Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..
Al-kisahnya..
Sabtu malam Ahad yang lalu, aku dihubungi oleh salah seorang AJK surau tempat aku mengimamkan Solat Aidilfitri tempoh hari.. Dan kali ini, sekali lagi aku diminta untuk mengimamkan solat dan membaca khutbah untuk Solat Aidiladha pula...
Persetujuan aku berikan dan bermulalah aktivitiku pada malam itu untuk mencari isi khutbah untuk dibaca usai Solat Aidiladha nanti.. Alhamdulillah khutbah ringkas berjaya aku siapkan (Aidiladha bukan, kang marah pula jamaah kalau lambat bermulanya ibadat korban dek panjangnya khutbahku) Huhu... (~.~)
Pagi Ahadnya..
Bila nak cetak saja teks khutbah itu, printer (pencetak) tiba-tiba pula hal.. Maka keluarlah aku ke bandar untuk mencari kedai yang menyediakan perkhidmatan itu.. Malang nasibku, semua kedai milik Melayu semuanya tutup.. Maklumlah esok dah nak raya.. Yang ada cuma kedai milik Cina yang dibuka.. Tapi itu tetap tidak membantuku dek ada sebahagian kandungan khutbah yang ditulis di dalam Bahasa Arab, maka terbantutlah juga niatku itu... Lalu, pulanglah aku ke rumah dengan perasaan yang sedikit hampa..
Pendek ceritanya...
Akhirnya kandungan khutbah itu aku tukarkan formatnya ke dalam bentuk PDF lalu aku pindahkan ke dalam handset.. Dan pagi raya itu menjadi sejarah hidup, aku berkhutbah menggunakan handset menggantikan teks khutbah... Sehingga usai khutbah, seorang hadirin menegurku, "Wah.. Canggih khatib zaman sekarang, khutbah pun guna handset saja.. Ingatkan nak keluarkan IPad tadi..".
Aku menyambut kata-katanya itu dengan senyuman sedang dalam hati berkata, "Kalaulah kamu tahu kisah di sebaliknya... Hehe..".