Monday, April 4, 2011

Ustaz Syaitan Itu Sahabatku..

Salam dan selamat petang semua..

Ni baru balik dari tempat di mana berlakunya kejadian seorang pelajar sekolah rendah agama meninggal kerana dipukul seorang ustaz yang menjadi tajuk utama akhbar hari ni..

Guru Syaitan..!! Inilah tajuk di dalam sebuah akhbar utama.. Dan berita terkini yang aku dapat, ustaz itu masih ditahan pihak polis untuk membantu siasatan di bawah syeksen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh membawa kepada hukuman mati..

Dan laman web, blog serta sosial juga menjadikan ini sebagai tajuk utama penulisan mereka pada hari ni.. Dan daripada komen dan penulisan mereka yang aku baca, rata-rata pihak menyalahkan si ustaz ni disebabkan tindakannya itu..

Komen aku sendiri..??

Entahlah.. Aku tidak berniat untuk memberikan sebarang komen.. Takut menyingung perasaan sesetengah pihak.. Biarlah pihak polis jalankan tanggungjawab mereka.. Dan pihak pentadbiran sekolah juga telah memberikan persetujuan untuk mengadakan sidang akhbar pada keesokkan harinya.. Sama-samalah kita tunggu..

Cuma sekadar yang aku nak kongsi..

Ustaz yang ditahan itu memang amat aku kenali sekali.. Dia salah seorang sahabatku.. Walau pada satu ketika kami berkhidmat di sekolah yang berlainan; aku di sekolah menengah manakala dia di sekolah rendah, tapi tetap di kawasan yang sama..

Pendek kata, saban hari aku berjumpa dengan ustaz ni.. Dan orangnya pula.. Seorang yang lemah-lembut butir percakapannya, murah dengan senyuman, dan senantiasa bergurau dengan pelajar-pelajar yang tinggal di asrama sekolah itu dengan dia menjadi wardennya..

Bila terpampang berita ini kat akhbar hari ni, memang aku terkejut sebenarnya.. Antara percaya @ tidak.. Bagaimana seorang ustaz yang berwatakan lemah-lembut macam dia tiba-tiba boleh bertindak sehingga ke tahap sebegitu..?? Yang ni pun aku no komen juga..

Kebetulan tadi berjumpa dengan ayah angkat mangsa yang meninggal tu.. Macam -macam yang dia cerita.. Bermula saat keluarga dia ambil bela si mangsa masa berumur 2 tahun sehinggalah ke nafas terakhirnya.. Dalam dia dok bercerita tu, adalah cerita kurang enak yang aku dengar dari mulut si ayah angkat ni berkenaan ayah kandung si mangsa.. Aku tak mahu cerita kat sini, takut mengaibkan si ayah kandung..

Sebelum aku tutup penulisan aku petang ni, sekadar renungan kita bersama..

Wajarkah kita nak nak salahkan ustaz tu 100% atas apa yang berlaku sedang kita sendiri tidak tahu usul pangkal cerita yang sebenarnya..??

Yang wartawan ni pun satu, selalu sangat nak sensasikan akhbar sendiri.. Sehingga terkadang, fakta @ berita yang diberikan langsung tidak benar.. Bila baca akhbar tadi, aku mengeleng-gelengkan kepala seorang diri.. Dari manalah korang dapat cerita-cerita ni..?? Sedang pihak polis pun masih dalam siasatan, korang wartawan dah terlebih dahulu menghukum si pesalah..

Bukan aku tak kasihan dengan si mangsa yang meninggal.. Bukan aku tak kasihan dengan keluarga si mangsa bila kehilangan orang yang tersayang.. Cuma sebagai manusia, kita sendiri ni semaksum malaikatkah sampai nak menghukum orang yang belum terbukti kesalahannya @ jika sememangnya bersalah pun, patutkah gelaran 'syaitan' @ seumpamanya itu diberikan..??

Tepuk dada tanya iman masing-masing...

Aku akhiri coretan pada petang ni dengan cebisan rasa dari blog seorang sahabat yang dulu pernah menjadi guru sandaran di sekolah yang sama..

Nak baca, bolehlah ke sini.. Ustaz Syaitan! Guru Kejam! Warden Zalim! (klik)

***

18 comments:

EJA said...

tula towan x tau nak ckp lagu mana..kdg2 iman kita bertmbh dan berkurng bila kurangnya iman..maka nafsu la yg bermaharajalela..pernah dgr pepatah ini semakin tinggi ilmu agama seseorg itu(ustaz/ustazah) semakin tinggi pangkat syaitan yg menggoda mereka :)

Unknown said...

>> eja : syaitan yg goda ustaz/ustazah ni mestilah pangkat dia general, prebet tak main la.. tak sama padan orang kata..

c-tea said...

no komen pasal hal ni..sebab tu ct tak sensasikan cerita ni di blog ct..sebab mana mungkin seorang ustaz hilang pertimbangan sampai jadi begitu kejap..

apa-apa pun, soal iman, kejap berkurang, kejap bertambah...

Unknown said...

>> c-tea : Sesungguhnya Allah tu Maha Adil.. Bersalah di dunia tidak semestinya bererti bersalah di sisi Allah masa akhirat kelak.. Dengan sifat pengampunNya, dia boleh masukkan ke dalam syurga sesiapa saja yg Dia nak..

Unknown said...

mungkin ustaz tu hilang kawalan..tp yang menjadi persoalan apa sangat "kenakalan" budak berumur 7 tahun sehingga mampu membuat dia hilang pertimbangan? tp apa boleh buat..nasi dah menjadi bubur. dia tetap sudah melakukan.tak kira apa juga alasan.hilang kawalan atau apa saja..dia sudah lakukan! Rasulullah sendiri nasihatkan umatnya supaya berdiam diri ketika marah!

Unknown said...

>> cik aish : terkadang bila syaitan berjaya dengan pujuk rayunya, si abid yang berpuluh tahun beribadat pun bisa tersungkur.. inikan pula kita manusia yg masih terlalu lemah imannya..

siti hajar said...

Ustaz2 patutnya sebelum nak pukul kanak2, kena ingat semula Hadith Nabi SAW- pukullah anak yang tak bersolat apabila berumur 10 tahun... so, Islam dah letak garis panduan dah... cuma kita lupa...takziah kepada semua- sedihnya berlaku kepada sekolah yang selalu terima zakat kami...

Anonymous said...

"Wajarkah kita nak nak salahkan ustaz tu 100% atas apa yang berlaku sedang kita sendiri tidak tahu usul pangkal cerita yang sebenarnya..??"

Ustaz ni pukul budak and that budak is dead. ARE YOU STUPID?!!!Budak tu baru 7 tahun. 7 tahun!!! Tak akil baligh lagi?? So that ustaz is not 100% bersalah? Apa kau cakap neh??!! Kau pun sama setan macam ustaz tu. bertopengkan agama! We Malaysians are too forgiving, sudah terang lagi bersuluh, lagi nak deny! Idiots!

Anonymous said...

"Bukan aku tak kasihan dengan si mangsa yang meninggal.. Bukan aku tak kasihan dengan keluarga si mangsa bila kehilangan orang yang tersayang.. Cuma sebagai manusia, kita sendiri ni semaksum malaikatkah sampai nak menghukum orang yang belum terbukti kesalahannya @ jika sememangnya bersalah pun, patutkah gelaran 'syaitan' @ seumpamanya itu diberikan..??"

aku tak kata diri aku maksum, salah tetap salah, jangan ditegakkan benang yang basah!

Almy said...

Masih ada yang memahami.. semuanya terjawab di sini ^_^
[EKSKLUSIF] GURU DERA MURID, DI SEBALIK KISAH

mardhotillah... said...

semuanya telah ditakdirkan oleh Allah..memang dh ajal kanak2 tu, maka x lewat sesaat pn malaikat maut menjemput..dan cara kematian kanak2 tu pn dh ditetapkan oleh Allah Taala melalui ust tu sbagai asbabnya..Allah taala lebih sygkan kanak2 tu,mgkin kalu kanak2 tu msih hidup,dewasanya dia bergelumang dgn mksiat,maka Allah ambil nyawanya awal2,wallahu 'alam..dan ini juga adalah ujian utk ust dan keluarganya..sejauh mna iman dan akal waras mereka menghadapi musibah begini..Allah uji mereka cmtu, kta sendiri blom tahu apa ujian yg perlu kta terima pd msa depan..jgn kata kta dh beriman sedangkan kta msih blom di uji..wallahu 'alam..

visz said...

Salah tetap salah..bicarakan secara adil dan saksama..kita lihat,kalau betul dia bersalah,bagus la..jatuhkan hukuman mati je senang

syuxer said...

no komen la bro..ustaz kadang2 mudah hilang pertimbangan..maybe ni syaitan tahap kolonel yang rasuk ustaz tuh..al-fatihah kepada arwah budak tuh..semoga ustaz itu insaf

Anonymous said...

kpd yg katakan ini adalah takdir dan xble slhkan sesiapa, tnya diri anda....tempatkan diri anda jika anda adalah keluarga mangsa, apa anda akan kata?takdir tidak akan membuatkan pesalah jadi betul.kpd pmilik blog ni, apa yg u lihat hnya luaran yg lmbut c ustaz tp dlm ada syaitan. kalau u nk ckp dia ni belum dibuktikan bsalah, tnya diri knpa pljr itu meninggal dgn ada kesan d pukul?bukan ka itu pukulan guru syaitan itu? or u nk ckp bdk tu pukul diri sndiri?fkir waras la bro....!ustaz tu patut di hukum.kalau saya keluarga mangsa, dan jika ustaz itu tidak dihukum, saya yg akan menghukum dia 100x ganda kejam dari apa yg dia lakukan!

c-tea said...

hem...cara pengadilan di mahkamah di malaysia ni pun tak ikut garisan yang betul...

kepada penulis blog...setelah ct baca semua komen...ct beranggapan, salah tetap salah..persoalannya, seadil manakah mahkamah dimalaysia ni??

dan..yang ct setuju..cuma satu..kita sebagai manusia..khalifah kat muka bumi ni...tidak selayaknya kita mengelar saudara seagama dengan panggilan hina seperti syaitan, iblis, dan macam-macam lagi...

orang kat malaysia ni akan kecoh bila seorang ustaz membunug...tapi mereka anggap biasa kalau orang biasa yang membunuh..kepada keluarga ustaz..tenang lah hadapi ujian ini...

kalau hidup dipenjara lebih berarti dari hidup bersama manusia pendusta, maka selayaknya ustaz tu hidup di penjara asalkan dekat dengan allah...

setiap kesalahan boleh di ampun allah...bunuh itu tidaklah sekejam seperti memfitnah...kita mengutuk orang yang membunuh, namun kita tak sedar sebenarnya kita sedang "memfitnah" saudara yang lain...

allahu' alam

Anonymous said...

hola bro!
anda ada persoalkan "patut kah gelaran syaitan itu digelarkan kepadanya" saya rasa tak patut...

kerana....

syaitan itu telah dilaknat Allah SAW..dan syaitan diizinkan Allah untuk menyesat kan umat umat Adam sehingga hari pembalasan...

tetapi ustaz yang diberi gelaran syaitan ni adalah manusia bukan syaitan...
dia tak dilaknat..
dia tak mendapat keizinan untuk membunuh seorang anak yang masih kecil.. seorang anak yatim...seorang anak yang pasti mampu dibentuk dengan kasih sayang... dan juga syaitan tidak membunuh... syaitan tidak menyiksa dan syaitan juga tidak layak menghukum umat manusia...

tetapi apa yang dilakukan ustaz ini lebih hebat.. dia kalah dengan syaitan... maka dia lah yang membunuh... dia lah menyiksa.. dia lah yang menghukum...
DIA LEBIH HEBAT DARI SYAITAN..
maka gelaran yang setimpal baginya ialah..
"AYAHNDA SYAITAN"
KALAW ADA GELARAN LAIN YANG LEBIH KEJI DARI SYAITAN.. SEMUA AKAN SAYA TUJUKAN PADANYA!! DIA LAH MAKHLUK TUHAN PALING KEJAM!!!

Anonymous said...

dia ustaz hitler!

anyss said...

Assalamualaikum,
Mmmmmm Allah menguji hambaNya dari pelbagai sudut. Itu ujian kepada budak itu, ustaz itu, orang-orang keliling mereka,...itu juga ujian kepada orang lain termasuk kita.

Agak-agaknya, "kita" (iaitu orang lain yang berada di keliling mereka) berjaya tangani dengan baik tak ujian ini?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts