Saturday, December 25, 2010

" Selamat Hari Natal "

Semalam ketika aku hendak menutup laman sosial facebook tiba-tiba masuk sapaan daripada seorang teman pada ruangan sembang.

" Salam akh... maaf mengganggu nak minta tolong sedikit... "

" Wassalam.. InsyaAllah ana akan tolong sekadar mampu.." balas aku kembali.

" Begini.. Nak minta pandangan sedikit, ada seorang yang menulis pada status facebooknya (Selamat Hari Natal kepada semua.. Dan kalau ada open house jemputlah aku...). Apa hukumnya orang yang berkata sebegitu. Sedang ana baca dan dengar ustaz-ustaz kata haram mengucapkan selamat untuk perayaan agama lain?".

Aku terdiam seketika; mencari-cari jawapan untuk soalannya itu. Mungkin aku sendiri tidak sedar dan lupa bahawa pada tarikh 25hb Disember sabun tahun dalam kalendar masihi adanya Sambutan Hari Natal. Tambahan pula di Yaman ini, tarikh 25hb tiada ditulis sebegitu pada kalendarnya meskipun turut menggunapakai tarikh masihi.

Setelah punya jawapan, aku memberikan pandanganku berhubung kemusykilannya itu. Antara benda yang aku kongsikan bersamanya semalam :

" Setiap permasalahan atau kemusyikilan perlulah kembali pada asas atau perkara pokoknya. Jika sesuatu sambutan itu ianya bersangkut-paut dengan aqidah, maka sudah jelas hukumnya haram jika kita berkongsi dengan orang kafir pada perayaan mereka atau perayaan kita sendiri.

Para ulama' salaf seperti Ibnu Taimiyah, Ibnu Qayyim serta Syeikh Muhammad Solih Al-'Usaimin dengan jelas mengharamkan perkara ini.

Antara kata-kata Ibnu Qayyim,

" Memberi selamat atas acara ritual orang kafir yang khusus untuk mereka,telah disepakati bahawa ianya haram. Seperti memberi selamat untuk hari raya & puasa mereka dengan mengucapkan 'Selamat Hari Raya' dan seumpamanya. Bagi yang mengucapkannya,meskipun tidak sampai kepada kafir paling tidak itu merupakan perbuatan yang haram. Bererti mereka telah memberi ucapan selamat dalam menyekutukan Allah. Bahkan perbuatan itu lebih besar dosanya di sisi Allah & lebih dimurkai dari pemberi selamat pada meminum arak & membunuh. Begitu ramai yang kurang mengerti mengenai agama terjerumus dalam satu perbuatan tanpa menyedari buruknya perbuatan tersebut. Dia sebenarnya telah menyiapkan diri untuk mendapatkan kemarahan & kemurkaan Allah " .

Pandangan mereka ini bersandarkan kepada firman Allah Taala:

إِن تَكْفُرُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنكُمْ وَلَا يَرْضَى لِعِبَادِهِ الْكُفْرَ وَإِن تَشْكُرُوا يَرْضَهُ لَكُمْ وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى ثُمَّ إِلَى رَبِّكُم مَّرْجِعُكُمْ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ إِنَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ
Maksudnya: Jika kamu kafir maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman)mu dan Dia tidak meredhai kekafiran bagi hambaNya; dan jika kamu bersyukur, nescaya Dia meredhai bagimu kesyukuranmu itu; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kembalimu lalu Dia memberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang tersimpan dalam (dada)mu. (Az-Zumar :7)

Ringkasnya pada pandangan kelompok ulama ini, pemberian ucapan Selamat Hari Natal seorang muslim kepada seorang yang beragama Kristian baik dengan lisan, telefon, sms, email ataupun megirim kad bererti sudah memberikan pengakuan terhadap agama mereka dan rela dengan prinsip-prinsip agama mereka.

Meskipun demikian, ulama' kontemporari seperti Dr Yusuf Al-Qardawi mengharuskan ucapan selamat untuk perayaan agama Nasrani atau seumpamanya.

Antara petikan kata-kata beliau,

" Aku membolehkan pengucapan itu apabila mereka (orang-orang Nasrani atau non muslim lainnya) adalah orang-orang yang mencintai kedamaian terhadap kaum muslimin, terlebih lagi apabila ada hubungan khusus antara dirinya (non muslim) dengan seorang muslim, seperti kaum kerabat, jiran tetangga, teman kuliah, teman sekerja dan yang lainnya. Hal ini termasuk di dalam berbuat kebajikan yang tidak dilarang Allah swt namun dicintaiNya sebagaimana Dia (Allah) mencintai sesiapa yang berlaku adil.

Firman Allah S.W.T. :

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. (Al-Mumtahanah : 8)

Terlebih lagi jika mereka mengucapkan selamat hari raya kepada kaum muslimin. Firman Allah S.W.T. :

وَإِذَا حُيِّيْتُم بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّواْ بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا إِنَّ اللّهَ كَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ حَسِيبًا

Maksudnya: Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, Maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu. (An-Nisa' : 86).

Kesimpulan daripada kata-kata Dr Yusuf Qardawi ini ialah:

1. Diharus mengucapkan selamat jika mereka bukan termasuk orang-orang yang memerangi kaum muslimin khususnya dalam keadaan di mana kaum muslimin adalah minoriti seperti di Barat atau bagi non muslim yang tinggal di bawah pemerintahan Islam iaitu Kafir Zimmi bukannya Kafir Harbi.

2. Diharus mengucapkan selamat untuk menjaga kemaslahatan seperti seorang yang memeluk Islam tetapi ahli keluarganya masih di dalam kekafiran. Ini untuk menjaga hubungan kekeluargaan supaya tidak terputus.

3. Jika sebelumnya mereka yang memulakan memberi ucapan selamat untuk perayaan agama kita Islam barulah dibolehkan kita membalasnya kembali. Ini sesuai dengan hadis Nabi S.A.W. daripada Abi Hurairah R.A yang bermaksud:

"Janganlah kamu memulai salam kepada orang-orang Yahudi dan Nasrani. Apabila kalian bertemu salah seorang di antara mereka di jalan maka sempitkanlah jalannya." (HR. Muslim)

4. Ucapan selamat yang digunakan hendaklah tidak menunjukkan pengukuhan atas agama mereka atau redha ke atasnya.

Firman Allah Taala :

مَن كَفَرَ بِاللّهِ مِن بَعْدِ إيمَانِهِ إِلاَّ مَنْ أُكْرِهَ وَقَلْبُهُ مُطْمَئِنٌّ بِالإِيمَانِ وَلَكِن مَّن شَرَحَ بِالْكُفْرِ صَدْرًا فَعَلَيْهِمْ غَضَبٌ مِّنَ اللّهِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Maksudnya: Barangsiapa yang kafir kepada Allah sesudah Dia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir Padahal hatinya tetap tenang dalam beriman (dia tidak berdosa), akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, Maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar. (An-Nahl : 106)

5. Harus untuk menziarahi mereka serta makan dan minum jika ianya daripada sumber yang halal akan tetapi haram mengikuti apa-apa upacara yang bersangkutan dengan keagamaan mereka. Meskipun demikian jika berkemampuan dan tiada mudharat hendaklah ditinggalkan keharusan ini.

Firman Allah S.W.T. :

لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ

Maksudnya: Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku. (Al-Kafirun : 6)

Wallahu'alam.

P/S : Sebarang kemusykilan pada coretan ini bolehlah berhubung terus dengan penulis melalui email atau boleh dirujuk kepada mereka yang lebih arif.

Baca Juga : Ada Apa Dengan 14 Februari ???

***

Susahnya Belajar Komputer...


Tadi ada ujian pertengahan semester untuk subjek hasub (komputer). Ini baru sahaja sampai di rumah. Saja aku ambil sedikit masa selepas solat zohor sambil menunggu teman serumah yang bertugas pada hari ini selesai memasak untuk aku mencoretkan sesuatu di Pondok Tua aku ini...

Berbalik pada ujian yang baru aku hadapi sebentar tadi. Mesti ramai juga yang hendak tahu bagaimana keaadaannya bukan? Susah atau tidak soalan yang ditanyakan?

"Very easy..." bak kata pensyarah yang mengajar subjek ini sebelum dia mengedarkan kertas soalan sebentar tadi.

Aku rasa semua boleh bayangkan sendiri susah atau tidak soalannya jika antara soalan yang ditanya itu berbunyi seperti ini:

Recycle Bin berfungsi untuk menyimpan maklumat yang dipadam pada sebelumnya? Betul atau salah?

Ataupun sebegini :

Kita boleh menyimpan fail yang berbentuk word di dalam folder? Ya atau tidak?

Susah atau tidak kawan-kawan soalannya..??

Terus terang aku katakan, soalan-soalan ini memang mudah untuk dijawab. Hatta budak-budak sekolah rendah pun sudah tahu benda-benda basic belajar komputer sebegini pada dewasa ini.

Tetapi yang menjadi masalahnya kawan-kawan, di dalam ujian tadi soalan-soalan mudah seperti di atas ditanya di dalam bahasa arab bukannya bahasa melayu. Kalau di dalam bahasa inggeris boleh dibawa berkira lagilah untuk aku menjawabnya walau gred subjek Englishku untuk SPM sekadar cukup-cukup makan saja...

Baru aku sedari...

Pembelajaran komputer lebih susah untuk dikuasai berbanding ilmu aqidah atau syariat.. Benda mudah bisa bertukar payah jika lemahnya penguasaan bahasa kita... Ditambah pula, jika terdapat istilah-istilah moden yang diarabkan seperti di dalam kertas ujian hasubku tadi...

Moral : Kuasailah banyak bahasa kerana ia kunci kepada penguasaan ilmu...

***

Wednesday, December 22, 2010

Hakcipta Terpelihara ALLAH

Sudah hampir dua minggu blog ini tidak aku update. Sedikit kesibukan dengan ikhtibar nisfi (ujian pertengahan sem). Ini pun masih punya dua subjek berbaki untuk dihabiskan pada minggu hadapannya. Manakala peperiksaan akhir pula pada penghujung Januari 2011 yang bakal menjelma.

Dan tengahari tadi pula, seperti biasa aku punya kuliah untuk subjek bahasa arab. Pada penghujung kelas, sambil mengambil kedatangan pelajar, syeikh mengambil peluang untuk berbual-bual bersama pelajar.

Antara butir bicaranya yang menarik perhatianku,

" Pelajar sekalian, pada penciptaan kenderaan, pencipta asalnya meletakkan nama juga logo khusus pada setiap kenderaan keluaran syarikatnya sebagai hakcipta terpelihara. Lihat sahaja di Jepun, adanya kenderaan yang dinamakan dengan Hyundai, Toyota, Suzuki dan sebagainya. Dan begitu juga di Benua Eropah ada pula kenderaan-kenderaan yang dinamakan dengan Ford, Mercedes, Ferrari dan seumpamanya.

Tetapi bagaimana pula dengan penciptaan setiap mahkluk Allah terutamanya manusia? Adakah Dia melakukan benda yang sama pada setiap ciptaanNya; dengan meletakkan nama atau lambang khusus? ".

Masing-masing diam. Cuba mengambil perhatian untuk mendengar bicara seterusnya daripada syeikh.

Syeikh meneruskan kata, "Sebenarnya pelajar sekalian, pada setiap ciptaanNya, Allah turut melakukan perkara yang sama. Cuma kita saja yang tidak ambil endah serta tidak mahu mengkajinya.

Misalnya pada setiap diri manusia. Tahukah kalian semua bahawa pada tubuh manusia, ada dua tempat tertera lafaz kalimah Allah jika kita mengkajinya,".

"Yang pertamanya ialah pada belakang tangan sebelah kanan juga pada tapak tangan sebelah kiri...." jelas syeikh seraya mengangkat kedua-dua tangannya untuk menjelaskan kepada pelajar yang hadir.


Lafaz Allah yang terbentuk pada belakang
tapak tangan kanan

" Yang keduanya pula ialah lafaz Allah terdapat pada setiap jantung kita semua. Jika kamu punya kenalan doktor cuba tanyakan dan lihat dengan teliti pada alur urat yang terletak di jantung...." jelas beliau lagi.


Alur urat yang membentuk lafaz Allah
pada jantung manusia


"Dan kesimpulannya pelajar sekalian, sehebat manapun penciptaan manusia, Maha Hebat lagi Pencipta bagi pencipta-pencipta ini," mengakhiri pengkongsiannya itu.

Wallahu'alam.

P/S : Tidak salah untuk kita mengkaji benda-benda i'jaz ilmi seperti ini, cuma jangan terlalu disibukkan sehingga mengabaikan yang lebih utama daripada ilmu aqidah, syariat juga akhlak.

***

Thursday, December 9, 2010

Kisah Ratapan Si Anak Yatim...

Pada suatu hari ketika Hassan Basri sedang berada di rumahnya, dia melihat satu mayat diusung dengan seorang anak kepada mayat tersebut sedang menangis sambil berkata, "Wahai ayah, selama ini umurku tidak pernah aku berdepan dengan hari seperti ini,”.

Hassan Basri yang turut sama mengiringi mayat tersebut berkata kepada anak itu, "Engkau tidak akan menghadapi ayahmu lagi sepertimana hari ini,”.

Setelah menyolatkan mayat tersebut, pulanglah Hassan Basri ke rumahnya.

Keesokkan harinya, pagi-pagi lagi anak itu melintas rumah Hassan Basri menuju ke kubur, sambil menangis. Hassan Bashri yang melihat keadaan anak itu, mengikuti anak itu tadi ke kubur dan bersembunyi di sebalik pohon kayu sambil melihat dan mendengar apa yang dikatakan oleh anak itu.

Dilihatnya anak itu memeluk kubur ayahnya sambil berkata,

Wahai ayahku, bagaimana engkau semalam di dalam kegelapan kubur bersendirian tanpa ada yang menerangi dan menghiburkan engkau?

Wahai ayahku, akulah yang menyalakan lampu untukmu malam kelmarin, siapakah pula yang menyediakan tempat tidurmu malam tadi?

Wahai ayahku, akulah yang menyelimutmu malam kelmarin, siapakah pula yang menyelimutmu malam tadi?

Wahai ayahku, akulah yang memberimu minum malam kelmarin, siapakah pula yang memberimu minum malam tadi?

Wahai ayahku, akulah yang membalikkan tubuhmu dari kanan ke kiri malam kelmarin,siapakah yang membalikkan tubuhmu dari kanan ke kiri malam tadi?

Wahai ayahku, akulah yang membayangkan wajahmu malam tadi?

Wahai ayahku, malam kelmarin engkau memanggil-manggil diriku dan aku menjawabnya, siapakah pula yang engkau panggil malam tadi?

Wahai ayahku, akulah yang menyediakan makanan untukmu malam kelmarin, siapakah pula yang menyediakan makanan untukmu malam tadi?

Wahai ayahku, akulah yang memasak untukmu malam kelmarin, siapakah pula yang memasak untukmu malam tadi?".

Kemudian, Hassan Basri mendekati anak itu dan berkata kepadanya:” Janganlah engkau berkata demikian tetapi berkatalah begini,

"Wahai ayahku, kelmarin aku hadapkan wajahmu di hadapan kiblat, maka apakah hari ini wajahmu masih menghadap kiblat atau sudah berpaling?

Wahai ayahku, semalam aku mengkafankan engkau dengan kain kafan yang baik, maka pada hari ini apakah kain kafanmu itu masih baik atau sudah koyak?

Wahai ayahku, kelmarin ketika jasadmu diletakkan di dalam kubur ia masih baik maka apakah hari ini ia sudah dimakan ulat?

Wahai ayahku, para ulama' mengatakan para hamba akan ditanya urusan iman, maka ada yang dapat menjawab dan ada yang tidak, maka apakah engkau dapat menjawabnya ataupun tidak?

Wahai ayahku, para ulama' ada mengatakan kain kafan itu akan diganti dengan kain kafan syurga atau neraka. Maka apakah kain kafanmu sudah diganti dengan kain kafan syurga atau neraka?

Wahai ayahku, para ulama berkata, kubur itu merupakan taman syurga atau kawah neraka? Maka apakah kubur ayah ini merupakan taman syurga atau kawah neraka?

Wahai ayahku, para ulama' berkata, kubur itu merangkul mayat seperti ibu merangkul anak dan ada yang menghimpit mayat sehingga berselisih tulang rusuk. Maka apakah kubur ayah seperti ibu merangkul anak atau menghimpit ayah sehingga berselisih tulang rusuk?

Wahai ayahku, para ulama' mengatakan mayat itu semuanya akan menyesal samada menyesal kerana sedikit amalan baik atau menyesal kerana banyaknya amalan jahat. Maka apakah ayah menyesal kerana sedikitnya amalan baik atau menyesal kerana banyaknya amalan jahat?

Wahai ayahku, malam kelmarin engkau menjawab bila aku memanggil-manggil namamu, tapi aku sudah tidak mendengar suaramu.

Wahai ayahku, engkau sudah tidak dapat berjumpa denganku sehinggalah hari kiamat maka Ya ALLAH janganlah engkau halangi aku untuk berjumpa denagan ayahku di hari kiamat nanti...

Kemudian, si anak tadi mengucapkan terima kasih kepada Hassan Basri atas nasihat-nasihatnya dan kembalilah anak itu ke rumahnya dalam keadaan menangis.

Pembaca sekalian...

Sesungguhnya kematian itu pasti, tetapi sejauh mana keimanan dengan hakikat selepasnya?

Sesungguhnya kematian itu pasti, tetapi sudah banyakkah amal sebagai bekal menujunya?

Sesungguhnya kematian itu pasti, tetapi antara syurga atau neraka, sudahkah dipilih salah satu daripada keduanya?

Renung-renungkan sebagai muhasabah bersama...

Tautan : Detik Kematianku...

***

Sunday, December 5, 2010

Ya Allah Kuatkan Iman Kami Sekeluarga...

" Ya ALLAH..sembuhkan aku secepatnya..aku tak mampu menanggung dugaanMu di luar kemampuanku.."

Beberapa hari lepas adik perempuanku menaip kata-kata di atas pada status facebooknya. Aku yang kebetulan sedang online terus mengomen statusnya itu, "Erm napa lak ni adik sayang?".

Adik perempuanku membalas di ruangan sembang, "Angah...'benda' tu kacau akak lagi.. :( mak, ayah dan along pun kena gak...".

Tanyaku kembali, "Erm bukan hari tu dah buang belaka ka?".

"Memang la tapi 'dia' mai balik...Mak, ayah dan along dah pi berubat tinggal akak ja belum..tunggu balik cuti ni..." balas adik perempuanku yang membahasakan dirinya 'akak' itu.

Memoriku berputar mengenangkan peristiwa lebih setahun dahulu. Ketika itu emak dan ayah pulang dari menghadiri konvokesyenku di Terengganu. Aku yang kebetulan masih punya urusan yang perlu diselesaikan memebiarkan mereka pulang terlebih dahulu.

Dalam perjalanan, mereka singgah di sebuah restoren makanan laut di persisiran Kuala Besut untuk menjamu selera. Ketika sedang menyuap sotong yang dipesan ke dalam mulut, ayah tiba-tiba tersedak. Kemudian ayah tidak dapat makan lagi, kerana setiap kali menelan makanan pasti akan muntah kembali.

Sesampai di rumah, lebih seminggu ayah berkeadaan begitu. Prasangka bahawa ayah mabuk perjalanan pada mulanya bertukar perasaan tidak sedap hati. Maka ayah mengambil keputusan untuk berjumpa dengan seorang pengamal perubatan islam.

Dari sini terbongkarlah segalanya. Menurutnya, ayah sudah terkena ' benda ' dihantar orang. Bukan dek perbuatan individu yang tidak berpuas hati dengan restoren yang disinggahi oleh emak dan ayah itu akan tetapi kerana ada orang yang hantar ' benda ' itu kepada keluargaku . ' Benda ' itu sudah lama di dalam badan ayah, cuma belum sampai masanya untuk zahir. Emak, along dan akak juga sudah ' terkena ' cuma ayah yang paling teruk merasainya.

Alhamdulillah sesudah pulang dari berjumpa dengan pengamal perubatan islam itu, keadaan ayah beransur pulih. Ahli keluarga yang lain juga begitu. Inilah yang emak ceritakan kepadaku di dalam perbualan telefon, kerana tika itu aku belum pulang ke kampung; masih di Terengganu...

Hari ketiga Aidilfitri...

Dari semalam Irsyad; anak saudaraku buat perangai. Asyik menangis tanpa henti. Aku mula rasa tidak sedap hati. Dengan beberapa potong ayat Al-Quran yang pernah diajar oleh ustaz-ustazku ku hembuskan ke kepalanya. Alhamdulillah dengan izin Allah, tangisan anak saudaraku berhenti.

Kemudian aku memanggil adik perempuanku kerana semalam, dia yang terakhir mendukung anak saudaraku sebelum Irsyad mula menangis. Soalku kepadanya, "Semalam akak bawa Irsyad pi mana? Nampak pa?".

"Erm...erm...erm..Sebenaqnya semalam akak bawa irsyad mai kat sini.." jawab adikku sedikit gagap sambil menunjukkan satu sudut pada bahagian rumahku.

"Lepas tu ?" soalku lagi.

"Lepas tu akak nampak ' benda ' hitam. Irsyad pun nampak. Pasai tu dia teriak tak mau benti..." jawab adik perempuanku kembali.

Dipendekkan cerita, dengan bantuan mereka yang lebih berilmu dan berpengetahuan, memang ada ' benda ' yang berpenghuni di sudut yang ditunjukkan oleh adik perempuanku itu. Dan alhamdulillah ' benda ' itu berjaya dibuang dan dikeluarkan.

Tanpa perlu aku jelaskan, ku kira rata-rata pembaca semua sudah dapat menangkap ' benda ' dan ' benda ' yang aku maksudkan itu.

Tapi kini masalah yang sama menimpa keluargaku semula. Nampaknya tuan ' benda ' dan ' benda ' itu masih belum serik. Apalah agaknya dendam dan permusuhannya dengan keluargaku..??

Ingatlah semua pembaca sekalian...

Sesungguhnya hasad dan dengki itu dari sifat iblis la'natullah. Dan ianya sedari penciptaan Nabi Adam 'Alaihissalam lagi, lalu tercampaklah Nabi Adam ke bumi kerana hasad dan dengkinya iblis. Dan berlakunya pembunuhan manusia pertama di muka bumi ini dari zuriat baginda juga dek hasad dan dengki yang dibisikkan oleh iblis...

Akhirnya kepada sesiapa yang membaca nukilanku ini, doakanlah supaya aku sekeluarga tabah serta dikuatkan iman menghadapi ujian Allah ini sekali lagi. Doakan kesejahteraan dan keselamatan kami sekeluarga...

Dan sama-sama kita doakan juga agar Allah memberikan taufik serta hidayah untuk si pelaku supaya segera insaf dengan perbuatannya itu. Kerana jika datang saat malaikat maut mencabut nyawanya, mudahan matinya itu bukan di dalam keadaan mensyirik dan menyekutukan Allah...

Amin....Ya Rabbal 'Alamin....

_________

Bumi Sana'a
5 Disember 2010
Jam 0024


***

Friday, December 3, 2010

Sensitifnya Lelaki...

Kelmarin aku menelefon keluarga di kampung. Selalu dengan emaklah aku bercakap. Banyak jugalah benda yang diperbualkan dengan emak dari hal keluarga di kampung hatta ke hal pengajianku di sini.

Tiba-tiba keluar butir bicara ini dari mulut emak, "Angah teponlah wan (datuk), dia rindu sangat dekat angah tu... Selalu dia dok tanya dan sebut nama angah..".

Balasku, " InsyaAllah malam ni atau esok angah tepon wan...".

Setelah bersembang beberapa ketika, aku meletakkan telefon.

Tadi, kira-kira selepas orang menunaikan solat jumaat waktu Malaysia, ku menelefon datuk. Nombor telefonnya ku dail dan setelah menunggu beberapa ketika, panggilanku dijawab.

Kataku ditalian, "Assalamualaikum..".

Salamku tidak berjawab. Aku mengulangi salamku beberapa kali lagi. Tetapi hampa; salamku masih belum berjawab.

Tidak beberapa lama, terdengar suara datukku membebel di telefon, " Sapa pulak la yang tepon ni, dah tu tak mau bercakap..".

Tahulah aku bahawa suaraku di talian tidak didengari oleh datuk. Aku lalu memutuskan talian dan mendailnya semula. Tetapi natijahnya masih tetap sama; aku mendengar suara datuk akan tetapi datuk tidak mendengar suaraku. Aku mengulangi perbuatan itu beberapa kali sehingga aku akhirnya berputus asa.

Aku akhirnya mengambil keputusan untuk menelefon ke rumah. Emak mengangkat panggilanku.

"Assalamualaikum... Mak, angah ni..".

"Waalakumussalam..ha angah, awatnya?" tanya emak.

Aku menjawab, "Sat-sat (sebentar tadi) angah tepon wan, wan tak dengaq sora angah tapi angah lak dengaq sora wan...".

Balas emak, "Dah tu, nak mak buat pa?".

"Mak pi la panggil wan sat, habaq angah nak bercakap.." balasku kembali.

Dari talian, terdengar emak melaung adik lelaki bongsuku, " Adik pi panggil wan sat, habaq angah tepon nak bercakap..".

"Tunggu sat angah na, adik pi panggil wan.." kata emak kepadaku kembali.

Sebenarnya rumah datuk terletak bersebelahan sahaja dengan rumahku. Tidak sampai 20 meter jaraknya. Lebih kurang 2 minit menunggu, terdengar bunyi ganggang telefon diangkat.

"Assalamualaikum.." terdengar suara garau datukku memberi salam.

"Waalakumussalam..erm wan, angah ni.." balasku seraya menjawab salam datuk.

"Ha angah, ada pa nak cakap dengan wan ni?" tanya datukku.

"Tak dak pa-pa, saja ja tepon nak tanya habaq wan.. Wan sihat ka? Sat-sat angah tepon wan, tapi wan tak dengaq kot sora angah?" tanyaku pula.

"Aha wan tak dengaq.." jawab datuk ringkas.

Setelah lebih 5 minit bersembang, datuk berpesan kepadaku, " Angah dok sana ngaji la ghajin-ngajin, kelas jangan tuang (ponteng), lagi...".

Datuk tidak dapat meneruskan kata-katanya lagi. Dari dalam talian, ku dengar suaranya mula sebak. "Dah tu tak pa la na, wan nak letak tepon dah ni," kata datuk sedikit tersekat.

Aku mengerti. Jika dibiarkan perbualan ini berlanjutan, bukan sahaja datuk malah aku sendiri pun akan turut sebak dan menangis.

Lalu aku berkata kepada datuk, " Aha tak pa la kalau macam tu, wan kirim salam la kat semua, kat tok.. Nanti lapang-lapang angah tepon wan lagi.. Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam..." jawab datuk seraya meletakkan ganggang telefon.

Pembaca sekalian...

Dalam usia yang sudah mencecah 75 tahun, datukku masih tampak sihat. Masih punya kudrat untuk ke bendang menguruskan sawah-sawah padinya. Cuma, jika dahulu selain bersawah, datuk juga merupakan seorang 'tukang rumah'. Kini sudah lebih setahun dia bersara daripada profesion itu. Dan yang terakhir sekali adalah membaikpulih rumahku; tempat aku dan keluarga tinggal kini.

Berkenaan datuk, dia sebenarnya seorang yang lemah-lembut pada sikap juga bahasa pertuturannya sehingga dia begitu disenangi oleh semua penduduk kampung. Oleh itu tidak hairanlah jika dia sentiasa menjadi tempat banyak penduduk kampung meminta nasihat dan bantuan. Hatta jika ada urusan meminang atau perkahwinan pun, selalu datuk akan diminta oleh pihak pengantin lelaki untuk menjadi orang tengah.

Tetapi dalam masa yang sama, datuk sebenarnya seorang yang tegas juga garang, walau ku rasakan ayah lebih tegas dan garang. Berkenaan ayah, nanti akan ku ceritakan dalam coretan yang lain.

Masih ku ingat pada hari itu, aku berkelahi dengan abang. Kebetulan ayah tiada di rumah pada ketika itu. Selalu jika ayah ada, memang aku dan abang tidak akan bergaduh kerana kami tahu betapa garangnya ayah dan 'habuan' yang bakal kami perolehi bila bergaduh.

Asyik bergaduh, tiba-tiba rotan melekap di betis abangku. Kemudian hinggap pula di betisku. Rupa-rupanya yang merotan kami adalah datuk. Aku dan abang menangis teresak-esak.

Dan rotan yang dipegang datuk itu memang aku kenal sangat; rotan yang akan datuk gunakan untuk mengajar aku dan abang mengaji Al-Quran. Memang padan muka aku dan abang, kerana sebelumnya memang sudah terdengar suara datuk melarang kami.

Selepas dari peristiwa itu, banyak kali jugalah kami diregis (dirotan) oleh datuk setiap kali bergaduh. Jika tiada rotan di tangan datuk pun, dia akan mematahkan ranting pohon jambu batu yang berada berhampiran rumah untuk merotan kami. Dan selepas beberapa kali menjadi mangsa rotanan datuk, tiap-tiap kali terdengar suara datuk melarang aku dan abang bergaduh, kami akan lari meyembunyikan diri.

Inilah sebahagian cerita juga pengalaman yang tidak dapat aku lupakan ketika kecil walau ku akui datuk sememangnya baik; sering sahaja aku dibawa bersama-samanya ke mana-mana sahaja dengan menaiki motorsikal HONDA lama miliknya pada ketika itu...

Hari pertama kakiku menjejak alam persekolahan menengah, datuklah sebenarnya yang mendaftarkan aku di MADI memandangkan pada hari itu ayah punya urusan lain. Dan menjejak kaki ke alam menengah jugalah, suara datuk melarang aku adik-beradik bergaduh jarang-jarang lagi kami didengari. Mungkin kerana kami sudah mula meningkat dewasa dan umur datuk juga sudah mula meningkat tua.

Tetapi yang paling aku banggakan ialah, setiap kali ustaz-ustazku bertanya daripada mana aku belajar membaca Al-Quran, memandangkan bacaanku boleh dikatakan agak baik juga, aku akan hanya menjawab, "Belajar mengaji dengan tok wan ja ustaz..." dan ustaz pula akan membalas, " Bagiuh tok wan anta na..". Dan aku akan tersenyum mendengar kata-kata mereka itu.

Terima kasih datuk...

Walau hukum-hukum tajwid itu sebenarnya aku mula belajar sedari di sekolah rendah, juga di kelas Fardhu Ain anjuran masjid di kampung, tetapi yang mula mengenalkan aku dengan huruf-huruf hijaieyah di dalam muqaddam juga dengannya juga aku khatam Al-Quran adalah kamu; datuk...

Inilah datukku. Datuk yang banyak mengajarku erti kehidupan; kerana setiap kali bersembang bersamanya begitu banyak benda-benda juga nasihat-nasihat berharga yang dia akan kongsikan denganku. Dan yang paling besar ku rasakan jasa datuk untukku, selain emak dan ayah, datuk jugalah antara mereka yang banyak membantu sehingga kakiku kini menjejak bumi barokah Yaman untuk menadah, mencari juga mengali ilmu agama dengan para alim ulama' di sini.

Kata-kata terakhirnya sebelum aku berangkat ke sini,

"Belajaqlah sungguh-sungguh sampai pandai, tapi bila dah berjaya jangan lupakan wan pulak.. Wan tak nak apa-apa dari angah, cukuplah jika setiap kali sudah sembahyang, angah berdoa untuk wan.. Kalau wan dah tak dak nanti pun, jangan lupa doakan juga bagi wan selamat di dalam kubur juga kat akhirat.."

Dan atas sebab apa dia sebak tadi, tidak inginku tanyakan mengapa. Cukup aku sedar bahawa sememangnya dia sayangkan aku, juga bahawa dia sayangkan cucu-cucunya yang lain... Dan aku juga sayangkan kamu datuk..

Lelaki..
Benarlah dirimu juga sesensitif wanita...
Mungkin lebih sensitif daripada kaum hawa walau jarang benar engkau zahirkannya...

_________

Bumi Sana'a
3 Disember 2010
Jam 1750


***

Tuesday, November 30, 2010

Pidato Oh Pidato...

Hari ini sebenarnya cuti umum untuk Yaman. Cuti umum sempena kemerdekaan kata ' orang-orang ' di sini. Tetapi aku sendiri sebenarnya tidak tahu Yaman sebenarnya punya berapa tarikh kemerdekaan, juga berapa kali pernah dijajah. Kerana beberapa bulan sebelum ini, sudah ada cuti umum sempena kemerdekaan; juga kata ' orang-orang ' di sini...

Tetapi biarkanlah dengan semua itu. Cuti atau tidak cuti pun, sememangnya aku sudah cuti; tidak kuliah pengajian untukku pada hari ini. Jadi nikmat merasai cuti umum itu kuranglah atau memang langsung tak terasa ...

Sebenarnya itu sebagai intro sahaja. Langsung tidak berkaitan dengan tajuk entri aku pada kali ini. Yang aku nak cerita ialah; kuliah pengajian baharu sahaja dibuka selepas lebih kurang 3 minggu bercuti sempena Aidiladha. Jadi, bila yang bercuti itu namanya ' pelajar ', sudah tentu banyak tugasan-tugasan masa cuti yang dibekalkan oleh yang namanya ' pensyarah ' untuk disiapkan.

Dalam hati berlagu senang kerana semua tugasan itu telah berjaya disiapkan, tiba-tiba aku menepuk dahi. Macam manalah aku boleh terlupa dengan satu tugasan ini. Yang aku siapkan itu semuanya adalah tugasan berbentuk penulisan, sedang yang aku terlupakan ini pula adalah tugasan berbentuk penyampaian yang perlu aku persembahkan pada keesokkan hari; Rabu.

Al-kisahnya...

Esok aku dan rakan-rakan sekelas punya pidato untuk madah (subjek) bahasa arab. Tidak lama tempoh penyampaiannya untuk setiap orang, hanya sekitar 3 hingga ke 5 minit. Tetapi bukan tempoh masa yang aku risaukan, juga bukan tajuk yang aku risaukan kerana 'syeikh' telah memberi kebebasan kepada individu untuk memilih tajuk masing-masing, Tetapi yang aku risaukan, kerana pidato itu di dalam bahasa arab, bukannya bahasa melayu.

Lagi pula, syeikh sudah berpesan penyampaian daripada teks yang dibaca adalah dilarang. Jika perlu pun, hanya sekadar kertas kecil untuk mencatatkan point-point penting di dalam pidato itu nanti. Sedang berpidato di dalam bahasa melayu pun terkadang aku masih tersangkut-sangkut pada satu ketika, ini pula pidato bahasa arab. Tidak tahulah apa natijahnya pada keesokkan hari..

Beberapa minggu sebelumnya, aku solat maghrib berjamaah di masjid. Usai solat, seorang kanak-kanak tiba-tiba bangun. Dia berdiri di hadapan jamaah lalu menyampaikan tazkirah. Aku sudah ingat-ingat lupa dengan tajuk tazkirahnya tempoh hari. Tetapi yang pasti, meskipun dia hanya membacakan apa yang ditulis di dalam kertas, selesai sahaja tazkirahnya para jamaah yang hadir menyambutnya dengan ucapan yang pelbagai, termasuk didoakan dengan doa-doa ' penerang hati '. Satu pencapaian yang membanggakan untuk seorang kanak-kanak yang berusia hanya sekitar tiga atau empat tahun pada pengamatanku...

Gambar Hiasan

Sebenarnya mendengar tazkirah daripada kalangan jamaah pada setiap kali waktu solat merupakan perkara biasa di sini. Mana-mana jamaah yang berhajat untuk berbuat demikian, dipersilakan tanpa sebarang halangan. Sedang kita di Malaysia, hendak berucap di dalam masjid pun memerlukan tauliah...

Pada satu ketika yang lain; ketika aku beri'tikaf tempoh hari, selesai solat zohor seorang daripada jamaah bangun; seorang askar rupanya. Sangkaku dia hendak menyampaikan pengumuman bila berdiri di hadapan ahli jamaah, rupanya-rupanya dia hendak menyampaikan tazkirah. Memandangkan ketika itu sudah berda di penghujung Ramadhan, maka tajuk penyampaiannya ialah mengenai 'Lailatul Qadr'. Meskipun benda yang disampaikan olehnya ialah benda-benda ma'ruf (sudah diketahui), tetapi bila dalam tazkirahnya itu dia menyandarkan kata-kata itu kepada ulama' dan kitab-kitab muktabar, menimbulkan kekagumanku.

Alangkah indah jika di Malaysia, suasananya pun begini. Tidak kira ulama' besar atau orang biasa, tidak kira kerja sendiri atau kakitangan kerajaan, tidak kira tinggal di kampung atau di bandar, masing-masing faham akan agama. Sudah tentu maksiat itu tidak berluasa. Jenayah juga sudah tentu tidak bermaharajalela. Dan tidak mungkin jenayah kolar putih daripada mereka yang berjawatan tinggi akan kita dengar di media massa saban hari.

" Ya Allah Ya Tuhanku.. Bilakah masanya tanah airku bisa menjadi Baldatun Thoiyibah Wa Rabbul Ghafur ( Negara Yang Makmur & Tuhan Yang Pengampun).." ??

Untuk semua pembaca, doakanlah kejayaanku untuk esok hari. Doakan agar segala-galanya berjalan lancar. InsyaAllah dengan izinMu Tuhan...

_________

Bumi Sana'a
30 November 2010
Jam 1353

***

Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidiladha 2010M / 1431H



Di kesempatan ini ku menyusun sepuluh jari tangan memohon kemaafan kepada semua...


Terutama sekali...

Kedua ibu dan ayahku..

Adik-beradikku..

Serta seluruh keluargaku...


Tidak dilupakan..

Mereka yang aku sayang dan mereka yang sayangkan aku..

Semua sahabat juga teman..

Mereka yang mengenaliku di alam nyata juga alam maya..

Dan juga untuk seluruh muslimin dan muslimat di seluruh dunia...

SALAM AIDILADHA MAAF ZAHIR & BATIN
2010M / 1431 H

كل عام وأنتم بألف خير


***

Qiyamullail & Sahur...

Tiga hari sebelumnya Kamal menghubungiku melalui telefon memaklumkan bahawa pada semalam akan diadakan pengajian dan qiyamullail di Jami' Syuhada'. Kamal ialah teman berbangsa arab yang aku kenali ketika sama-sama beri'tikaf Ramadhan tempoh hari(Baca).

Sebenarnya sudah beberapa kali dia memaklumkan aku serta Khasiee melalui mesej tentang pengajian dan qiyamullail yang diadakan khusus sebulan sekali di masjid itu. Tetapi memandangkan visa yang tamat tempoh juga urusan iqamah yang lambat disiapkan, maka kami beberapa kali menolak ajakannya itu. Hatta ajakan seorang pak cik juga terpaksa kami tolak untuk mengziarahinya pada aidilfitri yang lalu kerana masalah ini.


Pak cik Abdul Malik Al-Mahbasyi

Memandangkan semua masalah itu telah pun diselesaikan maka semalam aku dan Khasiee mengambil keputusan untuk pergi ke Bab Yaman. Niat asal semata-mata untuk berjumpa dengan Kamal dan usai pengajian kami akan pulang tanpa mengikuti qiyamullail memandangkan Khasiee juga punya pengajian sesudah subuh pagi ini.

Sesudah maghrib dengan dua kali bas, kami tiba di Jami' Syuhada'. Di dalam masjid gelap tanpa sebarang cahaya lampu. Pintunya juga berkunci.

Kataku kepada Khasiee, " Kamal kabo ade pengajian lepas ise malam nie, tapi bakpe gelap je sejid? Pintu pun kunci.. ".

Balas Khasiee kepadaku, " Dah tak pe ar, kita solat ise dulu kat bahagian luar sejid ni. Pahtu kite tepon Kamal,guane?".

Jawabku pula, "Bereh ar gitu...".

Usai solat isyak, aku menghubungi telefon bimbit Kamal untuk bertanyakan yang hal yang demikian. Nombornya ku dail. Menunggu beberapa ketika, panggilanku dijawab.

"Assalamu'alaikum.." ku memulakan butir perbualan telefon.

"Wa'alaikumussalam.. Ya kenapa?". jawab Kamal di talian.

"Kamu cakap ada pengajian selepas Isyak malam ini di Jami' Syuhada' tetapi kenapa sunyi sahaja di sini?" soalku kepadanya.

"Maafkan aku. Sebenarnya program pada malam ini telah ditukar lokasinya ke Jami' Khair di Syari' Mujahid. Aku tidak memaklumkan kepada kamu semula kerana menyangkakan kamu tidak akan datang seperti sebelum-sebelumnya," jawabnya lagi .

" Adakah kamu tahu di mana terletaknya Syari' Mujahid? Aku sekarang berada di sana dan adakah kamu akan datang kepadaku?" soalnya kepadaku pula.

"InsyaAllah sebentar lagi aku dan Khasiee akan sampai, " jawabku.

"Baiklah, aku akan tunggu kamu dan Khasiee di sini. Semoga berjumpa. Assalamu'alaikum," kata-kata akhirnya di talian.

"Wa'alaikumussalam," balasku.

Telefon diletak. Benar juga kata-katanya tadi. Jadi aku tidak menyalahkannya kerana menyebabkan kami terpaksa berulang-alik ke banyak tempat walau sebelumnya ku telah terlebih dahulu menelefonnya namun tidak berjawab.

Dengan menaiki teksi kami tiba di Syari' Mujahid. Tidaklah terlalu jauh jarak antara kedua-dua masjid ini. Tidak sampai 10 minit perjalanan. Dan kami bertemu dengan Kamal.

Rancak kami bersembang. Maklumlah sudah lama tidak berjumpa semenjak berakhirnya i'tikaf tempoh hari. Banyak cerita yang hendak dikongsikan.

Sedang kami berbual, Kamal bertanya, " Di mana selimut kamu berdua? Tidakkah kamu tahu bahawa sekarang ini musim sejuk dan cuacanya menjadi lebih sejuk bila jam 11 malam ke atas?".

Kami hanya menggangguk dan tersenyum. Sebenarnya tidak kami ceritakan bahawa sebenarnya kami ingin pulang usai pengajian semalam.

" Tidak mengapalah. Aku akan pulang ke rumah dan membawakan untuk kalian selimut. Jika tidak tidur kesejukan pula kamu berdua malam ini,".

Aku menjeling kepada Khasiee. Dan Khasiee menjelingku kembali. Masing-masing diam.

"Aku hendak pulang ke rumah sekarang. Kamu tunggulah sampai aku kembali," katanya kepada kami berdua.

"Baiklah!" jawab aku dan Khasiee serentak.

Agak jauh Kamal berlalu pergi, aku berkata kepada Khasiee, "Kalau mung nak pulang tak pe ar, mung kan ade pengajian esok. Aku tido sini saje malam nie. Dok sedap pulok rase nak balik bile Kamal sampai balik umah ye ambik selimut, ".

"Nanti aku mikir dulu," balas Khasiee ringkas.

Pukul 9 lebih, pengajian dimulakan. Dan pengajian pada malam semalam dikendalikan oleh Ustaz Amar memandangkan 'syeikh' yang dijemput tidak dapat datang disebabkan hal yang tidak dapat dielakkan.

Dalam kuliahnya semalam, Ustaz Amar menceritakan tentang sifat-sifat hamba yang dikasihi oleh Allah S.W.T. sebagaimana dinyatakan di dalam surah Al-Furqan ayat 63 sehingga ayat 74 :

>> Bersopan-santun dan apabila berhadapan dengan orang yang kurang beradab menanganinya pula dengan baik.

>> Mendirikan malam dengan beribadat kepada Allah S.W.T. dan selalu berdoa meminta dijauhkan daripada azab siksaan neraka jahannam.

>> Tidak boros juga tidak kedekut iaitu sederhana dalam berbelanja.

>> Tidak mempersekutukan Allah Azza Wa Jalla dengan sesuatu.

>> Senantiasa bertaubat serta beramal soleh.

>> Tidak pergi ke tempat-tempat yang dilarang (maksiat), dan menghindarkan diri daripada perkara-perkara yang sia-sia.

>> Tunduk serta patuh apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Allah Taala.

>> Selalu berdoa memohon kepada Allah Subhanahu Wa Taala dengan dikurniakan isteri dan anak-anak yang soleh.

Demikianlah secara ringkas sifat-sifat 'Ibadul Rahman itu...

Selesai pengajian Khasiee mengambil keputusan untuk terus pulang ke rumah. Maka tinggallah aku bersendirian semalam. Tidak sampai 5 minit meletakkan kepala, aku sudah dihanyutkan dengan perihal indah di alam mimpi.

Pukul 3 pagi lenaku dikejutkan oleh suara Kamal. Perlahan-lahan ku membukakan mata.

"Bangunlah! Sudah sampai masa untuk qiyamullail," katanya lembut.

" Ya..." jawabku dalam suara masih mengantuk.

Selesai berqiyamullail, aku bersandar di tiang masjid sementara menunggu waktu untuk bersahur. Tiba-tiba bahuku ditepuk daripada belakang. Aku menoleh ke belakang. Rupa-rupanya yang menepukku ialah Salim.

Salim merupakan sahabat karib kepada Kamal dan dia juga turut sama beri'tikaf denganku pada Ramadhan yang lalu. Salim ini sebenarnya seorang peniaga dan kedainya akan ditutup menjelang lewat malam. Namun yang menyebabkan timbul sukaku kepadanya ialah selesai sahaja menutup kedainya semalam, terus saja dia ke Jami' Khair untuk turut sama berqiyamullail.

Sedikit benar anak-anak muda pada hari ini yang berkerjaya terutamanya yang punya perniagaan sendiri untuk membahagikan masa antara urusan dengan Tuhan dan urusan dengan manusia. Kebanyakkan masa mereka lebih banyak dihabiskan dengan urusan sesama manusia.

Entah pukul berapa dia sampai ke masjid semalam. Mungkin ketika itu aku sedang asyik dibuai mimpi. Tidak lama bersembang, kami dipanggil untuk bersahur. Di dalam halaqah, sambil bersahur aku meneruskan bicara yang terputus tadi bersama Salim. Kamal juga turut ada.


Kamal & Salim

Lupa pula hendak ku beritahu bahawa tujuan bersahur pada pagi ini adalah kerana ingin berpuasa sunat sempena hari arafah pada tanggal 9 Zulhijjah. Namun disebaliknya, semalaman berada di masjid dengan adanya qiyamullail dan sahur secara beramai-ramai tadi meyebabkan ku rindu kepada suasana beri'tikaf.

Sesudah matahari terbit dan hari sudah mula cerah, aku mengambil keputusan untuk pulang. Aku mencari-cari kelibat Kamal di dalam masjid namun tidak kelihatan. Lalu aku menelefonnya.

"Kamu di mana?" soalku bila panggilanku diangkat.

"Aku berada ke rumah," jawab Kamal.

"Aku hendak pulang ke rumah sekarang, " kataku lagi.

"Tidak mengapalah kalau begitu. Sampaikan salamku kepada Khasiee nanti," balas Kamal.

"Terima kasih untuk semuanya. Semoga berjumpa lagi," kataku pula.

"Sama=sama. Aiduladha Mubarak Assalamu'alaikum," jawabnya.

"Wa'alaikumussalam, " kataku seraya meletakkan telefon; menamatkan perbualan kami.

_________

Bumi Sana'a
15November 2010
Jam 0908


***

Monday, November 15, 2010

Manusia Itu Tak Sama (2)...

Dua minggu lepas, selesai menghadiri mesyuarat untuk program aidiladha yang bakal mejelma tidak beberapa lama lagi, aku dan beberapa teman semesyuarat yang lain singgah di sebuah kedai makan untuk mengisi perut (makan). Kebetulan di situ juga, terdapat beberapa teman yang lain yang baru pulang dari membeli lembu dan kambing untuk program ibadat korban pada aidiladha nanti. Mereka baru selesai makan. Dan sesudah bersembang beberapa ketika, mereka meminta diri untuk pulang manakala aku dan teman semesyuarat pula meneruskan agenda kami untuk makan.

Usai makan, ketika hendak pulang baru ku sedari plastik berisi kitab 'Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuh' jilid 3 karangan Dr. Wahbah Zuhaili yang ku jinjing bersama sedari dari mensyuarat tadi tidak ada di belakangku. Aku berkata kepada diri untuk menyedapkan hatiku sendiri " Mungkin salah seorang dari temanku tersalah ambil tadi. Maklumlah plastik itu aku letakkan bersebelahan sahaja dengan barang-barang mereka."

Sampai ke rumah, aku lalu menghantar mesej kepada Fuad kerana sifatnya; dia memang suka ke mana-mana saja membawa plastik berisi kitab sebegitu. Takut-takut dia tersalah ambil kerana menyangkakan plastik itu kepunyaannya tadi.

"Ad, kitab aku ada dengan mung dok?" bunyi mesejku.

" Adop la wan.. " balasnya ringkas. Aku mula sedikit cemas.

Aku menghantar mesej kepada Din pula . "Din, deme ada ambik dok supit putih berisi kitab yang ambe letak sebelah beg deme tadi?".

Tidak beberapa lama, handphoneku berbunyi. Din menelefonku. "Ambe tengok jer supit ada kitab tadi, tapi ambe dok ambik,".

"Dah tak pe la kalau macam tu. Terima kasih deh," balasku lalu meletakkan handphone dengan sedikit kehampaan.

Hatiku memonolog, " Kemanakah lesapnya kitabku itu? Mustahil dicuri orang tanpa aku atau kawan-kawan menyedarinya..".

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk pergi semula ke kedai tempatku makan sebentar tadi walau cuaca malam sememangnya sejuk di musim sebegini. Ini kerana kedai itu sebenarnya terletak tidak berapa jauh dari rumahku. Tidak sampai 10 minit perjalanan dengan berjalan kaki.

Tiba di kedai makan, terus sahaja aku ke kaunter pembayaran lalu berbicara kepada juruwang,

" قَبْلُ أَكَلْتُ هُنَا مَعَ صَاحِبِي وَتَرَكْتُ الكِيْسَ أَبْيَضًا فِيْهِ الْكِتِابُ. هَلْ هُوَ مَوْجُودٌ أَمْ لاَ ؟
(Sebentar tadi aku makan di sini bersama temanku. Dan aku tertinggal plastik putih yang di dalamnya kitab. Adakah ianya ada atau tidak) ? "

Tanpa banyak bicara juruwang itu mengeluarkan plastik putih berisi kitab kepunyaanku daripada bawah meja kaunter pembayaran dan menghulurkannya kepadaku,

"اَيْوَهْ هَذَا كِتَابُكَ ( Ya, ini kitab kamu)! "

" شُكْرًا يَا أَخٌ (Terima kasih saudara)," jawabku seraya mengambil plastik putih di tangannya.

Aku menarik nafas lega. Syukur kitabku tidak dicuri orang. Dalam pada itu, aku akui kebenaran cerita orang-orang lama di sini; orang arab sememangnya pantas dalam mengebas (mencuri) sehingga tiada seorang pun menyedarinya. Pantang lepa (lalai) seketika, alamat lesaplah barang kita. Tetapi alhamdulillah bukan kitabku menjadi barang curian kali ini, cuma sekadar diambil simpan.


Tampak sempurna atau tidak jika kitab 'Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuh' ku ini tidak ditemui jilid ketiganya??

Seketika ku membelek-belek kitab itu tanpa jilidnya yang lengkap menyebabkanku berfikir. Sememangnya, ada beberapa perkara yang boleh ku kaitkan dengan kehidupan seharian kita.

Kitab yang berjilid bila hilang salah satu daripada jilidnya sudah tentu hilang sempurna juga serinya dan tiada pula dijual jilid yang hilang itu secara bersendirian di kedai buku. Lalu untuk menampakkannya sempurna semula terpaksa dibeli kitab yang baru dengan jilid-jilidnya yang baru.

Begitu jugalah rukun iman yang kita semua imani. Jika tolak satu maka tertolaklah semuanya. Untuk menyempurnakannya sempurna, terpaksalah dengan 'syahadah' yang baru..
Begitu jugalah perasaan kehilangan insan yang tersayang. Jika insan itu ialah ibu atau ayah kandung, bisakah diganti kembali? Dan jika orang itu ialah anak atau isteri pula, sekalipun datang orang baru selepas daripada itu, perasaan sayang dan kesempurnaannya mungkin tidak akan sama dengan yang sebelumnya..

Begitu jugalah manusia yang cacat anggota tubuhnya akibat kemalangan dan seumpamanya. Jika sekalipun dilengkapkan kembali anggota tubuhnya melalui kecanggihan perubatan pada hari ini, samakah perasaannya ketika menggunakan anggota yang asal? Bagaimana pula dengan anggota yang tidak bisa ditukar ganti? Tentu hidupnya terasa ketidaksempurnaan..

Tetapi walau apa sahaja yang kita kehilangannya, redha dan sabarlah.. Ia sebenarnya satu ujian dari Maha Pencipta untuk melihat siapa dikalangan hambaNya yang soleh(baik) ataupun toleh(jahat).

Kerana apa..? Kerana manusia itu tak sama...

Sebenarnya penyebab bermulanya peristiwa 'hilang kitab' ini ialah bilamana ada bebarapa teman di Malaysia bertanyakan masalah fiqh berkaitan dengan bab sembelihan melalui emel dan sebagainya. Disebabkan fiqh ini bukannya bidang pengkhususanku maka terpaksalah ku rujuk dengan kitab. Jadi ku heretlah kitab itu ke mana sahaja. Ditambah pula penulisannya di dalam bahasa arab, sudah tentulah mengambil masa sedikit untuk orang sepertiku untuk memahami apa yang ditulis.

Diakui lagi disahkan, aku sememangnya bukan ulat buku. Jika ada yang bertanya baru aku sibukkan diri untuk membuka kitab. Kalau tiada yang bertanya, alamatnya lambat sedikitlah kitab-kitab yang ku letak di rak itu untuk diusik. Tetapi bila sudah dibuka, terasa asyik pula.

Dan sememangnya, ada insan-insan yang hobi mereka ialah membaca. Hari yang dilalui tanpa bahan bacaan di tangan membuatkan mereka tidak senang duduk. Ini satu tabiat baik yang harus dicontohi walau aku sendiri entah bila bisa merasai perasaan sebegitu.

Kerana apa..? Kerana manusia itu tak sama...

Oleh itu, sedarlah semua teman-teman sekalian...

Sememangnya Allah jadikan setiap manusia itu tak sama
Ada sahabat sesetia Abu Bakar As-Siddiq
Ada sahabat sebengis Umar Al-Faruq
Ada sahabat sepemalu Usman Zun Nurrain
Ada sahabat seberani Ali Karamallahu Wajhah

Namun semuanya Allah telah janjikan syurga...

Sememangnya Allah jadikan setiap manusia itu tak sama
Ada insan fikirannya bijak..Dan ada pula yang kurang cerdik
Ada insan wajahnya cantik..Dan ada pula yang kurang menawan
Ada insan hidupnya mewah..Dan ada pula yang kurang senang
Ada insan keluarganya ramai..Dan ada pula yang kurang zuriat

Tetapi semua itu bukanlah nilaian Tuhan
Taqwa itulah yang utama...

Kerana...

Manusia itu sememangnya tak sama...

____________

Bumi Sana'a
12November 2010
Jam 2116


Tautan : Manusia Itu Tak sama

***

Friday, November 12, 2010

Manusia Itu Tak Sama..

Assalamualaikum buat para pembaca sekalian..

Sudah agak lama kiranya aku tidak berkongsi sebarang cerita yang berlaku pada persekitaran kehidupanku. Mungkin sudah hampir sebulan atau lebih. Dan untuk itu, ada beberapa sebab yang memungkinkan ianya terjadi.

Pertamanya, sejak hampir sebulan yang lalu kelas pengajian jamiah (universiti) telah bermula secara rasminya. Tetapi belum puas menadah kitab dan mengikuti pengajian di dalam kelas, hari ini pula merupakan hari terakhir pengajian kerana universiti akan bercuti selama lebih kurang 3 minggu sempena Aidiladha yang bakal menjelma. Seperti yang ku ceritakan pada coretan sebelum ini (baca sini) , di Yaman, masyarakatnya lebih membesarkan Aidiladha berbanding Aidilfitri. Mungkin kerana itu jugalah cuti ' hari raya korban ' lebih lama berbanding cuti ' hari raya puasa '.

Keduanya, bila sudah di dalam pengajian, sudah tentulah aktiviti seharian lebih dipenuhi dengan menghadiri kuliah-kuliah pengajian pada siang harinya dan pada malam hari pula dengan menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan oleh para pensyarah untuk dihantar dan disiapkan pada tarikh yang dikehendaki.

Ketiganya, saban hari mengadap kitab (buku) sudah tentu cara berfikir dan bercakap pun lebih cenderung kepada benda-benda bersifat ilmiah. Lebih terkesan lagi, bila menulis pun turut cenderung ke arah yang sama.

Jika anda semua perasan, dalam beberapa penulisanku sebelum posting ini, semuanya lebih kepada bahan-bahan bersifat ilmiah dan bersifat fakta. Dan aku sedar, manusia itu tak sama. Ada sebahagian orang gemarkan pembacaan bahan-bahan penulisan seperti itu; berisi fakta dan berat, dan sebahagian yang lain pula lebih gemarkan bahan-bahan bacaan yang bersifat santai dan ringan seperti coretan harian ini.

Kalau boleh, aku ingin imbangi penulisanku antara kedua method ini supaya masing-masing bisa mendapat kebaikannya...

Kerana apa..? Kerana manusia itu tak sama...

Tadi usai solat maghrib, aku dan rakan-rakan serumah ke rumah persatuan. Seperti biasa, pada setiap hari Khamis malam Jumaat akan diadakan kuliah mingguan di sana. Jika saban minggu kuliah diisi dengan pengkuliah daripada kalangan ahli persatuan yang terpilih, bezanya pada minggu ini adalah kerana pihak penganjur telah mengundang dua orang penceramah dari Maa'had Syeikh Abdullah Al-Ahmar untuk membicarakan tajuk yang berkisar akan 'Palestin'.

Sebenarnya, Maa'had Syeikh Abdullah Al-Ahmar ini merupakan sebuah pusat yang ditubuhkan khusus untuk pengajian berkenaan Palestin merangkumi sudut geografi, sejarah, cerita berkenaannya sebagaimana tersebut di dalam A-Quran dan as-Sunnah juga lain-lain lagi yang berkaitan. Dan hampir 100% tenaga kerja dan pengajar di maa'had ini merupakan mereka yang berasal dari Palestin.

Semenjak ianya ditubuhkan, lebih daripada 500 orang telah menjadi pelajar lepasan maa'had ini yang terdiri daripada pelbagai bangsa yang datang dari segenap negara. Pengajiannya akan diadakan dalam bentuk daurah (kem) dalam tempoh yang tertentu tanpa dikenakan apa-apa bayaran. Dan sebelum tamat, pelajar dikehendaki untuk menduduki peperiksaan bagi menguji tahap kefahaman mereka terhadap Palestin di dalam semua sudut sepanjang tempoh daurah yang diikuti.

Semua benda ini aku ceritakan bukan atas dasar semata-mata pengkuliah menyatakan yang demikian pada ceramah mereka tadi, tetapi ini kerana aku sendiri pun merupakan salah seorang pelajar lepasan maa'had ini. Dan.. salah seorang mereka juga merupakan 'ustaz' yang mengajarku semasa aku mengikuti 'Daurah Palestin' di Maa'had Syeikh Abdullah Al-Ahmar tidak berapa lama dahulu.



Syahadah Takharruj dari
Maa'had Syeikh Abdullah Al-Ahmar

Dan di dalam ceramah tadi, disebabkan penceramah menyampaikan ceramah mereka di dalam bahasa arab maka pihak penganjur telah menyediakan seorang penterjemah dari kalangan pelajar Malaysia sendiri untuk memudahkan hadirin yang hadir untuk memahami apa yang ditutur dan diperkatakan oleh penceramah terutama untuk pelajar -pelajar yang baru yang tidak sahaja sampai sebulan berada di bumi Sana'a ini. Walau ku kira rata-rata mereka yang hadir sudah punya basic (asas) berbahasa arab ditambah pengkuliah penyampaian penceramah di dalam bahasa fushah(baku) dan sahlah (mudah), sesiapa sahaja bisa memahami apa yang disampaikan oleh penceramah sebentar tadi walau tidak 100%.

Namun kita perlu sedar juga bahawa ada sebahagian orang yang mampu menangkap dengan cepat apa yang disampaikan dan ada sebahagian yang lain pula lambat menangkapnya dan baki sebahagian yang lain pula langsung tidak dapat menangkap apa-apa ditambah pula jika sesuatu penyampaian itu bukan di dalam bahasa ibunda sendiri. Inilah antara hikmahnya Allah jadikan manusia itu berbangsa-bangsa dan berlainan bahasa; untuk kita saling kenal-mengenal dan bertukar-tukar pengetahuan juga pengalaman sebagaiamana yang difirmankan di dalam Al-Quranul Karim.

Kerana apa..? Kerana manusia itu tak sama...

Bersambung...
________

Bumi Sana'a
4November 2010
Jam 2233

** Tulisan ini lambat diposting dek beberapa hal teknikal yang tidak dapat dielakkan.

***

Saturday, October 16, 2010

Cinta Suci Si Gadis Yahudi

KU TEMUI gadis Yahudi itu secara kebetulan. Ketika dia masih tercangak-cangak di hadapan Old College di New Promenade, aku lantas menghulurkan bantuan. Barangkali dia tersilap informasi sehingga tersasar haluan di pekan Aberystwyth itu.

"Mahu ke mana?" sapaku ketika kami bertiga dari North Beach petang minggu dalam musim bunga.

"University of Wales!" jawabnya sambil menyebak rambut perang yang melitupi wajah pucat.

Bebola matanya biru nipis galak memandang kami yang sawo matang. Kehairanan mungkin.

"Baru tiba?!"

"Emm...!!"

"Dari mana?"

"Tel Aviv!"

Jawapan itu menjadikan kami bertiga berpandangan. Namun,kami cepat-cepat berlakon selamba. Seperti tidak ada apa-apa.Walaupun sebenarnya di antara aku, HaiQal dan Ridwan dengan gadis itu seperti langit dengan bumi. Perbezaan kami bukan dari warna kulit, akan tetapi lebih jauh daripada itu. Dia Yahudi totok barangkali. Bagaimana harus aku melunasi kerak kebencian terhadap satu bangsa yang jijik sejarahnya itu.

"Saya tersesat! Barangkali saudara boleh membantu!" Ada nada merayu simpati dalam ungkapannya. Dia orang baru yang bakal menjadi warga Aberystwyth untuk beberapa waktu, mungkin empat tahun.

Aku hanya bersetuju walau dalam hati ada rasa kejengkelan. Dia Yahudi totok, musuh sejak lama. Kami tidak punya hubungan apa-apa. Terlalu jauh beza bangsa,budaya,apatah lagi agama. Permusuhan ini termaktub dalam kitab-kitab utama. Dan hingga ke hari ini api itu masih marak seperti bumi Palestin yang terbakar.

Aku melaksanakan tugas kemanusiaan,tanpa mahu berlama-lama mengiringi sekujur tubuh yang membawa jiwa permusuhan. Selesai saja masalahnya,aku segera beredar, sambil membuang segala ingatan tentangnya.Minta dijauhkan daripada bertemu lagi. Keturunannya tidak ada hubungan apa-apa dengan keturunanku, apatah lagi agamaku. Negaranya tidak ada hubungan diplomatik dengan negaraku.

Tidak ku duga, dia tinggal sekolej denganku. Ah,kebetulan. Waktu makan malam hari berikutnya, aku disapa dari belakang. Malah dia mendesak aku untuk duduk semeja. Barangkali mahu mencari perlindungan daripada terjahan mata galak senior. Aku yang sudah dua tahun di sini mungkin selamat untuk didampingi.

"Saya Abigail Netanya," tangan putihnya pantas dihulur.

Aku teragak-agak menerima salam perkenalan itu. Aku berasa diperhatikan oleh seribu mata, terutama mata dari rakan-rakan senegara. Malah semua mata di tanahair seakan-akan menjegil tunak ke arahku. Kedinginan musim bunga di Aberystwyth tiba-tiba saja berubah pijar.

"Saya Firdaus!" aku menyambut salam perkenalan itu.

Tidak manis tidak menerima salam orang lain. Kemanusiaan melebihi garisan budaya dan agama. Dan malam itu aku duduk dan makan semeja dengan seorang gadis Yahudi totok.Aku lebih banyak diam daripada bercakap. Jiwaku masih belum dapat menerima bahawa aku akan duduk di depan seorang yang berjiwa permusuhan.

Sekali lagi aku bertekad untuk berbuat sesuatu. Aku tidak mahu bertemu lagi dengan gadis bermata biru itu. Sepanjang malam aku terbayang kerakusan serangan di Ramallah. Aku terbayang ledakan-ledakan maut yang mewarna bumi Nablus dan Jenin. Sepanjang malam itu terbayang wajah Yasser Arafat yang terketar-ketar bibirnya diasak peluru kereta kebal sehingga meruntuhkan pertahanan terakhir. Yang tinggal hanya kamar sempit, terlalu sempit bagi seorang yang bergelar pemimpin negara.

Esoknya,dia datang lagi. Dan kami duduk semeja lagi. Sehingga suatu petang dia memintaku menghantarnya ke Queen's Avenue. Aku tidak dapat menolak. Petang itu kubawa dia melalui Portland Street,Bath Street sehingga ke Queen's Avenue. Aku mula merasakan sesuatu.

"Abigail...! "

"Panggil aku Girl...!"

"Tidak perlu aku.."

"Itu nama manjaku. Hanya ibu yang memanggilku dengan nama itu,"

"Maksudku..."

Hilang Kata-kata itu hilang tanpa sempat aku meluahkannnya. Aku tidak mahu berterusan berkawan dengan seorang yang berjiwa permusuhan.

Sebenarnya aku sedang bermusuh dengannya. Aku tahu yang dia cukup mengerti tentang itu. Lebih-lebih lagi apabila aku memberitahu bahawa aku beragama Islam,datang dari sebuah negara Islam di Asia Tenggara.

"Aku sayang kamu Fir...!"

"Ti..tidak! Tidak mungkin...!"

"Cinta tidak mengira agama Fir...!"

"Tetapi, kita tidak boleh meneruskannya..."

"Siapa kata tidak?!"

"Semuanya akan berkata tidak! Kita tidak boleh begini...!"

Dalam tidak mahu itu,aku semakin terbabas ke dalam medan musuh. Dia sebenarnya musuh yang tidak seganas bangsanya meragut nyawa rakyat Palestin. Tetapi dia tetap berlabel musuh. Aku semakin terpengaruh dengan musuh itu. Aku amat takut suatu hari nanti dia akan menjadi musuh dalam selimutku sendiri.

Aku perlu bertindak pantas. Aku berpindah dari Student Village di Pentre Jane Morangan ke Seafront Residences Brynderw berhadapan dengan Cardigan Bay. Biarpun ku cekalkan hati,aku sebenarnya mula berasa kehilangan seketika. Sehingga suatu hari pintu kamarku diketuk.

"Kau lari daripada aku Fir?"

"Tidak! Tidak Girl.Cuma aku..."

"Kau membenci aku! Hanya kerana aku Yahudi,"

"Susah... susah untuk kuterangkan kepadamu,"

"Fir,aku kebetulan dilahirkan dalam keluarga Yahudi. Tetapi aku manusia biasa seperti kamu,seperti HaiQal dan Ridwan. Di Tel Aviv aku menyertai pertubuhan anti keganasan. Kau tidak boleh membuat generalisasi terhadap aku!"

"Kita hanya layak berkawan saja. Itupun atas dasar kebetulan,Girl. Tidak lebih daripada itu. Ada sempadan besar yang merentang di antara kita,"

"Aku mahu berhijrah ke seberang sempadan itu!"

Aku bungkam dengan penyataan yang keluar dari bibir merah gadis berambut perang itu. Aku buntu,tetapi aku tidak harus kalah dalam permainan perasaan ini. Aku tidak harus menyerah.

Langkah terbaik hanya kunantikan saat kami berpisah. Aku akan menyelesaikan pengajian sarjana dalam bidang kejuruteraan. Selepas itu akan pulang ke tanah air. Barangkali ini saja cara yang dapat membebaskan musuh yang kudampingi semakin hampir ini. Semakin hampir sehingga tidak dapat kubohongi hati dan perasaanku.

Akhirnya,saat yang ku nantikan tiba juga. Setelah dua tahun aku berdepan dengan musuh keturunan dan agama,aku menunggu saat untuk berangkat. Biarkan dia di tanah Aberyswyth itu. Dia sudah lama di sini dan punya ramai kenalan. Tidak lama lagi dia juga akan menamatkan pengajian komputernya.Dia akan balik ke Tel Aviv. Dia akan membantu membunuh umat Islam di bumi Palestin. Itulah yang ada dalam fikiranku.

Dia Yahudi totok. Yahudi tetap Yahudi. Aku tidak mahu bersubahat lagi dalam perkara ini. Cukuplah. Aku hanya menantikan saat untuk pulang.

Dia tetap musuhku biarpun sebenarnya sebagai manusia aku semakin sayang kepadanya.

"Fir,boleh ku katakan sesuatu kepadamu..."

"Katakan Girl. Yang pasti aku mahu pulang ke tanah airku!"

"Aku mahu ikut kau pulang ke Malaysia!"

Darahku seperti berhenti mengalir sejenak. Kerongkongku seperti disumbat kain yang basah oleh darah rakyat Palestin. Kita tidak ada hubungan apa-apa. Tiada hubungan diplomatik. Tiada hubungan agama. Aku ingat ketika pasukan kriket negerinya datang ke Malaysia, keadaannya amat kecoh. Ramai yang berdemonstrasi menentang kedatangan itu. Mustahil aku akan membawa balik seorang gadis Yahudi totok.

"Itu sesuatu yang sangat mustahil,Girl..! "

"Aku sudah buat keputusan...!"

"Itu keputusan kamu, bukan aku!"

"Aku telah ke musalla kampus minggu lepas,"

"Buat apa?"

Soalan itu tidak terjawab. Aku masih diserang kegugupan yang serius. Dalam hati ini,aku tidak dapat menafikan bahawa jiwa lelakiku telah mula memuja wajah lembutnya, rambut perang keemasannya, mata birunya dan semua yang ada pada dirinya. Akan tetapi aku masih mampu bertahan. Ini soal besar, membabitkan negara, lebih-lebih lagi agamaku yang suci.

Musim bunga di Pekan Penglais itu bakal menjadi yang terakhir buatku.

Beberapa musim yang lalu,aku sering bersama Girl berjalan dari kampus University of Wales ke pusat bandar. Tidak jauh, hanya lima belas minit dalam keadaan biasa. Tetapi aku dan Girl akan mengambil masa yang lebih. Terutamanya apabila Aberystwyth disirami hujan kerana kedudukannya yang hampir dengan pantai barat, berdepan pula dengan Cardigan Bay. Kami berjalan melalui Old College yang menempatkan Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan dan Jabatan Pendidikan.

Sering juga aku dan Girl menghabiskan cuti hujung minggu di North Beach,mengambil angin segar di sepanjang Marine Terrace sehingga ke Victoria Terrace di hujung sebelah utara.Atau kami berpeleseran di stesen bas di Alexandra Road. Semuanya menjadikan aku dan Girl seperti sepasang kekasih.Tetapi dia tetap musuh kepadaku. Aku tidak harus percaya dengan mudah segala kata manisnya.

"Aku serius Fir...!"

"Maksud kamu Girl?"

"Aku mahu terus berada di sampingmu..."

"Hanya untuk itu?"

"Tidak Fir! Aku sudah lama mahu melakukannya di negeriku. Tetapi keadaan tidak mengizinkan!"

"Sukar untuk ku percaya,Girl! "

"Terpulang! Tapi aku akan buktikan kepadamu Fir,"

Mata birunya kulihat basah. Tangisan itu masih meragukan hatiku. Benarkan ia ikhlas dengan semua yang diperkatakan. Atau dia sengaja mahu memerangkap aku, sementelah kami sememangnya musuh yang panjang sejarahnya.Adakah aku akan tewas dengan air mata itu.

Aku pulang penghujung musim bunga setelah selesai majlis konvokesyen sarjanaku. Hingga ke saat perpisahan kami di Heathrow, Girl masih merayu aku dengan permintaan yang sama.

Akan tetapi aku terpaksa bertegas,walaupun pernah sekali kulihat dia bertelekung,seperti baru selesai solat ketika aku ke kediamannya. Bagiku musuh boleh berbuat apa saja untuk memerangkap lawan.

Ketika aku mula bertugas di ibu kota,aku mula mendapat surat elektronik daripada Girl. Dalam e-melnya,dia masih merayu agar aku berbuat sesuatu. Katanya dia akan menjadi seorang muslimah sejati sekiranya aku memberikan kata putus. Katanya kalau boleh dia tidak mahu pulang ke Tel Aviv. Katanya dia sudah terlalu jijik melihat kekejaman manusia. Dan aku masih tidak percaya.

Dua tahun selepas aku pulang, Girl menamatkan pengajiannya. Kami terus berhubung melalui siber. Dan malam itu apabila aku membuka kotak e-mel, aku terperanjat dengan isi kandungannya.

"Fir,aku merayu untuk sekian kalinya kepadamu. Namun aku sedar kau seorang yang sangat kuat pendirian dan kukuh pegangan agama. Aku hormat pendirianmu. Aku sudah mengubah pendirianku untuk tidak pulang ke tanah air. Aku tidak menyalahkanmu.Kini aku sebenarnya sudah berada di tanah tumpah darahku sendiri. Maafkan aku Fir. Halalkan segala kenangan kita di tanah Aberystwyth. Seperti yang ku janjikan padamu,aku sudah berhijrah dan akan terus berhijrah."

"Untuk e-mel terakhir ini, aku nyatakan sekali lagi dan terakhir bahawa aku benar-benar mencintaimu. Selamat tinggal Fir. Akan kubawa suciku hingga mati."

Dariku,
Habibah Firdaus Abdullah @ Girl

Malam itu aku terkedu separuh mati menonton berita lewat Cable News Network.Seorang gadis yang bernama Abigail Netanya meletupkan dirinya dalam sebuah disko dan membunuh tidak kurang daripada dua puluh remaja rakyat Israel yang sedang bersuka ria. Dialah Abigail yang ku kenali. Abigail yang benar-benar telah berhijrah.



Sekadar Tontonan
(Video ini tiada kaitan dengan kisah yang sedang anda baca)

Malam itu juga aku berzikir panjang, bertahlil seorang diri untuk roh seorang yang pernah hadir dalam hidupku.

Semoga rohnya diterima dalam kelompok mereka yang syahid...

(Samaada ianya kisah benar atau rekaan , sumber asal kisah ini tidaklah penulis ketahui juga jumpai)

Tambahan daripada penulis
:

1. (Israel) merupakan nama lain bagi Nabi Ya'akub 'Alaihissalam. Oleh kerana itu, mereka yang lahir daripada zuriat keturunan anak-anak baginda yang berjumlah 12 orang kesemuanya (termasuk Nabi Yusuf 'Alaihissalam) disebut sebagai Bani Israel.

2. Perkataan (Yahudi) sebenarnya bukanlah berasal daripada Bahasa Arab. Dikatakan bahawa ianya disandarkan kepada Yahuza , nama salah seorang anak-anak Israel (Nabi Ya'akub 'Alaihissalam) ataupun Negara Yahuza yang terletak di Palestin selepas pemerintahan Nabi Sulaiman 'Alaihissalam. Adapun dari segi istilah : Yahudi ialah mereka yang mendakwa bahawa diri-diri mereka adalah pengikut-pengikut Nabi Musa 'Alaihissalam.
[ Al-Yahud Wal Yahudiah : m/s 2 - Dr. Ali 'Asyie ]

3. (Tel Aviv) merupakan negeri di mana pemerintah tertinggi Zionis mengisytiharkan penubuhan Negara Haram Yahudi setelah melakukan pembantaian beramai-ramai terhadap penduduk Palestin pada tanggal 4 September 1948 rentetan dari keputusan PBB menyerahkan sebahagian daripada wilayah Palestin kepada Yahudi pada tahun 1947. Nama lama Tel Aviv ketika menjadi sebahagian daripada wilayah Palestin ialah Yafa.


Yafa yang terletak bersebelahan dengan Ar-Ramlah dan TulKiram

4. Beberapa hukum feqah :-

i) Allah S.W.T. menghalalkan umat Islam memakan sembelihan ahli kitab yang di antara mereka adalah Yahudi dan Nasrani.
ii) Allah S.W.T. juga menghalalkan lelaki Islam untuk berkahwin dengan wanita Ahli Kitab yang suci dan baik dengan syarat ia bertujuan kebaikan kepada wanita tersebut.
iii) Harus berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang Yahudi. [Baca sini]

5. Perlu diingat dan difahami bahawa : Bukanlah semua Yahudi itu Bani Israel dan bukan juga semua Bani Israel itu Yahudi.

Maksudnya :

- Orang Yahudi yang ada di dunia pada hari ini bukan lagi 100% berasal dari Bani Israel. Setelah melalui beberapa tempoh masa juga dengan perkahwinan campuran dengan lain-lain bangsa telah wujud orang-orang Yahudi yang berbangsa Eropah, Arab, Asia dan sebagainya.

- Meskipun di dalam Al-Quran jelas dinyatakan tentang kekejaman dan keingkaran Yahudi ini, tetapi perlu diingat bukan semua yang berketurunan Bani Israel itu bersifat Yahudi. Kerana Bani Israel itu bangsa sedang Yahudi pula adalah agama dan pegangan. Dan tidak mustahil juga tidak boleh dinafikan seandai memang wujud Bani Israel yang beragama Islam pada hari ini. Dan hukum asal juga menyatakan harusnya bermu'amalah orang-orang Islam dengan mereka selagi kita mengetahui dan mereka tidak menunjukkan permusuhan terhadap Islam.

Kaedah Feqh menyebut :

[إذا اجتمع الخطر والإباحة كان الحكم للخطر]

Ertinya : Apabila berhimpunnya yang haram dan yang harus adalah hukum ketika itu menjadi haram.

[Al-Qawaid Al-Feqhiah Wa Tatbiquha 'Ala Al-Mazhab Al-'Arba'ah : Jilid 2 m/s 695 - Dr. Muhammad Az-Zuhaili ]

Dan bersandar kepada kaedah feqh ini, maka wajib hukumnya atas kita sekalian umat untuk mempertahankan Islam dengan apa jua carapun jika dengan jelas dan nyata mereka (Yahudi) ingin memerangi dan menghancurkan kita juga agama kita Islam.

Wallahua'lam.

Tautan :
Protokol Yahudi
Palestin Itu Jauh Dari Kita

***

Monday, October 11, 2010

Palestin Itu Jauh Dari Kita


Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan

Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak

irama kita
adalah suara Siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu

irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi

sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka

berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya

tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan

Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan

Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…

Siapakah kita berbanding mereka?

25 May 06
Muharikah

Tautan : Dar Yasin : Peristiwa Berdarah

***

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts