Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Thursday, September 19, 2013

Malaikat ISRAEL Ustaz...

Pada itu di dalam kelas tauhid...

Ustaz, "Baik sekarang ustaz nak tanya kamu semua tugas-tugas para malaikat.. Abu apakah tugas malaikat Mikail..?"

"Menguruskan rezeki makhluk ustaz.." jawab Abu.

Ustaz, "Bagus Abu.. Ali, malaikat yang mencabut nyawa pula namanya siapa..?"


Jawab Ali dengan penuh konfiden, "Malaikat Israel ustaz..."

"Ali.. Ali.. Ali.." ustaz menggeleng-gelengkan kepalanya seraya tersenyum.

Ustaz menyambung bicara, "Ali.. Malaikat yang mencabut namanya Izrail, bukannya Israel.. Israel tu bukannya malaikat, bahkan lebih dahsyat ianya adalah syaitan..."

"Syaitan ustaz..? Bukankah Israel tu nama negara..?" soal seorang pelajar kehairanan.

"Anak-anak murid sekalian, ya Israel itu memang nama negara, tetapi negara yang ditubuhkan secara haram. Israel sepanjang penubuhannya, berapa ramai nyawa penduduk Palestin telah dikorbankan..? Berapa ramai penduduk Palestin terpaksa menjadi pelarian di negara sendiri gara-gara kekejaman Israel..? Manusia bila baik, kita panggilnya malaikat.. Tetapi bila jahat kita panggilnya syaitan..." jelas ustaz.

Soal pelajar yang lain, "Tetapi bukankah terlalu melampau manusia kita panggil dengan gelaran syaitan..?"

Jawab ustaz, "Dalam ilmu tauhid, syaitan pada sudut bahasa bererti setiap unsur yang keji yang terdapat pada manusia, jin dan binatang . Maka disebut makhluk yang ingkar terhadap Tuhannya dengan lafaz syaitan juga thoghut sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisa' ayat 76 yang bermaksud:

"Orang-orang yang beriman itu berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir (pula) berperang di jalan thoghut, sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah,".

Dan panggilan ini (syaitan) menjadi kebiasaan untuk merujuk kepada sikap yang buruk dan terkeji dalam diri manusia. Dan panggilan thoghut pula bagi merujuk pada orang-orang melampaui batas dan mengingkari perintah Allah S.W.T.".

Pelajar-pelajar menganggukkan kepala dengan penjelasan ustaz.

***

Tuesday, September 17, 2013

Ulamak.. Antara Menghormati Dan Memaksumkan...

Ramai beranggapan, bila seorang itu title (gelarannya) ulamak, dia tidak boleh lansung dikritik.. Mengkritik ulamak, bererti menghina Islam itu sendiri.. Kerana ulamak ini pewaris nabi; penerus perjuangan para nabi yang telah diutuskan Allah...

Hakikatnya..

Ulamak tetap manusia biasa.. Walau mereka pewaris ajaran para rasul, mereka tetap tidak mewarisi kemaksuman para rasul.. Dalam erti kata, terkadang mereka juga tidak lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan dalam berfatwa mahupun mengemukakan pandangan...


Persoalannya...

Bila ulamak melakukan kesilapan, adakah mereka langsung tidak boleh diritik secara terbuka? Adakah teguran itu perlu secara tertutup? Sedang sejarah telah membuktikan, Saidina Umar Al-Khatab sendiri pernah ditegur dikhalayak ramai oleh seorang wanita apabila berfatwa dalam menetapkan mahar untuk wanita yang ingin berkahwin...

Kata aku...

Ulamak tetap perlu dihormati sesuai dengan kedudukan ilmu dan kedudukannya di sisi Allah S.W.T. Namun yang dilarang ialah kita memaksumkan peribadi mereka maupun kata-kata mereka.. Ulamak tetap ulamak, takkan terangkat darjat mereka semaksum para nabi walau berapa tinggi ilmu mereka..

Oleh itu, kita yang mengaku menghormati ulamak jangan mudah melenting bila ada segelintir pihak mengkritik para ulamak.. Namun perlu dinilai terlebih dahulu atas dasar apakah kritikan itu dikemukakan..? Adakah ianya atas kepentingan peribadi? Atau atas dasar sayangkan Islam dan ulamak itu sendiri?

Sayang ulamak bukan bermaksud kita menafikan ulamak itu untuk dikritik.. Kritik ulamak itu terkadang perlu, asal jangan melampaui batas serta adabnya.. Peri pentingnya, kritiklah ulamak jika ianya untuk kebaikan ummah.. Namun tinggalkankanlah jika ianya hanya sekadar syok sendiri atau kerana ingin mencari publisiti..

Ya... Tanpa ulamak, mana mungkin ajaran Islam itu sampai kepada kita pada hari ini...

***

Thursday, July 18, 2013

Khatam Al-Quran VS Tadabbur Al-Quran Di Bulan Ramadhan

Assalamu'alaikum & Salam Ramadhan Kareem..

Sudah lama blog ini tidak to'wan update @ kemaskini.. Dek pagi ini ada sedikit masa terluang, maka to'wan terasa nak nukilkan sesuatu....

Bila Ramadhan..

Ramai manusia berlumba-lumba untuk jadi baik.. Aurat yang didedahi, kini ditutup rapi.. Mulut yang saban hari dok umpati, kini dikunci.. Masjid yang lama sunyi, kini dipenuhi... Pendek kata, kalau boleh nak jadi 100% muslim sejati di bulan Ramadhan ni...

Dalam pada tu..


Al-Quran yang sudah lama debu memenuhi, kini mula disentuh & dibaca kembali.. Ramai yang menyimpan azam untuk khatam paling kurang pun sekali bila berakhir Ramadhan nanti..

Cuma satu hal bermain-main di fikiran to'wan, "Antara khatam Al-Quran & tadabbur Al-Quran di bulan Ramadhan, yang mana sebenarnya banyak manfaat untuk diri kita..??"

Bila baca Al-Quran, faham atau tidak, kena hukum tajwid & makhraj huruf atau tidak, tetap Allah akan bagi 10 pahala untuk setiap huruf.. Sebab tu ramai yang berlumba-lumba untuk khatam Al-Quran...

Bila tadabbur Al-Quran pula, paling kurang kita akan faham makna setiap ayat yang dibaca.. Cuma lambat la nak khatamnya....

Sekadar pandangan to'wan...

Tadabbur Al-Quran ni sebenarnya lebih banyak manfaatnya untuk diri berbanding kita nak khatam Al-Quran di bulan Ramadhan; bukan saja dari segi faham makna bahkan dari segi pahalanya.. Bila kita faham makna setiap kalimah Al-Quran, secara tidak langsung akan timbul keazaman dalam diri untuk beramal dengannya.. Bila timbul ketidakfahaman pula, kita akan cari orang yang ahlinya untuk menghuraikannya pada kita... 

Berbanding dengan bila baca Al-Quran tanpa faham maknanya.. Dari segi pahala bacaan kita dapat tapi daripada segi manfaat untuk diri, adakah ianya menguntungkan..??

Sebab tu tak salah kot kalau to'wan nak kata lagu ni...

Bila masuk Ramadhan, ramai berubah menjadi MALAIKAT..
Bila keluar Ramadhan, ramai kembali menjadi SYAITAN...


Puncanya sebab kita tak pernah pun nak ambik iktibar & pengajaran dari ayat-ayat yang dibaca sepanjang Ramadhan itu.....

Monday, October 8, 2012

Kad Ucapan 'Rasuah' ...

Assalamua'laikum dan selamat sejahtera..

Hari ini pagi-pagi lagi to'wan dah dapat kad ucapan daripada anak murid.. Kat bawah ni to'wan snap fotonya untuk tatapan anda pembaca..

 KLIK FOTO UNTUK TUMBESARAN

Membaca kad ini, menyebabkan to'wan terfikir..

Ramai di kalangan kita selalu meminta maaf untuk diri sendiri, namun berapa ramai sudi meminta maaf untuk orang lain..??

Ramai di kalangan kita selalu berdoa untuk kejayaan diri sendiri, namun berapa ramai sudi berdoa untuk kejayaan orang lain..??

Tepuk dada, soal diri.. Lalu golongan ramai yang manakah kita ingin jadi..??

Buat semua anak didik yang bakal menduduki PMR (bermula esok), SPM juga Peperiksaan Akhir Tahun, to'wan doakan kejayaan kalian.. Istiqomahlah dengan solat fardhu, serta sulamilah dengan solat-solat sunat..

Selalulah berdoa dengan doa,

"Ya Allah.. Jadikanlah aku dari kalangan orang-orang yang berjaya di dalam ujian dunia serta akhirat..,"

Erm sebenarnya to'wan tak anggap pun kad ucapan itu sebagai 'rasuah' untuk ambil hati cikgu.. Sebab tanyalah mana-mana guru di dalam dunia ini, tiada seorang pun yang inginkan anak muridnya gagal dalam kehidupan...

Friday, October 5, 2012

Tazkirah Jumaat : Mengapa Tempoh Masa Mengandung Disebut Dalam Kitab Feqah

Firman Allah Ta'ala  yang bermkasud :

"(Ibu) mengandung dan menyusunya dalam tempoh masa tiga puluh bulan," (Al-Ahkhaf:15).

Ayat ini menjadi dalil kepada Ibnu Abbas R.A dan para ulama' yang mengikutinya bahawa sekurang-kurangnya masa mengandung itu ialah enam bulan. Ini berdasarkan kepada ayat lain yang bermaksud :

"Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan kesulitan yang amat sangat dan menyusunya dalam tempoh dua tahun," (Luqman:14).

Ini bererti jika seorang wanita itu menyusui anaknya sehingga berumur dua tahun bermakna dia telah telah menyusukan anaknya selama 24 bulan. Maka tempoh 30 bulan bagi mengandung dan menyusu dalam ayat pertama apabila ditolak dengan tempoh 24 bulan penyusuan dalam ayat kedua, memberi maksud sekurang-kurang tempoh mengandung itu ialah 6 bulan. Dan inilah pendapat yang dipegang oleh kebanyakan ulama' terutamanya dari mazhab syafie'.

Gambar Hiasan

Mengapa pula tempoh masa mengandung dimasukkan dalam kitab feqah?

Perkara ini dijadikan hukum antaranya ialah untuk menyelesaikan masalah dakwaan anak. Umpamanya seorang lelaki atau suami mendakwa bahawa anak dalam kandungan isterinya itu bukan anaknya, maka penyelesaiannya ialah dengan mengira tempoh masa pernikahan sehingga tempoh dia mengandung dan melahirkan anak.

Pembacaan Penuh : SINI

Wednesday, October 3, 2012

WW : Buat Apa Nak Dibangga Sangat Dengan Nama Allah Kat Lembu Tu...

 Lembu Dengan Nama Allah

 Lembu Dengan Lambang Salib

Lembu Dengan Tanda 'Om' Tuhan bagi agama hindu


Coretan To'Wan :

Hanya nak bawa pembaca semua berfikir sejenak..

Kita sebagai umat Islam pasti berbangga dengan gambar pertama di atas.. Dan selalu ramai di kalangan kita akan bercakap-cakap dengan, "Tengok betapa benarnya Islam.. Sampai nama Allah pun terdapat pada makhluknya..

Namun, jika gambar kedua dan ketiga didatangkan bersama, di manakah lagi kebanggaan kita itu..??'

Hanya kalam ringkas dari to'wan, "Mulianya Islam bukan kerana berapa banyak nama Allah yang wujud pada makhluknya.. Akan tetapi mulianya Islam dengan umatnya yang senantiasa teguh mempertahan serta beramal dengannya..."


Thursday, September 27, 2012

Kisah Suami Mengandung..

Tersebut al-kisah, terdapat terdapat sepasang suami isteri yang tinggal nun jauh di hujung sebuah kampung. Walau telah lama berkahwin, mereka belum juga dikurniakan cahaya mata. Ini kerana si suami merupakan seorang yang garangnya mengalahkan harimau mahupun singa. Maka sudah tentulah menyukarkan proses 'manja-bermanja' antara keduanya dek si isteri yang fobia untuk mendekati si suami..

Ditakdirkan Allah, si suami ditimpa penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya. Dia selalu muntah-muntah. Selera makannya juga berkurang. Si isteri berasa kasihan dengan suaminya,namun apakan daya dia hanya mampu membiarkan saja.. Ini kerana bila dia cuba mendekati, si suami masih selalu marah-marah walau dalam keadaan sakit.

Pagi itu..

Si suami bersendirian menaiki motorsikal menuju ke klinik kerajaan yang letaknya 30km dari rumah. Dia diperiksa oleh doktor yang bertugas. Namun doktor masih gagal mengenalpasti penyakit yang menimpanya. Maka dia telah diminta untuk memberikan sampel air kencing untuk dianalisis.

Di klinik, pundi kencingnya tiba-tiba 'tersekat'. Tiada langsung air kencing yang mampu dikeluarkan. Maka doktor telah memintanya untuk membawa pulang bekas yang diberikan dan datang semula keesokan harinya bersama-sama bekas berisi air kencing.

Pada malam harinya..

Si suami tidur 'mati' di atas katil. Si isteri masuk perlahan-lahan ke dalam bilik. Begitulah kebiasaannya saban malam. Dia akan hanya masuk ke dalam bilik untuk tidur di atas katil bersebelahan si suami setelah suaminya tidur dan bangun keesokkan harinya sebelum suaminya terjaga.

Tiba-tiba...

Kakinya tersepak sesuatu. Si isteri meraba-raba dalam gelap. Tangannya menyentuh sejenis cairan di atas lantai. Tangannya dirapatkan ke hidung dan wajahnya tiba-tiba berubah.Pasti esok dia akan 'dikerjakan' oleh si suami dek menumpahkan air kencing di dalam bekas untuk di bawa ke klinik esok.

Otaknya ligat berfikir. Sesuatu mesti dilakukan. Lalu ilham datang menjelma. Si isteri tersenyum sendirian. Ya, dia akan melakukan seperti yang terlintas itu...

Esoknya di klinik..

Setelah memberikan sampel air kencing di makmal klinik, si suami menunggu dengan penuh debar. Tidak berapa lama selepas itu, doktor memanggilnya untuk masuk ke dalam bilik rawatan.

Si suami, "Apa penyakit saya doktor..??".

Doktor, "Ajaib.. Ajaib.. Ajaib.. Sepanjang saya menjadi doktor, belum pernah terjadi perkara sebegini...".

Si suami, "Kenapa doktor..??".

Doktor, "Tahniah, encik disahkan mengandung 2 bulan..."


Gambar Hiasan

Si suami yang mendengar kata-kata doktor itu terus jatuh daripada kerusi lalu terus pengsan...

Dan kebenaran ceritanya..

Si suami sebenarnya tiada sebarang penyakit misteri. Cuma dia sebenarnya 'dipilih' oleh Allah untuk merasai alahan si isteri yang mengandung. Dan hikmah daripada peristiwa itu juga, si suami mula berubah sikap menjadi lebih baik..

Dan misteri dari mana datangnya gantian air kencing di dalam bekas itu kini terjawab sudah...


Catatan To'Wan :

Sesungguhnya kalau isteri bersalah pun, tangan suami yang diangkatkan bukan cara utama untuk mendidik pasangan. Sesungguhnya Islam sendiri jelas menyatakan yang demikian sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisa' ayat 34 yang bermaksud :

"Wanita-wanita yang kamu khuatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."

Tuesday, September 25, 2012

Kisah Malas Solat

Pada suatu petang...

Lelaki,  "Saya sakit ustaz, macam mana nak solat?"

Ustaz, "Solat macam biasa, berdiri kalau mampu."

Lelaki, "Kalau saya tak mampu berdiri?"

Ustaz, "Duduk pun boleh."

Lelaki, "Duduk pun saya tak boleh, ustaz."

Ustaz, "Baring pun tak apa."

Lelaki, "Baring pun saya tak mampu dah."

Ustaz, "Guna isyarat je lah kalau macam tu."

Lelaki, "Nak guna isyarat pun saya tak boleh dah. Macam mana, ustaz?"

Ustaz, "Biar orang lain solatkan."

"Wah, boleh ker macam tu ustaz? Biar betul?" soal lelaki dengan penuh minat dan teruja.

Ustaz, "Ya betul. Kalau dah semua tu tak boleh buat, maknanya dah layak lah awak untuk dikuburkan".
"
Eh, tiba-tiba saya boleh solat berdiri ustaz..!!" kata lelaki sambil senyum kelat.


APA LAGI ALASAN KITA UNTUK TIDAK BERSOLAT..??

Catatan :

"Perbezaan di antara kita (orang Islam) dan mereka (orang kafir) ialah meninggalkan sembahyang. Sesiapa yang meniggalkan sembahyang, bererti dia telah kafir." (HR Ahmad dan Ashabus Sunan).
 

Monday, September 24, 2012

Seni Kepengikutan a.k.a The Art of Followership...

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Petang kelmarin selamat tiba di teratak sendiri setelah 2 hari 3 malam berkelana a.k.a berkursus di Langkawi.. Masih dalam mood sedikit keletihan tapi hari ni tetap kena kembali menjalankan tugas.. Huhu

Sebelum terlupa, inilah pihak yang menjadi moderator untuk program yang to'wan ikuti tu : SINI..

Dan pagi ni to'wan nak kongsi dua falsafah yang to'wan dapat dengan pembaca semua...

Falsafah Pertama : Untuk Menerima Kita Perlu Terlebih Dahulu Perlu Memberi...

Kata-kata to'wan, "Berapa ramaikah di kalangan kita yang sanggup memberi terlebih dahulu untuk menerima hasilnya..?? Kalau ada pun, ramai yang lebih suka mendapat hasil tanpa perlu mengeluarkan modal.." 

Falsafah Kedua : The Good Leadership is A Good Follower...


Kata-kata to'wan, "Berapa ramaikah di kalangan kita yang sanggup menjadi pengikut bila tidak dipilih untuk menjadi ketua..?? Kalau ada pun, ramai yang lebih suka memberontak dalam diam bila timbul ketidakpuasanhati..."

Pembaca semua, ada yang nak berkongsi pandangan dan pengalaman dengan to'wan tentang kedua-dua falsafah ini..??

Friday, September 14, 2012

Tazkirah Jumaat : Rukuk Mampu Mecegah Kebongkokkan..

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Saidina Ali Karamallu Wajhah menceritakan bagaimana perlunya belakang lurus ketika rukuk. Seandainya segelas air diletakkan di atasnya, air itu tidak akan tumpah sedikit pun. 

Dalam pergerakan rukuk, dua kaki yang sedikit bengkok ke belakang dan badan yang membongkok ke depan dan lurus dapat mengurangkan tulang pinggul yang senget pada bahagian tulang belakang, sekaligus menjaga agar belakang tetap lurus.


Manusia umumnya akan membongkok ke depan bila semakin meningkat usianya. Hal ini merupakan perkara biasa kerana manusia umumnya melihat ke arah hadapan dan juga arah bawah. Jadi dengan melakukan pergerakan turun dan naik dari rukuk, berupaya untuk mengatasi masalah bongkok.

Pembacaan lanjut : SINI


Thursday, September 13, 2012

Membuat Pilihan Itu Satu Penghormatan..

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada semua yang membaca..

Topik bicara to'wan hari ini, "Membuat Pilihan Itu Satu Penghormatan.."

Ramai di kalangan kita tidak suka membuat pilihan kerana takut salah dalam memilih.. Ada yang mengganggap membuat pilihan itu satu bebanan dan ramai pula yang ingin hidup tanpa membuat pilihan.. Ya, manakan tidaknya.. hendak makan pun perlu dibuat pilihan...


Namun sedarkah kita bahawa membuat pilihan sebenarnya satu penghormatan buat diri..??

Ini kerana kemampuan untuk membuat keputusan yang baik dan tepat memberi kita satu perasaan bahawa kita menghargai diri.. Kita terpaksa membuat keputusan berdasarkan pilihan-pilihan yang sedia ada dan kadangkala pula kita perlu membuat keputusan untuk orang lain..

Membuat keputusan untuk orang lain pula sudah tentunya lebih sukar berbanding membuat keputusan untuk diri sendiri.. Walau demikian, keupayaan serta kebijaksanaan kita dalam membuat keputusan itu memungkinkan kita dijadikan tempat rujukan oleh mereka disekeliling. Dan ketahuilah, kemahiran membuat pilihan ini tidak semua orang memilikinya.. Jadi, rasalah bertuah dengan  apa yang ada pada diri..

Cuba bayangkan pula, jika kita senantiasa ragu-ragu dalam membuat keputusan, membuat pilihan dengan terburu-buru tanpa berfikir panjang, apakah kita akan dicari oleh sesiapa yang ingin meminta bantuan..?? Sudah tentu tidak bukan..??

Lebih malang lagi, apabila disyorkan nama anda, ada yang berkata sebegini , "Daripada aku minta pertolongan si pulan, lebih baik aku fikir sendiri.. Tolong macam tak tolong saja.."

Adakalanya, kita tidak senantiasa betul dan tepat dalam membuat pilihan.. Dan inilah risiko yang perlu dihadapi.. Tapi adakah kita lebih suka tunggu dan lihat, daripada membuat keputusan dek tak mahu menanggung risiko..?? Jangan tertipu dengan diri, tunggu dan lihat juga antara cara kita menempah risiko...

Oleh itu, buatlah pilihan walau risiko menanti di hadapan.. InsyaAllah dengan membuat keputusan, natijah yang menanti lebih manis buat diri.. Jika timbul ragu-ragu, mintalah pertolongan kepada Ilahi dengan istiqarah dan berdoa.. Andai setelah membuat keputusan hasilnya bukanlah paling terbaik buat diri, yakinlah ia tetap kurniaan Ilahi.. Kerana Dia tidak pernah memberi apa yang kita harapkan, tapi memberi apa yang kita perlukan..

Maka biasakan diri membuat pilihan, kerana ia penghormatan buat diri..!! 

***

Saturday, September 8, 2012

Satu Keluarga Pencuri...

Jom pakat layan video ni dulu...



Amacam..?? Terbaik dari ladang dak..??

Satu masa dulu, sejahat mana pun sesorang tu tetap dia akan sembunyikan kejahatannya dari orang lain; terutama keluarga sendiri.. Di masa sekarang, nak buat kejahatan siap angkut keluarga lagi..

Inilah sebahagian tanda yang to'wan rasa kita dah berada di akhir zaman.. Lelaki tidak ramai lagi yang berperanan sebagai pelindung keluarga bertepatan dengan apa yang Nabi sebut dalam hadis baginda..

Dari Anas bin Malik, Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Antara tanda hari kiamat ialah ilmu semakin sedikit dan kejahilan semakin banyak, zina akan menjadi berleluasa, wanita semakin ramai dan lelaki semakin kurang sehinggakan 50 wanita hanya dilindungi oleh seorang lelaki.” (HR Al-Bukhari&Muslim)

Sama-samalah pakat bermuhasabah diri; terutama buat kita-kita yang berjantina lelaki.. Takkan nak heret satu keluarga terjun neraka kot..??

Thursday, August 30, 2012

Rezeki Itu Milik Allah, Bukannya Manusia...

Assalamu'alaikum dan selamat pagi kepada semua yang membaca..

Masih dalam mood KESIBUKAN memandangkan esok bakal bermulanya Karnival Usahawan Muda (KLIK), tapi to'wan tetap juga curi sedikit masa untuk kemaskini blog.. Hehe

Gambar kat atas tu antara program yang diaturkan sempena Karnival Usahawan Muda.. Memandangkan program ini khusus untuk pelajar, maka penglibatannya turut melibatkan alumni (bekas pelajar).. Jadi, saja to'wan nak war-warkan tentang beberapa orang Alumni MADI yang kini telah bergelar tukang masak a.k.a chef...

Sepuluh tahun yang lalu, kata-kata ini pernah beberapa jiran lemparkan kepada ayah to'wan..

"Hang hantar anak pi ngaji sekolah agama rakyat, esok besaq nak kerja apa..?? Orang belajar agama ni bukan ada masa depan...".

Ini mungkin bukan pengalaman to'wan seorang, malahan ramai dari kalangan mereka yang beraliran agama pernah mempunyai pengalaman yang serupa...

Alhamdulillah, hari ini to'wan dah buktikan...

Walau to'wan tak kerja dengan kerajaan, gaji pun tidak sebesar mana, sekurang-kurang kehidupan tidak menyusahkan orang lain, tidak bergelendangan di tepi jalan serta tak perlu berhutang untuk belanja seharian.. Berkatnya rezeki bukan bila ianya banyak, tapi walau sedikit memenuhi keperluan...

Dan yang to'wan nak sebut juga, banyak pelajar lepasan sekolah to'wan sendiri yang hari ini kerjanya hebat-hebat, baik di sektor swasta mahupun di sektor kerajaan hinggakan ada yang bergelar pensyarah dan ahli perniagaan.. Ya... Mereka ini satu masa dahulu pernah bergelar 'Pelajar Sekolah Agama Rakyat'..

Oleh itu yakinlah bahawa rezeki itu milik Allah, bukannya manusia.. Peri penting, betaqwa serta bertawakallah kepada Allah sesudah berusaha, sesuai dengan firman-Nya yang bermaksud :

"Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu," (At-Thalaq:2-3).

To'wan memohon izin mengundur diri, moga ketemu lagi di lain coretan...

Friday, July 27, 2012

Tazkirah Jumaat : Beriman Dengan Jin

Menyakini tentang kewujudan jin hukumnya adalah wajib. Sesungguhnya telah datang satu surah daripada surah-surah Al-Quran yang dinamakan dengan surah al-jin pada juzuk ke-29 dengan diceritakan dengan jelas di dalam surah ini akan perihal jin. Oleh yang demikian, dianjurkan kepada kita membaca surah ini beserta dengan tafsirannya.


Meskipun demikian, sebahagian daripada ahli-ahli falsafah mendakwa, "Adalah yang dimaksudkan dengan jin itu adalah unsur-unsur jahat dalam diri manusia, sebagaimana yang dimaksudkan dengan malaikat ialah unsur-unsur baik dalam diri manusia bukanlah jin itu benda yang bernyawa".

Firman Allah Taala dalam surah al-ahqaaf ayat 29 yang bermaksud :

"Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan sekumpulan jin kepadamu (Muhammad) yang mendengarkan Al Quran, maka tatkala mereka menghadiri pembacaan (Al-Quran) lalu mereka berkata: "Diamlah kamu (untuk mendengarkannya)." Ketika pembacaan telah selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan,".


Artikel Penuh : SINI


Monday, July 23, 2012

Peliknya Ramadhan...

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Dua tiga hari kebelakangan, saja to'wan sunyikan blog ini dari sebarang entri sempena kedatangan Ramadhan..  Dan dikesempatan ini belum terlewat kiranya untuk to'wan ucapkan "Salam Ramadhan Al-Mubarak serta selamat menjalani ibadat puasa..".

Ramadhan tahun lepas, ada to'wan naikkan entri INI (klik) yang menceritakan tentang kepelikan-kepelikan yang hanya berlaku di sepanjang Ramadhan.. Maka kali ini, entri ini sebagai tambahannya...


Peliknya Ramadhan, ramai manusia berpusu-pusu ke tempat sembahyang untuk bertarawikh dengan 8 mahupun 20 rakaat tapi berakhirnya Ramadhan muka mereka hilang entah ke mana...

Peliknya Ramadhan, ramai manusia berderet-deret ke Bazar Ramadhan untuk membeli beraneka juadah untuk berbuka tapi berapa banyak yang diberikan kepada fakir miskin sebagai sedekah...

Peliknya Ramadhan, ramai manusia mampu bangun awal untuk bersahur tapi tidak mampu bangun awal untuk bersolat subuh & berqiyamullail di bulan-bulan yang lain... 

Peliknya Ramadhan, ramai manusia sanggup berlapar dahaga selama seharian, tetapi hati turut dibiarkan dahaga tanpa dilazimi dengan tilawah serta tadabbur Al-Quran...

Peliknya Ramadhan, ramai manusia mampu berjaga malam untuk mencari lailatulqadar, tetapi berapa ramai yang mampu berjaga malam menjaga ibu-bapa yang sakit...


Sekadar itu dulu coretan to'wan sempena permulaan Ramadhan ini, jika anda pembaca ada tambahan untuk 'Peliknya Ramadhan...' , sudi-sudikanlah untuk meninggalkan komen...

Tuesday, July 17, 2012

Masterchef Selebriti, Menyerlahkan Karakter Sebenar Diri...

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Semalam Masterchef Selebriti Malaysia 2012 melabuhkan tirainya dengan Dr Fazley Yaacob dinobatkan selaku juaranya.. Tahniah to'wan ucapkan walau kemenangan ini mungkin sudah dijangka oleh ramai pihak..

Lagi kisah beliau, klik SINI ...


Cuma yang to'wan dok perati tengok...

Antara sedar mahupun tidak, di dalam proses memasak selain tangan yang bekerja untuk menyediakan hidangan, otak juga turut bekerja di dalam proses memasak.. Maka disinilah kita dapat melihat peperangan di antara selebriti dengan emosinya sendiri.. Disinilah atitude selebriti akan terserlah...

Jika dalam drama, mungkin mereka boleh berlakon tapi bila di dapur, ianya bukannya lakonan.. Maka dengan program Masterchef Selebriti ini, disamping para peminat dapat melihat selebriti kesayangan mereka memasak di dapur, ia juga dapat menyerlahkan karakter sebenar selebriti itu...

Dan Dr. Fazley antara salah seorang selebriti yang to'wan puji karekter diri serta atitudenya bermula dari awal sehinggalah berakhirnya program realiti masakan ini.. Bersesuaian dengan statusnya selaku seorang perunding motivasi..

Sekadar ini dahulu celoteh to'wan.. Cuma sesiapa yang lepas ni rasa hendak mengorek karekter diri sesorang, bolehlah gunakan KAEDAH MEMASAK.. Sesuai sangat.. Huhu..

Friday, July 13, 2012

Tazkirah Jumaat : Menepati Janji...


Menepati janji merupakan antara sifat seorang mukmin sedang memungkirinya merupakan sifat orang munafik. Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud :

"Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga : Apabila bercakap dia berbohong, dan apabila berjanji dia memungkiri, dan apabila diberi amanah dia mengkhianati," [HR Bukhari].

Apabila dihukumkan dengan munafik, maka ia termasuk di dalam dosa-dosa besar dan di akhirat kelak akan diazab. Firman Allah Taala yang bermaksud :

"Sesungguhnya jika tidak berhenti orang-orang munafik, orang- orang yang berpenyakit dalam hatinya dan orang-orang yang menyebarkan berita bohong di Madinah (daripada menyakitimu), nescaya Kami (Allah) perintahkan kamu (untuk memerangi) mereka, kemudian mereka tidak menjadi tetanggamu (di Madinah) melainkan dalam waktu yang sebentar," [Al-Ahzab:60].

Pembacaan Penuh : SINI

Friday, July 6, 2012

Tazkirah Jumaat : Hukum Percaya Nabi Sesudah Muhammad


Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:

“Muhammad itu bukanlah ayah dari salah seorang lelaki di antara kamu. Akan tetapi, dia adalah utusan Allah dan penutup nabi-nabi. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu,” [Al-Ahzab:40].

Imam Ibnu Katsir Rahimahullah di dalam kitab tafsirnya menjelaskan bahawa ayat ini menjadi dalil yang kuat lagi teguh bahawa tiada lagi nabi yang akan dibangkitkan sesudah baginda. Maka para ulama' berpandangan jika seseorang itu memperlekeh, memperolok serta menolak sebahagian daripada isi kandungan Al-Quran, dihukumkan dirinya dengan kafir atau murtad serta imannya dikira batal. Ini kerana sebahagian ulama' tidak membezakan di antara hukum kafir dan murtadnya kerana kedua-dua golongan ini tidak beriman dengan Allah S.W.T. Cuma dibezakan pada situasi & masa; iaitu kafir ialah orang yang belum masuk Islam sedang murtad ialah orang yang berpaling (keluar) dari Islam.

Pembacaan Penuh : SINI

Friday, June 22, 2012

Tazkirah Jumaat : Fatwa Mufti Boleh Ditolak

Wajib meninggalkan fatwa mufti itu jika ia hanya berupa pandangan semata-mata tanpa disandarkan pada sebarang dalil syarak dan pada masa yang sama timbul keraguan pada yang mengambil fatwa itu. Ini kerana fatwa pada keadaan ini hanya berupa nilaian zahir mufti, bukannya takwa mahupun wara'.

Imam An-Nawawi Rahimahullah pula menyatakan pada permasalahan ini sebagaimana berikut,

"Sesuatu hadiah yang diberikan kepada kamu oleh seorang yang kebanyakan hartanya adalah haram dan jiwa kamu tidak yakin terhadap halalnya hadiah tersebut, sedangkan mufti menmfatwakan kepada kamu halal memakannya, maka sesungguhnya fatwa itu tidak dapat menghilangkan syubhat...".

Sambungan : SINI

Thursday, June 21, 2012

Istinjak (Bersuci) Dengan Kertas Pasir...

Dalam sebuah kelas...

"Pelajar sekalian, hari ini kita semua akan belajar tentang istinjak.. Tahukah kamu apa itu istinjak..??" kata ustaz memulakan sesi pembelajaran.

"Tak tahu ustaz..." jawab pelajar serentak.

"Baiklah. Pelajar semua, istinjak itu maksudnya membersihkan kencing ataupun berak dengan menggunakan air atau 3 ketul batu serta lebih. Paling afdhal (dituntut) , ia menggabungkan kedua-duanya sekali iaitu dimulai dengan batu, kemudian diikuti dengan air. Jika ingin memilih pula, maka dahulukan penggunaan air...bla..bla..bla......" jelas ustaz memberikan penerangan dengan panjang lebar.


15 minit selepas itu...

"Sekarang ustaz nak kamu semua berikan contoh benda kesat yang boleh digunakan bagi menggantikan batu dalam berintinjak.. Setiap orang mesti contohnya berlainan antara satu dengan yang lain.." pinta ustaz..

"Tisu, ustaz.." kata Aminah.

"Bagus Aminah.." sahut ustaz.

"Ranting kayu, ustaz.." kata Siti.

"Ya, betul Siti..." kata ustaz kembali.

"Gesel kat kulit pokok, ustaz.." kata Syukri pula.

Ustaz tersenyum sambil berkata, "Betul jawapan kamu tu Syukri, tapi pastikan kulit itu ditanggalkan terlebih dahulu dari pokoknya.. Nanti tak pasal-pasal, hadas kamu yang terangkat, orang lain pula kena cuci najis sebab terpegang pokok yang kamu gesel tu..".

Tiba-tiba....


"Kertas pasir tak boleh ka ustaz..?? Kesat juga kan..??" soal Afif yang memang terkenal dengan nakalnya itu.

Ustaz bermonolog sendiri, "Afif ni nak kenakan aku rupanya...".

"Boleh saja nak intinjak dengan kertas pasir.. Tapi kalau selepas tu jadi berkematu kat tempat kamu istinjak tadi, sendiri tanggung la..." ustaz memberikan jawapannya sambil disambut dengan gelak-ketawa pelajar memenuhi kelas.

Anak murid sengal.. Ustaz lagi la sengal... Haha


Catatan Penulis :

Seninya ilmu di dalam Islam, dari sekecil-kecilnya mahupun sebesar-sebenar perkara, semuanya ada dibicarakan di dalam Al-Quran & Hadis Nabawi kemudian diteruskan oleh generasi ulama' terutamanya dalam bab ibadat... Hinggakan dalam satu kitab feqah karangan Syeikh Daud Al-Fatoni, beliau ada memasukkan permasalahan orang yang terbuka auratnya dalam solat disebabkan seekor monyet yang masuk ke dalam masjid.. Nampak lucu, tapi tidak mustahil akan berlaku bukan...?? :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts