Tuesday, February 14, 2012

14 Februari : Bingkisan Cintaku Untukmu...

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Coretanku berkenaan dengan tarikh hari ini iaitu 14 Februari, boleh rujuk semula entri di SINI ...

Apa-apa pun di bawah rakaman video luahan hati aku untuk kekasih tercinta... Jom pakat tengok..



Juga : SINI ...

Catatan Penulis :


Tak kisah sangat bila orang kafir hendak menyambut Hari Kekasih.. Tapi bila ada orang Islam sendiri masih mempertikaikan tentang larangan menyambutnya walau fatwa telah dikeluarkan, aku hanya mampu mengeleng-gelengkan kepala.. Bertambahan pula bila yang mengulas berkenaan hal itu dikenali ramai..

Friday, February 10, 2012

Bukan Aku JIWANG Cuma BerJIWA...

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Sudah lama tidak ku mencoretkan cerita hidupku di sini.. Al-maklumlah sekarang sedikit kesibukan dengan tanggungjawab sebagai seorang pendidik.. Waktu mengajar harianku kini bermula jam 7.40 pagi dan berakhir sekitar jam 10.30 malam saban hari.. Hatta, mereka yang berhajat untuk mendapatkan khidmat berbekam terpaksa ku hadkan hanya pada cuti di hujung minggu..

Boleh rujuk entri yang INI ...

Cuma dalam kesibukan, kadang-kadang tetap juga curi sedikit masa untuk kemaskini ketiga-tiga blogku walau sudah tidak seaktif dulu..

Perkongsian entriku kali ini, ada beberapa kenalan maya melabelkan aku ni seorang yang JIWANG dek penulisan-penulisanku di blog Kata Jiwa ... :)

Jawabku, "Bukan aku JIWANG cuma berJIWA.. Lagipun wujud perbezaan yang ketara dari segi ejaan dan makna bagi kedua-dua perkataan ini.. Dan hanya mereka yang seangkatan denganku akan memahaminya..."

Untuk membuktikannya, mereka yang belum pernah membaca penulisan-penulisanku itu, boleh ke blogku yang INI ... Dan boleh nilai sendiri samada aku ni JIWANG atau JIWA.. Hehe

Cumanya, bila diajukan persoalan sebegini, "Walau ramai wanita tak suka dengan lelaki yang suka bermadah puitis tapi saya jatuh hati dengan awak dek penulisan jiwa-jiwa awak tu...".


Aku hanya terdiam tanpa bicara sambil merenung papan kekunci komputer riba dalam keadaan ku tidak tahu apa yang ingin ditaip sebagai jawapannya.....

Wednesday, February 8, 2012

Wordless Wednesday : Puisi Cinta


KLIK GAMBAR UNTUK TUMBESARAN..

Catatan Penulis :

Esok penulis diminta untuk membacakan puisi (karya sendiri) sempena majlis sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah.. Tiba-tiba timbul rasa malu lagi segan disebabkan ini kali pertama hendak mendeklamasikan puisi di hadapan anak murid sendiri... :)

Friday, February 3, 2012

Tazkirah Jumaat : Iktibar Peristiwa Tentera Bergajah


Firman Allah Taala yang bermaksud:

“Tidakkah Engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera bergajah(yang hendak meruntuhkan Kaabah) ? Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka ? Dan ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berbondong-bondong, yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras . Lalu ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat,” (Al-Fill : 1-5).

Kisah Ashabul Fil merupakan sebahagian daripada tanda kenabian. Ini kerana penduduk Makkah lemah untuk berperang dengan tentera Abrahah. Akan tetapi bila Allah menghendaki akan yang sebaliknya, Dia telah memusnahkan tentera bergajah sebagai bukti bahawa akan lahir di ‘Kota Mulia’ ini seorang nabi akhir zaman selepas peristiwa itu nanti.

Berkata Ibnu Taimiyah, “Pada tahun itu dilahirkan Nabi S.A.W. dan penduduk rumah (Kaabah) ketika itu ialah orang-orang musyrikin yang menyembah berhala dan agama Nasrani lebih baik daripada mereka. Maka ketahuilah, sesungguhnya peristiwa ini (dibinasakan tentera bergajah) bukanlah kerana penduduk Makkah akan tetapi kerana Allah Taala memuliakan rumahNya (Kaabah) dan pada tahun ini juga merupakan tahun kelahiran Nabi S.A.W. sebagai daripada tanda kenabian,”.

Dan sesungguhnya Allah Taala lebih berkuasa daripada ahli kitab (Abrahah dan tenteranya) yang berniat untuk meruntuhkan Kaabah dan menawan kota Makkah dengan dimusnahkan mereka yang menjadi musuh-Nya.

Dan hakikat daripada pemeliharaan ini ( tidak diruntuhkan Kaabah dan tidak ditawan kota Makkah ) ialah bahawa akan terpancar dari kota ini suatu hari nanti satu aqidah baru; aqidah yang bukan dicipta oleh manusia juga tidak bercampur dengan benda yang sesat lagi mungkar akan tetapi ianya adalah aqidah yang suci dari Maha Pencipta, melalui seorang utusan-Nya yang akan dilahirkan di kota suci ini iaitu Nabi Muhammad S.A.W.

Sambungan : SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts