Wednesday, October 31, 2012

WW : Bayam Goreng Tepung..


Pakat pernah makan ni dak..??

Bayam bersalut tepung yang digoreng.. Pertama kali to'wan rasa makanan ni, memang sedap sangat; ranggup dan garing macam keropok rasanya..

Tuesday, October 30, 2012

Ikan Kering Pun Terasa Sedap..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang membaca..

Sehari dua ni to'wan rasa bagai dok kat Afrika.. Buka kipas laju-laju pun masih terasa panas.. Mungkin sebab hari raya yang baru berlalu dilanda deman kot.. Tambah-tambah pula makan ubat 'panas' lagi 'layan kepala'  iaitu ketupat campur daging; makin bertambah-tambah panasnya.. Hehe

Teringat to'wan masa dok asrama pelajar dulu-dulu..

Berlalu raya korban hampir saban hari petugas dewan makan akan sediakan menu berasaskan daging.. Nak buat macam mana, peti sejuk dipenuhi dengan daging korban saja.. Hari ini daging masak sup, esok daging masak gulai.. Lusa daging masak merah, tulat daging masak kicap.. Dan begitulah seterusnya sampai stok daging yang menimbun dalam peti sejuk habis..

Tapi mana nak tahan kalau dah hari-hari makan daging bukan..? Berlalu seminggu, tengok daging pun dah mula rasa nak termuntah..

Dan di masa inilah..

Ikan kering pun mula rasa sedap teramat dek penangan jemu makan daging...



Sekadar mengingat memori lama di petang Selasa.. Moga bertemu lagi di esok lusa..
 

Monday, October 29, 2012

Topik Wajib Sembang Di Aidiladha : Hulu Pisau..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Nabi S.A.W ada sebut dalam sebuah hadis, "Tiada suatu hari pun dalam setahun yang amalan kebaikannya mempunyai kelebihan melainkan pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah. Oleh itu hendaklah kamu memperbanyakkan tahlil, takbir dan tahmid." (HR Ahmad)

Jadi, marilah sama-sama kita memperbanyakkan zikir kepada Allah di bulan yang mulia ini. Dan sebelum meneruskan coretan, belum terlambat kiranya  to'wan ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 'SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA' ..

To'wan dok perhati tengok..

Antara topik wajib yang akan disembangkan oleh para pak cik usai menyembelih dan menyiang daging korban ialah tentang seni penghasilan hulu (pemegang) dan sarung pisau yang diperbuat dari aneka kayu-kayan.. Antaranya ialah kayu saga, kayu nangka dan seumpamanya.. Ini adalah fakta, bukannya auta ok.. Hehe

Tapi malangnya.. Seni ini makin hari makin hilang.. Dah tak ramai yang berminat dengan benda-benda macam ni.. Tambah-tambah kalau yang tinggal di bandar.. "Tiada keperluan pun.." kata mereka.


GAMBAR HIASAN

Itu saja kot to'wan nak gebang untuk entri hari ini setelah dua minggu blog tidak dikemaskini, InsyaAllah kita bertemu lagi di lain coretan..

***

Wednesday, October 17, 2012

WW : Beli Gam Gajah RM3, Jimat RM300..


Semalam to'wan pi kedai alat ganti kereta untuk tanya harga untuk kaki cermin sisi kereta sebelah kanan.. Rupa-rupanya benda tu mai satu set dengan cermin sisi; dengan harga lebih RM300.. Nak beli rasa tak berbaloi sebab cermin asal masih lagi elok.. Lama berfikir, akhirnya to'wan pi kedai hardware beli 'gam gajah' terus selesai masalah.. Tak habis pun RM3 kosnya.. 

**

Wednesday, October 10, 2012

WW : Masa Tidur Dalam Jadual Waktu Persekolahan..??


Di sebuah sekolah di China, diperuntukkan dalam jadual waktu belajar sekolah, masa untuk tidur.. Siap bawa selimut lagi tu..

Rasa-rasa kalau kat Malaysia, sesuai tak dipraktikkan seperti ini..?? Hehe

**

Monday, October 8, 2012

Kad Ucapan 'Rasuah' ...

Assalamua'laikum dan selamat sejahtera..

Hari ini pagi-pagi lagi to'wan dah dapat kad ucapan daripada anak murid.. Kat bawah ni to'wan snap fotonya untuk tatapan anda pembaca..

 KLIK FOTO UNTUK TUMBESARAN

Membaca kad ini, menyebabkan to'wan terfikir..

Ramai di kalangan kita selalu meminta maaf untuk diri sendiri, namun berapa ramai sudi meminta maaf untuk orang lain..??

Ramai di kalangan kita selalu berdoa untuk kejayaan diri sendiri, namun berapa ramai sudi berdoa untuk kejayaan orang lain..??

Tepuk dada, soal diri.. Lalu golongan ramai yang manakah kita ingin jadi..??

Buat semua anak didik yang bakal menduduki PMR (bermula esok), SPM juga Peperiksaan Akhir Tahun, to'wan doakan kejayaan kalian.. Istiqomahlah dengan solat fardhu, serta sulamilah dengan solat-solat sunat..

Selalulah berdoa dengan doa,

"Ya Allah.. Jadikanlah aku dari kalangan orang-orang yang berjaya di dalam ujian dunia serta akhirat..,"

Erm sebenarnya to'wan tak anggap pun kad ucapan itu sebagai 'rasuah' untuk ambil hati cikgu.. Sebab tanyalah mana-mana guru di dalam dunia ini, tiada seorang pun yang inginkan anak muridnya gagal dalam kehidupan...

Friday, October 5, 2012

Tazkirah Jumaat : Mengapa Tempoh Masa Mengandung Disebut Dalam Kitab Feqah

Firman Allah Ta'ala  yang bermkasud :

"(Ibu) mengandung dan menyusunya dalam tempoh masa tiga puluh bulan," (Al-Ahkhaf:15).

Ayat ini menjadi dalil kepada Ibnu Abbas R.A dan para ulama' yang mengikutinya bahawa sekurang-kurangnya masa mengandung itu ialah enam bulan. Ini berdasarkan kepada ayat lain yang bermaksud :

"Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan kesulitan yang amat sangat dan menyusunya dalam tempoh dua tahun," (Luqman:14).

Ini bererti jika seorang wanita itu menyusui anaknya sehingga berumur dua tahun bermakna dia telah telah menyusukan anaknya selama 24 bulan. Maka tempoh 30 bulan bagi mengandung dan menyusu dalam ayat pertama apabila ditolak dengan tempoh 24 bulan penyusuan dalam ayat kedua, memberi maksud sekurang-kurang tempoh mengandung itu ialah 6 bulan. Dan inilah pendapat yang dipegang oleh kebanyakan ulama' terutamanya dari mazhab syafie'.

Gambar Hiasan

Mengapa pula tempoh masa mengandung dimasukkan dalam kitab feqah?

Perkara ini dijadikan hukum antaranya ialah untuk menyelesaikan masalah dakwaan anak. Umpamanya seorang lelaki atau suami mendakwa bahawa anak dalam kandungan isterinya itu bukan anaknya, maka penyelesaiannya ialah dengan mengira tempoh masa pernikahan sehingga tempoh dia mengandung dan melahirkan anak.

Pembacaan Penuh : SINI

Wednesday, October 3, 2012

WW : Buat Apa Nak Dibangga Sangat Dengan Nama Allah Kat Lembu Tu...

 Lembu Dengan Nama Allah

 Lembu Dengan Lambang Salib

Lembu Dengan Tanda 'Om' Tuhan bagi agama hindu


Coretan To'Wan :

Hanya nak bawa pembaca semua berfikir sejenak..

Kita sebagai umat Islam pasti berbangga dengan gambar pertama di atas.. Dan selalu ramai di kalangan kita akan bercakap-cakap dengan, "Tengok betapa benarnya Islam.. Sampai nama Allah pun terdapat pada makhluknya..

Namun, jika gambar kedua dan ketiga didatangkan bersama, di manakah lagi kebanggaan kita itu..??'

Hanya kalam ringkas dari to'wan, "Mulianya Islam bukan kerana berapa banyak nama Allah yang wujud pada makhluknya.. Akan tetapi mulianya Islam dengan umatnya yang senantiasa teguh mempertahan serta beramal dengannya..."


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts