Monday, November 19, 2012

Mini 3g Mobile Hotspot : Berbaloi-baloi...

Assalamua'laikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Seminggu lepas to'wan terjumpa peranti portable hotspot di dalam handset murah to'wan.. Godek punya godek, baru to'wan tahu yang ia berfungsi untuk berkongsi 'packet data connection' atau bahasa mudahnya line internet dari telefon bimbit dengan tablet, laptop, PC atau telefon bimbit yang lain menggunakan wifi..

To'wan cuba pasang dan hubungkan laptop kepadanya dengan wifi.. Hasilnya memang memberansangkan; kelajuan boleh dikira pantas.. Cuma yang tak seronoknya, bila anda memasang peranti ini bateri telefon bimbit anda akan menjadi terlalu panas..

Jadi 4 hari lepas, to'wan pergi ke sebuah syarikat telekomunikasi untuk bertanyakan berkenaan dengan modem internet yang menggunakan fungsi hotpsot wifi ni.. Kebetulan pula syarikat telco ini sedang mengadakan promosi tentangnya beserta dengan pelan paket data..

Setelah diberikan sedikit penerangan beserta ditunjukkan dengan jenis-jenis modem internet yang ditawarkan, to'wan akhirnya memilih yang ini..

Saiznya cuma sebesar modem broadband

Walau dengan pakej yang ditawarkan harga modem internet kat syarikat telco itu semuanya sama tanpa mengira saiz, tapi ada beberapa sebab to'wan buat keputusan untuk pilih yang ini antaranya :

1) Saiznya kecil dan mudah dibawa ke mana-mana..

2) Modem ini menawarkan kelajuan sehingga 21MBps..

3) Untuk menggunakan ia, anda hanya perlu menghubungkan ia ke PC atau laptop menggunakan usb juga boleh dipasang pada soket menggunakan pengecas yang dibekalkan..

4) Selain itu, modem ini turut dibekalkan dengan pengecas kereta bagi membolehkan anda menggunakan internet di dalam kereta..

5) Untuk ciri keselamatan, anda boleh setkan password bagi mengelakkan line internet anda diceroboh oleh orang lain..

Masuk hari ini guna modem 3g mobile hotpsot, secara ikhlasnya to'wan memang berpuas hati.. Dengan purata yang berkongsi menggunakan internat adalah 4 orang kesemuanya, tahap kelajuan internet boleh dikira masih laju; buka youtube pun tak sangkut-sangkut walau hari hujan.. Tapi dengan syarat, kawasan anda mestilah mempuanyai liputan rangkaian 3g walau tidak kuat.. Lagi kuat, lagi bagus...

Memandangkan line internet yang digunakan adalah berbayar, to'wan belum sempat uji keupayaan modem ini menggunakan sim prepaid.. Kena tunggu sampai habis koata penggunaan dulu kot, baru boleh to'wan kongsikan dengan pembaca semua... 
 

Sunday, November 18, 2012

Rela Saya Jadi Mayat Reput..

Diceritakan bahawa seorang ustaz menceritakan tentang perihal mayat seorang wanita yang tidak reput semasa urusan memindahkan kubur walau telah bertahun meninggal dunia.

Apabila ditanya kepada anak-anaknya perihal amalan ibu mereka semasa hidupnya, maka salah seorang anak arwah berkata,

"Semasa hidupnya, ibu kami tiada sebarang amalan yang khusus; amal ibadatnya biasa-biasa saja macam orang lain.. Cuma sekadar yang kami tahu, ibu kami merupakan seorang isteri yang paling taat kepada suami iaitu ayah kami.. Walau bagaimana letih atau tidak sihat pun, ibu akan berada di muka pintu menanti kepulangan ayah dari bekerja sambil di tangannya tersedia segelas air.. Dan begitulah yang ibu lakukan setiap hari sehingga dia meninggal dunia..".

Gambar Hiasan

Di atas sebuah motorsikal, sepasang suami-isteri berbual-bual tentang kisah yang mereka dengar dalam kuliah ustaz tadi..

Suami, "Awak tak mahukah jadi isteri macam kisah yang ustaz cerita tadi..??"

Isteri, "Mestilah saya nak.. Selama ni pun saya memang tak pernah derhaka pada abang kan..?? Makan, minum dan pakaian abang semua saya jaga sebaiknya.."

Suami tiba-tiba berkata, "Tak cukup lagi tu ketaatan awak pada saya.."

"Apa lagi yang tak cukup abang..??" soal isteri.

"Awak kena izinkan saya kahwin lagi seorang, baru sempurna ketaatan itu.." cetus suami dalam nada mengusik.

"Huuuuh... Kalau yang tu, rela saya jadi mayat reput dari hidup dimadukan.." sambil menghadiahkan cubitan manja di pinggang suami.


Catatan To'Wan :

Madu itu rasanya manis..
Namun kehidupan bermadu; ada pahit, ada manis...  

Thursday, November 8, 2012

Bila Berkhatan Bertukar Adat, Bukannya Ibadat..

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Cuti panjang persekolahan bakal menjelma lagi esok lusa.. Dalam pada tu ramailah yang sibuk nak buat kenduri; kenduri kahwin, kenduri aqiqah, kenduri berkhatan dan seumpamanya.. Hatta to'wan sendiri pun dah terima banyak jemputan kenduri sempena cuti nanti..

Teringat to'wan masa kecik-kecik dulu..

Bila ayah cakap nak khatankan to'wan, to'wan beritahu kat ayah tak mahu buat kenduri.. Bila ayah tanya kenapa, maka to'wan cakap:

"Tak mau la ayah, kalau buat kenduri nanti bila tetamu mai, sebelum depa bagi duit depa dok minta tengok 'burung' cheq dulu.. Malu la.."

Itu kisah to'wan dulu-dulu la..

Sekarang ni, bila berkhatan paling kurang, seekor lembu akan tumbang.. Kad jemputan pula akan diedarkan macam kenduri kahwin.. Bukan tu saja, sekarang ni siap pasang banner lagi.. Huhu


Cuma sekadar pandangan to'wan..

Nak buat kenduri sempena berkahatan tak salah, cuma jangan terlampau berlebih-lebihan.. Takut menjadi pembaziran dengan benda-benda tak sepatutnya.. Membazirkan kroni syaitan..??

Lagipun jangan biar ibadat berkhatan tu bertukar  menjadi adat, nanti pahala pun tak dapat.. Kan, kan..??
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts