Tuesday, July 31, 2012

Kisah Aku & Polis Di Petang Ramadhan...

Al-kisahnya...

Selalu aku dok ambil jalan 'shortcut' bila pulang ke rumah.. Tiba-tiba saja petang kelmarin saja terasa nak gunakan 'longcut' punya jalan.. Dan akhirnya...

Bila masuk saja simpang tiga jalan besar nak menuju pulang ke rumah, abang-abang polis dah siap buat sekatan jalanraya... Maka aku dengan beraninya terus 'drive-tru'.. Maklumlah, cukai jalan ada, lesen pun ada, buat apa nak takut, kan kan..??

Gambar Hiasan

Sampai saja kat salah seorang abang polis tu, terus aku turunkan cermin tingkap kereta.. Dan tanpa muka bersalah, terus aku buka tali pinggang keledar walau tanpa disuruh hingga membuatkan abang polis tu tiba-tiba mengerutkan dahinya...

Dia kata kat aku, "Ish.. Ish.. Ish... Hairan saya tengok encik ni.. Selalu orang kalau jumpa polis, cepat-cepat tarik tali pinggang keledar.. Tapi encik ni, jumpa polis siap buka tali pinggang lagi walau tak disuruh....".

Maka aku jawab ringkas, "Nak mudah turun satgi, kereta kalau polis arah...".

Pendek cerita, aku dilepaskan tanpa sebarang saman... Fuuh selamat duit nak raya.. Kikiki

Sebenarnya, "Aku pun tak tahu pasai apa yang petang kelmarin aku tiba-tiba boleh buka tali pinggang keledar kat depan abang polis tu...".

Friday, July 27, 2012

Tazkirah Jumaat : Beriman Dengan Jin

Menyakini tentang kewujudan jin hukumnya adalah wajib. Sesungguhnya telah datang satu surah daripada surah-surah Al-Quran yang dinamakan dengan surah al-jin pada juzuk ke-29 dengan diceritakan dengan jelas di dalam surah ini akan perihal jin. Oleh yang demikian, dianjurkan kepada kita membaca surah ini beserta dengan tafsirannya.


Meskipun demikian, sebahagian daripada ahli-ahli falsafah mendakwa, "Adalah yang dimaksudkan dengan jin itu adalah unsur-unsur jahat dalam diri manusia, sebagaimana yang dimaksudkan dengan malaikat ialah unsur-unsur baik dalam diri manusia bukanlah jin itu benda yang bernyawa".

Firman Allah Taala dalam surah al-ahqaaf ayat 29 yang bermaksud :

"Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan sekumpulan jin kepadamu (Muhammad) yang mendengarkan Al Quran, maka tatkala mereka menghadiri pembacaan (Al-Quran) lalu mereka berkata: "Diamlah kamu (untuk mendengarkannya)." Ketika pembacaan telah selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan,".


Artikel Penuh : SINI


Thursday, July 26, 2012

Modalnya Di Dunia, Untungnya Di Akhirat...


KLIK GAMBAR UNTUK TUMBESARAN

Sesiapa yang berniat untuk membuat amal jariah di bulan puasa ni, bolehlah hubungi alamat atau nombor talian yang tertera.. Juga boleh ke laman facebook di : SINI... 

Firman Allah yang bermaksud : "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai seratus biji. Allah melipatgandakan (pahala) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui," [Al-Baqarah:261].

Mudah-mudahan Ramadhan kali ini mengajar kita erti pengorbanan serta ihsan terhadap diri sendiri serta sesama makhluk....


Wednesday, July 25, 2012

WW : Sigai..


Siapa tahu di pokok apakah selalunya sigai digantung dan digunakan..??

Tuesday, July 24, 2012

Blog Pilihan : Di Sini Aku Ukir.....

KLIK BANNER UNTUK KE BLOG


Catatan :

Terima kasih kepada blogger ini kerana sudi letakkan teratak Kalam Dari Pondok Tua dalam bloglist Laman Ilmu di blognya.. Terharu sangat, walau to'wan rasa blog ini tiadalah nilai ilmunya sangat pun...

Monday, July 23, 2012

Peliknya Ramadhan...

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Dua tiga hari kebelakangan, saja to'wan sunyikan blog ini dari sebarang entri sempena kedatangan Ramadhan..  Dan dikesempatan ini belum terlewat kiranya untuk to'wan ucapkan "Salam Ramadhan Al-Mubarak serta selamat menjalani ibadat puasa..".

Ramadhan tahun lepas, ada to'wan naikkan entri INI (klik) yang menceritakan tentang kepelikan-kepelikan yang hanya berlaku di sepanjang Ramadhan.. Maka kali ini, entri ini sebagai tambahannya...


Peliknya Ramadhan, ramai manusia berpusu-pusu ke tempat sembahyang untuk bertarawikh dengan 8 mahupun 20 rakaat tapi berakhirnya Ramadhan muka mereka hilang entah ke mana...

Peliknya Ramadhan, ramai manusia berderet-deret ke Bazar Ramadhan untuk membeli beraneka juadah untuk berbuka tapi berapa banyak yang diberikan kepada fakir miskin sebagai sedekah...

Peliknya Ramadhan, ramai manusia mampu bangun awal untuk bersahur tapi tidak mampu bangun awal untuk bersolat subuh & berqiyamullail di bulan-bulan yang lain... 

Peliknya Ramadhan, ramai manusia sanggup berlapar dahaga selama seharian, tetapi hati turut dibiarkan dahaga tanpa dilazimi dengan tilawah serta tadabbur Al-Quran...

Peliknya Ramadhan, ramai manusia mampu berjaga malam untuk mencari lailatulqadar, tetapi berapa ramai yang mampu berjaga malam menjaga ibu-bapa yang sakit...


Sekadar itu dulu coretan to'wan sempena permulaan Ramadhan ini, jika anda pembaca ada tambahan untuk 'Peliknya Ramadhan...' , sudi-sudikanlah untuk meninggalkan komen...

Segmen Ayu : Saya Blogger Dari....

KLIK BANNER UNTUK KE SEGMEN

Saya Blogger Dari....

TO'WAN merupakan seorang blogger dari PERLIS...

Untuk segmen ini, to'wan nak tag :

CIK EJA

Untuk yang berminat, segmen ini dibuka sehingga : 12 Ogos 2012

Thursday, July 19, 2012

Silent Reader VS Hidden Follower..??

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Untuk entri pagi ini to'wan cuma nak buat sedikit survey tentang SILENT READER vs HIDDEN FOLLOWER...

Pernah atau tidak angka follower di blog anda bertambah tapi dalam masa yang sama ikon follower (pengikut) tetap juga tidak berubah-ubah..??

Jika ya, ini bermaksud yang blog anda mempunyai silent reader serta hidden follower.. Dan blog to'wan sendiri pun selalu diziarahi oleh kelompok-kelompok sebegini sehingga menyukarkan untuk to'wan melawat kembali mereka-mereka ini...


Jadi soalan survey to'wan untuk hari ini:

"Mengapa sebahagian mereka atau anda sendiri suka menjadi PEMBACA SENYAP & PENGIKUT TERSEMBUNYI di sesetengah blog..??"

Bagi yang berminat untuk berkongsi, tak perlu buat apa-apa entri.. Hanya tinggalkan komen di ruangan bawah entri ini.. Komen yang menarik, mungkin to'wan akan pilih untuk direview blognya nanti...
 

Wednesday, July 18, 2012

Contest MEGA2012 Hazwan Hairy

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Jarang benar to'wan nak join contest.. Kalau ada pun sekadar segmen untuk promosikan blog sendiri, tu saja.. Tapi memandangkan contest ni berkaitan header blog , to'wan ambil keputusan untuk turut serta.. Sebabnya mudah saja, hender blog dah ada cuma tinggal nak letak saja.. Lagipun boleh juga gunakan contest ini untuk promosikan blog tak seberapa to'wan ini...

Street to the contest...


Header Blog Tuan Contest


Header Blog To'Wan

Tiada yang istemewa tentang header blog to'wan ini, cuma mungkin gambar bisa berbicara segalanya...

Untuk syarat-syarat penyertaan, hadiah serta tarikh tutup, boleh klik : SINI

WW : Bekas Air...


Gambar bekas air ni to'wan snap masa jamuan pulut durian minggu lepas; kepunyaan GPK HEM.. Comel tak..?? :-P

Tuesday, July 17, 2012

Masterchef Selebriti, Menyerlahkan Karakter Sebenar Diri...

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Semalam Masterchef Selebriti Malaysia 2012 melabuhkan tirainya dengan Dr Fazley Yaacob dinobatkan selaku juaranya.. Tahniah to'wan ucapkan walau kemenangan ini mungkin sudah dijangka oleh ramai pihak..

Lagi kisah beliau, klik SINI ...


Cuma yang to'wan dok perati tengok...

Antara sedar mahupun tidak, di dalam proses memasak selain tangan yang bekerja untuk menyediakan hidangan, otak juga turut bekerja di dalam proses memasak.. Maka disinilah kita dapat melihat peperangan di antara selebriti dengan emosinya sendiri.. Disinilah atitude selebriti akan terserlah...

Jika dalam drama, mungkin mereka boleh berlakon tapi bila di dapur, ianya bukannya lakonan.. Maka dengan program Masterchef Selebriti ini, disamping para peminat dapat melihat selebriti kesayangan mereka memasak di dapur, ia juga dapat menyerlahkan karakter sebenar selebriti itu...

Dan Dr. Fazley antara salah seorang selebriti yang to'wan puji karekter diri serta atitudenya bermula dari awal sehinggalah berakhirnya program realiti masakan ini.. Bersesuaian dengan statusnya selaku seorang perunding motivasi..

Sekadar ini dahulu celoteh to'wan.. Cuma sesiapa yang lepas ni rasa hendak mengorek karekter diri sesorang, bolehlah gunakan KAEDAH MEMASAK.. Sesuai sangat.. Huhu..

Friday, July 13, 2012

Tazkirah Jumaat : Menepati Janji...


Menepati janji merupakan antara sifat seorang mukmin sedang memungkirinya merupakan sifat orang munafik. Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud :

"Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga : Apabila bercakap dia berbohong, dan apabila berjanji dia memungkiri, dan apabila diberi amanah dia mengkhianati," [HR Bukhari].

Apabila dihukumkan dengan munafik, maka ia termasuk di dalam dosa-dosa besar dan di akhirat kelak akan diazab. Firman Allah Taala yang bermaksud :

"Sesungguhnya jika tidak berhenti orang-orang munafik, orang- orang yang berpenyakit dalam hatinya dan orang-orang yang menyebarkan berita bohong di Madinah (daripada menyakitimu), nescaya Kami (Allah) perintahkan kamu (untuk memerangi) mereka, kemudian mereka tidak menjadi tetanggamu (di Madinah) melainkan dalam waktu yang sebentar," [Al-Ahzab:60].

Pembacaan Penuh : SINI

Thursday, July 12, 2012

Cara Mudah Mengingat Halaman Juzuk-Juzuk Al-Quran..

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Pagi ni to'wan nak kongsi satu tips mudah untuk mengingat atau mengetahui halaman (mukasurat) bagi juzuk-juzuk di dalam Al-Quran.. Dan inilah caranya... Jeng.. Jeng.. Jeng...


Juzuk yang hendak dicari itu hendaklah ditolak dengan 1 kemudian didarab dengan 2.. Hasil daripada jawapan ini hendaklah diletakkan nombor 2 pada hujungnya...

Contohnya :

1)Juzuk 29 :
29-1 
=28(x2)
=56 (2)
=562

**Juzuk 29 : Halaman 562

2)Juzuk 5 :
5-1
=4(x2)
=8 (2)
=82

**Juzuk 5 : Halaman 82

Maka sekarang cuba semak Al-Quran anda.. Adakah ianya tepat..?? Jika ya, bolehlah berkongsi tips ini dengan rakan-rakan anda...

Catatan To'Wan :

Perlu diingat, kaedah ini hanya boleh digunakan untuk Al-Quranul Karim rasm 'Uthmanie...

Wednesday, July 11, 2012

WW : Tangan Yang Berzikir...

WW : Lima Kosong Kosong...


Berminat untuk blog anda direview..?? Sila tinggalkan komen bagi link di bawah...



Catatan Penulis :

Alhamdulillah, akhirnya pengikut blog ini dah mencecah angka 500... Inilah sasaran di awal tahun iaitu 500 entri & 500 pengikut untuk tahun 2012.. Sasaran untuk pengikut sudah tercapai, cuma mungkin untuk sasaran 500 entri sedikit mustahil dek kebatasan waktu dengan komitmen tugasan seharian...

Tuesday, July 10, 2012

Kenapa Tak Ditebang Saja..??

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Ini antara foto deretan pokok-pokok sentang yang ditanam sepanjang jalanraya di Perlis..



Aku tidak ingat dengan jelas pada tahun bilakah ianya mula ditanam, tapi yang pasti di masa itu aku masih lagi di sekolah rendah dan yang menjadi Menteri Besar Perlis ketika itu adalah Dato' Seri Shahidan Kassim.. Lagi yang aku tahu, pokok-pokok ini akan ditebang apabila sampai masanya kerana pokok sentang mempunyai nilai pasaran dalam pembuatan pembinaan rumah serta perabot..

Kelmarin hujan turun dengan lebatnya.. Dan inilah apa yang berlaku bila hujan turun diikuti dengan angin kencang...


Sekadar gambar hiasan

Ya, pokok-pokok di sepanjang jalan ini sudah cukup besar untuk ditebang hinggakan ada akar tunjangnya yang sudah merekah jalan.. Dan setiap kali hujan, pasti akan ada pokok besar yang akan tumbang.. Petang kelmarin sahaja, untuk sampai ke rumah aku terpaksa mengambil jalan sawah yang sedikit jauh disebabkan dua batang pokok tumbang di atas jalanraya yang menghalang pergerakan lalu-lintas...

Kalau pergerakan lalu-lintas yang terhalang, mungkin tidak mengapa.. Tapi kalau melibatkan korban nyawa bagaimana..??

Maka, kepada pihak berwajib, mohon diambil perhatian tentang perkara ini....

Monday, July 9, 2012

Pencarian Super Bloglist 2nd Half Year 2012 by Blog Fadzmie

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada  semua yang membaca..

Ni segmen untuk bloglist kedua yang aku sertai untuk hari ini setalah tadi join segmen INI...

Untuk syarat-syarat segmen, boleh klik saja banner tuan segmen di bawah ni...


 Segmen ini akan ditutup dengan rasmi pada 1 Ogos 2012.. Eh2, jatuh pada tarikh ulangtahun kelahiran aku daa.. Hikhik..

Tapi best-part, selepas tarikh tutup tuan segmen akan membuat 3 cabutan random di mana 3 blog bertuah akan menerima topup bernilai RM50 setiap satu...

Jadi tunggu apa lagi..?? Jom terjah....

Catatan Penulis :

Disebabkan sekarang penulis jarang hendak mencoretkan entri-entri baru, moga-moga bila sertai segmen bloglist ini entri-entri yang lama masih bisa memberi manfaat kepada yang berkunjung serta membaca...

Bloglist Ramadhan Bersama Aisyah Humaira

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Pagi ni aku nak join & promote sekali segmen seorang blogger ni.. Lagipun syarat-syaratnya tidaklah terlalu susah & sesuai untuk mana-mana blogger yang nak URL blognya dalam blog orang lain..


Klik banner untuk ke blog tuan segmen..

Kelebihan bulan Ramadhan yang aku tahu...

1) Puasa ditentukan dengan melihat anak bulan..

2) Pahala puasa Allah S.W.T sendiri yang akan memberi balasan pahalanya..

3) Beribadat sunat akan diberi ganjaran seumpama ibadat wajib...

Ziarah juga sini : Dari Kacamata To'Wan


Friday, July 6, 2012

Tazkirah Jumaat : Hukum Percaya Nabi Sesudah Muhammad


Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:

“Muhammad itu bukanlah ayah dari salah seorang lelaki di antara kamu. Akan tetapi, dia adalah utusan Allah dan penutup nabi-nabi. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu,” [Al-Ahzab:40].

Imam Ibnu Katsir Rahimahullah di dalam kitab tafsirnya menjelaskan bahawa ayat ini menjadi dalil yang kuat lagi teguh bahawa tiada lagi nabi yang akan dibangkitkan sesudah baginda. Maka para ulama' berpandangan jika seseorang itu memperlekeh, memperolok serta menolak sebahagian daripada isi kandungan Al-Quran, dihukumkan dirinya dengan kafir atau murtad serta imannya dikira batal. Ini kerana sebahagian ulama' tidak membezakan di antara hukum kafir dan murtadnya kerana kedua-dua golongan ini tidak beriman dengan Allah S.W.T. Cuma dibezakan pada situasi & masa; iaitu kafir ialah orang yang belum masuk Islam sedang murtad ialah orang yang berpaling (keluar) dari Islam.

Pembacaan Penuh : SINI

Wednesday, July 4, 2012

WW : QR Code K.D.P.T

Inilah QR Code Blog Kalam Dari Pondok Tua..

Saja aku cuba-cuba buat tadi.. Sesiapa yang ada aplikasi pengimbas QR Code bolehlah cuba imbas gambar di atas... 

Catatan Penulis :

Baru penulis tahu rupa-rupanya QR Code ini sudah digunakan semenjak tahun 1994 lagi di Jepun dalam bidang automotif.. Ingatkan teknologi baru... Huhu

Tuesday, July 3, 2012

SEGMEN : BLOGLIST JULAI 2012 : BLOG SUKAGELAK



**Nota :
 Sesiapa berminat nak menyertai juga, boleh klik banner di atas.. Tamat segmen : Jam 10.00am, 04/07/2012..

Monday, July 2, 2012

Sepanyol Yang Menang, Aku Yang Kecundang...

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Bola sepak Piala Eropah 2012 melabuhkan tirainya awal pagi semalam dengan Sepanyol dinobatkan sebagai juara bertahan setelah memenanginya pada tahun 2008.. Dan aku salah seorang yang menyaksikan perlawanan itu di kaca televisyen awal pagi tadi walau hakikatnya, aku bukanlah peminat fanatik bola sepak.. Dah tu, apa pula kena-mengena dengan tajuk entri aku hari ini..??

Mai aku nak gebang bagi...

Selalu kalau hari bekerja, memang aku takkan jadi burung hantu menonton bola.. Alasan, nanti aku bisa kemengantukan di tempat kerja.. Jadi, kebiasaannya aku akan hanya menonton perlawanan ulangan atau rangkuman berita sukan sahaja bila jadual perlawanan bukannya pada cuti hujung minggu.. Tapi semalam punya kes, aku terpaksa berjaga kerana takut tidak terbangun dari tidurku untuk menjemput kedua orang tuaku di stesyen bas...

Sebenarnya, kedua mereka menghantar adik bongsuku untuk mengikuti kursus A-Level di salah sebuah kolej di Shah Alam.. Dan insyaAllah jika ada rezekinya nanti, dia bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara dengan biasiswa tajaan JPA... Rezeki adikku, aku pula tumpang gembira untuknya...

Dek kerana aku pula ada urusan yang perlu diselesaikan, maka tidak dapatlah mengikut mereka ke sana.. Jadi, 'HOME ALONE' lah aku berseorangan diri untuk beberapa hari di rumah sendiri.. Dan bila dah berseorangan, datang pula rasa bosan.. Bila dah bosan, mulalah buat benda yang dah lama tak jadi kebiasaan...

Dalam dua hari ketiadaan kedua orang tuaku, aku telah 'TRANSFORMER'kan diriku menjadi surirumah.. Hehe pendek kata, semua kerja yang emak aku selalu buat; mengemas, membasuh, menyiram, memasak dan yang lain-lainnya, semuanya aku buat sendiri..

Semua benda ni, memang aku dah biasa buat sendiri masa di luar negara dulu, tapi bila balik Malaysia rasa kemalasan itu menjadi-jadi.. Rasa malas ini mungkin benda normal kot bagi seorang lelaki bila ada wanita yang menguruskan keperluannya saban hari... Aku lah yang rasa normal, kat hangpa  semua aku tak tau la...

Bila seharian bekerja tanpa rehat, malam pula sambung menonton bola sepak hingga menjelang subuh, aku akhirnya kecundang jua dengan Sepanyol pula meraikan kemenangan serta kejayaan mereka..


Pagi ni.. Mataku sayu, alisku kuyu.. Fikiranku tak menentu, aku mula mabuk semalu..... (~.~)

Catatan Penulis :
Dua hari tinggal bersendirian, menyebabkan penulis mengakui hakikat satu perkara, "Ada wanita cuba melakukan tugas lelaki, dan ada lelaki yang cuba melakukan tugas wanita.. Ya, telah ramai yang berjaya, namun tetap tidak sesempurna seperti si pemilik asal bidang tugas itu... Yakinlah dengan janji Ilahi, lelaki dan wanita itu tetap saling memerlukan walau betapa diri berlumba untuk mengatasi individu berlainan jantina dalam perjalanan kehidupan... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts