Wednesday, December 19, 2012

WW : Result PMR Anak-Anak Didikku..


Dalam sampul ini ada result PMR 2012 anak-anak didik to'wan yang diumumkan hari ini.. 

Agak-agak, berapa A la depa dapat kan..??

Friday, December 7, 2012

IKLAN : Makan Sambil Menderma..

KLIK FOTO 
Alumni MADI akan menganjurkan majlis makan malam amal pada 22hb Disember 2012 (Sabtu) jam 8.00malam bertempat di D'Husza Cafe Kangar Perlis. Selain bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah sesama ahli, program ini juga bertujuan untuk mencari dana khusus bagi Kompleks Pendidikan MADI
Bagi yang berniat untuk membeli sambil menderma, kupon-kupon boleh didapati di pejabat MADI, D'Husza Cafe atau boleh juga berhubung terus dengan admin blog ini melalui mesej. Kupon-kupon dijual dengan harga RM15 per individu juga RM100 per meja.
'MAKAN SAMBIL MENDERMA'

Monday, November 19, 2012

Mini 3g Mobile Hotspot : Berbaloi-baloi...

Assalamua'laikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Seminggu lepas to'wan terjumpa peranti portable hotspot di dalam handset murah to'wan.. Godek punya godek, baru to'wan tahu yang ia berfungsi untuk berkongsi 'packet data connection' atau bahasa mudahnya line internet dari telefon bimbit dengan tablet, laptop, PC atau telefon bimbit yang lain menggunakan wifi..

To'wan cuba pasang dan hubungkan laptop kepadanya dengan wifi.. Hasilnya memang memberansangkan; kelajuan boleh dikira pantas.. Cuma yang tak seronoknya, bila anda memasang peranti ini bateri telefon bimbit anda akan menjadi terlalu panas..

Jadi 4 hari lepas, to'wan pergi ke sebuah syarikat telekomunikasi untuk bertanyakan berkenaan dengan modem internet yang menggunakan fungsi hotpsot wifi ni.. Kebetulan pula syarikat telco ini sedang mengadakan promosi tentangnya beserta dengan pelan paket data..

Setelah diberikan sedikit penerangan beserta ditunjukkan dengan jenis-jenis modem internet yang ditawarkan, to'wan akhirnya memilih yang ini..

Saiznya cuma sebesar modem broadband

Walau dengan pakej yang ditawarkan harga modem internet kat syarikat telco itu semuanya sama tanpa mengira saiz, tapi ada beberapa sebab to'wan buat keputusan untuk pilih yang ini antaranya :

1) Saiznya kecil dan mudah dibawa ke mana-mana..

2) Modem ini menawarkan kelajuan sehingga 21MBps..

3) Untuk menggunakan ia, anda hanya perlu menghubungkan ia ke PC atau laptop menggunakan usb juga boleh dipasang pada soket menggunakan pengecas yang dibekalkan..

4) Selain itu, modem ini turut dibekalkan dengan pengecas kereta bagi membolehkan anda menggunakan internet di dalam kereta..

5) Untuk ciri keselamatan, anda boleh setkan password bagi mengelakkan line internet anda diceroboh oleh orang lain..

Masuk hari ini guna modem 3g mobile hotpsot, secara ikhlasnya to'wan memang berpuas hati.. Dengan purata yang berkongsi menggunakan internat adalah 4 orang kesemuanya, tahap kelajuan internet boleh dikira masih laju; buka youtube pun tak sangkut-sangkut walau hari hujan.. Tapi dengan syarat, kawasan anda mestilah mempuanyai liputan rangkaian 3g walau tidak kuat.. Lagi kuat, lagi bagus...

Memandangkan line internet yang digunakan adalah berbayar, to'wan belum sempat uji keupayaan modem ini menggunakan sim prepaid.. Kena tunggu sampai habis koata penggunaan dulu kot, baru boleh to'wan kongsikan dengan pembaca semua... 
 

Sunday, November 18, 2012

Rela Saya Jadi Mayat Reput..

Diceritakan bahawa seorang ustaz menceritakan tentang perihal mayat seorang wanita yang tidak reput semasa urusan memindahkan kubur walau telah bertahun meninggal dunia.

Apabila ditanya kepada anak-anaknya perihal amalan ibu mereka semasa hidupnya, maka salah seorang anak arwah berkata,

"Semasa hidupnya, ibu kami tiada sebarang amalan yang khusus; amal ibadatnya biasa-biasa saja macam orang lain.. Cuma sekadar yang kami tahu, ibu kami merupakan seorang isteri yang paling taat kepada suami iaitu ayah kami.. Walau bagaimana letih atau tidak sihat pun, ibu akan berada di muka pintu menanti kepulangan ayah dari bekerja sambil di tangannya tersedia segelas air.. Dan begitulah yang ibu lakukan setiap hari sehingga dia meninggal dunia..".

Gambar Hiasan

Di atas sebuah motorsikal, sepasang suami-isteri berbual-bual tentang kisah yang mereka dengar dalam kuliah ustaz tadi..

Suami, "Awak tak mahukah jadi isteri macam kisah yang ustaz cerita tadi..??"

Isteri, "Mestilah saya nak.. Selama ni pun saya memang tak pernah derhaka pada abang kan..?? Makan, minum dan pakaian abang semua saya jaga sebaiknya.."

Suami tiba-tiba berkata, "Tak cukup lagi tu ketaatan awak pada saya.."

"Apa lagi yang tak cukup abang..??" soal isteri.

"Awak kena izinkan saya kahwin lagi seorang, baru sempurna ketaatan itu.." cetus suami dalam nada mengusik.

"Huuuuh... Kalau yang tu, rela saya jadi mayat reput dari hidup dimadukan.." sambil menghadiahkan cubitan manja di pinggang suami.


Catatan To'Wan :

Madu itu rasanya manis..
Namun kehidupan bermadu; ada pahit, ada manis...  

Thursday, November 8, 2012

Bila Berkhatan Bertukar Adat, Bukannya Ibadat..

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Cuti panjang persekolahan bakal menjelma lagi esok lusa.. Dalam pada tu ramailah yang sibuk nak buat kenduri; kenduri kahwin, kenduri aqiqah, kenduri berkhatan dan seumpamanya.. Hatta to'wan sendiri pun dah terima banyak jemputan kenduri sempena cuti nanti..

Teringat to'wan masa kecik-kecik dulu..

Bila ayah cakap nak khatankan to'wan, to'wan beritahu kat ayah tak mahu buat kenduri.. Bila ayah tanya kenapa, maka to'wan cakap:

"Tak mau la ayah, kalau buat kenduri nanti bila tetamu mai, sebelum depa bagi duit depa dok minta tengok 'burung' cheq dulu.. Malu la.."

Itu kisah to'wan dulu-dulu la..

Sekarang ni, bila berkhatan paling kurang, seekor lembu akan tumbang.. Kad jemputan pula akan diedarkan macam kenduri kahwin.. Bukan tu saja, sekarang ni siap pasang banner lagi.. Huhu


Cuma sekadar pandangan to'wan..

Nak buat kenduri sempena berkahatan tak salah, cuma jangan terlampau berlebih-lebihan.. Takut menjadi pembaziran dengan benda-benda tak sepatutnya.. Membazirkan kroni syaitan..??

Lagipun jangan biar ibadat berkhatan tu bertukar  menjadi adat, nanti pahala pun tak dapat.. Kan, kan..??
 

Wednesday, October 31, 2012

WW : Bayam Goreng Tepung..


Pakat pernah makan ni dak..??

Bayam bersalut tepung yang digoreng.. Pertama kali to'wan rasa makanan ni, memang sedap sangat; ranggup dan garing macam keropok rasanya..

Tuesday, October 30, 2012

Ikan Kering Pun Terasa Sedap..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang membaca..

Sehari dua ni to'wan rasa bagai dok kat Afrika.. Buka kipas laju-laju pun masih terasa panas.. Mungkin sebab hari raya yang baru berlalu dilanda deman kot.. Tambah-tambah pula makan ubat 'panas' lagi 'layan kepala'  iaitu ketupat campur daging; makin bertambah-tambah panasnya.. Hehe

Teringat to'wan masa dok asrama pelajar dulu-dulu..

Berlalu raya korban hampir saban hari petugas dewan makan akan sediakan menu berasaskan daging.. Nak buat macam mana, peti sejuk dipenuhi dengan daging korban saja.. Hari ini daging masak sup, esok daging masak gulai.. Lusa daging masak merah, tulat daging masak kicap.. Dan begitulah seterusnya sampai stok daging yang menimbun dalam peti sejuk habis..

Tapi mana nak tahan kalau dah hari-hari makan daging bukan..? Berlalu seminggu, tengok daging pun dah mula rasa nak termuntah..

Dan di masa inilah..

Ikan kering pun mula rasa sedap teramat dek penangan jemu makan daging...



Sekadar mengingat memori lama di petang Selasa.. Moga bertemu lagi di esok lusa..
 

Monday, October 29, 2012

Topik Wajib Sembang Di Aidiladha : Hulu Pisau..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Nabi S.A.W ada sebut dalam sebuah hadis, "Tiada suatu hari pun dalam setahun yang amalan kebaikannya mempunyai kelebihan melainkan pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah. Oleh itu hendaklah kamu memperbanyakkan tahlil, takbir dan tahmid." (HR Ahmad)

Jadi, marilah sama-sama kita memperbanyakkan zikir kepada Allah di bulan yang mulia ini. Dan sebelum meneruskan coretan, belum terlambat kiranya  to'wan ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 'SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA' ..

To'wan dok perhati tengok..

Antara topik wajib yang akan disembangkan oleh para pak cik usai menyembelih dan menyiang daging korban ialah tentang seni penghasilan hulu (pemegang) dan sarung pisau yang diperbuat dari aneka kayu-kayan.. Antaranya ialah kayu saga, kayu nangka dan seumpamanya.. Ini adalah fakta, bukannya auta ok.. Hehe

Tapi malangnya.. Seni ini makin hari makin hilang.. Dah tak ramai yang berminat dengan benda-benda macam ni.. Tambah-tambah kalau yang tinggal di bandar.. "Tiada keperluan pun.." kata mereka.


GAMBAR HIASAN

Itu saja kot to'wan nak gebang untuk entri hari ini setelah dua minggu blog tidak dikemaskini, InsyaAllah kita bertemu lagi di lain coretan..

***

Wednesday, October 17, 2012

WW : Beli Gam Gajah RM3, Jimat RM300..


Semalam to'wan pi kedai alat ganti kereta untuk tanya harga untuk kaki cermin sisi kereta sebelah kanan.. Rupa-rupanya benda tu mai satu set dengan cermin sisi; dengan harga lebih RM300.. Nak beli rasa tak berbaloi sebab cermin asal masih lagi elok.. Lama berfikir, akhirnya to'wan pi kedai hardware beli 'gam gajah' terus selesai masalah.. Tak habis pun RM3 kosnya.. 

**

Wednesday, October 10, 2012

WW : Masa Tidur Dalam Jadual Waktu Persekolahan..??


Di sebuah sekolah di China, diperuntukkan dalam jadual waktu belajar sekolah, masa untuk tidur.. Siap bawa selimut lagi tu..

Rasa-rasa kalau kat Malaysia, sesuai tak dipraktikkan seperti ini..?? Hehe

**

Monday, October 8, 2012

Kad Ucapan 'Rasuah' ...

Assalamua'laikum dan selamat sejahtera..

Hari ini pagi-pagi lagi to'wan dah dapat kad ucapan daripada anak murid.. Kat bawah ni to'wan snap fotonya untuk tatapan anda pembaca..

 KLIK FOTO UNTUK TUMBESARAN

Membaca kad ini, menyebabkan to'wan terfikir..

Ramai di kalangan kita selalu meminta maaf untuk diri sendiri, namun berapa ramai sudi meminta maaf untuk orang lain..??

Ramai di kalangan kita selalu berdoa untuk kejayaan diri sendiri, namun berapa ramai sudi berdoa untuk kejayaan orang lain..??

Tepuk dada, soal diri.. Lalu golongan ramai yang manakah kita ingin jadi..??

Buat semua anak didik yang bakal menduduki PMR (bermula esok), SPM juga Peperiksaan Akhir Tahun, to'wan doakan kejayaan kalian.. Istiqomahlah dengan solat fardhu, serta sulamilah dengan solat-solat sunat..

Selalulah berdoa dengan doa,

"Ya Allah.. Jadikanlah aku dari kalangan orang-orang yang berjaya di dalam ujian dunia serta akhirat..,"

Erm sebenarnya to'wan tak anggap pun kad ucapan itu sebagai 'rasuah' untuk ambil hati cikgu.. Sebab tanyalah mana-mana guru di dalam dunia ini, tiada seorang pun yang inginkan anak muridnya gagal dalam kehidupan...

Friday, October 5, 2012

Tazkirah Jumaat : Mengapa Tempoh Masa Mengandung Disebut Dalam Kitab Feqah

Firman Allah Ta'ala  yang bermkasud :

"(Ibu) mengandung dan menyusunya dalam tempoh masa tiga puluh bulan," (Al-Ahkhaf:15).

Ayat ini menjadi dalil kepada Ibnu Abbas R.A dan para ulama' yang mengikutinya bahawa sekurang-kurangnya masa mengandung itu ialah enam bulan. Ini berdasarkan kepada ayat lain yang bermaksud :

"Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan kesulitan yang amat sangat dan menyusunya dalam tempoh dua tahun," (Luqman:14).

Ini bererti jika seorang wanita itu menyusui anaknya sehingga berumur dua tahun bermakna dia telah telah menyusukan anaknya selama 24 bulan. Maka tempoh 30 bulan bagi mengandung dan menyusu dalam ayat pertama apabila ditolak dengan tempoh 24 bulan penyusuan dalam ayat kedua, memberi maksud sekurang-kurang tempoh mengandung itu ialah 6 bulan. Dan inilah pendapat yang dipegang oleh kebanyakan ulama' terutamanya dari mazhab syafie'.

Gambar Hiasan

Mengapa pula tempoh masa mengandung dimasukkan dalam kitab feqah?

Perkara ini dijadikan hukum antaranya ialah untuk menyelesaikan masalah dakwaan anak. Umpamanya seorang lelaki atau suami mendakwa bahawa anak dalam kandungan isterinya itu bukan anaknya, maka penyelesaiannya ialah dengan mengira tempoh masa pernikahan sehingga tempoh dia mengandung dan melahirkan anak.

Pembacaan Penuh : SINI

Wednesday, October 3, 2012

WW : Buat Apa Nak Dibangga Sangat Dengan Nama Allah Kat Lembu Tu...

 Lembu Dengan Nama Allah

 Lembu Dengan Lambang Salib

Lembu Dengan Tanda 'Om' Tuhan bagi agama hindu


Coretan To'Wan :

Hanya nak bawa pembaca semua berfikir sejenak..

Kita sebagai umat Islam pasti berbangga dengan gambar pertama di atas.. Dan selalu ramai di kalangan kita akan bercakap-cakap dengan, "Tengok betapa benarnya Islam.. Sampai nama Allah pun terdapat pada makhluknya..

Namun, jika gambar kedua dan ketiga didatangkan bersama, di manakah lagi kebanggaan kita itu..??'

Hanya kalam ringkas dari to'wan, "Mulianya Islam bukan kerana berapa banyak nama Allah yang wujud pada makhluknya.. Akan tetapi mulianya Islam dengan umatnya yang senantiasa teguh mempertahan serta beramal dengannya..."


Friday, September 28, 2012

Blog Pilihan : Gelintar Insani

Lagi Blogger To'Wan...

Dek blog dia tak dak banner, to'wan curi letak dia punya gambar profil saja kat bawah..

To'wan betul-betul sukakan gaya penulisannya.. Santai dan bersahaja.. Tapi lain dari yang lain.. Nak tahu kelainan itu..??

To'wan kongsikan sedikit gaya bahasa penulisannya,

"Secangkir teh itu bisa jadi pekat jika dikehendakkan manis melangkaui batas kebiasaannya. Samalah juga dengan hidup, jika dirasakan perlu dipekatkan supaya terlihat oleh ramainya orang maka tambah jugalah kemanisan ke dalamnya. Tetapi, beringatlah... jika terlalu manis dan pekat akan datang gerombolan yang rajin laksana rajinnya semut yang suka akan manis-manis segala. Sudah tentu tidak diketahui gerombolan itu rajin berniat betul mahu pun rajinnya berbayangkan sesuatu. Makanya, dalam secangkir teh itu, perlu diadakan aturan dengan berhati-hati supaya pekatnya tidak terlikat; manisnya tidak terhalwa. Yang akhirnya akan teracuanlah senyiru kehidupan yang cukup-cukup tanpa melampaui batas."

Nak tahu lagi kelainannya..?? Jom KLIK DI FOTO ramai-ramai la...


Thursday, September 27, 2012

Kisah Suami Mengandung..

Tersebut al-kisah, terdapat terdapat sepasang suami isteri yang tinggal nun jauh di hujung sebuah kampung. Walau telah lama berkahwin, mereka belum juga dikurniakan cahaya mata. Ini kerana si suami merupakan seorang yang garangnya mengalahkan harimau mahupun singa. Maka sudah tentulah menyukarkan proses 'manja-bermanja' antara keduanya dek si isteri yang fobia untuk mendekati si suami..

Ditakdirkan Allah, si suami ditimpa penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya. Dia selalu muntah-muntah. Selera makannya juga berkurang. Si isteri berasa kasihan dengan suaminya,namun apakan daya dia hanya mampu membiarkan saja.. Ini kerana bila dia cuba mendekati, si suami masih selalu marah-marah walau dalam keadaan sakit.

Pagi itu..

Si suami bersendirian menaiki motorsikal menuju ke klinik kerajaan yang letaknya 30km dari rumah. Dia diperiksa oleh doktor yang bertugas. Namun doktor masih gagal mengenalpasti penyakit yang menimpanya. Maka dia telah diminta untuk memberikan sampel air kencing untuk dianalisis.

Di klinik, pundi kencingnya tiba-tiba 'tersekat'. Tiada langsung air kencing yang mampu dikeluarkan. Maka doktor telah memintanya untuk membawa pulang bekas yang diberikan dan datang semula keesokan harinya bersama-sama bekas berisi air kencing.

Pada malam harinya..

Si suami tidur 'mati' di atas katil. Si isteri masuk perlahan-lahan ke dalam bilik. Begitulah kebiasaannya saban malam. Dia akan hanya masuk ke dalam bilik untuk tidur di atas katil bersebelahan si suami setelah suaminya tidur dan bangun keesokkan harinya sebelum suaminya terjaga.

Tiba-tiba...

Kakinya tersepak sesuatu. Si isteri meraba-raba dalam gelap. Tangannya menyentuh sejenis cairan di atas lantai. Tangannya dirapatkan ke hidung dan wajahnya tiba-tiba berubah.Pasti esok dia akan 'dikerjakan' oleh si suami dek menumpahkan air kencing di dalam bekas untuk di bawa ke klinik esok.

Otaknya ligat berfikir. Sesuatu mesti dilakukan. Lalu ilham datang menjelma. Si isteri tersenyum sendirian. Ya, dia akan melakukan seperti yang terlintas itu...

Esoknya di klinik..

Setelah memberikan sampel air kencing di makmal klinik, si suami menunggu dengan penuh debar. Tidak berapa lama selepas itu, doktor memanggilnya untuk masuk ke dalam bilik rawatan.

Si suami, "Apa penyakit saya doktor..??".

Doktor, "Ajaib.. Ajaib.. Ajaib.. Sepanjang saya menjadi doktor, belum pernah terjadi perkara sebegini...".

Si suami, "Kenapa doktor..??".

Doktor, "Tahniah, encik disahkan mengandung 2 bulan..."


Gambar Hiasan

Si suami yang mendengar kata-kata doktor itu terus jatuh daripada kerusi lalu terus pengsan...

Dan kebenaran ceritanya..

Si suami sebenarnya tiada sebarang penyakit misteri. Cuma dia sebenarnya 'dipilih' oleh Allah untuk merasai alahan si isteri yang mengandung. Dan hikmah daripada peristiwa itu juga, si suami mula berubah sikap menjadi lebih baik..

Dan misteri dari mana datangnya gantian air kencing di dalam bekas itu kini terjawab sudah...


Catatan To'Wan :

Sesungguhnya kalau isteri bersalah pun, tangan suami yang diangkatkan bukan cara utama untuk mendidik pasangan. Sesungguhnya Islam sendiri jelas menyatakan yang demikian sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisa' ayat 34 yang bermaksud :

"Wanita-wanita yang kamu khuatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."

Wednesday, September 26, 2012

WW : Buku Latihan 1M Berwajah Najib


Hensem tak wajah Perdana Menteri kita dalam bentuk karikatur..??

Catatan To'Wan:

Psssst... Kalau orang dewasa pijak gambar Dato' Seri Najib kena tangkap dek pak polis.. Agak-agak kalau kanak-kanak yang main pijak-pijak, kena juga ka...?? Huhu..

Tuesday, September 25, 2012

Kisah Malas Solat

Pada suatu petang...

Lelaki,  "Saya sakit ustaz, macam mana nak solat?"

Ustaz, "Solat macam biasa, berdiri kalau mampu."

Lelaki, "Kalau saya tak mampu berdiri?"

Ustaz, "Duduk pun boleh."

Lelaki, "Duduk pun saya tak boleh, ustaz."

Ustaz, "Baring pun tak apa."

Lelaki, "Baring pun saya tak mampu dah."

Ustaz, "Guna isyarat je lah kalau macam tu."

Lelaki, "Nak guna isyarat pun saya tak boleh dah. Macam mana, ustaz?"

Ustaz, "Biar orang lain solatkan."

"Wah, boleh ker macam tu ustaz? Biar betul?" soal lelaki dengan penuh minat dan teruja.

Ustaz, "Ya betul. Kalau dah semua tu tak boleh buat, maknanya dah layak lah awak untuk dikuburkan".
"
Eh, tiba-tiba saya boleh solat berdiri ustaz..!!" kata lelaki sambil senyum kelat.


APA LAGI ALASAN KITA UNTUK TIDAK BERSOLAT..??

Catatan :

"Perbezaan di antara kita (orang Islam) dan mereka (orang kafir) ialah meninggalkan sembahyang. Sesiapa yang meniggalkan sembahyang, bererti dia telah kafir." (HR Ahmad dan Ashabus Sunan).
 

Monday, September 24, 2012

Seni Kepengikutan a.k.a The Art of Followership...

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Petang kelmarin selamat tiba di teratak sendiri setelah 2 hari 3 malam berkelana a.k.a berkursus di Langkawi.. Masih dalam mood sedikit keletihan tapi hari ni tetap kena kembali menjalankan tugas.. Huhu

Sebelum terlupa, inilah pihak yang menjadi moderator untuk program yang to'wan ikuti tu : SINI..

Dan pagi ni to'wan nak kongsi dua falsafah yang to'wan dapat dengan pembaca semua...

Falsafah Pertama : Untuk Menerima Kita Perlu Terlebih Dahulu Perlu Memberi...

Kata-kata to'wan, "Berapa ramaikah di kalangan kita yang sanggup memberi terlebih dahulu untuk menerima hasilnya..?? Kalau ada pun, ramai yang lebih suka mendapat hasil tanpa perlu mengeluarkan modal.." 

Falsafah Kedua : The Good Leadership is A Good Follower...


Kata-kata to'wan, "Berapa ramaikah di kalangan kita yang sanggup menjadi pengikut bila tidak dipilih untuk menjadi ketua..?? Kalau ada pun, ramai yang lebih suka memberontak dalam diam bila timbul ketidakpuasanhati..."

Pembaca semua, ada yang nak berkongsi pandangan dan pengalaman dengan to'wan tentang kedua-dua falsafah ini..??

Wednesday, September 19, 2012

WW : Sanggup pakai tak kasut macam ni..??

 Bentuk ikan

 Bentuk tikus

Ada yang sanggup pakai tak kasut macam ni..??

WW : Corong Ubat Mata..


Sesuai sangat untuk sesiapa yang bermasalah matanya akan terpejam secara sendiri bila dok titik ubat mata..


Tuesday, September 18, 2012

Qasidah Spontan Pelajar...

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Kelmarin cuti Hari Malaysia.. Tapi sekolah to'wan ambil kesempatan tu untuk anjurkan Majlis Penutup Sambutan Syawal..

Disebabkan hari pun dah berganjak ke bulan Zulkaedah, maka sambutan majlisnya pun sekadar biasa-biasa saja; tidaklah meriah sangat pun.. Sekadar majlis makan-makan saja..

Apa-apa pun, to'wan kongsikan sedikit persembahan qasidah secara spontan oleh pelajar yang dipanggil ke hadapan majlis kelmarin...

Jom layan....




Saturday, September 15, 2012

Blogger Pilihan : Budak Comot

Lagi blogger pilihan to'wan..


KLIK BANNER UNTUK KE BLOG

Ini adalah personal blog.. Diselit dengan isu-isu semasa.. Bagi yang nak tambah kenalan & pengikut, bolehlah klik banner di atas..

Pssst.. Gambar dua ekor kucing yang kat banner tu, kepunyaan blogger ini... Nak tahu nama depa, kena blogwalking la..

Friday, September 14, 2012

Tazkirah Jumaat : Rukuk Mampu Mecegah Kebongkokkan..

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Saidina Ali Karamallu Wajhah menceritakan bagaimana perlunya belakang lurus ketika rukuk. Seandainya segelas air diletakkan di atasnya, air itu tidak akan tumpah sedikit pun. 

Dalam pergerakan rukuk, dua kaki yang sedikit bengkok ke belakang dan badan yang membongkok ke depan dan lurus dapat mengurangkan tulang pinggul yang senget pada bahagian tulang belakang, sekaligus menjaga agar belakang tetap lurus.


Manusia umumnya akan membongkok ke depan bila semakin meningkat usianya. Hal ini merupakan perkara biasa kerana manusia umumnya melihat ke arah hadapan dan juga arah bawah. Jadi dengan melakukan pergerakan turun dan naik dari rukuk, berupaya untuk mengatasi masalah bongkok.

Pembacaan lanjut : SINI


Thursday, September 13, 2012

Membuat Pilihan Itu Satu Penghormatan..

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada semua yang membaca..

Topik bicara to'wan hari ini, "Membuat Pilihan Itu Satu Penghormatan.."

Ramai di kalangan kita tidak suka membuat pilihan kerana takut salah dalam memilih.. Ada yang mengganggap membuat pilihan itu satu bebanan dan ramai pula yang ingin hidup tanpa membuat pilihan.. Ya, manakan tidaknya.. hendak makan pun perlu dibuat pilihan...


Namun sedarkah kita bahawa membuat pilihan sebenarnya satu penghormatan buat diri..??

Ini kerana kemampuan untuk membuat keputusan yang baik dan tepat memberi kita satu perasaan bahawa kita menghargai diri.. Kita terpaksa membuat keputusan berdasarkan pilihan-pilihan yang sedia ada dan kadangkala pula kita perlu membuat keputusan untuk orang lain..

Membuat keputusan untuk orang lain pula sudah tentunya lebih sukar berbanding membuat keputusan untuk diri sendiri.. Walau demikian, keupayaan serta kebijaksanaan kita dalam membuat keputusan itu memungkinkan kita dijadikan tempat rujukan oleh mereka disekeliling. Dan ketahuilah, kemahiran membuat pilihan ini tidak semua orang memilikinya.. Jadi, rasalah bertuah dengan  apa yang ada pada diri..

Cuba bayangkan pula, jika kita senantiasa ragu-ragu dalam membuat keputusan, membuat pilihan dengan terburu-buru tanpa berfikir panjang, apakah kita akan dicari oleh sesiapa yang ingin meminta bantuan..?? Sudah tentu tidak bukan..??

Lebih malang lagi, apabila disyorkan nama anda, ada yang berkata sebegini , "Daripada aku minta pertolongan si pulan, lebih baik aku fikir sendiri.. Tolong macam tak tolong saja.."

Adakalanya, kita tidak senantiasa betul dan tepat dalam membuat pilihan.. Dan inilah risiko yang perlu dihadapi.. Tapi adakah kita lebih suka tunggu dan lihat, daripada membuat keputusan dek tak mahu menanggung risiko..?? Jangan tertipu dengan diri, tunggu dan lihat juga antara cara kita menempah risiko...

Oleh itu, buatlah pilihan walau risiko menanti di hadapan.. InsyaAllah dengan membuat keputusan, natijah yang menanti lebih manis buat diri.. Jika timbul ragu-ragu, mintalah pertolongan kepada Ilahi dengan istiqarah dan berdoa.. Andai setelah membuat keputusan hasilnya bukanlah paling terbaik buat diri, yakinlah ia tetap kurniaan Ilahi.. Kerana Dia tidak pernah memberi apa yang kita harapkan, tapi memberi apa yang kita perlukan..

Maka biasakan diri membuat pilihan, kerana ia penghormatan buat diri..!! 

***

Wednesday, September 12, 2012

WW : 2 dalam 1 (Sofa & Katil Mudah Alih)


Menjimatkan ruang bukan..??

Blogger Pilihan : Ikhwan Suhaimi


KLIK BANNER UNTUK KE BLOG

Bagi yang suka masak-memasak, blog ini mungkin memenuhi citarasa anda.. Banyak juga resepi-resepi masakan oleh blogger ini bila to'wan buat 'sport check' tadi...


Aku Pun Ada Penyakit TRYPOPHOBIA..

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Tempoh hari ada seorang sahabat cerita tentang penyakit TRYPOPHOBIA kat to'wan.. memang betul-betul tak tahu tentang penyakit itu sebab kali pertama to'wan mendengarnya.. Jadi sahabat to'wan tu pesan suruh google saja kat internet kalau nak tahu dengan lebih lanjut...

Sibuk punya pasai, baru hari ini teringat semula nak cari tentang penyakit ni.. Sahabat to'wan tu ada sebut juga, mereka yang mengidap penyakit ini jumlah keseluruhannya juga amat ramai tanpa kita disedari..

Dan tadi...

Setelah to'wan google image tentang penyakit trypophobia ni, barulah to'wan tahu bahawa to'wan juga merupakan salah seorang pengidap penyakit ini.. Sebab sahabat to'wan tu ada sebut lagi, "Jika semasa melihat gambar-gambarnya ada 'tindakbalas' yang berlaku pada bahagian tengkuk, pipi dan bulu roma, anda merupakan salah seorang pengidap trypophobia..."

Ermmm.. Bahaya bukan penyakit ni..?? Menyerang tanpa kita sedari... Jadi kepada yang nak tahu, boleh GOOGLE kat internet; takut-takut anda pun penghidapnya juga...




**

Monday, September 10, 2012

Petua : Air Tebu Boleh Mengubati Batuk..

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Tahukah anda bahawa air tebu boleh digunakan untuk mengubati batuk...??
Hehe.. Mesti bunyi macam pelik saja kan sebab kebiasaannya air tebu ni boleh menambahmudaratkan lagi batuk yang dialami.. Ni orang tua-tua kata la... To'wan tak kata apa-apa...

Apa-apa pun, ni betul punya petua; iaitu mengubati batuk menggunakan air tebu.. Petua ni pula to'wan perolehi daripada seorang tabib cina...


Bahan-bahan yang diperlukan :-

1. Air tebu segar (belum dicampur dengan ais batu)
2. Cerek atau periuk

Cara-caranya :-

1. Masukkan air tebu segar ke dalam cerek atau periuk.
2. Panaskan di atas api sehingga mendidih.
3. Setelah mendidih, tutup api dan biarkan sehingga air tebu menjadi suam.
4. Air tebu suam dituang ke dalam gelas dan diminum.

Begitu saja caranya.. Mudah saja bukan..?? Bagi yang ada masalah batuk tak mau lega-lega, bolehlah mencuba petua ni.. InsyaAllah dengan izin Allah, batuk yang dialami akan beransur-ansur pulih...

Selamat mencuba...!!!

Saturday, September 8, 2012

Satu Keluarga Pencuri...

Jom pakat layan video ni dulu...



Amacam..?? Terbaik dari ladang dak..??

Satu masa dulu, sejahat mana pun sesorang tu tetap dia akan sembunyikan kejahatannya dari orang lain; terutama keluarga sendiri.. Di masa sekarang, nak buat kejahatan siap angkut keluarga lagi..

Inilah sebahagian tanda yang to'wan rasa kita dah berada di akhir zaman.. Lelaki tidak ramai lagi yang berperanan sebagai pelindung keluarga bertepatan dengan apa yang Nabi sebut dalam hadis baginda..

Dari Anas bin Malik, Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Antara tanda hari kiamat ialah ilmu semakin sedikit dan kejahilan semakin banyak, zina akan menjadi berleluasa, wanita semakin ramai dan lelaki semakin kurang sehinggakan 50 wanita hanya dilindungi oleh seorang lelaki.” (HR Al-Bukhari&Muslim)

Sama-samalah pakat bermuhasabah diri; terutama buat kita-kita yang berjantina lelaki.. Takkan nak heret satu keluarga terjun neraka kot..??

Blog Pilihan : Ibnu Malek


KLIK BANNER

Tengok kat banner pun, dah tau ini blog pengisian agama.. Jadi kepada sesiapa yang berniat nak tambah pengetahuan, jomlah pakat ziarah...

Thursday, September 6, 2012

Bloglist HasrulHassan.Com l 200 Blog Terawal Sahaja!

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Blogger HH membuka peluang untuk mana-mana blog untuk disenaraikan dalam ruangan bloglist beliau dengan dihadkan kepada 200 blog terawal. Terbuka buat semua jenis blog; asal blog anda itu tidak melanggar undang-undang negara.. Dan peri-penting, ianya bukan blog yang mengandungi keLUCAHan melampau.. Hehe


Sebenarnya, HH antara blogger yang boleh to'wan anggap sebagai sifu dalam arena blog.. Walau to'wan jarang nak tinggalkan komen kat blog beliau, tapi memang selalu pi bersiar-siar di terataknya; terutama bila nak cari tips-tips dalam berblog...

Jadi kepada yang ingin nak tersenarai dalam bloglist beliau, boleh klik : SINI ....

Cepat-cepat, sebelum terlewat...

Wednesday, September 5, 2012

WW : Rotan VS Bayaran...

Ibu-bapa dulu-dulu bila serah anak kepada guru dengan ini... 



Ibu-bapa sekarang bila serah anak kepada guru dengan ini...



Pandangan anda pembaca terhadap kesan serta beza dua kaedah ini dalam proses pendidikan anak-anak..??

Thursday, August 30, 2012

Rezeki Itu Milik Allah, Bukannya Manusia...

Assalamu'alaikum dan selamat pagi kepada semua yang membaca..

Masih dalam mood KESIBUKAN memandangkan esok bakal bermulanya Karnival Usahawan Muda (KLIK), tapi to'wan tetap juga curi sedikit masa untuk kemaskini blog.. Hehe

Gambar kat atas tu antara program yang diaturkan sempena Karnival Usahawan Muda.. Memandangkan program ini khusus untuk pelajar, maka penglibatannya turut melibatkan alumni (bekas pelajar).. Jadi, saja to'wan nak war-warkan tentang beberapa orang Alumni MADI yang kini telah bergelar tukang masak a.k.a chef...

Sepuluh tahun yang lalu, kata-kata ini pernah beberapa jiran lemparkan kepada ayah to'wan..

"Hang hantar anak pi ngaji sekolah agama rakyat, esok besaq nak kerja apa..?? Orang belajar agama ni bukan ada masa depan...".

Ini mungkin bukan pengalaman to'wan seorang, malahan ramai dari kalangan mereka yang beraliran agama pernah mempunyai pengalaman yang serupa...

Alhamdulillah, hari ini to'wan dah buktikan...

Walau to'wan tak kerja dengan kerajaan, gaji pun tidak sebesar mana, sekurang-kurang kehidupan tidak menyusahkan orang lain, tidak bergelendangan di tepi jalan serta tak perlu berhutang untuk belanja seharian.. Berkatnya rezeki bukan bila ianya banyak, tapi walau sedikit memenuhi keperluan...

Dan yang to'wan nak sebut juga, banyak pelajar lepasan sekolah to'wan sendiri yang hari ini kerjanya hebat-hebat, baik di sektor swasta mahupun di sektor kerajaan hinggakan ada yang bergelar pensyarah dan ahli perniagaan.. Ya... Mereka ini satu masa dahulu pernah bergelar 'Pelajar Sekolah Agama Rakyat'..

Oleh itu yakinlah bahawa rezeki itu milik Allah, bukannya manusia.. Peri penting, betaqwa serta bertawakallah kepada Allah sesudah berusaha, sesuai dengan firman-Nya yang bermaksud :

"Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu," (At-Thalaq:2-3).

To'wan memohon izin mengundur diri, moga ketemu lagi di lain coretan...

Tuesday, August 28, 2012

Bila Sibuk Campur Malas, Maka Hilang Seri Jawabnya...

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Hampir tiga minggu teratak ini tidak dikemaskini dengan tarikh terakhirnya ialah pada 9 Ogos 2012.. Pertama, sibuk... Dan kedua, malas.. Maka bila kedua-dua elemen ini digabungkan, maka HILANG SERI jawabnya untuk blog aku ini..

Macam mana sambutan hari raya pembaca semua yang baru berlalu..?? Meriah..??? Atau biasa-biasa saja..??

Puasa enam pula macam mana..?? Dah habis..?? Atau sampai hari ni tak mula-mula lagi..??

Nabi sabda dalam sebuah hadis yang bermaksud, "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun,” (HR Muslim).

Sebenarnya, to'wan masih di dalam mood KESIBUKAN terutama untuk Karnival Usahawan Muda yang akan bermula beberapa hari saja lagi.. Nak tahu lebih lanjut boleh klik kat : SINI juga SINI...

Rasa-rasa cukuplah dulu coretan to'wan untuk kali ini, nak sambung buat kerja pula ni.. Moga bertemu lagi di arena blog..


SALAM AIDILFITRI 
MAAF ZAHIR & BATIN



Thursday, August 9, 2012

Blog Pilihan : Kata Tanpa Suara

Assalamu'alaikum serta salam sejahtera kepada semua yang membaca...

Tempoh hari, to'wan ada naikkan entri : INI.. Dan sebagai menepati janji, hari ini to'wan nak pilih blog pilihan lagi... Dek kerana yang tinggalkan komen tu hanya lima orang, maka to'wan buat keputusan untuk letakkan kelima-lima link blogger tersebut dengan seorang to'wan pilih untuk dinaikkan banner blognya...


KLIK BANNER





KLIK LINK-LINK DI ATAS

Dan sebagai tanda penghargaan kecil dari to'wan, semua blog anda bakal to'wan masukkan dalam bloglist di Kalam Dari Pondok Tua...

Wednesday, August 8, 2012

WW : 80 Yang Mana..??


Menghampiri 10 Akhir Ramadhan...

Segmen: Kenangan Ramadhanku…



KLIK BANNER UNTUK KE SEGMEN

Ini kenangan ramadhanku ketika menuntut di Yaman...

Pengalaman bi'tikaf di 10 malam terakhir Ramadhan di masjid dengan orang-orang Arab bagi aku pengalaman ini antara paling manis dan berharga semasa aku berada di sini. Masa mula-mula sampai kat sini, ramai senior-senior pesan jangan buat baik dengan orang Arab pasai depa ni kaki kencing (kuat menipu) tapi bila dah lama kat sini, baru aku tahu tak semuanya macam tu.

Tak kenal maka tak cinta bukan...? Bila dah baik dengan depa ni, siap ada yang pelawa pi beraya kat rumah lagi; nun jauh di puncak bukit... Tu tak termasuk yang offer anak dara lagi..Hehe

Ada satu pagi tu, semua mu'takiffin (orang yang beri'tikaf) di masjid ambil peluang untuk mendaki puncak bukit selepas solat subuh bagi melihat suasana matahari terbit... Aku dan seorang kawan yang lain ambil kesempatan untuk turut sertai..

Bayangkan..

Suasana segar pagi di atas bukit di pagi ramadhan sambil dikelilingi oleh ladang-ladang gandum... Best sangat... Huhu

Ini antara foto lama yang masihku simpan...


Sudut dari atas bukit...


Dok tunggu bas nak balik ke masjid; tempat i'tikaf..

Rasa cukuplah sekadar itu pengalaman aku nak kongsi, selamat membaca...

Thursday, August 2, 2012

Karnival Usahawan Muda 2012 : Membeli Sambil Menderma


Kupon Hi-Tea berharga RM5 untuk dijual bagi dana pembangunan 
Kompleks Pendidikan Madrasah Ad-Diniah Islamiah (MADI)
Jejawi Dalam, Perlis.


Berminat & maklumat lanjut : SINI

Tuesday, July 31, 2012

Kisah Aku & Polis Di Petang Ramadhan...

Al-kisahnya...

Selalu aku dok ambil jalan 'shortcut' bila pulang ke rumah.. Tiba-tiba saja petang kelmarin saja terasa nak gunakan 'longcut' punya jalan.. Dan akhirnya...

Bila masuk saja simpang tiga jalan besar nak menuju pulang ke rumah, abang-abang polis dah siap buat sekatan jalanraya... Maka aku dengan beraninya terus 'drive-tru'.. Maklumlah, cukai jalan ada, lesen pun ada, buat apa nak takut, kan kan..??

Gambar Hiasan

Sampai saja kat salah seorang abang polis tu, terus aku turunkan cermin tingkap kereta.. Dan tanpa muka bersalah, terus aku buka tali pinggang keledar walau tanpa disuruh hingga membuatkan abang polis tu tiba-tiba mengerutkan dahinya...

Dia kata kat aku, "Ish.. Ish.. Ish... Hairan saya tengok encik ni.. Selalu orang kalau jumpa polis, cepat-cepat tarik tali pinggang keledar.. Tapi encik ni, jumpa polis siap buka tali pinggang lagi walau tak disuruh....".

Maka aku jawab ringkas, "Nak mudah turun satgi, kereta kalau polis arah...".

Pendek cerita, aku dilepaskan tanpa sebarang saman... Fuuh selamat duit nak raya.. Kikiki

Sebenarnya, "Aku pun tak tahu pasai apa yang petang kelmarin aku tiba-tiba boleh buka tali pinggang keledar kat depan abang polis tu...".

Friday, July 27, 2012

Tazkirah Jumaat : Beriman Dengan Jin

Menyakini tentang kewujudan jin hukumnya adalah wajib. Sesungguhnya telah datang satu surah daripada surah-surah Al-Quran yang dinamakan dengan surah al-jin pada juzuk ke-29 dengan diceritakan dengan jelas di dalam surah ini akan perihal jin. Oleh yang demikian, dianjurkan kepada kita membaca surah ini beserta dengan tafsirannya.


Meskipun demikian, sebahagian daripada ahli-ahli falsafah mendakwa, "Adalah yang dimaksudkan dengan jin itu adalah unsur-unsur jahat dalam diri manusia, sebagaimana yang dimaksudkan dengan malaikat ialah unsur-unsur baik dalam diri manusia bukanlah jin itu benda yang bernyawa".

Firman Allah Taala dalam surah al-ahqaaf ayat 29 yang bermaksud :

"Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan sekumpulan jin kepadamu (Muhammad) yang mendengarkan Al Quran, maka tatkala mereka menghadiri pembacaan (Al-Quran) lalu mereka berkata: "Diamlah kamu (untuk mendengarkannya)." Ketika pembacaan telah selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan,".


Artikel Penuh : SINI


Thursday, July 26, 2012

Modalnya Di Dunia, Untungnya Di Akhirat...


KLIK GAMBAR UNTUK TUMBESARAN

Sesiapa yang berniat untuk membuat amal jariah di bulan puasa ni, bolehlah hubungi alamat atau nombor talian yang tertera.. Juga boleh ke laman facebook di : SINI... 

Firman Allah yang bermaksud : "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai seratus biji. Allah melipatgandakan (pahala) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui," [Al-Baqarah:261].

Mudah-mudahan Ramadhan kali ini mengajar kita erti pengorbanan serta ihsan terhadap diri sendiri serta sesama makhluk....


Wednesday, July 25, 2012

WW : Sigai..


Siapa tahu di pokok apakah selalunya sigai digantung dan digunakan..??

Tuesday, July 24, 2012

Blog Pilihan : Di Sini Aku Ukir.....

KLIK BANNER UNTUK KE BLOG


Catatan :

Terima kasih kepada blogger ini kerana sudi letakkan teratak Kalam Dari Pondok Tua dalam bloglist Laman Ilmu di blognya.. Terharu sangat, walau to'wan rasa blog ini tiadalah nilai ilmunya sangat pun...

Monday, July 23, 2012

Peliknya Ramadhan...

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Dua tiga hari kebelakangan, saja to'wan sunyikan blog ini dari sebarang entri sempena kedatangan Ramadhan..  Dan dikesempatan ini belum terlewat kiranya untuk to'wan ucapkan "Salam Ramadhan Al-Mubarak serta selamat menjalani ibadat puasa..".

Ramadhan tahun lepas, ada to'wan naikkan entri INI (klik) yang menceritakan tentang kepelikan-kepelikan yang hanya berlaku di sepanjang Ramadhan.. Maka kali ini, entri ini sebagai tambahannya...


Peliknya Ramadhan, ramai manusia berpusu-pusu ke tempat sembahyang untuk bertarawikh dengan 8 mahupun 20 rakaat tapi berakhirnya Ramadhan muka mereka hilang entah ke mana...

Peliknya Ramadhan, ramai manusia berderet-deret ke Bazar Ramadhan untuk membeli beraneka juadah untuk berbuka tapi berapa banyak yang diberikan kepada fakir miskin sebagai sedekah...

Peliknya Ramadhan, ramai manusia mampu bangun awal untuk bersahur tapi tidak mampu bangun awal untuk bersolat subuh & berqiyamullail di bulan-bulan yang lain... 

Peliknya Ramadhan, ramai manusia sanggup berlapar dahaga selama seharian, tetapi hati turut dibiarkan dahaga tanpa dilazimi dengan tilawah serta tadabbur Al-Quran...

Peliknya Ramadhan, ramai manusia mampu berjaga malam untuk mencari lailatulqadar, tetapi berapa ramai yang mampu berjaga malam menjaga ibu-bapa yang sakit...


Sekadar itu dulu coretan to'wan sempena permulaan Ramadhan ini, jika anda pembaca ada tambahan untuk 'Peliknya Ramadhan...' , sudi-sudikanlah untuk meninggalkan komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts