini dan setiap orang yang klik dan mendaftar melalui link yang anda promosikan pula, anda akan memperolehi USD10 (bersamaan RM32)..

Cuba bayangkan jika yang klik dan mendaftar dengan anda adalah 10 orang sehari didarabkan dengan USD10, jumlah pendapatan anda adalah RM320.00 sehari..

LUMAYAN BUKAN...???

Cepat.. Cepat.. Cepat.. Apa tunggu lagi..??


Hanya klik di SINI untuk memperolehi pendapatan pertama anda...!!!



**Makluman :
Entri / Artikel ini hanya ujian terhadap keberkesanan serta ketulenan terhadap link referral yang ditawarkan. TQ.

Wednesday, July 2, 2014

Ramadhan Pertama Bersama..

Assalamu'alaikum & salam Ramadhan Kareem..

Entri terakhir to'wan coretkan di blog ini bertarikh 7 Januari 2014. Hah pakat kira sendiri la lama mana dah to'wan biarkan blog ini tak terupdate...

Nak kata dah jemu berblog tu, bukan la sangat.. Cuma bila komitmen dengan tugasan harian menghadkan tangan ni untuk ketuk keyboard, maka terabailah blog ini macam sekarang...

Apa-apa pun, rasanya belum terlambat untuk to'wan ucapkan selamat menjalani ibadat puasa Ramadhan untuk semua terutamanya kepada semua follower blog to'wan ini.. Pesan to'wan untuk diri dan sahabat semua, sama-samalah pakat hadapi Ramadhan kali ni dengan penuh kesabaran & keikhlasan dalam mencari Redha Ilahi...

Cuma Ramadhan kali ini to'wan rasakan sedikit berbeza berbanding Ramadhan tahun-tahun sebelumnya.. Pengalaman sambut Ramadhan berjauhan dari keluarga tu dah selalu sangat dok rasa, cuma yang istimewa sedikit tahun ni sambut Ramadhan berjauhan daripada keluarga juga akan tetapi ada isteri peneman Ramadhan di sisi.. Hehehe..

Gambar Sengaja Dikaburkan

Masuk hari ini, genap sebulan to'wan mendirikan rumahtangga bersama pasangan pada tarikh 1 Jun 2014.. Masih di fasa awal perkahwinan, cuma to'wan selalu berdoa agar tanggungjawab baru bergelar suami dan ketua keluarga ini mampu to'wan galas dengan sebaik mungkin.. Bila dah berkahwin ni, keluarga pun dah makin besar la jawabnya... Keluarga isteri, keluarga to'wan juga..

Maka sudilah kiranya sahabat-sahabat semua juga turut mendoakan to'wan diberikan kekuatan serta pertolongan oleh Allah melaksanakan amanah ini sabaik mungkin.. InsyaAllah...

Rasa cukup di sini coretan to'wan, lain masa to'wan menulis lagi...


***

Tuesday, January 7, 2014

Genap Sebulan Pemergianmu...

Tanggal 2 Januari 2014..

Genap sebulan chak to'wan pergi bertemu Ilahi di dalam usia 94 tahun.. Chak tak dak sebarang penyakit yang kronik, cuma sudah tertulis di lauhul mahfuz yang ajalnya telah tiba.. Dan to'wan yang masih hidup ni pun tak tau bila masa matinya..

Walau tak sempat menatap wajah chak buat kali terakhir pada hari itu, namun Allah berikan kesempatan kepada to'wan untuk menguruskan jenazah chak bermula dari urusan memandi, mengapan, menyembahyangkan sehinggalah selamat dikebumikan.. Alhamdulillah...

Minggu lepas to'wan balik Peghelih.. Lalu ambik kesempatan pi rumah mak ngah, tempat arwah chak dok atau tinggal dulu.. Dek waktu dah masuk asar, to'wan solat kat dalam bilik chak..

Masa tengah berdoa.........

Kat dada ni mai rasa sebak.. ada butiran airmata jernih yang turun menimpa ke sejadah.. to'wan teringat kat arwah chak.. terasa bau chak masih ada di dalam bilik itu...

Untuk chak, moga amanlah dirimu di sana.. Doa to'wan buatmu..

"Ya Allah.. Engkau ampuni serta rahmatilah dirinya.. selamatkan dia serta maafkan dia.. muliakan tempatnya dan luaskan liang lahadnya.. Sucikanlah dia dengan air salju dan air dingin.. Bersihkan dia dari dosa, sebagaimana Engkau membersihkan pakaian putih dari kotoran. Gantikanlah rumah yang lebih baik daripada rumahnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya, dan isteri yang lebih baik daripada isterinya... Masukkan dia ke dalam syurga dan selamatkan dari neraka, serta lindungi dari azab kubur..."

Coretan To'Wan :

Gambar profil yang to'wan guna la ni, adalah gambar arwah.. Nanti sampai masa, to'wan akan gantikan dengan gambar lain..

**Kosa Kata

1.Chak       : Datuk
2.Peghelih  : Perlis

***

Sunday, December 29, 2013

Rasa Rindu Melanda...

Assalamu'alaikum & selamat sejahtera..

Pejam celik pejam celik tahun 2013 sudah menghampiri penghujungnya.. Mai hujung-hujung ni masing-masing pakat sibuk; terutama untuk sesi persekolahan 2014 yang bakal kunjung tiba..

Para ibu-bapa sibuk dengan menyediakan keperluan persekolahan serta pendaftaran anak-anak.. Para cikgu pula sibuk dengan persiapan menyambut pelajar lama 7 baru.. Yang anak-anak bergelar murid @ pelajar, sibuk dok mengeluh cuti dah nak habis... Hehe

Selalunya...
Bila mai hujung-hujung tahun ni, to'wan pun antara salah seorang yang turut sibuk berulang-alik ke sekolah setiap hari.. Mesyuarat perlu diadakan, gerak kerja perlu dilaksanakan.. Sudah tanggungjawab seorang yang bergelar guru...

Tapi tu dulu la.. Tahun ni dah tak dapat dah nak rasa suasana tu.. Sebab la ni dah tukaq profesen lain.. Dah jadi penjawat awam... Huhu

Tapi serius to'wan cakap...

Dulu walau beban kerjanya lebih, tapi suasana bekerja tu mengembirakan hati.. Sekarang ni, walau beban kerjanya kurang, tapi suasana berkerja tu tak berapa nak ceria sedikit.. Ceria dalam erti kata, dok 'melanggut' dalam pejabat tak tau nak buat apa.. Hehe

Tapi apa-apa pun, 'lain padang, lain belalang' .. jadi kena-kenalah belajar biasakan diri...

Hari ni to'wan rasa rindu sangat kat tempat to'wan mengajar dulu.. Rindu dengan gurauan & kemesraan para guru.. Paling rindu dengan telatah anak-anak pelajar; ada-ada saja soalan yang nak ditanya yang kadang-kadang soalan tu tak logik pun pada akal..

Dan buat pengetahuan semua, untuk keputusan PMR 2013 baru ni, sekolah ni berada pada kedudukan ke-7 keseluruhan untuk negeri Perlis.. Dan ia adalah sebuah sekolah agama agama, bukannya sekolah kerajaan....

Kalau nak tau tempat to'wan mengajar dulu, klik SINI

Rasa cukup sekadar ni coretan to'wan, kalau lapang-lapang to'wan menulis lagi...

***

Monday, December 9, 2013

Tempat Baru, Tugas Baru..

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera..

Lama sudah to'wan tak nukilkan entri.. Blog ni pun dah macam hidup segan, mati tak mau.. Tapi nak delete blog ni rasa sayang pula.. Bak kata pepatah, "Kalau sayang kena juga ditinggal-tinggalkan..." Hikhik

Buat pengetahuan pembaca semua..

To'wan sebenarnya dah tukar kerja baru.. Kalau dulu kerjanya mendidik anak-anak pelajar selaku seorang guru, kini kerja baru to'wan memerlukan to'wan untuk MEMANUSIAKAN manusia..

Atau dalam erti kata yang lebih mudah, mendidik peribadi & perilaku seseorang tu biar selari dengan hakikat penciptaan manusia sebagaimana yang Allah sebut dalam Al-Quran; untuk mengabdikan diri kepada-Nya...

Skop bidang tugas tetap nampak sama macam seorang guru, cuma dibezakan pada tahap umur individu yang disampaikan dakwah itu... To'wan pun bukanlah baik sangat, cuma sekurang-kurang bila to'wan sampaikan sesuatu kat orang lain, secara tidak langsung to'wan ingtakan diri sendiri juga...

Apa-apa pun, inilah tempat kerja baru to'wan...


Jadi kepada sesiapa yang nak mai zirah, kedatangan anda to'wan dialu-alukan..

Cukuplah dulu kot takat ni coretan to'wan, nanti-nanti kalau lapang to'wan menulis lagi..


***

Wednesday, October 2, 2013

Bahayanya Bakteria Salmonella...

Ayam masak merah dicemari bakteria salmonella dikenal pasti menjadi punca kematian 3 tetamu yang menjamahnya pada satu majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai minggu lepas..

Berita penuh : SINI

Ermmm... Ayam masak merah memang sedap...


Tapi bila dah dicemari dengan bakteria salmonella...


Bakteria Salmonella

Lagi info, klik : SINI

Akhirnya, yang berlaku.....


Food Poisoning a.k.a Keracunan Makanan

Jadi...

Beringat sebelum kena.. berjaga sebelum merana.. Jangan dek tak mau kerugian, nyawa manusia jadi taruhan...


Coretan To'Wan :

To'Wan selalu kalau pi kenduri, lebih suka makan gulai ikan masin daripada makan ayam masak merah...


Thursday, September 19, 2013

Malaikat ISRAEL Ustaz...

Pada itu di dalam kelas tauhid...

Ustaz, "Baik sekarang ustaz nak tanya kamu semua tugas-tugas para malaikat.. Abu apakah tugas malaikat Mikail..?"

"Menguruskan rezeki makhluk ustaz.." jawab Abu.

Ustaz, "Bagus Abu.. Ali, malaikat yang mencabut nyawa pula namanya siapa..?"


Jawab Ali dengan penuh konfiden, "Malaikat Israel ustaz..."

"Ali.. Ali.. Ali.." ustaz menggeleng-gelengkan kepalanya seraya tersenyum.

Ustaz menyambung bicara, "Ali.. Malaikat yang mencabut namanya Izrail, bukannya Israel.. Israel tu bukannya malaikat, bahkan lebih dahsyat ianya adalah syaitan..."

"Syaitan ustaz..? Bukankah Israel tu nama negara..?" soal seorang pelajar kehairanan.

"Anak-anak murid sekalian, ya Israel itu memang nama negara, tetapi negara yang ditubuhkan secara haram. Israel sepanjang penubuhannya, berapa ramai nyawa penduduk Palestin telah dikorbankan..? Berapa ramai penduduk Palestin terpaksa menjadi pelarian di negara sendiri gara-gara kekejaman Israel..? Manusia bila baik, kita panggilnya malaikat.. Tetapi bila jahat kita panggilnya syaitan..." jelas ustaz.

Soal pelajar yang lain, "Tetapi bukankah terlalu melampau manusia kita panggil dengan gelaran syaitan..?"

Jawab ustaz, "Dalam ilmu tauhid, syaitan pada sudut bahasa bererti setiap unsur yang keji yang terdapat pada manusia, jin dan binatang . Maka disebut makhluk yang ingkar terhadap Tuhannya dengan lafaz syaitan juga thoghut sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisa' ayat 76 yang bermaksud:

"Orang-orang yang beriman itu berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir (pula) berperang di jalan thoghut, sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah,".

Dan panggilan ini (syaitan) menjadi kebiasaan untuk merujuk kepada sikap yang buruk dan terkeji dalam diri manusia. Dan panggilan thoghut pula bagi merujuk pada orang-orang melampaui batas dan mengingkari perintah Allah S.W.T.".

Pelajar-pelajar menganggukkan kepala dengan penjelasan ustaz.

***

Tuesday, September 17, 2013

Ulamak.. Antara Menghormati Dan Memaksumkan...

Ramai beranggapan, bila seorang itu title (gelarannya) ulamak, dia tidak boleh lansung dikritik.. Mengkritik ulamak, bererti menghina Islam itu sendiri.. Kerana ulamak ini pewaris nabi; penerus perjuangan para nabi yang telah diutuskan Allah...

Hakikatnya..

Ulamak tetap manusia biasa.. Walau mereka pewaris ajaran para rasul, mereka tetap tidak mewarisi kemaksuman para rasul.. Dalam erti kata, terkadang mereka juga tidak lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan dalam berfatwa mahupun mengemukakan pandangan...


Persoalannya...

Bila ulamak melakukan kesilapan, adakah mereka langsung tidak boleh diritik secara terbuka? Adakah teguran itu perlu secara tertutup? Sedang sejarah telah membuktikan, Saidina Umar Al-Khatab sendiri pernah ditegur dikhalayak ramai oleh seorang wanita apabila berfatwa dalam menetapkan mahar untuk wanita yang ingin berkahwin...

Kata aku...

Ulamak tetap perlu dihormati sesuai dengan kedudukan ilmu dan kedudukannya di sisi Allah S.W.T. Namun yang dilarang ialah kita memaksumkan peribadi mereka maupun kata-kata mereka.. Ulamak tetap ulamak, takkan terangkat darjat mereka semaksum para nabi walau berapa tinggi ilmu mereka..

Oleh itu, kita yang mengaku menghormati ulamak jangan mudah melenting bila ada segelintir pihak mengkritik para ulamak.. Namun perlu dinilai terlebih dahulu atas dasar apakah kritikan itu dikemukakan..? Adakah ianya atas kepentingan peribadi? Atau atas dasar sayangkan Islam dan ulamak itu sendiri?

Sayang ulamak bukan bermaksud kita menafikan ulamak itu untuk dikritik.. Kritik ulamak itu terkadang perlu, asal jangan melampaui batas serta adabnya.. Peri pentingnya, kritiklah ulamak jika ianya untuk kebaikan ummah.. Namun tinggalkankanlah jika ianya hanya sekadar syok sendiri atau kerana ingin mencari publisiti..

Ya... Tanpa ulamak, mana mungkin ajaran Islam itu sampai kepada kita pada hari ini...

***

Thursday, July 18, 2013

Khatam Al-Quran VS Tadabbur Al-Quran Di Bulan Ramadhan

Assalamu'alaikum & Salam Ramadhan Kareem..

Sudah lama blog ini tidak to'wan update @ kemaskini.. Dek pagi ini ada sedikit masa terluang, maka to'wan terasa nak nukilkan sesuatu....

Bila Ramadhan..

Ramai manusia berlumba-lumba untuk jadi baik.. Aurat yang didedahi, kini ditutup rapi.. Mulut yang saban hari dok umpati, kini dikunci.. Masjid yang lama sunyi, kini dipenuhi... Pendek kata, kalau boleh nak jadi 100% muslim sejati di bulan Ramadhan ni...

Dalam pada tu..


Al-Quran yang sudah lama debu memenuhi, kini mula disentuh & dibaca kembali.. Ramai yang menyimpan azam untuk khatam paling kurang pun sekali bila berakhir Ramadhan nanti..

Cuma satu hal bermain-main di fikiran to'wan, "Antara khatam Al-Quran & tadabbur Al-Quran di bulan Ramadhan, yang mana sebenarnya banyak manfaat untuk diri kita..??"

Bila baca Al-Quran, faham atau tidak, kena hukum tajwid & makhraj huruf atau tidak, tetap Allah akan bagi 10 pahala untuk setiap huruf.. Sebab tu ramai yang berlumba-lumba untuk khatam Al-Quran...

Bila tadabbur Al-Quran pula, paling kurang kita akan faham makna setiap ayat yang dibaca.. Cuma lambat la nak khatamnya....

Sekadar pandangan to'wan...

Tadabbur Al-Quran ni sebenarnya lebih banyak manfaatnya untuk diri berbanding kita nak khatam Al-Quran di bulan Ramadhan; bukan saja dari segi faham makna bahkan dari segi pahalanya.. Bila kita faham makna setiap kalimah Al-Quran, secara tidak langsung akan timbul keazaman dalam diri untuk beramal dengannya.. Bila timbul ketidakfahaman pula, kita akan cari orang yang ahlinya untuk menghuraikannya pada kita... 

Berbanding dengan bila baca Al-Quran tanpa faham maknanya.. Dari segi pahala bacaan kita dapat tapi daripada segi manfaat untuk diri, adakah ianya menguntungkan..??

Sebab tu tak salah kot kalau to'wan nak kata lagu ni...

Bila masuk Ramadhan, ramai berubah menjadi MALAIKAT..
Bila keluar Ramadhan, ramai kembali menjadi SYAITAN...


Puncanya sebab kita tak pernah pun nak ambik iktibar & pengajaran dari ayat-ayat yang dibaca sepanjang Ramadhan itu.....

Tuesday, June 11, 2013

Aku Kembali Menulis...

Assalam dan salam sejahtera kepada semua pembaca...

Setelah beberapa lama sepi tanpa sebarang nukilan di blog ini, hari ini aku kembali menulis... Beberapa hari ni, terasa diri kurang bersemangat untuk melakukan sebarang aktiviti..

Andai buat aktiviti pun, fikiranku melayang entah ke mana.. Dan hari ini, tiba-tiba teringat kat blog yang telah lama ku biarkan usang ini...


Orang kata...

Peranan MEDIA BARU ni... Walau status atau tulisan itu biasa-biasa saja, tapi tahap kepantasan serta keberkesanan untuk maklumat sampai kepada orang atasan daripada orang bawahan memang tidak mampu diragui.. Dan aku sendiri dah dapat rasa kesan benda tu kelmarin...

Mungkin benar, PERSEPSI orang yang membaca terkadang mengatasi HAKIKAT perkara itu sendiri...
Benda yang sama bila diucap bertentangan mata, mungkin hanya 4 biji mata yang menjadi saksi bicara.. Sedang bila ianya dinukilkan, terasa bagaikan ada berjuta mata yang menjadi saksi... Dan inilah penangan persepsi sebenarnya...

Dan sekurang-kurangnya juga, aku dah luahkan apa yang orang lain nak kata tapi tak mampu untuk dikata....

Wednesday, April 17, 2013

WW : Suami BN Isteri PAS...


KOMEN PEMBACA UNTUK GAMBAR INI..??

Catatan To'Wan :

Politik, politik juga bro... Keharmonian rumahtangga jangan dibiar terabai...

Wednesday, March 27, 2013

WW : Bila Muka Atuk Aku Masuk Surat Khabar...


KLIK GAMBAR


Catatan To'Wan :

Gambar di atas dari suratkhbar sinar bertarikh 17 Mac 2013.. Baru hari ini berkesempatan nak upload.. Buat pengetahuan semua, tahun ni atuk aku dah 93 tahun pun usianya...

Wednesday, March 20, 2013

WW : Binatang Ni Namanya Kabui..


Lokasi Gambar : Tree Top Walk Sungai Sedim Kulim Kedah

Kat belah utara, kumbang jenis ni orang panggil kabui.. Nama Saintitiknya to'wan tak tau la pulak.. Tapi kalau bahasa jepun sebutannya kabuto.. Dekat-dekat dah la tu namanya.. Huhu

WW : Side Mirror Jimat Kos...

Untuk yang cuba jimatkan kos, boleh cuba yang ni... 

Sunday, March 17, 2013

Bila Yus Jambu Datang Ke Sekolah Agama...

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..


Kenalkah pembaca semua dengan lelaki bertopi dalam gambar di bawah..?? Kalau yang selalu menonton rancangan Maharaja Lawak mesti kenal punya...

Al-kisahnya..

2 minggu lepas dia mai sekolah to'wan.. Tujuannya, untuk bagi sedikit infak (sumbangan) kepada sekolah agama tempat to'wa bertugas.. Erm jumlahnya, biarlah to'wan rahsiakan saja...

Sepanjang to'wan belajar dan seterusnya mengajar di sekolah ini, rasanya belum pernah lagi ada artis atau selebriti yang datang ke sini untuk tujuan amal.. Doa to'wan, mudah-mudahan Yus Jambu diberikan nikmat kesihatan dan semoga Allah makin dekatkan hatinya dengan Islam...

Untuk pembaca yang nak tahu lebih lanjut tentang sekolah to'wan, boleh klik : SINI

Sunday, March 10, 2013

H&H O'Shop...

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua..

Alhamdulillah.. hari ni to'wan selesai create page untuk jualan produk online secara kecil-kecilan.. Sebenarnya, bisnes ini to'wan buat dengan adik-beradik yang lain sudah lama, cuma hari ni baru berkesempatan nak buat page rasmi dek terikat dengan komitmen tugas-tugas yang lain..

Untuk mengetahui senarai produk yang kami tawarkan, boleh KLIK kat gambar di bawah.. Sebahagian produk to'wan dah masukkan gambarnya, sebahagian lagi akan menyusul kemudian.. InsyaAllah..



Catatan To'Wan :

Dah singgah tu, silalah LIKE pagenya sekali ya.. Beli barangan pun, lagilah teramat-amat to'wan alukan.. Hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts