Monday, October 31, 2011

Muhasabah Diri Di Laman Muka Buku

Klik gambar untuk tumbesaran

Karya Asal : Rusydee Artz

Catatan Penulis :

Sekadar muhasabah untuk diri sendiri dan semua pembaca...

"Ya Allah.. Jika aku tersalah dalam tindakanku selaku hamba-Mu, Engkau ampunkanlah aku.. Kerana sesungguhnya tiada yang Maha Pengampun melainkan diri-Mu.."

Sunday, October 30, 2011

Pil Untuk Wangi Badan...

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Gambar di bawah aku SNAP dari sebuah akhbar ketika sedang membacanya tadi..


Satu pil telah dihasilkan di Amsterdam yang akan menjadikan kulit anda berfungsi sebagai penyembur minyak wangi.. Pil yang dinamakan Swallow Parfum itu akan menghasilkan bauan mengikut karakter diri pemakainya apabila berpeluh..

Wah.. Lepas ni sesiapa yang mempunyai masalah bau badan, tidak perlu risau-risau lagi.. Ini penyelesaian kepada masalah anda...!!! :)

Cuma dok berfikir sejenak, jika hati si pemakainya WANGI pasti bauan yang akan dikeluarkan juga WANGI.. Orang pun ramai yang nak dekat.. Tapi jika hati si pemakainya BUSUK...?? Haha lu fikirlah sendiri...

Friday, October 28, 2011

Serius Cakap, "Aku memang tak suka WAKIL RAKYAT yang seperti ini.."

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Tadi, berkesempatan menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran rumahku dan kebetulan WAKIL RAKYAT kawasanku turut bersolat Jumaat di situ..

Serius cakap, "Aku memang tak suka WAKIL RAKYAT yang seperti ini; yang mana dalam tempoh 5 tahun mukanya hanya kelihatan bila dekat menjelangnya PILIHANRAYA..."

Sebab itu usai solat Jumaat, aku terus pulang tanpa mendengar ucapannya terlebih dahulu walau sebelumnya imam sudah membuat pengumuman. Dan tindakan aku itu dikongsi lebih 3/4 ahli jamaah yang hadir....

Ketahuilah, sesungguhnya PEMIMPIN dinilai daripada ikhlasnya PERBUATAN, bukan bijaknya PERCAKAPAN semata..

Orang Baik Cepat Matinya.. Orang Jahat Lambat Matinya..

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Orang Baik Cepat Matinya.. Orang Jahat Lambat Matinya..

Kelmarin, status ini aku kongsikan di FB dan alhamdulillah mendapat beberapa respon yang baik daripada beberapa orang teman (SINI) ... Maka bila sekali merenung, kita seakan-akan akan cuba mengiyakan kata-kata di atas... Namun apakah ianya hakikat atau hanya sekadar teori semata..??

Bila membaca link yang ditinggalkan oleh salah seorang yang mengomen, ia membawaku ke blog Genta Rasa milik Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Dalam membicarakan persoalan yang lebih sama, dia membawakan kisah sebagaimana berikut :

“Saya rasa orang baik mati dirasakan mati cepat kerana orang yang masih hidup belum puas menikmati kebaikannya!” letus saya setelah berdiam agak lama.

“Manusia selamanya tidak akan puas dengan kebaikan. Kebaikan itu fitrah semua manusia,” kata sahabat saya menambah.

“Saya teringat satu peribahasa Cina yang mengatakan untuk mengenal kebaikan seribu tahun belum cukup…”

“Maksudnya?”

“Kebaikan itu sentiasa didambakan oleh hati manusia. Bila menikmatinya, manusia ingin menikmatinya lagi, dan lagi… Kalau boleh biarlah sampai seribu tahun.”

Sahabat saya termenung. Merenung. Perjalanan pulang daripada ziarah kematian itu dirasakan terlalu panjang.

“Kau tahu peribahasa itu masih ada sambungannya?”
 

Sambungan : SINI

Artikel yang ditulis oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi ini mungkin telah menguraikan persoalan berkenaan ungkapan di atas bahawa :

"Orang yang baik dirasakan singkat hidupnya kerana orang lain belum puas merasai kebaikannya itu.. Sedang orang yang jahat pula dirasakan lama hidup kerana kerana orang lain sudah jemu dengan kejahatannya itu.."

Cuma jika difikirkan secara hikmah kejadian pula, mungkin Allah lebih sayangkan orang yang baik dengan menjemputnya pulang terlebih awal supaya manusia tidak berpeluang untuk mencari kejahatannya dan apa yang tinggal untuk disebut hanya kebaikannya itu sekalipun sudah meninggal...

Dan orang yang jahat pula, mungkin Allah S.W.T sayangkan dia dengan lewat menjemputnya pulang agar dia menggunakan kesempatan itu untuk bertaubat dengan melihat kesan-kesan yang terjadi dek kejahatan yang dilakukan sepanjang hidupnya itu dan sebagai peringatan untuk mereka yang berada di sekeliling.

Sekian.

Wednesday, October 26, 2011

Wordless Wednesday : Patung Lilin Orang Bersolat




Lokasi : Sebuah muzium di Sepanyol 

Reaksi spontan anda pula bila melihat gambar ini selaku seorang muslim..??

Wah, Aku Dapat Ciuman Di Pagi Rabu..

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Tadi, masa nak start motor mai ke tempat kerja, adik lelaki tiba-tiba memanggilku..

"Angah.. angah.. Tunggu sat.." panggil adikku.

"Awat..??" tanyaku ringkas.

"Pagi ni nak balik asrama dah.. Nak bersalam dulu.. Takut lepas ni tak dapat jumpa dah.." balasnya.

"Ha lekas (cepat) cikit, angah dah lewat ni.." pintaku.

Tanpa berlenggah, tangan ku hulurkan dan dia menyambutnya sambil mencium tanganku.. Tiba-tiba...

Satu ciuman hinggap di pipi kananku.. Diikuti dengan satu lagi ciuman di pipi kiriku...


Gambar ehsan : SINI

Dan aku terdiam tanpa kata.

Memang, sebelum daripada ini memang aku tidak pernah dicium di pipi seperti itu oleh adik lelaki. Tadi masa menunggang motorsikal, tiba-tiba datang rasa sebak dan terharu. Memang sah DALAM HATI ADA TAMAN jugalah rasanya aku ini... (~.~)

Catatan Penulis :

Buat pengetahuan pembaca, adik penulis kini belajar di Malay College Kuala Kangar (MCKK) dan bakal menduduki peperiksaan SPM tidak berapa lama lagi. Mohon didoakan kejayaan untuknya..

Tuesday, October 25, 2011

Thailand Yang Banjir, Kesannya Sampai Malaysia..

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Petang tadi memang NO MOOD; cintaku ditolak maa.. Apa-apapun sebab adik perempuanku (satu-satunya adik perempuan yang aku ada) ajak temankan dia ke bandar Kangar untuk membeli barang membuat kek, aku turutkan saja walau rasa tubuh ni memang tak bermaya..

Thailand yang banjir, kesannya sampai Malaysia.. Habis lencun tilam aku ni tadi dek titisan airmata.. Huhu acah jerla, tak sekritikal tu pun la.. Saja buat penyedap entri.. (-.-)

Tapi entri kali ni memang aku nak gebang (cerita) pasal banjir pun...

Tadi dalam perjalanan pulang, singgah kat sebuah gerai menjual burger.. Dan seminggu lepas gerai yang sama juga aku kunjungi, tapi berseorangan diri.. Minggu lepas, pak cik jual burger ni ada SPEAKING kat aku sementara nak tunggu burger yang ditempah siap.

Katanya, "Thailand yang banjir, kesannya sampai Malaysia..".

"Awat pula pak cik?" soalku kembali.

"Erm mesti la, sayur pun sampai naik harga melambung-lambung.. Selalunya sayur dari Cameron Highland pengeluarannya untuk penjual dan pembeli dari Ipoh hingga ke Johor.. Sedang kita kat utara ni pula, bergantung kepada bekalan sayur daripada Thailand.. Jadi bila dah banjir, bekalan berkurangan maka harga pun melambung la.." jawab pak cik tu memberikan penjelasan.

Dan aku pula mengangguk untuk mengiyakan kata-katanya itu.

Kesimpulan cerita aku ini, negara kita sebenarnya terlalu bergantung kepada sumber daripada luar. Sumber dari dalam pula banyak yang dieksport ke luar. Jadi sarananku, apa salahnya jika pihak berwajib cuba fikirkan cara macam mana untuk meningkatkan lagi hasil keluaran negara bagi memenuhi keperluan dan permintaan rakyat sendiri.

Aku bukan pakar ekonomi, tapi jika ambil contoh di negeri Kelantan, walau rata-rata rakyatnya berpendapatan di bawah RM1000 tapi jumlah itu menyamai RM2000 jika hendak dibandingkan dengan negeri-negeri lain kat Malaysia.

Mengapa aku mengatakan demikian..??

Ini kerana dek kebijaksaan kerajaan mentadbir negeri, kos sara hidup juga harga barangan keperluan di sana masih rendah jika hendak dibandingkan dengan lain-lain negeri. Oleh itu jangan terperanjat jika anda berkunjung ke sana, rata-rata rumah penduduk kebanyakkannya seperti banglo.

Ini kerana kos yang diperlukan untuk membina rumah seperti itu hanya separuh berbanding kos pembinaan rumah jenis yang sama di Malaysia..

Blog Aku Dan Follower

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Hari ini rasa malas nak update entri, walau banyak persoalan yang bermain di hati.. Tapi tiba-tiba, rasa nak join segmen lagi.. Hehe :D





2 follower terawal

Ammu Min Dan IQram IShak

Ni dua sahabat sekepala masa aku kat kolej dulu..

2 follower paling best

Cik Eja
Dan
Cik AzzaAzman a.k.a Chempaka Sari

Ni sebab mereka rajin komen dan antara pembaca BERKUALITI di blog aku..

2 follower terakhir

Aisha Salim Dan Ida Yasha

DONE.. Buat semua terima kasih kerana menjadi penyokong dan pembaca di blog ini.. :)

Monday, October 24, 2011

Blog Review : Follower Ke-400

Ini blogger bertuah yang terpilih untuk direview pada hari ini..

Sebab utama..??

Anda salah seorang follower BERKUALITI saya.. Terima kasih juga kerana sudi jadi follower di blog saya yang ini : Dari Kacamata To'Wan

Cenderahati untuk anda..??

Blog anda bakal saya masukkan ke dalam bloglist saya yang ini : [ .: BuluQikum : Isti'rodhie :. ]

Jom kenal :


Sunday, October 23, 2011

Biasa Atau Luar Biasa..??

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Alhamdulillah setelah lebih kurang 8 jam perjalanan, akhirnya kaki ini menjejak bumi Perlis semula.. Badan tetap terasa letih, walau bukan aku yang memandu bas tadi.. Huhu (~.~)

Ceritaku kali ini..

Tadi, lama aku memerhatikan pemandu bas yang aku naiki.. Dari segi penampilan rambut dan pakaian, memang nampak macam lelaki.. Tapi bila terdengar dia berbual dengan kawan pemandunya, terasa macam wanitalah pula dia ni.. Abaikan saja, mungkin hanya sekadar perasaanku semata..

Setelah bas memulakan kembali perjalanan setelah berhenti berehat, aku pula memulakan perlayaran imanku (tidur).. Lebih kurang pukul 4 petang, aku terjaga bila bas berhenti untuk menurunkan penumpang di stesyen bas Shahab Perdana, Alor Setar..

Sah.. Memang pemandu bas itu perempuan, macam manalah aku boleh tak perasan kat bahagian tu tadi.. Kalau dah namanya perempuan, kecil atau besar memang akan perasan punyalah bonjolan itu..

Bonjolan apa..??

Pakat fikir sendirlah.. Kalau tak sebut pun, masing-masing aku kira sudah dapat mengagak benda yang ku maksudkan itu..


Biasa atau luar biasa..??

Bagi aku BIASA saja bila wanita menjadi pemandu pengangkutan awam kerana sebelum daripada ini sudah beberapa kali aku berjumpa dengan mereka yang seperti ini.. Cuma bezanya mereka itu tetap berpakaian macam seorang wanita sedang pemandu bas ini berpakaian macam seorang lelaki.. Gaya bercakap pun dah memang macam seorang lelaki.. Wah, LUAR BIASA sungguh..

Hati kecilku berkata,

"Bukan aku hendak menghina kamu, apatah lagi mencaci dirimu.. Cuma aku doakan satu hari nanti, kamu akan kembali kepada fitrah; fitrah suci anugerah istimewa Ilahi yang namanya WANITA.."
  

Saturday, October 22, 2011

Terima Kasih Dan Tahniah..

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Pagi tadi dek kebosanan menunggu, entri simple INI aku nukilkan menggunakan Blog Andriod V1.72 .. Tanpa sebarang ping kecuali di wall FB aku, juga tanpa sebarang promote di mana-mana group, trafik ke blog ini tetap ada.. Itu bermakna blog aku ini sudah mempunyai beberapa pembaca BERKUALITI.. Alhamdulillah...

Maksud pembaca BERKUALITI..?? Boleh rujuk semula entri INI ..

Dalam entri tu, blogger INI bertanya mengapa aku berada UTM Skudai pagi tadi.. Hehe memang niatku untukku menjadikannya misteri kepada anda dan pembaca walau pengacara Misteri Nusantara seringkali menyebut, "Usah biarkan hidup anda diselubungi misteri.." ;)

Jawapan kepada misteri ini, tunggu entri akan datang.. Hehe

Blogger yang INI pula bertanya betulkah Najwa Latif ada datang kat UTM Skudai semalam..

Jawapan aku, entahlah.. Yang pasti, semalam lepas solat Isyak aku menjamu selera di sebuah restoran makanan Arab.. Lepas makan, balik semula ke bilik hotel, tengok tv sekejap lepas tu terus tidur.. Huhu Jadi memang aku tiadalah di sana semalam..

Apa aku makan di restoran tu semalam..?? Tunggu entri akan datang jugalah aku kongsikan.. :)

Wah, kenapa asyik kena tunggu entri yang datang saja..??

Jawapan yang mudah, sebab di sebalik entri ada kisah tersendirinya..

Lagipun malam ni aku rasa letih sangat.. Malam ni menumpang tidur di rumah ibubapa kakak iparku di Kajang.. Esok pukul9.30 pagi dah nak bertolak balik ke Perlis..

Doakan selamat perjalananku.. Doakan juga untuk pelajar-pelajarku yang akan memulakan peperiksaan akhir tahun bermula 24 Oktober ini (Isnin)..

Akhir kalam, TERIMA KASIH untuk mereka yang sudi menjadi PEMBACA BLOG ini dan sekalung TAHNIAH untuk semua graduan UTMSPACE 2011...

Moga bertemu lagi di entri yang akan datang... Wassalam

UTMSPACE 2011


MOOD : Dalam dewan konvokesyen - Majlis Penyampaian Diploma Program Kerjasama & Eksekutif UTMSPACE 2011 - Skudai, Johor.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Thursday, October 20, 2011

Lembu Yang HARAM..

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada yang membaca..

Semalam usai menyampaikan kuliah maghrib, terdengar perbualan seorang pak cik dengan temannya..

"Seminggu kebelakangan ni, banyak betul lembu yang hilang kat kampung ni.. Rumah pun ada yang dipecah masuk; siang hari pula tu..".

Jawab temannya,

"Biasalah, ni kan dah dekat nak masuk raya korban, si pencuri pun mulalah tekun bekerja.. Tuan lembu yang berpenat setahun mengembala, si pencuri yang merasa hasilnya.. Yang lembu pula, menjadi mangsa HASIL HARAM si pencuri....".




"Dulu manusia akan berasa MALU jika kejahatannya diketahui orang... Hari ini manusia akan berasa BANGGA jika kejahatannya diketahui orang.."

Teringat aku seloka ini :

Kalau hendak mencuri sorok-sorokkanlah diri..
Agar kejahatanmu tiada yang menyedari..
Buatlah ia di malam hari..
Kerna jika tertangkap malunya diri..

Apa yang kalian PENCURI cuba buktikan sebenarnya..?? Bahawa kalian seorang HERO..?? Di akhirat nanti, jadilah HERO sepuasnya dihadapan Allah Taala jika kalian sememangnya hebat...

Firman Allah Taala dalam surah Al-Maidah ayat 38 yang bermaksud :

"Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana".

Jadi...

KEMBALILAH BERHUKUM DENGAN HUKUM ALLAH S.W.T.


Catatan Penulis :

Saya pula cuma PENCURI HATI... Haha ;)

HASRULHASSAN.COM - Inilah Blog Saya



Tuan Segmen

Cuba ceritakan bagaimana anda boleh bermula membuat blog, dan siapakah yang mendorong anda untuk terus berblog. Nyatakan beberapa orang blogger yang memberikan semangat untuk anda terus berblog.

Dulu, aku terdorong untuk berblog apabila CEMBURU melihat kawan-kawan yang punya blog; masa tu tahun 2009...

Kini yang mendorong aku untuk terus berblog ialah pembaca dan pengikut blog ini... Kerana aku ibarat PETANI, dengan blog sebagai TEMPAT BERCUCUK TANAM dan anda pembaca sebagai PEMUNGUT HASIL .. ( Eh, macam dah pernah aku sebut ayat ni, tapi kat mana eh..?? )

Dan bagi aku, mana-mana blogger yang MURNI niat kehadirannya di dunia blog ini, andalah pemberi semangat sebenarnya kepada aku..

Catatan Penulis :

Maaf, hari ini sibuk sedikit, banyak benda perlu diselasaikan sebelum bertolak ke Johor malam ini.. Entri ni pun buat ringkas-ringkas saja.. ;)

Dalam Banyak-banyak Tu, Berapa Yang BERKUALITI..??

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada yang membaca..

Alhamdulillah, dah lama tak join segmen dan sehari dua ni aku buat kembali kerja gila tu.. Tak la banyak, tapi kira lebih dari dua la.. Huhu

Kesannya..??

Bilangan follower meningkat dengan majunya... Muahaha :D

Syok tak..??

Mesti la syok... Tapi dari beberapa sudut saja la..

Dah sudut yang tak syok tu apa..??

Cuma dok terfikir, dalam banyak-banyak tu, berapa yang BERKUALITI..??

BERKUALITI dalam erti kata mereka akan kembali membaca blog aku ini.. Bukan sekadar join segmen, tinggalkan komen yang 'I Follow U, U Follow Me Back, OK?'..

Tinggalkan komen kembali..??

Ni jika aku rasa bila perlu saja la.. Sebab aku ni masuk dalam golongan SILENT READERS.. Aku buat blogwalking, jika aku rasakan SOMETHING pada blog tu, aku akan FOLLOW.. Tu pun tanpa tinggalkan sebarang jejak ( komen dan seumpamanya)..

Cumanya dalam ramai-ramai yang dah jadi FOLLOWERs blog tak seberapa aku ni, aku sedar ada juga yang memang benar-benarkan harapkan SOMETHING bila selalu singgah ke blog aku ni..

Jadi aku sebagai PETANI, dengan blog sebagai TEMPAT BERCUCUK TANAM dan anda pembaca sebagai PEMUNGUT HASIL, sudah tentulah aku mengharapkan yang terbaik dengan hadirnya aku menghiasi dunia blog ini..

Penutup entri, 10Q 4 Being My Followers...

MOOD : Nak sambung BLOGWALKING, mana tahu jumpa lagi BLOG-BLOG yang berkenan di hati.. ;)

Baca Juga : 

 

Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday : Blog Rujukan STAM ..??


Ni antara keywords popular yang sangkut di blog aku hari ini... 

Eh, sejak bila blog ini jadi blog rujukan pelajar STAM ( Sijil Tinggi Agama Malaysia) .. ??

Apa-apa pun meh TO'WAN nak jawab bagi... 

Sekadar yang aku tahu, arudh dan qafiah tu antara subjek yang wajib diambil dalam STAM.. Dan ini subjek khusus membincangkan tentang wazan (timbangan) serta baris syair Arab...

Tu saja jawapan ringkas to'wan.. Semoga bertemu dalam sesi pembelajaran yang akan datang.. Hehe :D

SAYA , BLOG DAN PEMBACA


Tuan Segmen

Terangkan secara ringkas , apa yang anda paham mengenai tajuk iaitu SAYA , BLOG DAN PEMBACA

Seorang petani apabila dia bercucuk tanam, pasti inginkan hasil pendapatan yang terbaik apabila pemungut datang membeli hasil tanamannya itu..

Jadi saya ibaratkan saya ni sebagai seorang PETANI.. Blog pula sebagai TEMPAT BERCUCUK TANAM manakala Pembaca pula sebagai PEMUNGUT HASIL ..

Apabila pembaca mendapat kebaikan dan manfaat daripada apa yang nukil dan hasilkan di dalam blog, maka ia satu kepuasan di dalam saya berblog.. Paling kurang, dapat juga sedikit SAHAM AKHIRAT dengan adanya pembaca...

Sesuai dengan sabda Nabi yang bermaksud, "Sampaikan daripadaku walau dengan hanya sepotong ayat..".

Letak satu keping gambar yang mewakili blog anda. Pastikan gambar itu bukan milik mana mana blog.. Kalau ada , berikan backlink.


Rasanya header blog ini sudah cukup untuk menggambarkan keseluruhan blog ini.. 

Tu saja kot.. Sekian dari TO'WAN :) 

Wordless Wednesday : Mazhab Kristian Yang Mirip Islam


Salah satu mazhab Kristian di Indonesia 

Sumber dan keterangan : SINI 

Wordless Wednesday : Nota Buat Hati



Ada sesiapa nak komen pasal nota ini..??

Tuesday, October 18, 2011

'Shiema Sufian ajak menjelajah'


Tuan Segmen

Tulis lah ape yang korang nak tulis.


Tak tahu nak tulis apa, cuma nak promosi 2 lagi blog aku yang ni:
Dari Kacamata To'Wan

Kata Jiwa : Jiwa Kata

Lastly, berbanyak terima kasih kepada Shiema Sufian selaku Tuan Segmen.. Hehe :D

Blogger! Jom Kenal


Tuan Segmen

Nyatakan Asal korang dan serba sedikit tentang diri/blog korang 

Dari negeri paling utara tanah air asalku.. 

Mula berblog pertengahan tahun 2009 dan ini adalah blog pertamaku.. 

Blog ini adalah blog penulisan santai dengan genre entri yang dipelbagaikan oleh aku.. 

Jika ingin penulisan yang lebih ILMIAH, boleh lawat blog yang INI .. 

Jika ingin penulisan yang lebih JIWA, boleh lawat blog aku yang INI .. 

Tu saja, selamat berblogwalking di sini.. ;) 

Segmen:Jom Join Bloglist Asrirayrock


Tuan Segmen

Berminat nak join, KLIK saja banner kat atas...

Monday, October 17, 2011

Penyakit Losstheloveonemia dan Hearthurtingmia

"Awat mata berair ni..??" soal si ibu.

"Tak dak apa-apa ibu, cuma mata masuk habuk saja.." jawab si anak.

"Habis tu, awat nasi dalam mulut macam terlekat kat kerongkong ja..??" soal si ibu kembali.

"Erm..........." ( Jawapan si anak terbuku di hati).



AWAS...!!!

BILA MATA ANDA BERAIR DENGAN TIBA-TIBA, MAKANAN TERASA SUKAR HENDAK DITELAN DAN LIDAH KELU TANPA BICARA, INI ANTARA GEJALA YANG ANDA MENGIDAP PENYAKIT  LOSSTHELOVEONEmia dan HEARTHURTINGmia ...

Info Perubatan :

Penyakit ini akan menyerang HATI mereka yang baru kehilangan orang tersayang mahupun disakiti oleh orang tersayang. 

Sikit Jer Lagi, Cepatlah Kalau Nak..


Sedikit saja lagi nak sampai.. KLIK la kalau korang nak HADIAH...


Boleh rujuk semula entri SINI

Saturday, October 15, 2011

Ha Sekarang Macam Mana, Lambat Lagi..??

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada yang membaca..

Semalam aku nukilkan entri yang INI dek beberapa komen yang mengatakan blog aku lambat untuk loading.. Dan hari ini setelah menilai pendapat beberapa blogger, aku kecilkan sedikit saiz header blog aku..

Ni header lama..



Ni header baru.. 


Ha sekarang macam mana, lambat lagi..?? Atau dah terasa sedikit perubahan..?? 

Catatan Penulis :

Kalau tiada perubahan juga, lepas ini penulis hendak buat header baru.. Jangan lupa tinggalkan komen di tampalan ini samada blog ini BERAT atau RINGAN untuk loading.. :) 

Blog Aku Lambat Loading Eh..??

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada yang membaca..

Entri kali ini hanya sebagai survey berkenaan SPEED LOADING bila anda berkunjung ke blog ini..

Ini pun dek beberapa orang yang meninggalkan komen di chat box yang blog aku ini lambat untuk loading.. Aku pun tak pasti sebenarnya samada yang meninggalkan komen itu ikhlas mengomen atau sekadar bertujuan untuk meninggalkan link ke blog mereka.. Jadi tampalan ini aku nukilkan...

Buat pengetahuan pembaca semua..

Pertamanya, aku hanya online menggunakan broadband dengan kelajuan yang tidaklah terlalu laju, juga tidak terlalu lambat; sebab aku tinggal di kampung bukannya bandar.. Jadi aku tidak dapat mengiyakan 100% kepada yang berkata itu..

Keduanya, di blog aku kini aku hanya letakkan benda-benda yang aku rasakan penting.. Widget-widget yang tidak perlu, dah lama aku buang.. Ini atas nasihat dan komen blogger-blogger lain yang berkunjung ke sini sebelum ini..

Jadi aku mengharapkan kerjasama anda yang membaca tampalan ini untuk sudi meninggalkan komen  berkenaan masa yang anda ambil untuk LOADING bila masuk ke sini.. Jika OK katakan OK, jika KO katakan KO.. Mungkin ada beberapa benda yang boleh aku perbaiki lagi selepas ini.. Ini pun untuk kebaikan anda juga yang mengunjung dan membaca.. :)

Friday, October 14, 2011

Tazkirah Jumaat : Rahsia Waktu Solat Yang Teratur

Allah S.W.T memerintahkan kepada hamba-Nya agar mereka menunaikan solat secara teratur. Solat terutama solat wajib lima waktu perlu dilakukan oleh umat Islam secara teratur dan telah ditetapkan waktunya.

Firman Allah Taala dalam surah An-Nisa' ayat 103 yang bermaksud:

"Maka apabila kamu telah menyelesaikan solat, ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa aman, maka dirikanlah solat itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman."

 Lalu apakah rahsia di sebalik waktu solat yang teratur itu..??

Dari sudut pandangan kesihatan, ternyata solat yang dilakukan secara teratur dapat memberi hikmah pada kesihatan. Satu kajian menjelaskan bahawa solat yang dilaksanakan dengan teratur amat berpotensi untuk menambah kekuatan orang yang melaksanakannya dalam menjaga tekanan darah agar tidak melebihi kadar normal.


Sambungan : SINI





Wajib Baca : "SMS SERAM NI DARI AGEN SYAITAN..."

Satu lagi pembacaan saya yang membuatkan saya tersentak. SMS ini memang sengaja ditulis dengan penulisan seorang lelaki. Ceritanya memperlihatkan bagaimana seorang muslimat di'rosak' dengan mudah hanya dengan kata-kata manis! Wahai sahabat-sahabatku... Moga Allah peliharamu daripada semua ini....

*************************************
"SMS SERAM NI DARI 'AGEN SYAITAN..."

1.salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…

2.Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…

3.Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..

4.awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..

5.Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?

6.Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u... ..

7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..

8.Yang bi nak syg tau, sayanglah segalanya utk bi, syg la pmberi semangat utk bi... yang... ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!

9. Syg..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u.... ..

10.Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..

11. Hi syg, watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x caye kat abg eh.. huhu..

12.Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..

13.Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh, trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..

14.Thanks jumpa td, syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..

15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…

16.Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..

17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji, abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...

18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .

19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?

SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR...

*************************************************

20. huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... xkan sekali buat dah mengandung, check balik k..

21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg, utk kebaikan kita berdua, lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..

22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa.....gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!

23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..

24.sori syg, abg xbleh temankan syg ke klinik tu, abg malu klu terserempak dgn family or member, malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..

25.Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!

26.jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...

27.(terputus hubungan)

- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..
- si lelaki mencari mangsa baru..
- dan kejadian terus berulang..

ITULAH KEBANYAKAN YANG TERJADI DI DUNIA KITA INI...
masyaallah~
harap kita x tergolong dalam golongan ni...

Sumber : Facebook


Khas Buat Pembaca Kalam Dari Pondok Tua

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada yang membaca..

Alhamdulillah bilangan pengunjung ke teratak Kalam Dari Pondok Tua semakin bertambah dari hari ke sehari walaupun bilangan pageviews belum pun mencecah ratusan ribu.. Biasalah blog ini sekadar blog biasa-biasa saja, tak sepopular blog lain pun.. ;)

Walau bagaimanapun, sebagai menghargai kesetiaan anda yang saban hari berkunjung ke blog ini, aku nak buat sedikit pengumuman.. Jeng.. Jeng.. Jeng...

Barangsiapa yang berjaya buat printscreen pageviews 22222 dari blog ini, aku nak bagi hadiah..

Hadiahnya..??

Berupa hadiah misteri + blog anda yang bakal aku review.. Hehe

Caranya..??

Mudah saja..

1. Buat printscreen lebih kurang macam ni..


2. Kemudian buat 1 entri ringkas dan masukkan printscreen dalam tu dan linkkan ke entri ni..

3.Tinggalkan komen kat entri ni..

4. Pastikan printscreen itu adalah original dan bukannya dicopy daripada blogger lain.. Dan pandai-pandailah juga untuk mengelakkan ianya daripada dicopy oleh blogger lain juga...

Terbuka kepada semua.. Tak kisah samada anda follower blog ini ataupun tidak.. Jika tiada yang berjaya, hadiah misteri itu akan aku bawa untuk entri lain pula nanti.. :)

Thursday, October 13, 2011

Blog Baru Pilihan : Kisah & Kasih


KLIK BANNER UNTUK KE BLOG

Sebagai Rakyat, Kita Berhak Menilai Dan Membuat Pilihan



 Boleh KLIK gambar untuk tumbesaran

Dapat risalah ini pagi tadi.. Malas nak taip semula, aku just scan masuk laptop..

Komen aku..??

PERBUATAN lebih bererti daripada PERCAKAPAN dan PENULISAN.. Kepada mana-mana pihak, kotakan apa yang dikatakan, bukan hanya sekadar gimik PRU13 untuk menarik sokongan rakyat...


Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wednesday : Leko-Leko !


Lokasi : Jitra Mall


Menu Utama


Leko Cheezy-Mayo
(My 1st try) 


Catatan Penulis : 

Tak tahu sejak bila kedai ini wujud, cuma baru perasan 2 minggu lepas.. ;)

Photo Ehsan : SINI

Wordless Wednesday : Sekeping Kertas A4



Rangka soalan dalam kertas A4 yang bakal ditaip dalam laptop


MOOD : Pening Buat Soalan Exam (~,~)



Tuesday, October 11, 2011

Qada' Dan Qadar Allah Itu Mampu Kita Ubah

Qada' bermaksud perlaksaan sesuatu perkara mengikut ketentuan azali manakala qadar pula bermaksud ketentuan Allah terhadap apa yang berlaku kepada makhlukNya sejak azali.

Seorang yang lahir sebagai lelaki tidak akan mampu mengubah ketentuan itu sampai bila-bila sekalipun dia melakukan pembedahan menukar jantina kerana yang berubah cuma fizikalnya bukan dalamannya.  Manakala seorang yang lahir bodoh bukan bererti bodoh untuk selama-lamanya. Dengan usaha, dia mampu mengubah dirinya menjadi seorang yang bijak. Dan apa yang kita terima daripada Allah selepas berusaha itulah sebenarnya yang dimaksudkan dengan qadar.

Sambungan : SINI

Segmen : INILAH MUKA BUKU SAYA

Header Tuan Empunya Segmen 

Ini aku punya Fanpage Blog Di Muka Buku (FB) : 




Nak tahu dan join segmen ni, boleh klik : SINI

Monday, October 10, 2011

Permohonan Si Miskin Dan Si Kaya

Nabi Musa 'Alaihissalam memiliki umat yang jumlahnya sangat banyak dan umur mereka pula panjang-panjang. Mereka ada yang kaya dan juga ada yang miskin.

Suatu hari ada seorang yang miskin datang menghadap Nabi Musa 'Alaihissalam. Dia begitu miskin hinggakan pakaiannya kelihatan compang-camping dan sangat lusuh berdebu.

Si miskin itu kemudian berkata kepada Nabi Musa 'Alaihissalam, "Wahai Nabiullah, Kalamullah, tolong sampaikan kepada Allah S.W.T permohonanku ini agar Allah S.W.T menjadikan aku orang yang kaya,".

Nabi Musa 'Alaihissalam tersenyum dan berkata kepada orang itu, "Saudaraku, perbanyakkanlah kamu bersyukur kepada Allah S.W.T,".

Si miskin itu agak terkejut dan kesal, lalu dia berkata, "Bagaimana aku mahu banyak bersyukur, aku makan pun jarang, dan pakaian yang aku gunakan pun hanya satu lembar ini saja..!!". Akhirnya si miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa yang diinginkannya.

Beberapa waktu kemudian seorang kaya datang menghadap Nabi Musa 'Alaihissalam. Orang tersebut bersih badannya juga rapi pakaiannya. Dia berkata kepada Nabi Musa 'Alaihissalam, "Wahai Nabiullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin, terkadang aku merasa terganggu dengan hartaku itu,".

Nabi Musa 'Alaihissalam pun tersenyum, lalu baginda berkata, "Wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allah S.W.T.".

"Ya Nabiullah, bagaimana aku tidak bersyukur kepada Alah S.W.T ? Allah S.W.T telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat. Telinga yang dengannya aku dapat mendengar. Allah S.W.T telah memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan, bagaimana mungkin aku tidak mensyukurinya..??" jawab si kaya itu.  Akhirnya si kaya itu pun pulang ke rumahnya.

Kemudian yang terjadi adalah si kaya itu semakin Allah S.W.T tambah kekayaannya kerana dia selalu bersyukur. Dan si miskin menjadi bertambah miskin. Allah S.W.T mengambil semua kenikmatan-Nya sehingga si miskin itu tidak memiliki selembar pakaianpun yang melekat di tubuhnya. Ini semua karena dia tidak mahu bersyukur kepada Allah S.W.T.

Catatan Penulis :

Allah Taala tidak pernah berhajat kepada makhluk-Nya dan tiada kekurangan apa-apapun pada zat-Nya sekalipun mereka tidak mahu bersyukur di atas segala pemberian.

Firman Allah Taala  dalam Surah Luqman ayat 12 yang bermaksud:

"Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmah kepada Luqman, yaitu: "Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.".

Sunday, October 9, 2011

Cerita Pagi Ahad : Isteri & Rokok

Di suatu pagi Ahad..

Seorang isteri memarahi suaminya usai bersarapan pagi.

"Awak ni kuat sungguh merokok.. Belum sempat pun makanan turun ke perut, dah menyala rokok di mulut awak tu..".

Lalu berkatalah si suami, "Nasib baik saya habiskan duit untuk rokok, kalau habiskan duit untuk perempuan lain, apa awak nak kata..??".

Andai anda di tempat si isteri, apa jawapan yang bakal anda berikan..?? Hehe ;)


Catatan Penulis : 

Sekali-sekala buat entri ringkas ala-ala status FB ni seronok juga sebenarnya..

Saturday, October 8, 2011

Maaf, Aku Tak Suka Ustazah Pilihan..

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Semalam berkesempatan menonton rancangan Ustazah Pilihan di Astro Oasis.. Dan entri ini sebagai respon peribadiku terhadap rancangan itu..

Jujurnya.. Maaf, aku tak suka ustazah pilihan.. Bukan anti rancangan-rancangan bercorak keagamaan, cuma kurang berkenan dengan cara pengelolaannya..

Pertama, perlukah ustazah-ustazah pilihan itu tampil sedemikian rupa (bergincu dan berpembayang mata)..?? Ini rancangan nak tonjolkan pengetahuan Islam atau nak tonjolkan kecantikan wanita Islam..??

Kedua, bukankah suara wanita itu aurat..?? Walau hanya mengalunkan bacaan ayat Al-Quran, tetap menjadi benda yang salah dan berdosa bilamana mengasikkan (menimbulkan syawat) lelaki yang mendengar...

Ketiga, 10 minit sebelum rancangan bermula telah dipertontonkan aktiviti-aktiviti seharian para ustazah pilihan.. Motifnya..?? Lu fikirlah sendiri..

Dan kat bawah pula, petikan kata-kata daripada beberapa orang tokoh agama.. Boleh KLIK untuk tumbesaran...



Gambar Sedut : SINI

Kata-kata mereka mungkin telah memperjelaskan lagi ketidaksukaanku itu.. Jadi tidak perlu aku memperjelaskan dengan panjang lebar lagi.. :)

Dan sebagai penutup entri, aku petikkan kata-kata Abdullah Azzam kepada ibunya dalam dialog Ketika Cinta Bertasbih, "Maaf bu, saya tidak bersedia isteri saya bakal menjadi tontonan jutaan mata lelaki di layar..".

Ramaikan Follower, Dapatkan Pembaca


Nama Blog : Kalam Dari Pondok Tua 

Nama Blogger : to'wan 

Tahun Mula Berblog : 2009 

Jumlah Follower Semasa : 347

Friday, October 7, 2011

Ustaz3x.. ATM Kat Mana..??

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada yang membaca..

Ini semalam punya cerita..

Lepas ambil budak-budak PMR dari pusat peperiksaan, dalam perjalanan pulang kami singgah kat sebuah bandar ( dirahsiakan namanya ) .. Lepas turunkan budak-budak kat sebuah pusat BELI & BELAH, aku terus parking kenderaan dan mencari gerai makan.. Lapar siot...

Sedang menikmati koteow goreng, tiba-tiba...

"Ustaz.. Ustaz.. Ustaz.. ATM kat mana..??" bergegar kawasan gerai makan tu dengan suara beberapa orang anak murid yang menyerbu meja makanku.

Aiyoo, macam mana diorang boleh jumpa port aku ni..?? Ingatkan dah selamat tadi (ini kes takut kena belanja anak murid la) Hehe...

"Straight jer sampai hujung bangunan ni.." sambil jariku menunjukkan arah..

Lepas diorang tinggalkan aku bersendirian kat meja makan, baru aku perasan banyak mata di sekeliling dok perati aku.. Dalam hati, "Apa pandang-pandang, tak pernah tengok USTAZ KACAK ka..??" Alahai, perasan betoi aku ni..

Mungkin penampilanku ketika itu yang menyebabkan mereka sekeliling sedikit tercengang bilamana tiba-tiba ada yang memanggilku ustaz.. Walau aku rasakan time tu, aku pakai biasa-biasa saja; tak kasual & tak formal sangat..  :)

Catatan Penulis :

Seorang ustazku berpesan,

"Jangan kita nilai seseorang itu daripada zahirnya selagimana kita tidak melihat tanda kefasikan padanya iaitu berterusan di dalam DOSA KECIL dan bercita-cita untuk melakukan DOSA BESAR . Kita tidak akan tahu samada seseorang itu berilmu atau jahil sehinggalah dia menuturkan kata..".

Thursday, October 6, 2011

Kunci Hati Itu Sudah Di Tanganmu...

Berkata Imam Al-Ghazali Rahimahullah dalam kitabnya Ma'arij al-Quddus Fi Madarij Ma'rifatin Nafs,

"HATI seseorang itu akan tertutup daripada memperolehi KEBENARAN sehinggalah dia menjalankan usaha yang serius untuk membukanya.."
Jika pintu itu ingin kamu buka,
Pasti ada kunci baginya...
Jika hati itu ingin kamu teroka,
Pasti jua ada kunci yang akan membukanya...


Apakah kuncinya itu..?? Sila baca di : SINI ...

Maka, di saat kunci itu sudah berada di tanganmu,
mengapa masih enggan untuk menghalakan ia ke pintu hatimu..??



Wednesday, October 5, 2011

Bakal Isteriku, Tiada Wang Hantaran Untukmu..

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Entri kali ini mungkin sebagai sambungan kepada entriku yang INI .. Aku pernah berjanji nak sambung, baru kini berkesempatan dan teringat nak menyambungnya.. Huhu

Satu status di FB berbunyi,

" Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran Di Seluruh Semenanjung Malaysia:-

UPSR, PMR/SRP : RM1,000-RM3,000
SPM : RM3,000-RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000
DEGREE : RM12,000-RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000
PHD : RM20,000-RM30,000 "


Respon aku..??

Dari ‘Uqbah bin ‘Amir R.A, Rasulullah S.A.W bersabda, “Sebaik-baik pernikahan adalah yang paling mudah (murah maharnya),”

(HR Abu Daud, Ibnu Hibban, At-Thabrani dan disahihkan oleh Al-Albani).

Dalam Islam, yang menjadi kewajiban bilamana seorang lelaki menikahi seorang wanita ialah mas kahwin bukannya wang hantaran. Jumlah mahar (mas kahwin) pula dilihat atas kemampuan si lelaki dan dipersetujui oleh si wanita. Dan mahar itu adalah milik mutlak si wanita, bukan yang lainnya (termasuk keluarga wanita).

Nah, mengapa disusahkan si lelaki dengan wang hantaran yang tinggi nilainya (sekalipun diharuskan pihak keluarga wanita meminta wang hantaran) jika keluarga wanita mengaku berpegang dengan agama Islam yang mulia..?? Apakah anak perempuan seumpama barangan dagangan sehingga hendak ditetapkan harga..?? Islam itu agama yang mudah.. Maka permudahkan urusan agama termasuk di dalam hal perkahwinan...   

InsyaAllah kahwin nanti, aku hanya nak bagi 10 dinar sebagai mas kahwin untuk bakal isteri, tanpa wang hantaran.. Ada sesiapa sudi..?? ;)

Tuesday, October 4, 2011

Apa Itu Sayang..??

Bila mereka bertanyakan perihal SAYANG, maka ini jawapanku,

Walau bibir tidak pernah terfikir untuk menyatakan sayang..
Namun bila hati senantiasa terfikir; itulah sebenarnya sayang...
Bila kepentingan orang lain; diletakkan melebihi kepentingan sendiri..
Itulah sebenarnya, kasih sejati...



 Rangkap Seterusnya : SINI

Monday, October 3, 2011

Budak-Budak Tahun 80-90an, Rugi Kalau Anda Tiada Pengalaman Ini..!!

Budak-budak yang lahir pada tahun 80/90an mesti ingat masa sekolah rendah dulu: -

* Kat sekolah ada salesman jual buku cerita. Hari ni bagi list, esok minta duit beli walaupun cerita dalam buku tu dah tau. Salesman susu pun camtu gak..

* Kat library, budak-budak memang baca buku tapi hanya tengok gambar je. Bile ada program Nilam, sibuk semua nak pinjam buku..

* RMT kat sekolah makanan tak best, tapi yang berduit pun join RMT, tak faham....

* Pak...Ai ; pensel box yg boleh buka depan belakang, pastu ade sharpener kat tengah-tengahnya..

* Main lawan pemadam, sayang nak guna untuk padam padahal itu fungsi sebenar; untuk padam!

* Pakai pembaris yang bergerigi, kat dalamnya ada air pastu ada benda berkilat dlm air tu..

* Cikgu pakai pembaris kuning panjang. Ada pemegang kat tengah-tengah tapi tak pernah nampak pun cikgu pegang kat situ..

* Bulu ayam jadi ramping sebab sering dijadikan rotan..

* Time pendidikan seni, melukis semua boleh tapi bile time mewarna semua hampeh. Ada gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, apa la...

* Main game 2D (super contra, super mario, street fighter) ; semua pakai tape..

* Jam tangan Boy London jadi idaman, sebab boleh bertukar warna ikut suhu dan cuaca..

* Takut BCG tapi lepas inject poyo la pulak...

* Balik sekolah singgah kedai beli JoJo tak pun Dendang. Tora pon best gak. Beli semata-mata nak mainan, coklat tak makan pun..

* Siri TV Popular : Gaban, Flashman, Maskman, Kesatria Baja Hitam, Ultraman dan sewaktu dengannya...

Catatan Penulis :

Anda tersengih sendirian bila membaca entri ini..?? :) Ingatlah, manusia akan sentiasa berubah, tapi asal-usulnya tetap bermula dari satu tahap yang sama...

Sumber asal : SINI

Sunday, October 2, 2011

Cerita Panas Ustaz Dan Ustazah

Koleksi Cerita Panas Ustaz Dan Ustazah:

1. Ustaz Ni Blogger Kan..??

2. Ustaz Syaitan Itu Sahabatku..

3. Ustazku Tidak Sengal Macam Aku..

4. Blogger Itu Ustazku...

5. Ustazah Plihan, Halal Atau Haram..??

6. Ustazah Kena R@#%n Ramai-Ramai.....

7. Fuyoo.. Ustaz Ni Hensemlah...

8. Bila USTAZ Pun Peminat NOVEL CINTA...

9. Minyak Wangi USTAZ

10. Ustaz Facebook

** Sila KLIK yang mana berkenan di hati.

Catatan Penulis:

Sekadar perkongsian entri-entri yang menggunakan kata kunci USTAZ & USTAZAH yang menjadi antara penyumbang trafik tertinggi ke blog ini. Kepada yang mengharapkan cerita panas (18SX), maaf ini bukan entri yang anda cari... :P  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts