Thursday, April 26, 2012

Blog Pilihan : RafiQa

 


KLIK BANNER UNTUK KE BLOG

Review Dari Aku :

Blog ini memaparkan perkaitan isu-isu semasa, hiburan, petua serta tip... Peri penting, blog ini simple saja dan kurang daripada widget-widget yang akan melambatkan proses loadingnya...

Thursday, April 19, 2012

Jam Suria..

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca...

Hari itu disebabkan adik lelakiku hanya akan selesai temuduga (SINI) petang dan kami pula kena check out dari homestay sebelum pukul 2.00 petang, maka aku dan keluarga buat keputusan untuk bersiar-siar dahulu...

Dan destinasinya... Kompleks Sejarah Pasir Salak, Perak....


Pintu masuk Kompleks Sejarah Pasir Salak..
Gambar aku sedut dari GOOGLE saja...

Buat pengetahuan pembaca semua, tempat ini dibina pada tahun 1990 atas inisiatif Tan Seri Ramli Ngah Talib, Menteri Besar Perak ketika itu di bawah seliaan Jabatan Muzium dan Antikuiti. Di kawasan kompleks inilah mula tumpahnya darah pejuang-pejuang Melayu menentang penjajah British dan antara peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah negara kita ialah peristiwa pembunuhan J.W.W. Birch; Residen British pertama di Perak.

Maklumat lanjut : SINI

Dalam banyak-banyak benda yang ada di sana, ini salah satu yang menarik perhatianku...


Jam Suria...

Jika pembaca semua perasan, di kawasan lekuk pada gambar jam di atas terdapatnya garis-garis yang bertindak sebagai penunjuk waktu.. Dan bayang yang terhasil pula bertindak sebagai jarum jam.. Memang unik kerana waktu yang tertera pada jam suria hampir sama dengan waktu di jam tangan yang aku pakai ketika itu...

Selain jam suria, banyak lagi benda-benda menarik di sini.. Nak tahu, pakat-pakat mai la sendiri.....

 ***

Sunday, April 15, 2012

Petronas EduQuest Camp 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Berminggu sudah blog ini sunyi tanpa sebarang entri.. Malam ini terasa ingin berkongsi sedikit cerita dengan pembaca sekalian..

Petang tadi menghadiri sesi taklimat Petronas EduQuest Camp 2012 di UTP.. Dari lebih 8000 pelajar lepasan SPM 2011 yang memohon, adik lelakiku salah seorang daripada lebih 1000 yang dipilih untuk menghadiri temuduga biasiswa tajaan Petronas..


 Terasa kerdilnya diriku & keluarga bilamana peserta-peserta yang lain dihantar oleh keluarga masing-masing dengan kereta-kereta yang besar lagi mewah sedang kami hanya dengan kereta biasa..

Namun hati kecil ini terkenang kembali kata-kata ibuku kepada diri ini satu ketika dahulu, "Angah.. Emak & ayah tak dak harta apa-apa nak ditinggalkan untuk anak-anak.. Cuma doakan emak & ayah sihat, mampu cari duit untuk sara anak-anak belajar...".

Kepada adikku, "Jangan jadikan KEPAYAHAN HIDUP faktor penghalang untuk mengejar cita-citamu di medan ILMU.. Banggakan emak & ayah.. Ku tahu dirimu mampu menjadi yang TERBAIK di kalangan yang terbaik...".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts