Friday, March 30, 2012

Tazkirah Jumaat : 10 Haiwan Dunia Di Dalam Syurga

Imam Muqatil Ibnu Sulaiman Al-Balkhi Rahimahullah; seorang ulama' tafsir kurun ke-8 Hijrah menyatakan bahawa terdapat 10 haiwan yang akan masuk ke dalam syurga iaitu :-

1.Unta Nabi Soleh A.S.
2.Anak sapi Nabi Ibrahim A.S.
3.Kibas Nabi Ismail A.S.
4.Lembu Nabi Musa A.S
5.Ikan Nun yang menelan Nabi Yunus A.S.
6.Keldai Nabi Uzair A.S.
7.Semut Nabi Sulaiman A.S.
8.Burung Hud-Hud Nabi Sulaiman A.S.
9. Anjing Ashabul Kahfi.
10.Unta Nabi Muhammad S.A.W.

**Nota : Kisah-kisah mengenai haiwan-haiwan ini memang ada  di atas disebut dan diceritakan di dalam Al-Quran. Walau bagaimanapun, tiada dalil yang jelas dari hadis Nabi S.A.W yang menyebut dengan jelas tentang perkara ini dan ia hanya sekadar pandangan ulama'.



Catatan Penulis :

Kisah mengenai haiwan-haiwan syurga ini penulis akan bawakan pada penulisan yang akan datang datang.. InsyaAllah...

Wednesday, March 28, 2012

Wordless Wednesday : Makanan Yang Namanya 'SAGON'...


Gambar sedut : SINI

Kawasan utara, makanan ini nama dia 'SAGON'...
Tempat lain aku tak tahu depa panggil apa...

AMARAN : PASTIKAN SAGON INI DIMAKAN TANPA BERCAKAP UNTUK MENGELAKKAN KEJADIAN YANG TIDAK DIINGINI...!!!

Catatan Penulis :

Inilah makanan kesukaan penulis zaman kanak-kanak dahulu, bilamana saban petang berulang-alik ke sekolah berbasikal bersama rakan-rakan...


SWEET MEMORIES

Thursday, March 22, 2012

22 Mac 2004 : Kenangilah Tarikh Ini Wahai Umat Islam...



tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
 
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan
Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan

Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…

( MUHARIKAH )



Friday, March 9, 2012

Blog Pilihan : Seni Kiasan Hati


KLIK BANNER UNTUK KE BLOG

** Bagi yang sukakan MADAH-MADAH JIWA ISLAMIK blog ini sesuai untuk anda kunjungi...

Tazkirah Jumaat : Rahsia Takbiratul Ihram Dalam Solat


Menurut Dr Faridah Al-Balusyi, Ketua bidang rawatan semulajadi di Hospital Tentera di Bahrain, takbir sambil mengangkat kedua tangan sampai ke atas pada saat memulakan solat sesungguhnya merupakan pergerakan menegangkan otot dada ke atas. Oleh kerana itu, ketika seorang bertakbir dalam solat lima kali dalam sehari, otot dada, sendi bahu sehingga ke belakang serta otot kedua bahu akan menjadi kuat.

Perlu diketahui bahawa pakar rawatan semulajadi memperkenalkan latihan pergerakan seperti pergerakan solat kepada orang sakit untuk menguatkan untuk menguatkan dan meluruskan belakang dan ini sama dengan pergerakan takbir ketika solat.

Bacaan Penuh : SINI 

Thursday, March 8, 2012

Habis Pakat Sesat...

Dalam kelas kafa tempoh hari...

"Ustaz, Nabi Isa bawa agama Kristian kan..??" tanya seorang murid.

Aku bertanya kepadanya kembali, "Sapa habaq..??".

"Kami tengok dalam cerita orang putih.." jawab murid2 serentak.

Aku cuma tersenyum, seraya berkata, "Sat lagi ustaz cerita...".

Sedang aku meneruskan pembelajaran sirah pada petang tu, tiba-tiba murid yang sama menyoal lagi, "Ustaz cakap, manusia yang mati, lepas berada dalam kubur baru Allah bagi balik roh dia.. Awat dalam cerita 'Tentang Dhia' tu, dah siap kapan pun tiba-tiba boleh hidup balik..?".

Erk... Aku cuma terdiam, sambil memikirkan jawapan yang ingin diberikan kepadanya..


Catatan Penulis :

Begitu besar pengaruh filem terhadap minda & jiwa kanak-kanak kerana sifat mereka yang lebih suka mengambil yang AUTA daripada FAKTA. Maka terjadilah beberapa bentuk permikiran yang terpesong seperti cerita yang penulis kongsikan.

Teringat kata-kata Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya pada satu temuramah, "Lambakan filem dan drama berunsur tahyul, hantu dan seram yang ditayangkan terutama melalui televisyen memberi kesan negatif terhadap pembinaan masyarakat yang bertamadun,".

Artikel penuh : SINI


Tuesday, March 6, 2012

Gian Punya Pasai...

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Berminggu sudah blog ini sunyi dari sebarang entri.. Alasan utama dariku; faktor masa untuk berblog.. Bukan saja untuk mencoretkan entri, bahkan untuk ber BB pun tak berkesempatan sekarang ni...

Minggu lepas, aku TURUN Pearl Island ; ada sedikit urusan kerja... Dalam perjalanan balik, sempat singgah TESCO Penang Hill.. Masa dok pusing-pusing dalam tu, langkah kaki terhenti kat sebuah kedai cenderahati kepunyaan orang Arab..

Banyak cenderahati yang dijual kat kedai tu, dan kebanyakannya dari Timur Tengah.. Aku ingat-ingat lupa nama kedai tu, tapi jika tak salah 'Cairo Souvenirs' la nama yang terpampang kat signboard kedai..

"Murah saja encik, satu RM10 saja.." tutur pemilik kedai itu bilamana aku menunjukkan kepada salah satu barangan yang dijual di kedainya.

"Min fain..??" soalku kembali di dalam Bahasa Arab yang tiba-tiba terpacul keluar dari lidahku.

"Quwait.." jawab lelaki itu.

Dan selanjutnya, berlakulah sesi perbualan tawar-menawar antara aku dan pemilik kedai itu di dalam Bahasa Arab sehingga akhirnya ada juga cenderahati yang ku bawa pulang dari kedai cenderahati itu.. Tak mahal harganya, lebih kurang RM20 sahaja...


Gambar : 
Beberapa orang sahabat berbangsa Arab Di Yaman

Catatan Penulis:

Bumi Yaman sudah hampir setahun penulis tinggalkan.. Tapi kerinduan kepada bumi iman dan hikmah ini senantiasa wujud dalam diri.. Mungkin terlalu lama tidak berbual-bual dengan orang Arab, maka keGIANan itu diluahkan dengan perbualan Arab spontan bila bertemu dengan penuturnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts