Sunday, November 18, 2012

Rela Saya Jadi Mayat Reput..

Diceritakan bahawa seorang ustaz menceritakan tentang perihal mayat seorang wanita yang tidak reput semasa urusan memindahkan kubur walau telah bertahun meninggal dunia.

Apabila ditanya kepada anak-anaknya perihal amalan ibu mereka semasa hidupnya, maka salah seorang anak arwah berkata,

"Semasa hidupnya, ibu kami tiada sebarang amalan yang khusus; amal ibadatnya biasa-biasa saja macam orang lain.. Cuma sekadar yang kami tahu, ibu kami merupakan seorang isteri yang paling taat kepada suami iaitu ayah kami.. Walau bagaimana letih atau tidak sihat pun, ibu akan berada di muka pintu menanti kepulangan ayah dari bekerja sambil di tangannya tersedia segelas air.. Dan begitulah yang ibu lakukan setiap hari sehingga dia meninggal dunia..".

Gambar Hiasan

Di atas sebuah motorsikal, sepasang suami-isteri berbual-bual tentang kisah yang mereka dengar dalam kuliah ustaz tadi..

Suami, "Awak tak mahukah jadi isteri macam kisah yang ustaz cerita tadi..??"

Isteri, "Mestilah saya nak.. Selama ni pun saya memang tak pernah derhaka pada abang kan..?? Makan, minum dan pakaian abang semua saya jaga sebaiknya.."

Suami tiba-tiba berkata, "Tak cukup lagi tu ketaatan awak pada saya.."

"Apa lagi yang tak cukup abang..??" soal isteri.

"Awak kena izinkan saya kahwin lagi seorang, baru sempurna ketaatan itu.." cetus suami dalam nada mengusik.

"Huuuuh... Kalau yang tu, rela saya jadi mayat reput dari hidup dimadukan.." sambil menghadiahkan cubitan manja di pinggang suami.


Catatan To'Wan :

Madu itu rasanya manis..
Namun kehidupan bermadu; ada pahit, ada manis...  

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts