Showing posts with label Politik Dan Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Politik Dan Isu Semasa. Show all posts

Tuesday, July 17, 2012

Masterchef Selebriti, Menyerlahkan Karakter Sebenar Diri...

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Semalam Masterchef Selebriti Malaysia 2012 melabuhkan tirainya dengan Dr Fazley Yaacob dinobatkan selaku juaranya.. Tahniah to'wan ucapkan walau kemenangan ini mungkin sudah dijangka oleh ramai pihak..

Lagi kisah beliau, klik SINI ...


Cuma yang to'wan dok perati tengok...

Antara sedar mahupun tidak, di dalam proses memasak selain tangan yang bekerja untuk menyediakan hidangan, otak juga turut bekerja di dalam proses memasak.. Maka disinilah kita dapat melihat peperangan di antara selebriti dengan emosinya sendiri.. Disinilah atitude selebriti akan terserlah...

Jika dalam drama, mungkin mereka boleh berlakon tapi bila di dapur, ianya bukannya lakonan.. Maka dengan program Masterchef Selebriti ini, disamping para peminat dapat melihat selebriti kesayangan mereka memasak di dapur, ia juga dapat menyerlahkan karakter sebenar selebriti itu...

Dan Dr. Fazley antara salah seorang selebriti yang to'wan puji karekter diri serta atitudenya bermula dari awal sehinggalah berakhirnya program realiti masakan ini.. Bersesuaian dengan statusnya selaku seorang perunding motivasi..

Sekadar ini dahulu celoteh to'wan.. Cuma sesiapa yang lepas ni rasa hendak mengorek karekter diri sesorang, bolehlah gunakan KAEDAH MEMASAK.. Sesuai sangat.. Huhu..

Tuesday, July 10, 2012

Kenapa Tak Ditebang Saja..??

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Ini antara foto deretan pokok-pokok sentang yang ditanam sepanjang jalanraya di Perlis..



Aku tidak ingat dengan jelas pada tahun bilakah ianya mula ditanam, tapi yang pasti di masa itu aku masih lagi di sekolah rendah dan yang menjadi Menteri Besar Perlis ketika itu adalah Dato' Seri Shahidan Kassim.. Lagi yang aku tahu, pokok-pokok ini akan ditebang apabila sampai masanya kerana pokok sentang mempunyai nilai pasaran dalam pembuatan pembinaan rumah serta perabot..

Kelmarin hujan turun dengan lebatnya.. Dan inilah apa yang berlaku bila hujan turun diikuti dengan angin kencang...


Sekadar gambar hiasan

Ya, pokok-pokok di sepanjang jalan ini sudah cukup besar untuk ditebang hinggakan ada akar tunjangnya yang sudah merekah jalan.. Dan setiap kali hujan, pasti akan ada pokok besar yang akan tumbang.. Petang kelmarin sahaja, untuk sampai ke rumah aku terpaksa mengambil jalan sawah yang sedikit jauh disebabkan dua batang pokok tumbang di atas jalanraya yang menghalang pergerakan lalu-lintas...

Kalau pergerakan lalu-lintas yang terhalang, mungkin tidak mengapa.. Tapi kalau melibatkan korban nyawa bagaimana..??

Maka, kepada pihak berwajib, mohon diambil perhatian tentang perkara ini....

Monday, June 25, 2012

Revolusi Mesir - Evolusi Palestin

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

'Dr Muhammad Mursi Presiden Mesir'... Itulah keputusan rasmi yang diumumkan semalam di media massa..


Rata-rata pihak, baik rakyat Mesir sendiri mahupun negara-negara lain menyambut berita ini dengan tanda positif.. Ya, inilah kemenangan rakyat melalui sistem pilihanraya setelah bermulanya kebangkitan rakyat melalui Revolusi Mesir pada 25 Januari 2011 yang menyaksikan berakhirnya penguasaan rejim Husni Mubarak.. Dan dari rentetan ini jugalah menyaksikan sempadan Rafah dibuka semula untuk pelarian Palestin setelah 4 tahun ditutup pada April 2011...

Tepatnya, peristiwa-peristiwa ini bolehkan disebut sebagai 'Revolusi Mesir - Evolusi Palestin'... Perubahan besaran-besaran untuk rakyat Mesir, perubahan kecil yang memakan masa rakyat Palestin.. 

Perlantikan Dr Muhammad Mursi sebagai Presiden Mesir juga dilihat bakal membuka lembaran sejarah baru bagi Mesir dan negara-negara jirannya terutamanya bumi Palestin kerana beliau antara individu yang menjadikan isu berkaitan Palestin dan Al-Quds sebagai permasalahan sejagat; umat Islam khususnya, tidak hanya permasalahan penduduk-penduduk Palestin sahaja. Ini kerana Dr. Mursi merupakan ahli Majlis Penentangan Terhadap Zionisme di Wilayah Syarqiyah. Selain itu, Dr. Mursi juga terlibat sebagai pengasas Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme.

Dengan keputusan ini juga, bakal membantutkan usaha Zionis Israel untuk terus menguasai bumi Palastin bagi mendirikan 'Negara Besar Israel' dan menguasai negara-negara yang bersempadan dengannya. Mereka sebelum ini begitu rakus merampas tanah-tanah di negara Palestin untuk didirikan negara haram mereka. Dan tidak mustahil satu hari nanti jika tiadanya kesedaran juga tindakan dari kita umat Islam tentang bahaya perkara ini matlamat utama mereka itu akan berjaya dicapai sebagaimana keberhasilan mereka merampas hampir keseluruhan tanah Palestin pada hari ini lalu dijadikan penempatan haram mereka dek tiada atau kurangnya keprihatinan juga kecaknaan kita terhadap isu 'Palestin'.

Maklumat lanjut : SINI

Harapku, keputusan pilihanraya ini bakal membuka lanskap baru dalam sejarah politik Mesir khususnya, dan negara-negara umat Islam amnya... Moga kemenangan rakyat ini menjadi pemangkin serta motivasi untuk kita menegakkan yang HAK dan menurunkan yang BATIL dari muka bumi Allah S.W.T ini walau ia memakan masa yang lama...

Dan ku impikan Islam subur di bumi Malaysia tercinta sebagaimana ia mula menampaknya sinarnya di bumi anbiya' (Mesir)...
 

Thursday, November 24, 2011

Teori 1432H : Berlaku Juga Akhirnya..

Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh tiba di Riyadh hari ini untuk menandatangani pelan damai Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang akan mengakhiri pemerintahan beliau selama 33 tahun itu, kata seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Lanjut : SINI

Dalam gambar:
1-Bekas Presiden Tunisia 4-Bekas Presiden Yaman 3-Bekas Presiden Libya 2-Bekas Presiden Mesir 

Dan [Teori 1432H] merujuk kepada gambar di atas, berlaku juga akhirnya di penghujung tahun hijrah yang masih berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum kita melangkah ke permulaan tahun 1433H..

Catatan Penulis : 

Semoga Allah terus memberikan kemenangan kepada yang hak (benar) dan menjatuhkan yang batil (salah) kepada Islam dan umatnya di seluruh dunia...

Friday, October 28, 2011

Serius Cakap, "Aku memang tak suka WAKIL RAKYAT yang seperti ini.."

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Tadi, berkesempatan menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran rumahku dan kebetulan WAKIL RAKYAT kawasanku turut bersolat Jumaat di situ..

Serius cakap, "Aku memang tak suka WAKIL RAKYAT yang seperti ini; yang mana dalam tempoh 5 tahun mukanya hanya kelihatan bila dekat menjelangnya PILIHANRAYA..."

Sebab itu usai solat Jumaat, aku terus pulang tanpa mendengar ucapannya terlebih dahulu walau sebelumnya imam sudah membuat pengumuman. Dan tindakan aku itu dikongsi lebih 3/4 ahli jamaah yang hadir....

Ketahuilah, sesungguhnya PEMIMPIN dinilai daripada ikhlasnya PERBUATAN, bukan bijaknya PERCAKAPAN semata..

Tuesday, October 25, 2011

Thailand Yang Banjir, Kesannya Sampai Malaysia..

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Petang tadi memang NO MOOD; cintaku ditolak maa.. Apa-apapun sebab adik perempuanku (satu-satunya adik perempuan yang aku ada) ajak temankan dia ke bandar Kangar untuk membeli barang membuat kek, aku turutkan saja walau rasa tubuh ni memang tak bermaya..

Thailand yang banjir, kesannya sampai Malaysia.. Habis lencun tilam aku ni tadi dek titisan airmata.. Huhu acah jerla, tak sekritikal tu pun la.. Saja buat penyedap entri.. (-.-)

Tapi entri kali ni memang aku nak gebang (cerita) pasal banjir pun...

Tadi dalam perjalanan pulang, singgah kat sebuah gerai menjual burger.. Dan seminggu lepas gerai yang sama juga aku kunjungi, tapi berseorangan diri.. Minggu lepas, pak cik jual burger ni ada SPEAKING kat aku sementara nak tunggu burger yang ditempah siap.

Katanya, "Thailand yang banjir, kesannya sampai Malaysia..".

"Awat pula pak cik?" soalku kembali.

"Erm mesti la, sayur pun sampai naik harga melambung-lambung.. Selalunya sayur dari Cameron Highland pengeluarannya untuk penjual dan pembeli dari Ipoh hingga ke Johor.. Sedang kita kat utara ni pula, bergantung kepada bekalan sayur daripada Thailand.. Jadi bila dah banjir, bekalan berkurangan maka harga pun melambung la.." jawab pak cik tu memberikan penjelasan.

Dan aku pula mengangguk untuk mengiyakan kata-katanya itu.

Kesimpulan cerita aku ini, negara kita sebenarnya terlalu bergantung kepada sumber daripada luar. Sumber dari dalam pula banyak yang dieksport ke luar. Jadi sarananku, apa salahnya jika pihak berwajib cuba fikirkan cara macam mana untuk meningkatkan lagi hasil keluaran negara bagi memenuhi keperluan dan permintaan rakyat sendiri.

Aku bukan pakar ekonomi, tapi jika ambil contoh di negeri Kelantan, walau rata-rata rakyatnya berpendapatan di bawah RM1000 tapi jumlah itu menyamai RM2000 jika hendak dibandingkan dengan negeri-negeri lain kat Malaysia.

Mengapa aku mengatakan demikian..??

Ini kerana dek kebijaksaan kerajaan mentadbir negeri, kos sara hidup juga harga barangan keperluan di sana masih rendah jika hendak dibandingkan dengan lain-lain negeri. Oleh itu jangan terperanjat jika anda berkunjung ke sana, rata-rata rumah penduduk kebanyakkannya seperti banglo.

Ini kerana kos yang diperlukan untuk membina rumah seperti itu hanya separuh berbanding kos pembinaan rumah jenis yang sama di Malaysia..

Thursday, October 13, 2011

Sebagai Rakyat, Kita Berhak Menilai Dan Membuat Pilihan



 Boleh KLIK gambar untuk tumbesaran

Dapat risalah ini pagi tadi.. Malas nak taip semula, aku just scan masuk laptop..

Komen aku..??

PERBUATAN lebih bererti daripada PERCAKAPAN dan PENULISAN.. Kepada mana-mana pihak, kotakan apa yang dikatakan, bukan hanya sekadar gimik PRU13 untuk menarik sokongan rakyat...


Friday, September 9, 2011

Cukai 6 Peratus : Jom Belajar Kira-Kira

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada yang membaca...

Isu terhangat pada hari ini sudah tentulah cukai sebanyak 6% yang bakal dikenakan kepada semua pengguna telefon prayabar untuk produk tambah nilai yang rata-rata mengundang ketidakpuasan di hati rakyat. Jom aku kongsi sedikit fakta...

Pada tahun 2006, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melaporkan bilangan pengguna prepaid di Malaysia adalah seramai 21.5 juta dan membelanjakan hampir RM17 juta dalam masa sehari. Jika penggunaan dalam tahun 2006 sama dengan tahun 2011, boleh bayangkan mulai 15 September ini, RM1.02 juta sehari bakal dijana oleh kerajaan.

Sumber lanjut : SINI

Daripada jumlah RM1.02 juta sehari ini, jika didarabkan dengan 30 hari untuk tempoh sebulan, kerajaan bakal mendapat sebanyak RM31.8 juta daripada cukai ini... Banyak tu...

Ini baru cukai langsung dik oi.. Dan bila dicampur lagi dengan cukai tidak langsung yang dikenakan kepada syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi, agak-agak berapa yer...??

Kerajaan kata duit ini akan digunakan untuk pembangunan rakyat.. Tapi kata aku, dari gunakan duit ini untuk membina bangunan yang tinggi-tinggi, lebih baik gunakan untuk membina rumah-rumah bagi mereka yang tidak berkemampuan.. Lagipun bukan semua rakyat mampu merasai nikmat bangunan-bangunan yang serba tinggi ini...

Jika kos untuk sebuah rumah mesra rakyat adalah sebanyak RM30,000 diambil kira, dalam tempoh sebulan kerajaan mampu menyediakan sebanyak 1060 buah rumah kepada mereka-mereka yang tidak berkemampuan ini jika cukai yang bakal diperolehi digunakan untuk tujuan ini.. Bukankah lebih bermanfaat..??

Dan kita sebagai pengguna pula, samaada suka atau tidak terpaksalah menerima hakikat yang kita bakal membayar cukai ini jika perkuatkuasaannya terlaksana pada 15 September ini.. 

Wednesday, September 7, 2011

Kalau Berpacaran Kerana Cinta Muka Buku..

"Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku.. Kau hantar petanda suruh aku terima kamu. .Ooh.. Hati ku rasa sesuatu.. Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku.. Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu.. Oohh.. Kenakah rasa itu.."

Ungkapan di atas adalah sebahagian bait-bait lirik 'Cinta Muka Buku' nyanyian Najwa Latif.. Dan secara peribadi, aku bukanlah peminatnya cuma pengkongsianku pada kali ini ada kaitannya dengan kata-kata di atas...

Tidak dinafikan, laman sosial facebook (muka buku) kini menjadi trend terbaru kepada segenap lapisan masyarakat.. Bermula dari orang biasa sehingga orang kenamaan dan politik, bermula dari orang muda sehingga orang lebih berumur, terasa sedikit kekurangan dan kelecehan jika tidak punya facebook...

Cuma kisah yang dikongsikan oleh seorang sahabat baru-baru ini menyebabkan soalan ini tiba-tiba bermain di benak fikiranku.. 'Kalau Berpacaran' kerana 'Cinta Muka Buku', berbaloikah sebenarnya..??

Al-kisahnya...
Seorang dara berkenalan dengan seorang teruna di laman sosial facebook... Perkenalan yang bermula dengan si dara menjadikan si teruna tempat mendapatkan nasihat; berkebetulan dengan si teruna merupakan penuntut di Universiti al-Azhar Mesir dan akhirnya membuahkan rasa kasih dan sayang antara keduanya...

Dipendekkan cerita si dara mengambil keputusan untuk berjumpa dengan si teruna, bila dia pulang bercuti di Malaysia.. Dan natijah daripada pertemuan ini yang akhirnya membawa kepada peristiwa hitam bilamana mereka akhirnya terlanjur dan si dara mengandung... Kandungan digugurkan dan bila mereka membuat keputusan untuk berkahwin, keluarga si teruna menghalang perkahwinan itu dan si dara kini hidup dalam keadaan tertekan... Si teruna yang diharapkan dapat menjadi pembimbing kepada si dara, kini telah menjdi perosak kepada masa depan si dara...

Bila sahabat yang bercerita menanyakan pendapatku berkenaan kisah itu, maka kata-kata ini aku lontarkan,

"ILMU AGAMA itu akan menjadi CAHAYA bila kita ikhlas mencarinya kerana ALLAH... Akan tetapi bila dicampur dengan tujuan yang lain; sehingga menghilangkan sifat ikhlas itu, maka jadilah ia sebagai UJIAN kepada pemiliknya... Orang yang belajar agama, ujiannya lebih besar daripada orang biasa... Dan syaitan yang ditugaskan untuk menggodanya juga bukan calang-calang pangkatnya... ".

Teringat bait-bait lirik lagu 'Kalau Berpacaran' nyanyian Anna Raffali, Suhaimi Mior Hassan & Altimet,

"Kalau berpacaran memang banyak pantang larang.. Menjaga susila ibu bapa adik abang.. Apabila berdua carilah tempat yang terang.. Agar tidak pula mencoba aksi terlarang.. Boleh pandang-pandang.. Jangan pegang-pegang.. Duduk renggang-renggang.. Bertambah sayang.. Biar malu-malu.. Biar segan-segan.. Kerna malu itu perisai orang beriman...".

Di akhir entri ini, ingin aku mengajak diri dan pembaca sekalian berfikir sejenak...

Perkembangan teknologi tidak pernah bersalah, tapi kita sendirilah sebenarnya yang bersalah dalam mencorak dan memanfaatkannya... Jika baik niat kita, kebaikanlah yang kita akan dapat... Jika buruk niat kita, keburukanlah yang kita akan dapat...

Thursday, August 18, 2011

If We Are Them...

“Due to the increasing severity of the situation, Islamic Relief, as part of the DEC and around the world through its Partner Offices, joined in an emergency appeal for East Africa. Further donor support is urgently needed to meet the increasing humanitarian needs emerging from the effects of prolonged drought and escalating fighting.”

Kenapa tiba-tiba aku tulis omputih ni..?? Buang tabiat erk..??

Nak tahu lebih lanjut, klik SINI ...

Baca Juga : Kecilnya Nilai RM10 Di Bazar Ramadhan..

Sunday, July 10, 2011

Soal Dan Jawab Mengapa Aku Sokong BERSIH

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera..

Entri ni sekadar respon peribadi kepada sahabat blogger yang bertanya walau aku sebenarnya memang malas nak menulis jika ada hubung-kait dengan politik.. Kerana, politik bukan bidangku..

Ini antara persoalannya...

Jika SPR tidak telus, mengapa tidak dibawa berbincang..??

Hampir semua rakyat Malaysia sudah maklum, dalam satu kenyataan media beberapa minggu sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 diadakan, Pengerusi SPR dengan jelas telah menyatakan bahawa tiada sebarang pintu rundingan yang akan diadakan dengan penganjur perhimpunan.

Adakah dengan perhimpunan akan menyelesaikan masalah..??

Perhimpunan yang diadakan mungkin tidak akan menyelesaikan segala masalah, tapi sebagai satu tanda protes rakyat kepada pihak terbabit.

Ini petikan kata-kata Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR) yang aku ambil dari facebooknya semalam :

"Apabila sudah disekat 'gila-gilaan', ugutan, surat pekeliling, tangkapan dalam & luar KL, tetapi rakyat masih BOLEH berkumpul seramai ini di beberapa lokasi, ini menandakan tahap MAHA SERIUS utk pemerintah TIDAK EGO, buka telinga & hati utk berubah. Perubahan itu pasti baik utk semua termasuk pemerinth itu sendiri. Kerajaan responsif akan disayangi rakyat. Tanpa gangguan spt di atas, jumlah easily boleh mencecah 2 juta orang!. Apalah gunanya ego sgt jika akan ke kubur juga nanti.

Tugas ahli akademik & pemikir adalah memberikan buah pandangannya terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya. Status ini bukan soal menyokong mana-mana pihak secara sembrono, kecuali mencadangkan solusi yg terbaik menurut hemat masing2. Itulah dilakukan dalam status ini. Islam sentiasa berkait dgn pentadbiran semasa, justeru ilmuan Islam dituntut utk memberi pandangan dalam hal ehwal semasa, bukan hanya bab solat, puas, haji, haid & yg seperti itu shj. Tidak kiralah walau pandangan mereka berbeza2 mengikut telahan & pengamatan masing-masing".

Sumber asal : SINI

Jika pilihanraya tidak betul, mengapa PR ( Pakatan Rakyat ) masih tetap bertanding..?? Mengapa tidak diboikot..??

Pilihanraya tidak pernah salah, tapi sistemnya yang dipertikaikan. Tujuan asal daripada perhimpunan itu diadakan untuk mengemukakan 8 tuntutan yang melibatkan penambahbaikan terhadap SPR, bukannya untuk memansuhkannya.

Jika diboikot tanpa menyertai sebarang pilihanraya, maka akan hilanglah suara-suara rakyat yang mewakili parti-parti pembangkang. Kerana di sana, ada pro dan kontranya bila wujud pihak kerajaan dan pembangkang di dewan undangan negeri mahupun dewan rakyat.

Bila PR menang pilihanraya, mengapa tidak timbul pilihanraya yang tidak adil..??

Bagaimana jika soalan diatas dijawab kembali dengan soalan yang ini, "Jika pilihanraya itu adil, mengapa pihak yang memuji ketelusan SPR itu sendiri tetap menghantar petisyen pilihanraya ke mahkamah di dalam membantah beberapa kes yang melibatkan pengiraan undi. Bukankah itu secara tidak langsung bermaksud mereka sendiri meragui kewibawaan pihak SPR..??

Bukankah Islam menyebut bahawa matlamat tidak menghalalkan cara..??

(Matlamat Tidak Menghalalkan Cara)

Ia sebenarnya bukanlah sebuah kaedah di dalam Islam atau Fiqh Islam. Perlu difahami bahawa untuk digelar sebuah ‘kaedah' sama ada Usuliyyah atau Fiqhiyyah di dalam Islam ia mestilah bersumberkan dalil-dalil al-Quran dan al-Hadis yang pelbagai dan berulang-ulang maksud dan ertinya.

Sebenarnya, Islam menolak sebahagian kaedah ‘Matlamat Menghalalkan Cara' dan menerima pula sebahagian bentuknya. Dan dalam masa yang sama, Islam juga, menerima idea "Matlamat Tidak Menghalalkan Cara" dan menolak sebahagian dari bentuknya.

Sumber penuh : SINI

Tujuan asal perhimpunan adalah untuk menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong..?? Dimana memorandum itu..??

Bukankah Sasterawan Negara A.Samad Said beserta kumpulannya telah dihalang oleh pihak polis untuk ke Istana Negara bagi menyampaikan memorandum yang dimaksudkan..??

(sebagaimana yang dilaporkan media massa semalam).

Soalnya bukan di mana, tapi MENGAPA memorandum itu tidak sampai...

Catatan Penulis :

Entri ini hanya penulisan BIASA oleh insan BIASA yang menjadi rakyat Malaysia BIASA yang punya pandangan BIASA untuk dikongsikan bersama anda.

Saturday, July 9, 2011

Maaf Aku Tak Bersetuju Dengan Penentang BERSIH...

Hari ni Sabtu, 9 Julai 2011...

Ada apa..??

Sudah tentulah perhimpunan BERSIH 2.0...

Apakah sejarah 16 Mei 1969 bakal berulang..??

Pandanganku tidak... Melainkan jika ianya menjadi isu BANGSA bukannya isu RAKYAT...

Adakah aku menyokong perhimupunan BERSIH 2.0..??

Ya, aku menyokongnya walau ramai blogger yang menentangnya...

Alasannya..??

Kedebiliti SPR memang boleh dipersoalkan sebenarnya.. Satu contoh yang aku sendiri nampak ialah bilamana dalam satu pengiraan pilihanraya, sebuah parti politik yang menang dengan majoriti agak besar pada mulanya kemudian tewas kepada parti lawan dengan majoroti sekali ganda apabila lampu tiba-tiba padam dan undi dikira semula...

Yang ni terpulanglah samada pakat nak percaya @ pakat fikir aku ada-adakan cerita... Nak lagi banyak bukti pun boleh saja aku nak cerita, lepas tu masuk dalam la aku....

Pesanan aku..??

Aku sokong perhimpunan BERSIH 2.0 tapi aku tak sokong orang ramai turun ke perhimpunan itu membabi-buta melainkan anda benar-benar faham apa yang anda lakukan...

Maksud firman Allah dalam surah al-isra' ayat 36 :

"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabnya (di akhirat)".

Wallahu'alam.

Friday, July 1, 2011

Unggun BERSIH...

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.
24—25, 6.11. A. SAMAD SAID

Sumber : SINI

Untuk versi audio : SINI

Catatan Penulis :

Yang ku harap cuma setiap manusia dilayani..

Dan diberikan haknya di bumi kelahiran sendiri...

Agar suara kebenaran tidak terus tenggelam dengan agenda peribadi...

Supaya demokrasi melekat di setiap sanubari...

Thursday, June 30, 2011

Sebut KUNING , Terbayang Apa..??

Maka jawabku....

Pulut KUNING...

Sejenis makanan daripada pulut...

Lagi..??

KUNING Telur...

Bersaudara dengan putih telur...

Lagi..??

Otak KUNING...

Otak yang dok fikir negatif...

Lagi..??

Bas KUNING...

Bas dok bawa budak-budak sekolah...

Lagi..??

Hijau KUNING...

Pasukan bola sepak negeri Kedah Darulaman...

Lagi..??

Baju KUNING...

Pemakainya punya jiwa yang BERSIH.....

Ehhh...Ehhh...

Awat yang pakat dok perati semacam bila aku sebut ayat terakhir tu...?? Aku tersilap fakta erk..?? :)

Wednesday, June 15, 2011

Politik Islam, SPR dan Pengundi..

Salamullahi'alaikum, ucapan salam buat segala makhluk di langit serta di bumi..

Terasa jarang benar aku berbicara tentang politik di laman ini.. Bukan tidak berkeinginan, cuma aku bukan ahlinya.. Takut-takut bila tersalah bicara, kata-kataku bisa menyakitkan insan lain, takut ianya juga akan mengundang murka ilahi.. Atas dasar itulah terkadang, diam itu lebih baik dari berbicara meskipun kita mengetahui kebenarannya, dan terkadang pula berbicara itu lebih baik dari mendiamkan diri jika kita mengetahui kebenarannya..

Aku tiba-tiba timbulkan persoalan politik ini bilamana ku lihat masih ramai yang keliru dengan kedudukan politik di dalam Islam itu sendiri. Bukan mereka tidak mahu cuba untuk memahami, tetapi keadaan sekeliling yang mempengaruhi sehingga timbul pula sesetengah pihak yang cuba mempolitikkan pengajaran politik di dalam Islam demi kepentingan politik ciptaan sendiri..

Maka aku cuba rungkaikan sedikit kekeliruan mereka itu dengan menukilkan aktikel yang (INI) ...

Dan 9 Julai 2011 nanti pula katanya.. Bakal diadakan himpunan (demontrasi) besaran-besaran untuk menuntut beberapa perkara daripada SPR (Suruhanjaya Pilihanraya) dengan apa yang dinamakan dengan program BERSIH 2.0.. Dan daripada maklumat yang sampai ke telingaku juga, ada 8 tuntutan kesemuannya di dalam perhimpunan itu nanti..

Tak inginku berbicara tentang hukum perhimpunan itu.. Tidak inginku menyatakan samaada menyokong @ membangkang perhimpunan itu.. Tidak inginku menganalisis natijah daripada perhimpunan itu nanti..

Kerana.. Negara kita punya ahli-ahli agama yang cukup tinggi ilmunya untuk menyatakan hukum.. Negara kita punya penyokong dan pembangkang yang akan mempertahankan ideologi dan tindakan masing-masing.. Negara kita punya penganalisis politik berwibawa yang akan berbicara di media-media massa yang akan diperuntukkan kepada mereka nanti..

Cuma soalku, mengapa jalan ini yang dipilih oleh mereka yang ingin berdemontrasi..??

Kepentingan politik..?? Atau saluran yang sudah sedia ada kini tidak lagi relevan..?? Entah, hanya mereka punya jawapannya..

Dan bagi kita pula yang bergelar rakyat Malaysia beragama Islam yang sudah menjangkau umur 21 tahun, sudahkah anda berdaftar sebagai pemilih..?? Tahukah anda sebenarnya menjadi pengundi itu merupakan benda yang diwajibkan di dalam Islam..??

Maksud hadis Nabi S.A.W :

"Sesiapa di antara kamu melihat sesuatu kejahatan, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan lisannya dan sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan hatinya. Yang demikian itu (mengingkarkan dengan hati) adalah selemah-lemah iman". [Riwayat Muslim]

Mengubah dengan tangan dalam mafhum hadis di atas bukanlah dengan semata-mata menggunakan kekerasan, bahkan satu undi yang diberikan untuk menumbangkan kejahatan, maka itu juga sebenarnya dikira sebagai cabang iman.

Wallahu'alam.

***

Sunday, May 29, 2011

Bir Halal Bertukar Haram, Komen Aku..??

Assamu'alaikum kepada semua pembaca dan pengunjung blog ini..

Sehari dua kebelakangan, heboh tentang isu bir yang dulunya halal kini difawtakan haram.. Puncanya kerana kandungan alkohol di dalam minuman itu melebihi paras yang ditetapkan.. SINI

Komen aku..??

Sabda Nabi yang bermaksud,

"Setiap sesuatu yang memabukkan maka bahan tersebut itu adalah haram".

Hadis riwayat Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud.

Aku sebenarnya tidak ingin membahaskan tentang tahap kandungan alkohol di dalam minuman itu.. Cuma aku ingin sebut tentang hukum penggunaan alkohol di dalam minuman dan seumpamanya..

Dalam hadis di atas jelas menyatakan bahawa setiap yang memabukkan itu adalah haram. Jadi persoalannya, minuman itu kini diharamkan kerana ia memabukkan atau kandungan alkoholnya yang melebihi tahap yang telah ditetapkan?

Perlu kita faham bahawa asal kepada proses daripada pembuatan alkohol itu adalah daripada sumber yang halal iaitu buah-buahan. Maka asas hukum ialah, penggunaannya adalah diharuskan selagimana ianya tidak membawa kepada kemabukkan.

Kaedah usul fiqh menyebutkan,

"Benda yang tiada hukum padanya, maka ia harus (digunakan)'.

Jadi berbalik kepada isu bir tersebut, atas tujuan apakah ianya dimasukkan? Jika atas tujuan untuk memanjangkan tempoh ketahanan sesuatu produk, maka ianya diharuskan. Akan tetapi jika digunakan untuk tujuan memabukkan, maka ia adalah haram dengan jelas.

Kaedah usul fiqh menyatakan lagi,

'Setiap perkara (dihukumkan) dengan tujuannya'.

Kesimpulannya, tidak kisahlah samaada kandungan alkohol itu kurang atau lebih daripada o.o1 peratus, jika ianya memabukkan maka hukum mengguna juga meminumnya adalah haram. Dan begitulah sebaliknya.

Dan terlebih baik jika kita menjauhi perkara yang syubhah (yang masih belum dihukum halal atau haram) pada penggunaaannya.

Sekadar coretan daripada insan yang dhoif.

Wallahu'alam.

***

Wednesday, May 11, 2011

Dua Puluh Sen..

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera..

Dah 3 hari aku tak update blog ni.. Sedikit sibuk dengan tugasan harian.. Internet pula buat 'perangai' sehari dua ni.. Blog aku yang satu lagi pun tak terupdate-update.. Soalan dah ada, cuma masa nak jawab dan tulis yang tak mengizinkan... (SINI)

Alhamdulillah hari ni line dah stabil balik.. Ini bermakna juga, aku sudah boleh menulis balik..

Dalam tempoh aku tak berinternet ni, banyak juga yang tinggalkan jejak kat sini.. Tak sempat lagi nak berblogwalking kembali.. Juga banyak juga yang tinggalkan komen mempelawa aku menyertai segmen serta bloglist diaorang.. Tak tahu nak dahulukan yang mana satu dulu..

Apa-apapun.. InsyaAllah, aku pelan-pelan kayuh..

Dan berita terhangat kat kedai kopi hari ni sudah tentulah pasal harga gula naik 20 sen.. Lebih kurang dua minggu lepas harga petrol RON97 juga naik 20 sen.. Lepas ni tak tahu apa pula harga barang yang bakal naik 20 sen.. Huhu

Sebut pasal 20 sen, tiba-tiba saja aku teringat cerita Bujang Lapok.. Teringat terlatah si anak kecil yang seringkali meminta upah 20 sen bila disuruh melakukan sesuatu.. Huhu sikit-sikit lama-lama jadi bukit.. Kalau dah sepuluh orang dia minta macam tu, kan dah dapat RM2.00..?? Kira dua ringgit tu dah banyak la kalau zaman tu..

Berbalik pada perihal gula..

Cuba bayangkan kalau diambil jumlah keseluruhan rumah di Malaysia yang membeli sekampit gula setiap hari didarabkan dengan 20 sen, agak-agak berapa yang pihak berwajib akan dapat..?? Korang kira sendiri la.. Aku punya SPM, Matematik dapat G ... ;)

Tapi apa-apa pun ada kebaikan jugalah bila barang naik harga bukan..??

Sebabnya..??

Kalau gula naik harga, ramai orang akan kurangkan gula dalam minuman.. Kan dah dapat elak diabetis tu..

Kalau minyak naik harga, ramai orang akan kurangkan aktiviti meronda-ronda di jalanan.. Kan dah dapat elakkan statistik kemalangan yang tinggi tu..

Erm kalau harga gas dan beras pula bakal naik harga..??? Apa yang akan kurang dan apa yang dapat dielakkan..???

Tolong jawab sat kawan-kawan...

***

Sunday, May 1, 2011

Perlukah Anwar Ibrahim Juga Bermubahalah..??

Al-Mubahalah bermaksud al-Mula’anah (saling melaknat), iaitu dua pihak yang bertelagah masing-masing berdoa kepada Allah dengan sungguh-sungguh agar Allah menurunkan laknat ke atas pihak yang berbohong atau berdusta di antara mereka berdua.

Contoh Mubahalah ialah dengan masing-masing berdoa; “Ya Allah! Laknatkanlah orang yang berdusta di antara kami berdua dalam masalah antara kami ini”.

Pensyari’atan Mubahalah disebut di dalam ayat Allah;

“Sesiapa membantahmu dalam hal itu (wahai Muhammad) selepas datang kepadamu ilmu, maka katakanlah kepadanya; ‘Marilah! kita ajak anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, kami sendiri dan kamu juga, kemudian kita bermubahalah (yakni saling berdoa bersungguh-sunguh) agar Allah menimpakan laknatNya ke atas orang-orang berdusta” (Ali Imran; 61).

Entri Penuh (SINI)

Juga baca ini : MAKSUD MUBAHALAH & PERLUKAH MUBAHALAH

Catatan Penulis :

Coretan ini sekadar perkongsian penulis berkenaan hukum al-mubahalah dari perspektif Islam, bukannya untuk membela mana-mana pihak.

Kita punya mahkamah.. Kita punya undang-undang.. Biarlah yang bersalah ditentukan berdasarkan kedua-dua elemen ini..

Manusia membuat hukum.. Allah Taala juga membuat hukum.. Akan tetapi seadil-adil hukuman adalah hukum Allah Subhanahu Wa Taala..

Dalam pada itu terdengar juga cakap-cakap bahawa si pemubahalah mengangkat sumpah dalam keadaan memakai baju kalis peluru..

Soalnya, jika anda di pihak yang benar kenapa harus takut dan sayangkan nyawa anda..??

Jika ditakdir Allah mengambil nyawa anda di saat anda menegakkan kebenaran, pasti balasan yang baik iaitu syurga menanti anda...

Islam itu untuk diambil keseluruhanya, bukan diambil yang mana suka ditinggal yang mana benci...

***

Thursday, April 21, 2011

Loji Nuklear Atau Empangan Hidrolelektrik..??


Ni loji nuklear


Ni empangan hidroelektrik

Huhu.. Aku tak habaq pun memang pakat dah tau benda kat atas tu apa, bukan..??

Ok.. Ni ceritanya..

Tadi tengok berita kat tv.. Ada seorang pensyarah ni dok ulas tentang kelebihan loji nuklear sebagai penjana elektrik berbanding empangan hidroelektrik.. Dan ulasan dia tu berdasarkan beberapa sudut termasuk dari segi tempoh hayat serta kos pengurusan bagi kedua-dua jenis penjana ni..

Aku nak ulas balik kat pembaca apa yang dia kata tadi pun aku bukan faham sangat, jadi aku kongsi saja dengan anda bahan bacaan pdf yang ini..

Pengenalan Janakuasa Hidroelektrik (klik)..

Soalnya.. Berdasarkan penelitian serta pemerhatian anda sendiri sebagai rakyat Malaysia daripada susut posotif dan negatifnya, anda ingin loji nuklear @ empangan hidroeletrik sebagai penjana tenaga..??

Pepatah kata..

Alah membeli menang memakai...

Aku kata..

Biar menang membeli menang memakai..

Asal jangan, menang membeli alah memakai..

Juga jangan, alah membeli alah memakai..

Korang faham apa aku nak habaq..?? Aku pun tak faham juga sebenarnya hehe..

***

Tuesday, April 5, 2011

Cadang Suruh Tutup Sekolah Pulak Dah..

Assalamu'alaikum dan selamat petang kepada semua pelawat blog ni..

Kemarahan para penduduk Malaysia masih belum reda.. Itulah analisis ringkasku bila mengambil sedikit masa melayari internet pada hari ini berkenaan kes guru pukul palajar sehingga mati..

Ya.. Jika aku di tempat mereka, aku juga berhak dan akan berperasaan demikian.. Ini fitrah setiap mereka yang berperikemanusiaan, punya nilai kasih sayang dalam diri.. Dan aku tak nafikan tentang ini..

Cuma bila kita menilai berdasarkan maklumat daripada media massa semata, kita mungkin akan tersalah cerita @ fakta.. Siapa boleh berikan jaminan bahawa berita yang tersiar itu langsung tidak lebih sudu dari kuah..?? Tak mahu aku komen, boleh pakat pikiaq sendiri..

Kelmarin pun aku dah kongsikan sedikit cerita kat blog ni.. Bagi yang belum, boleh baca dan klik 'Ustaz Syaitan Itu Sahabatku'..

Biarlah si tertuduh dihukum dengan seadilnya jika memang sudah terbukti dia bersalah.. Kerana sesungguhnya Allah tu Maha Adil.. Dan Dia tidak pernah tidak adil kepada setiap hambaNya.. Mungkin adil pada kita, tetapi tidak adil disisi Allah.. Tidak adil pada kita, tetapi adil disisi Allah..

Cuma yang kurang menyenangkan, bilamana setengah pihak cuba mempolitikkan kes ini..

Terbaru yang aku baca, sebuah pertubuhan politik wanita meminta Jabatan Pelajaran Negeri segera menutup sekolah-sekolah persendirian ini dengan alasan tidak berdaftar dengan Kementerian Pelajar punca utama kepada kejadian ini berlaku..

Sekadar pertanyaan, di sekolah-sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran sendiri, adakah kejadian yang seumpamanya langsung tidak pernah berlaku..?? Tidak pernah berlaku kes guru pukul pelajar..?? Tidak ada kejadian pelajar yang meninggal dek dipukul guru..??

Maaf jika aku nak kata sedikit beremosi macam ni..

Jika nak tutup sekolah-sekolah persendirian ini, tutup dahulu sekolah-sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran di mana pernah berlaku kes yang sama.. Punca sama tapi takkan tindakan tak sama kot..?? Dimanakah nilai keadilannya..??! @ kenyataan kamu sekadar nak serang lawan politik kamu..??

Sekadar tu coretan aku untuk petang ni, cuma sebelum aku berlalu pergi sekadar nak berkongsi sedikit info dan fakta..



Ni gambar sekolah tempat berlakunya kejadian seperti dakwaan beberapa laman web @ blog yang ada tulis pasal isu ni..

Info aku :

Sekolah ini memang aku kenal sangat tapi setahu aku kat atas ni gambar sekolah menengah, sedang pelajar yang meninggal tu baru sekolah rendah..

Sejak bila pula sekolah menengah terima pelajar seawal usia 7 tahun..??

***
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts