
Kenyataan dari PBB yang turut mengutuk perbuatan Israel ini tidak akan ada ertinya. Ini kerana disebalik PBB itu sendiri,ia hanya menjadi alat atau boneka Israel walau hakikat ini cuba disembunyikan dari pengetahuan umum . Negara-negara Islam yang berdekatan tempat pencerobohan pula hanya diam membisu mengunci bicara. Pelik sungguh bila negara haram sekecil Israel digeruni oleh negara-negara Arab yang begitu banyak dan besar jumlahnya. Mengapa ini terjadi?? Pembaca boleh baca dengan lebih lanjut dalam tulisan penulis beberapa hari lepas dengan tajuk posting ' Islam : Darah & Airmata ' .
Kempen-kempen boikot kembali dilancarkan. Bukan sekadar barangan mahupun produk Yahudi yang diboikot malah kempen turut tertumpu kepada laman-laman sosial milik mereka seperti myspace, facebook ,tagged dan seumpamanya sehingga laman-laman ini sendiri menjadi tempat untuk orang ramai seluruh dunia mengutuk dan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap perbuatan mereka itu.
Di sini terdapat 2 laman sosial milik bukan Yahudi yang boleh penulis suggest @ cadangkan untuk disertai sebagai alternatif untuk mengantikan laman-laman sosial milik Yahudi ini iaitu : Umma-United (klik) dan MillatFacebook (klik) sebagai tanda kita anti-Israel .
Dan laman sosial yang disebutkan ini dalam proses menghimpunkan komuniti umat Islam seluruh dunia untuk menjadi ahlinya. Dan perkhidmatan yang disediakan di dalamnya juga setanding dengan laman sosial yang dipelopori Yahudi. Antara aplikasi yang dimuatkan dalam laman ini ialah ruangan sembang juga perbincangan dan join group seperti yang akan anda temui bila melayari facebook dan lain-lainnya . Anda juga boleh berkongsi foto juga penulisan kerana aplokasi blog turut disediakan.
Peri pentingnya laman ini adalah percuma dan segala info mengenai umat Islam seluruh dunia dapat anda temui di sini. Malah anda dialu-alukan untuk menambah kenalan dari kalangan umat Islam seluruh dunia. Bukankah saling berta'aruf itu perintah Tuhan di dalam Al-Quran???
Saya telah sertai. Anda bila lagi?? Ayuh tunjukkan sokongan kita...........!!!
**