Saturday, October 16, 2010

Cinta Suci Si Gadis Yahudi

KU TEMUI gadis Yahudi itu secara kebetulan. Ketika dia masih tercangak-cangak di hadapan Old College di New Promenade, aku lantas menghulurkan bantuan. Barangkali dia tersilap informasi sehingga tersasar haluan di pekan Aberystwyth itu.

"Mahu ke mana?" sapaku ketika kami bertiga dari North Beach petang minggu dalam musim bunga.

"University of Wales!" jawabnya sambil menyebak rambut perang yang melitupi wajah pucat.

Bebola matanya biru nipis galak memandang kami yang sawo matang. Kehairanan mungkin.

"Baru tiba?!"

"Emm...!!"

"Dari mana?"

"Tel Aviv!"

Jawapan itu menjadikan kami bertiga berpandangan. Namun,kami cepat-cepat berlakon selamba. Seperti tidak ada apa-apa.Walaupun sebenarnya di antara aku, HaiQal dan Ridwan dengan gadis itu seperti langit dengan bumi. Perbezaan kami bukan dari warna kulit, akan tetapi lebih jauh daripada itu. Dia Yahudi totok barangkali. Bagaimana harus aku melunasi kerak kebencian terhadap satu bangsa yang jijik sejarahnya itu.

"Saya tersesat! Barangkali saudara boleh membantu!" Ada nada merayu simpati dalam ungkapannya. Dia orang baru yang bakal menjadi warga Aberystwyth untuk beberapa waktu, mungkin empat tahun.

Aku hanya bersetuju walau dalam hati ada rasa kejengkelan. Dia Yahudi totok, musuh sejak lama. Kami tidak punya hubungan apa-apa. Terlalu jauh beza bangsa,budaya,apatah lagi agama. Permusuhan ini termaktub dalam kitab-kitab utama. Dan hingga ke hari ini api itu masih marak seperti bumi Palestin yang terbakar.

Aku melaksanakan tugas kemanusiaan,tanpa mahu berlama-lama mengiringi sekujur tubuh yang membawa jiwa permusuhan. Selesai saja masalahnya,aku segera beredar, sambil membuang segala ingatan tentangnya.Minta dijauhkan daripada bertemu lagi. Keturunannya tidak ada hubungan apa-apa dengan keturunanku, apatah lagi agamaku. Negaranya tidak ada hubungan diplomatik dengan negaraku.

Tidak ku duga, dia tinggal sekolej denganku. Ah,kebetulan. Waktu makan malam hari berikutnya, aku disapa dari belakang. Malah dia mendesak aku untuk duduk semeja. Barangkali mahu mencari perlindungan daripada terjahan mata galak senior. Aku yang sudah dua tahun di sini mungkin selamat untuk didampingi.

"Saya Abigail Netanya," tangan putihnya pantas dihulur.

Aku teragak-agak menerima salam perkenalan itu. Aku berasa diperhatikan oleh seribu mata, terutama mata dari rakan-rakan senegara. Malah semua mata di tanahair seakan-akan menjegil tunak ke arahku. Kedinginan musim bunga di Aberystwyth tiba-tiba saja berubah pijar.

"Saya Firdaus!" aku menyambut salam perkenalan itu.

Tidak manis tidak menerima salam orang lain. Kemanusiaan melebihi garisan budaya dan agama. Dan malam itu aku duduk dan makan semeja dengan seorang gadis Yahudi totok.Aku lebih banyak diam daripada bercakap. Jiwaku masih belum dapat menerima bahawa aku akan duduk di depan seorang yang berjiwa permusuhan.

Sekali lagi aku bertekad untuk berbuat sesuatu. Aku tidak mahu bertemu lagi dengan gadis bermata biru itu. Sepanjang malam aku terbayang kerakusan serangan di Ramallah. Aku terbayang ledakan-ledakan maut yang mewarna bumi Nablus dan Jenin. Sepanjang malam itu terbayang wajah Yasser Arafat yang terketar-ketar bibirnya diasak peluru kereta kebal sehingga meruntuhkan pertahanan terakhir. Yang tinggal hanya kamar sempit, terlalu sempit bagi seorang yang bergelar pemimpin negara.

Esoknya,dia datang lagi. Dan kami duduk semeja lagi. Sehingga suatu petang dia memintaku menghantarnya ke Queen's Avenue. Aku tidak dapat menolak. Petang itu kubawa dia melalui Portland Street,Bath Street sehingga ke Queen's Avenue. Aku mula merasakan sesuatu.

"Abigail...! "

"Panggil aku Girl...!"

"Tidak perlu aku.."

"Itu nama manjaku. Hanya ibu yang memanggilku dengan nama itu,"

"Maksudku..."

Hilang Kata-kata itu hilang tanpa sempat aku meluahkannnya. Aku tidak mahu berterusan berkawan dengan seorang yang berjiwa permusuhan.

Sebenarnya aku sedang bermusuh dengannya. Aku tahu yang dia cukup mengerti tentang itu. Lebih-lebih lagi apabila aku memberitahu bahawa aku beragama Islam,datang dari sebuah negara Islam di Asia Tenggara.

"Aku sayang kamu Fir...!"

"Ti..tidak! Tidak mungkin...!"

"Cinta tidak mengira agama Fir...!"

"Tetapi, kita tidak boleh meneruskannya..."

"Siapa kata tidak?!"

"Semuanya akan berkata tidak! Kita tidak boleh begini...!"

Dalam tidak mahu itu,aku semakin terbabas ke dalam medan musuh. Dia sebenarnya musuh yang tidak seganas bangsanya meragut nyawa rakyat Palestin. Tetapi dia tetap berlabel musuh. Aku semakin terpengaruh dengan musuh itu. Aku amat takut suatu hari nanti dia akan menjadi musuh dalam selimutku sendiri.

Aku perlu bertindak pantas. Aku berpindah dari Student Village di Pentre Jane Morangan ke Seafront Residences Brynderw berhadapan dengan Cardigan Bay. Biarpun ku cekalkan hati,aku sebenarnya mula berasa kehilangan seketika. Sehingga suatu hari pintu kamarku diketuk.

"Kau lari daripada aku Fir?"

"Tidak! Tidak Girl.Cuma aku..."

"Kau membenci aku! Hanya kerana aku Yahudi,"

"Susah... susah untuk kuterangkan kepadamu,"

"Fir,aku kebetulan dilahirkan dalam keluarga Yahudi. Tetapi aku manusia biasa seperti kamu,seperti HaiQal dan Ridwan. Di Tel Aviv aku menyertai pertubuhan anti keganasan. Kau tidak boleh membuat generalisasi terhadap aku!"

"Kita hanya layak berkawan saja. Itupun atas dasar kebetulan,Girl. Tidak lebih daripada itu. Ada sempadan besar yang merentang di antara kita,"

"Aku mahu berhijrah ke seberang sempadan itu!"

Aku bungkam dengan penyataan yang keluar dari bibir merah gadis berambut perang itu. Aku buntu,tetapi aku tidak harus kalah dalam permainan perasaan ini. Aku tidak harus menyerah.

Langkah terbaik hanya kunantikan saat kami berpisah. Aku akan menyelesaikan pengajian sarjana dalam bidang kejuruteraan. Selepas itu akan pulang ke tanah air. Barangkali ini saja cara yang dapat membebaskan musuh yang kudampingi semakin hampir ini. Semakin hampir sehingga tidak dapat kubohongi hati dan perasaanku.

Akhirnya,saat yang ku nantikan tiba juga. Setelah dua tahun aku berdepan dengan musuh keturunan dan agama,aku menunggu saat untuk berangkat. Biarkan dia di tanah Aberyswyth itu. Dia sudah lama di sini dan punya ramai kenalan. Tidak lama lagi dia juga akan menamatkan pengajian komputernya.Dia akan balik ke Tel Aviv. Dia akan membantu membunuh umat Islam di bumi Palestin. Itulah yang ada dalam fikiranku.

Dia Yahudi totok. Yahudi tetap Yahudi. Aku tidak mahu bersubahat lagi dalam perkara ini. Cukuplah. Aku hanya menantikan saat untuk pulang.

Dia tetap musuhku biarpun sebenarnya sebagai manusia aku semakin sayang kepadanya.

"Fir,boleh ku katakan sesuatu kepadamu..."

"Katakan Girl. Yang pasti aku mahu pulang ke tanah airku!"

"Aku mahu ikut kau pulang ke Malaysia!"

Darahku seperti berhenti mengalir sejenak. Kerongkongku seperti disumbat kain yang basah oleh darah rakyat Palestin. Kita tidak ada hubungan apa-apa. Tiada hubungan diplomatik. Tiada hubungan agama. Aku ingat ketika pasukan kriket negerinya datang ke Malaysia, keadaannya amat kecoh. Ramai yang berdemonstrasi menentang kedatangan itu. Mustahil aku akan membawa balik seorang gadis Yahudi totok.

"Itu sesuatu yang sangat mustahil,Girl..! "

"Aku sudah buat keputusan...!"

"Itu keputusan kamu, bukan aku!"

"Aku telah ke musalla kampus minggu lepas,"

"Buat apa?"

Soalan itu tidak terjawab. Aku masih diserang kegugupan yang serius. Dalam hati ini,aku tidak dapat menafikan bahawa jiwa lelakiku telah mula memuja wajah lembutnya, rambut perang keemasannya, mata birunya dan semua yang ada pada dirinya. Akan tetapi aku masih mampu bertahan. Ini soal besar, membabitkan negara, lebih-lebih lagi agamaku yang suci.

Musim bunga di Pekan Penglais itu bakal menjadi yang terakhir buatku.

Beberapa musim yang lalu,aku sering bersama Girl berjalan dari kampus University of Wales ke pusat bandar. Tidak jauh, hanya lima belas minit dalam keadaan biasa. Tetapi aku dan Girl akan mengambil masa yang lebih. Terutamanya apabila Aberystwyth disirami hujan kerana kedudukannya yang hampir dengan pantai barat, berdepan pula dengan Cardigan Bay. Kami berjalan melalui Old College yang menempatkan Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan dan Jabatan Pendidikan.

Sering juga aku dan Girl menghabiskan cuti hujung minggu di North Beach,mengambil angin segar di sepanjang Marine Terrace sehingga ke Victoria Terrace di hujung sebelah utara.Atau kami berpeleseran di stesen bas di Alexandra Road. Semuanya menjadikan aku dan Girl seperti sepasang kekasih.Tetapi dia tetap musuh kepadaku. Aku tidak harus percaya dengan mudah segala kata manisnya.

"Aku serius Fir...!"

"Maksud kamu Girl?"

"Aku mahu terus berada di sampingmu..."

"Hanya untuk itu?"

"Tidak Fir! Aku sudah lama mahu melakukannya di negeriku. Tetapi keadaan tidak mengizinkan!"

"Sukar untuk ku percaya,Girl! "

"Terpulang! Tapi aku akan buktikan kepadamu Fir,"

Mata birunya kulihat basah. Tangisan itu masih meragukan hatiku. Benarkan ia ikhlas dengan semua yang diperkatakan. Atau dia sengaja mahu memerangkap aku, sementelah kami sememangnya musuh yang panjang sejarahnya.Adakah aku akan tewas dengan air mata itu.

Aku pulang penghujung musim bunga setelah selesai majlis konvokesyen sarjanaku. Hingga ke saat perpisahan kami di Heathrow, Girl masih merayu aku dengan permintaan yang sama.

Akan tetapi aku terpaksa bertegas,walaupun pernah sekali kulihat dia bertelekung,seperti baru selesai solat ketika aku ke kediamannya. Bagiku musuh boleh berbuat apa saja untuk memerangkap lawan.

Ketika aku mula bertugas di ibu kota,aku mula mendapat surat elektronik daripada Girl. Dalam e-melnya,dia masih merayu agar aku berbuat sesuatu. Katanya dia akan menjadi seorang muslimah sejati sekiranya aku memberikan kata putus. Katanya kalau boleh dia tidak mahu pulang ke Tel Aviv. Katanya dia sudah terlalu jijik melihat kekejaman manusia. Dan aku masih tidak percaya.

Dua tahun selepas aku pulang, Girl menamatkan pengajiannya. Kami terus berhubung melalui siber. Dan malam itu apabila aku membuka kotak e-mel, aku terperanjat dengan isi kandungannya.

"Fir,aku merayu untuk sekian kalinya kepadamu. Namun aku sedar kau seorang yang sangat kuat pendirian dan kukuh pegangan agama. Aku hormat pendirianmu. Aku sudah mengubah pendirianku untuk tidak pulang ke tanah air. Aku tidak menyalahkanmu.Kini aku sebenarnya sudah berada di tanah tumpah darahku sendiri. Maafkan aku Fir. Halalkan segala kenangan kita di tanah Aberystwyth. Seperti yang ku janjikan padamu,aku sudah berhijrah dan akan terus berhijrah."

"Untuk e-mel terakhir ini, aku nyatakan sekali lagi dan terakhir bahawa aku benar-benar mencintaimu. Selamat tinggal Fir. Akan kubawa suciku hingga mati."

Dariku,
Habibah Firdaus Abdullah @ Girl

Malam itu aku terkedu separuh mati menonton berita lewat Cable News Network.Seorang gadis yang bernama Abigail Netanya meletupkan dirinya dalam sebuah disko dan membunuh tidak kurang daripada dua puluh remaja rakyat Israel yang sedang bersuka ria. Dialah Abigail yang ku kenali. Abigail yang benar-benar telah berhijrah.



Sekadar Tontonan
(Video ini tiada kaitan dengan kisah yang sedang anda baca)

Malam itu juga aku berzikir panjang, bertahlil seorang diri untuk roh seorang yang pernah hadir dalam hidupku.

Semoga rohnya diterima dalam kelompok mereka yang syahid...

(Samaada ianya kisah benar atau rekaan , sumber asal kisah ini tidaklah penulis ketahui juga jumpai)

Tambahan daripada penulis
:

1. (Israel) merupakan nama lain bagi Nabi Ya'akub 'Alaihissalam. Oleh kerana itu, mereka yang lahir daripada zuriat keturunan anak-anak baginda yang berjumlah 12 orang kesemuanya (termasuk Nabi Yusuf 'Alaihissalam) disebut sebagai Bani Israel.

2. Perkataan (Yahudi) sebenarnya bukanlah berasal daripada Bahasa Arab. Dikatakan bahawa ianya disandarkan kepada Yahuza , nama salah seorang anak-anak Israel (Nabi Ya'akub 'Alaihissalam) ataupun Negara Yahuza yang terletak di Palestin selepas pemerintahan Nabi Sulaiman 'Alaihissalam. Adapun dari segi istilah : Yahudi ialah mereka yang mendakwa bahawa diri-diri mereka adalah pengikut-pengikut Nabi Musa 'Alaihissalam.
[ Al-Yahud Wal Yahudiah : m/s 2 - Dr. Ali 'Asyie ]

3. (Tel Aviv) merupakan negeri di mana pemerintah tertinggi Zionis mengisytiharkan penubuhan Negara Haram Yahudi setelah melakukan pembantaian beramai-ramai terhadap penduduk Palestin pada tanggal 4 September 1948 rentetan dari keputusan PBB menyerahkan sebahagian daripada wilayah Palestin kepada Yahudi pada tahun 1947. Nama lama Tel Aviv ketika menjadi sebahagian daripada wilayah Palestin ialah Yafa.


Yafa yang terletak bersebelahan dengan Ar-Ramlah dan TulKiram

4. Beberapa hukum feqah :-

i) Allah S.W.T. menghalalkan umat Islam memakan sembelihan ahli kitab yang di antara mereka adalah Yahudi dan Nasrani.
ii) Allah S.W.T. juga menghalalkan lelaki Islam untuk berkahwin dengan wanita Ahli Kitab yang suci dan baik dengan syarat ia bertujuan kebaikan kepada wanita tersebut.
iii) Harus berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang Yahudi. [Baca sini]

5. Perlu diingat dan difahami bahawa : Bukanlah semua Yahudi itu Bani Israel dan bukan juga semua Bani Israel itu Yahudi.

Maksudnya :

- Orang Yahudi yang ada di dunia pada hari ini bukan lagi 100% berasal dari Bani Israel. Setelah melalui beberapa tempoh masa juga dengan perkahwinan campuran dengan lain-lain bangsa telah wujud orang-orang Yahudi yang berbangsa Eropah, Arab, Asia dan sebagainya.

- Meskipun di dalam Al-Quran jelas dinyatakan tentang kekejaman dan keingkaran Yahudi ini, tetapi perlu diingat bukan semua yang berketurunan Bani Israel itu bersifat Yahudi. Kerana Bani Israel itu bangsa sedang Yahudi pula adalah agama dan pegangan. Dan tidak mustahil juga tidak boleh dinafikan seandai memang wujud Bani Israel yang beragama Islam pada hari ini. Dan hukum asal juga menyatakan harusnya bermu'amalah orang-orang Islam dengan mereka selagi kita mengetahui dan mereka tidak menunjukkan permusuhan terhadap Islam.

Kaedah Feqh menyebut :

[إذا اجتمع الخطر والإباحة كان الحكم للخطر]

Ertinya : Apabila berhimpunnya yang haram dan yang harus adalah hukum ketika itu menjadi haram.

[Al-Qawaid Al-Feqhiah Wa Tatbiquha 'Ala Al-Mazhab Al-'Arba'ah : Jilid 2 m/s 695 - Dr. Muhammad Az-Zuhaili ]

Dan bersandar kepada kaedah feqh ini, maka wajib hukumnya atas kita sekalian umat untuk mempertahankan Islam dengan apa jua carapun jika dengan jelas dan nyata mereka (Yahudi) ingin memerangi dan menghancurkan kita juga agama kita Islam.

Wallahua'lam.

Tautan :
Protokol Yahudi
Palestin Itu Jauh Dari Kita

***

Monday, October 11, 2010

Palestin Itu Jauh Dari Kita


Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan

Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak

irama kita
adalah suara Siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu

irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi

sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka

berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya

tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan

Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan

Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…

Siapakah kita berbanding mereka?

25 May 06
Muharikah

Tautan : Dar Yasin : Peristiwa Berdarah

***

Tuesday, October 5, 2010

Kisah Kedengkian Abrahah(4)...

Abrahah Memasuki Kaabah

Selesai berdoa, Abdul Muthalib menyerahkan panel kunci Kaabah dan kemudian menuju ke pergunungan bersama beberapa orang pengikutnya. Di situ mereka bersembunyi dan menunggu untuk melihat apa yang akan dilakukan oleh Abrahah apabila dia dan bala tenteranya memasuki Makkah kelak.

Ketika Abrahah dan tenteranya bersiap sedia dari Mughammas untuk memasuki Mekah , gajah-gajah Abrahah enggan bangun dan berjalan untuk menuju ke Mekah. Tetapi jika dipalingkan ke arah lain gajah-gajah itu dengan segera bergerak. Begitulah keadaannya beberapa ketika sehingga dipukul pun gajah-gajah itu masih enggan menuju ke arah Mekah.


Dalam keadaan yang demikian itu, Allah S.W.T. kemudian mengutuskan burung burung yang datang dari arah laut seumpama burung layang-layang dengan setiapnya membawa tiga biji batu; dua biji batu di setiap kakinya dan sebiji lagi di paruhnya (saiz batu itu lebih besar dari kacang dal akan tetapi lebih kecil daripada kacang kuda) .

Apabila burung-burung itu terbang melintasi di atas kepala tentera-tentera Abrahah, burung-burung itu lalu menjatuhkan batu-batu yang dibawa ke atas tentera-tentera Abrahah. Dan tidak ada seorang pun yang selamat jika terkena batu itu melainkan dia akan mati. Lalu bertempiran larilah tentera-tentera Abrahah menyelamatkan diri.

Nufail bin Habib yang melihat akan peristiwa tersebut pun lari ke bukit seraya dia bersyair:

Ke manakah kalian akan lari jika Allah yang menuntut (mengejar dan membinasakan)…
Sedangkan Abrahah yang syram (sumbing hidung dan bibirnya) dialah yang kalah dan tidak menang…

Kematian Abrahah

Maka Abrahah pula telah ditimpakan oleh Allah ke atasnya dengan penyakit pada tubuhnya sehingga gugur satu-persatu jari-jemarinya. Dan setiap kali gugur jarinya akan disertai dengan nanah juga darah. Tatkala sampai ke Sana’a Abrahah sudah menjadi seumpama ‘anak ayam’, dan tidaklah dia mati melainkan sesudah dadanya pecah.

Dan diceritakan pula bahawa Mahmud (gajah Abrahah) disebabkan keengganannya untuk memasuki Makkah sesudah peristiwa itu telah menjadi seekor gajah yang jinak sedang 11 ekor gajah lainnya yang cuba dipaksa untuk memasuki Makkah turut dilontar dengan batu-batu oleh burung-burung yang diutuskan Allah Taala itu lalu mati.

( Tafsir Hadaiq Ar-Rauh Wal Raihan fi Rawabi ‘Ulumil Quran / Jilid 32 : m/s 342 )

Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim, Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah telah menahan tentera bergajah untuk memasuki Mekah, dan Allah menguasakannya kepada Rusulullah dan kaum mukmimin. Dan kini telah kembali kehormatan (haramnya) kota Mekah untuk mengadakan pertumpahan darah di dalam atau gangguan lain-lainnya sebagai keadaan kemarin sebelum penyerbuan kami. Ingatlah yang hadir supaya menyampaikan berita ini kepada yang tidak hadir,

Pengajaran Daripada Kisah Ashabul Fil (Tentera Bergajah)

1. Menerangkan kesucian Kaabah : Kaum musyrikin sendiri memulia juga mensucikannya kerana ia adalah rumah Allah (masjid) pertama yang dibina di atas muka bumi ini oleh Nabi Adam juga sebagai pusat penyebaran agama samawi yang dibawa oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail ‘Alaihimussalam.

2. Kedengkian orang Nasrani (Kristian) terhadap Makkah dan orang Arab : Abrahah telah membina gereja yang diberi nama Al-Qulais untuk memalingkan orang ramai yang mengunjungi Kaabah di Makkah untuk ke Yaman disebabkan kedengkiannya terhadap Makkah dan penduduknya.

3. Pengorbanan di dalam memuliakan tempat yang suci : Ini dapat dilihat apabila bangkitnya ketua-ketua kabilah Arab seperti Nufail bin Habib dan selainnya untuk menentang Abrahah di sepanjang perjalanan Abrahah bersama bala tenteranya menuju ke Makkah untuk meruntuhkan Kaabah sehingga ramai yang terkorban dan dibunuh.

4. Pembalasan umat yang khianat : Mereka ini telah membantu Arbahah sebagai pengintip juga sebagai penunjuk jalan ke Kaabah untuk memusnahkannya. Mereka ini di dunia dilaknat oleh manusia dan di akhirat pula dilaknat oleh Allah S.W.T. sebagaimananya dilaknatnya Abu Rihgal sehingga kuburnya dilontar oleh orang ramai disebabkan dia khianat dan bersubahat dengan Abrahah.

5. Hakikat peperangan ini ialah di antara Allah dan musuh-musuhNya : Ini jelas ditunjukkan apabila Abdul Muthalib berkata kepada Abrahah, “Aku pemilik unta-unta itu, sedangkan Kaabah itu ada tuannya sendiri. Maka Dialah yang mempertahankannya,” dan juga doa Abdul Muthalib di pintu Kaabah, “Ya Allah, semua orang mempertahankan rumahnya, maka pertahankanlah rumahMu ini. Dan pada hari ini pertahankanlah ia daripada kaum salib dan penyembah salib itu bagi mereka yang menyembah hanya kepadaMu. Dan jangan sampai salib mereka dan kejahatan mereka itu dapat mengalahkan kekuasaanMu…

6. Manusia memuliakan Kaabah dan ahlinya : Peristiwa kegagalan Abrahah dan tenteranya untuk memusnahkan Kaabah telah menambahkan kemuliaan dan kebesaran manusia terhadap ‘Rumah Allah’ ini juga terhadap ahlinya terutama sekali terhadap kaum Quraisyh. Mereka berkata : “Sesungguhnya mereka ( orang Quraisyh ) adalah bersama Allah. Telah berperang untuk mereka akan Allah dan Dia mengalahkan untuk mereka akan musuh-musuh,”.

7. Kisah Ashabul Fil sebahagian daripada tanda kenabian : Sesungguhnya penduduk Makkah lemah untuk berperang dengan tentera Abrahah. Akan tetapi bila Allah menghendaki akan yang sebaliknya, Dia telah memusnahkan tentera bergajah sebagai bukti bahawa akan lahir di ‘Kota Mulia’ ini seorang nabi akhir zaman selepas peristiwa itu nanti.

Berkata Imam Ibnu Taimiyah, “ Pada tahun itu dilahirkan Nabi S.A.W. dan penduduk rumah (Kaabah) ketika itu ialah orang-orang musyrikin yang menyembah berhala dan agama Nasrani lebih baik daripada mereka. Maka ketahuilah, sesungguhnya peristiwa ini (dibinasakan tentera bergajah) bukanlah kerana penduduk Makkah akan tetapi kerana Allah Taala memuliakan rumahNya (Kaabah) dan pada tahun ini juga merupakan tahun kelahiran Nabi S.A.W. sebagai sebagai daripada tanda kenabian,”.

8. Allah Taala memelihara rumahNya : Sesungguhnya Allah Taala lebih berkuasa daripada ahli kitab (Abrahah dan tenteranya) yang berniat untuk meruntuhkan Kaabah dan menawan kota Makkah dengan dimusnahkan mereka yang menjadi musuhNya. Dan hakikat daripada pemeliharaan ini ( tidak diruntuhkan Kaabah dan tidak ditawan kota Makkah ) ialah bahawa akan terpancar dari kota ini suatu hari nanti satu aqidah baru; aqidah yang bukan dicipta oleh manusia juga tidak bercampur dengan benda yang sesat lagi mungkar akan tetapi ianya adalah aqidah yang suci dari Maha Pencipta, melalui seorang utusanNya yang akan dilahirkan di kota suci ini iaitu Nabi Muhammad S.A.W.

9. Peristiwa ini menjadi sejarah untuk bangsa Arab : Orang-orang Arab telah membesarkan peristiwa yang berlaku terhadap tentera bergajah. Sehingga mereka berkata, “ Berlaku yang demikian itu pada tahun gajah, dan dilahirkan fulan pada tahun gajah, dan berlaku peristiwa ini seperti yang demikian beberapa tahun dari tahun gajah,”.

( As-Sirah An-Nabawiyah - Dr Ali Muhammad As-Sollabi m/s 32-35 )

Wallahu’alam.

Rujukan:
(1) As-Sirah An-Nabawiyah - Ibnu Hisham
(2) As-Sirah An-Nabawiyah - Dr Ali Muhammad As-Sollabi
(3) Tafsir Hadaiq Ar-Rauh Wal Raihan fi Rawabi 'Ulumil Quran - Syeikh Muhammad Al-Amin bin Abdullah Al-Urami Al-'Alawi Al-Harari As-Syafie
(4) Ar-Rohiq Al-Makhtum - Syeikh Sofi Ar-Rahman Al-Mabarakafuri

Baca juga:
Kisah Kedengkian Abrahah ...
Kisah Kedengkian Abrahah(2) ...
Kisah Kedengkian Abrahah(3) ...

***

Dar Yasin : Peristiwa Berdarah

Tidak ada suatu wilayah pun yang diperebutkan sepanjang masa selain bumi Palestin. Betapa tidak, pelbagai perebutan ke atas 'Tanah Suci' tersebut mewarnai peninggalan sejarah peradaban manusia yang penuh lumuran darah; baik daripada bangsa Yahudi, Arab maupun Nasrani. Buka saja lembaran sejarah, di dalamnya tercatat pelbagai kisah penentangan juga peperangan antara bangsa-bangsa yang mendiami dan yang ingin menduduki Palestin. Bermula semenjak dari zaman Nabi Musa, seterusnya 'Perang Salib' diselangi dengan beberapa lagi peristiwa penting dibawa sehingga ke Peperangan Arab-Israel 1967 sampailah dewasa ini.

Tahun 1947...

Pengganas Zionist yang hanya menduduki 7% daripada Bumi Palestin telah dihadiahkan lebih separuh daripada Palestin oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) iaitu meliputi kira-kira 55% daripada keluasan bumi Palestin. Mereka juga turut mendapat separuh daripada Baitulmaqdis yang dikongsi secara bersama antara umat Islam juga penganut agama Nasrani (Kristian).

Dan bermula dari tarikh ini juga, kilang-kilang telah didirikan oleh Zionist untuk membuat senjata dan bom dengan banyaknya...

Kira kira satu kilometer daripada Baitulmaqdis pula, terletak sebuah perkampungan yang bernama Dar Yasin. Penduduk Dar Yasin telah diberi kata janji yang mereka tidak akan diapa-apakan oleh pihak Zionist jika mereka bersetuju untuk tidak melakukan penentangan terhadap Zionist. Ketua Kampung Dar Yasin yang termakan dengan pujuk rayu dan janji ini menyatakan persetujuan yang mereka tidak akan melawan pihak Zionist. Dan seluruh penduduk Dar Yasin merasa selamat dengan perjanjian itu.

Hari Jumaat, bertarikh 4 September 1948, pukul 4.30 pagi...

Pengganas Zionist telah mengepung perkampungan Dar Yasin dan membunuh setiap lelaki dan perempuan di situ. Dan turut menjadi mangsa ialah bayi-bayi yang tidak berdosa; yang baru hendak mengenal kehidupan dunia.

Berikut adalah terjemahan laporan yang ditulis oleh seorang doktor St. John ( Palang Merah ) menceritakan tentang peristiwa berdarah itu:

Perut wanita terbelah akibat dihiris manakala bayi pula ditikam dari tangan ibu yang tidak bermaya. Kanak kanak disembelih dan dipenggal kepalanya di depan mata ibu mereka sendiri. Mereka yang masih bernyawa akan dikumpulkan di dalam sebuah rumah dan peluru mesingan menghujani mereka dan bom tangan dilemparkan ke rumah tersebut. Dianggarkan lebih daripada 250 orang dibunuh secara kejam.

Mereka yang terselamat pula diikat dan diarak hingga ke Baitulmaqdis. Mereka semua kemudian dibunuh dan dibuang ke dalam telaga. Tentera British yang hanya berada di tidak berapa jauh dari Dar Yasin menyedari dengan peristiwa yang sedang berlaku. Akan tetapi amat menyedihkan, mereka langsung tidak datang membantu dan hanya membiarkan sahaja penduduk Palestin dibunuh tanpa belas kasihan oleh Zionist.

Berterusanlah pengganas Zionist melakukan perkara yang sama di setiap perkampungan penduduk Palestin yang dilalui sepanjang perjalanan mereka . Setiap orang dibunuh sehingga tidak ada seorang pun yang terselamat.

Sejurus selepas mereka melakukan pembunuhan juga pembantaian beramai-ramai terhadap umat Islam Palestin, Ketua pihak Zionist pulang ke Tel Aviv dan mengisytiharkan penubuhan negara mereka sendiri di bumi Palestin. Dia juga telah menulis di dalam sebuah bukunya menyatakan hal peristiwa berdarah ini,

Jika kita tidak melakukan apa yang dilakukan di Dar Yasin, Negara Israel tidak mungkin akan wujud sehingga ke hari ini ”.

Dan lahirlah sebuah 'NEGARA HARAM ISRAEL'...

Tautan : Israel : Bendera & Negara

***

Sunday, October 3, 2010

Silaturrahim...Hak Anak Adam Yang Selalu Kita Ringankan...

Salamullahi 'Alaikum ucapan salam kesejahteraan buat semua pembaca serta pengunjung setia blog ini...

Alhamdulillah segala puji dan puja untuk Allah S.W.T. kerana hari ini aku berjaya menyempurnakan ibadat puasa enamku dengan bulan Syawal hanya tinggal 10 hari lagi berbaki. Mudah-mudahan pekerjaan kecil ini akan dinilai sebagai amalan soleh disisiNya kerana hakikat diriku sebagai hamba, memang senantiasa mengharapkan ganjaran pahala juga keredhaanNya sebagai bekalan di hari kemudian meskipun ku sedari masih banyak cacat juga celanya.

Paling kurang, atas nama ianya urusan ibadat dan mu'amalat yang berkait dengan hak Allah jika ada kekurangan mahu kesilapan pun segalanya mungkin selesai bilaku pohonkan keampunan kepadaNya kerana Allah Taala itu bersifat 'Ar-Rahman juga Ar-Rahim'.

Tetapi bagaimana pula jika dalam urusan ibadat atau mu'amalat itu, ada bersangkut dengan hak anak Adam? Jika kita terkhilaf juga tersalah, selesaikah dengan hanya memohon ampun dari Allah?

Mungkin kita hanya memandang enteng tentang perkara ini. Bagi kita, jika diri sudah berjaya menjaga hak Allah seperti solat, puasa dan lain-lain ibadat khusus dengan sempurna maka sudah tidak menjadi kesalahan jika tidak menjaga hak anak Adam pun.

Tetapi sedar jugakah kita, berapa ramai yang diazab di dalam kubur dek meremehkan hak anak Adam ini? Sudah begitu banyak hadis-hadis yang datang dari Nabi S.A.W. yang menceritakan tentang hal yang demikian.

Misalan paling mudah ialah silaturrahim, hak anak Adam yang tampak mudah untuk ditunaikan tapi sebenarnya menjadi susah jika diringankan...

" Tahukah kalian tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun keburukan? Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan adalah pahala orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali silaturrahim sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah siksaan bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan tali silaturrahim".

(Maksud hadis riwayat Imam Ibnu Majah)

Silaturrahim bukan sekadar bersentuhan tangan atau memohon maaf semata. Kerana di sana, ada sesuatu yang lebih hakiki; iaitu aspek mental dan ketulusan serta keluasan hati. Hal ini sesuai dengan kata asal dari silaturahim itu sendiri, iaitu (صلة ) atau ( وصل) yang bermaksud menyambungkan atau menghimpunkan dan 'الرحييم' yang bererti kasih sayang.

Makna menyambungkan itu menunjukkan satu proses aktif dari sesuatu yang asalnya tidak tersambung. Menghimpun biasanya membawa makna sesuatu yang bercerai-berai dan berantakan, menjadi sesuatu yang bersatu dan utuh kembali.

Tentang hal ini Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud,

" Yang disebut bersilaturrahim itu bukanlah seseorang yang membalas kunjungan atau pemberian, melainkan bersilaturrahim itu ialah menyambungkan apa yang telah putus".

(Hadis Riwayat Imam Bukhari)

Jika ada orang yang mengunjungi kita lalu kita membalas dengan mengunjunginya kembali, ini tidak memerlukan kekuatan mental yang tinggi. Boleh jadi kita melakukannya karena merasa malu atau terhutang budi kepada orang tersebut.

Namun, bilamana ada orang yang tidak pernah bersilaturrahim dengan kita, lalu dengan sengaja kita mengunjunginya walau harus menempuh jarak yang jauh dan melelahkan, di sinilah letaknya nilai ketulusan juga keluasan hati. Ditambah lagi jika orang yang ingin dikunjungi itu amat membenci kita. Juga seorang yang sangat menghindari pertemuan dengan kita, lalu kita mengupayakan diri untuk bertemu dengannya.

Maka inilah yang dinamakan silaturrahim yang hakiki dan sebenarnya.

Rasulullah S.A.W. pernah memberikan nasihat kepada para sahabat, "Hendaklah kalian mengharapkan kemuliaan dari Allah".

Para sahabat pun bertanya, "(kemuliaan) bagaimanakah yang dimaksudkan itu, wahai Rasulullah?"

Baginda kemudian bersabda lagi,

"Hendaklah kalian suka menghubungkan tali silaturrahim kepada orang yang telah memutuskannya. Juga memberi sesuatu (hadiah) kepada orang yang tidak pernah memberi sesuatu kepada kalian. Dan hendaklah kalian bersabar (jangan lekas marah) kepada orang yang menganggap kalian bodoh".

(Hadis Riwayat Imam Hakim)

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim pula diceritakan bahawa pada suatu hari Nabi bertanya kepada para sahabat,

"Mahukah kalian aku tunjukkan amal yang lebih besar pahalanya daripada solat dan puasa?"

"Tentu saja," jawab para sahabat.

Baginda kemudian menjelaskan,

"Hendaklah engkau damaikan mereka yang bertengkar, dan menyambungkan persaudaraan yang terputus, dan mempertemukan kembali saudara-saudara yang terpisah juga menjambatani berbagai kelompok dalam Islam. Dan mengukuhkan tali persaudaraan di antara mereka adalah amal soleh yang besar pahalanya. Barangsiapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan diluaskan rezekinya, hendaklah ia menyambungkan tali silaturrahim, ".

Sahabat semua..

Bagaimana mungkin hidup kita akan tenang kalau di dalam hati masih tersimpan kebenciaan dan rasa permusuhan sesama saudara seislam. Perhatikan sahaja keluarga kita, komuniti yang paling kecil di dalam masyarakat. Bila di dalamnya ada beberapa indivudu sahaja yang sudah saling tidak bertegur-sapa, juga saling menjauhi, bertambah buruk lagi kalau di belakang sudah saling mencaci, mengejek dan memfitnah, maka sudah tentulah rahmat Allah akan dijauhkan dari rumah tersebut. Dalam skop yang lebih luas, iaitu dalam ruang lingkup sebuah negara, bila di dalamnya sudah ada kelompok yang saling mencemburui, saling memfitnah atau saling menjatuhkan, maka dikhuatiri negara dan penduduknya turut akan terputus dari rahmat dan pertolongan Allah S.W.T.

Silaturrahim adalah kunci terbukanya rahmat dan pertolongan Allah S.W.T. Dengan terhubungnya silaturrahim, maka 'Ukhwah Islamiyah' akan terjalin dengan baik. Bagaimanapun besarnya umat Islam secara kuantiti, sama sekali tidak akan bererti bila di dalamnya tidak ada kesatuan dan kerjasama untuk taat kepada Allah Taala.

Atas dasar itulah, sebagai komuniti yang besar umat Islam memang diwajibkan untuk terjun di bidang politik, ekonomi, kehakiman juga undang-undang dan sebagainya. Kerana tanpa keterlibatan kita dalam semua ini, kita akan dipermainkan oleh musuh juga kepentingan kita tidak ternaung secara ' legal ' di dalam kehidupan bermasyarakat.

Namun demikian, kelompok pelbagai yang ada harus dijadikan saling memerlukan untuk mencapai satu tujuan mulia bukan untuk saling menghancurkan dan berperang. Bahkan yang utama ialah wujudnya sikap tolenrasi antara satu sama lain walau berkhilaf dalam beberapa hal. Kerana sebagai umat yang taat, kita berkewajiban untuk mendukung segala kegiatan yang menyatupadukan kelompok umat Islam dan mempereratkan tali persaudaraan di antara kita.

Wallahu'alam.

___________

Bumi Sana'a
30 September 2010
Jam 2208
***

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts