Saturday, May 19, 2012

Edisi 18SX : Malam Pertama Ustaz & Ustazah...



Seorang ustaz baru mengahwini seorang ustazah. Pada malam pertama mereka berdua...

Ustazah, "Betul ke awak ni seorang ustaz?".

Ustaz, "Betul. Saya sememangnya lulusan dari Universiti Al-Azhar, Mesir.".

"Alhamdulillah, sudah lama saya berdoa agar ditemukan jodoh dengan seorang ustaz. Sekarang perkara tersebut telah menjadi kenyataan," cetus ustazah.

"Saya pun begitu juga kerana dapat mengahwini seorang ustazah," balas ustaz sambil tersenyum.

Jam di dinding menunjukkan jam 12.00 malam. Ustaz memandang wajah isterinya dengan penuh pengertian. Malam pertama yang ditunggu, kini dilaluinya dengan penuh debaran. Kalau diikutkan hati, mahu diterkam isteri di depan mata, tapi status keUSTAZan tetap perlu juga dijaga...

"Ustaz selama ini saya ada satu kemusykilan. Telah banyak para cerdik pandai yang saya bertanya, tapi tak seorang pun dari mereka dapat memberi jawapan yang memuaskan hati saya. Jadi, dengan status 'ustaz' yang ada pada awak tu saya nak bertanyalah jika awak dapat menjawab kemusykilan saya ini. Boleh tak ustaz?" soal ustazah sambil meleretkan senyuman manja kepada ustaz.

Ustaz, "InsyaAllah, boleh. Tanyalah apa saja... Saya akan cuba jawab dengan sebaiknya,".

Ustazah, "Begini ustaz. Apa hukumnya meletakkan sesuatu di atas Al-Quran?".

Ustaz, "Ooooo....tak boleh, haram. Mana boleh macam ni...mengikut hadith ini......" (Maka berhujahlah ustaz dengan penuh semangat dengan membawa dalil-dalil dari Al-Quran dan Hadith. Maklumlah seorang ustaz, dah macam kuliah agama jadinya... ).

Ustazah, "Ooo.. begitu. Saya ni seorang penghafal Al-Quran. Maka, saya ni sudah seumpama Al-Quran.. Bagaimana sekarang ustaz?".

Lalu terloponglah ustaz mendengar kata-kata isterinya. Hukum telah jatuh. Haram meletakkan sesuatu atas Al-Quran.  Maka berlalulah malam itu tanpa sebarang perlayaran...

Keesokan malamnya, ustaz menunggu detik bersama dengan penuh semangat. Mana boleh ustaz dikalahkan dengan soalan isteri yang juga bertaraf ustazah...

Ustaz, "Saya juga ada satu soalan. Selama ini saya banyak bertanya pada ustazah, tapi jawapan mereka tidak memuaskan hati saya. Soalannya, apakah hukummnya meletakkan Al-Quran di atas sebuah Al-Quran yang lain?".

"Ooooo... Itu tidak menjadi satu kesalahan. Harus sahaja meletakkan Al-Quran di atas sebuah Al-Quran yang lain," jawab ustazah.

Ustaz mendengar jawapan dari isterinya dengan penuh girang sambil berkata, "Sebenarya saya juga seorang penghafal Al-Quran. Bagaimana sekarang ustazah?".

Muka ustazah bertukar kemerah-merahan; tanda MALU tapi  MAHU dengan ustaz.. Lalu bermulalah pelayaran mereka berdua.....

Diolah & dipetik dari : SINI

Catatan Penulis :

Begitu indahnya kehidupan manusia, bila semua benda berpaksikan Al-Quran & As-Sunnah; warisan Nabi & para ulamak yang penuh dengan peringatan serta pengajaran...

4 comments:

Hiruman said...

oo.. Al-Hafizah mesti kawen ngan Al-Hafiz rupenye.. baru x haram. hehe

RojakCampur said...

penuh makna ayat2 tu.. hehehe...





Bisnes cetak baju? waffle? button badge? semuanya di www.usahawan.com

aku nabihahaha:) said...

benarkah hafizah kena kahwin dengan hafiz sahaj? atau saya salah faham. banyak saya jumpa salah seorang saja menghafal alquran.

Anonymous said...

menjawab persoalan nabihahaha. y hafaz tu duduk atas la kot.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts