Tuesday, October 5, 2010

Dar Yasin : Peristiwa Berdarah

Tidak ada suatu wilayah pun yang diperebutkan sepanjang masa selain bumi Palestin. Betapa tidak, pelbagai perebutan ke atas 'Tanah Suci' tersebut mewarnai peninggalan sejarah peradaban manusia yang penuh lumuran darah; baik daripada bangsa Yahudi, Arab maupun Nasrani. Buka saja lembaran sejarah, di dalamnya tercatat pelbagai kisah penentangan juga peperangan antara bangsa-bangsa yang mendiami dan yang ingin menduduki Palestin. Bermula semenjak dari zaman Nabi Musa, seterusnya 'Perang Salib' diselangi dengan beberapa lagi peristiwa penting dibawa sehingga ke Peperangan Arab-Israel 1967 sampailah dewasa ini.

Tahun 1947...

Pengganas Zionist yang hanya menduduki 7% daripada Bumi Palestin telah dihadiahkan lebih separuh daripada Palestin oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) iaitu meliputi kira-kira 55% daripada keluasan bumi Palestin. Mereka juga turut mendapat separuh daripada Baitulmaqdis yang dikongsi secara bersama antara umat Islam juga penganut agama Nasrani (Kristian).

Dan bermula dari tarikh ini juga, kilang-kilang telah didirikan oleh Zionist untuk membuat senjata dan bom dengan banyaknya...

Kira kira satu kilometer daripada Baitulmaqdis pula, terletak sebuah perkampungan yang bernama Dar Yasin. Penduduk Dar Yasin telah diberi kata janji yang mereka tidak akan diapa-apakan oleh pihak Zionist jika mereka bersetuju untuk tidak melakukan penentangan terhadap Zionist. Ketua Kampung Dar Yasin yang termakan dengan pujuk rayu dan janji ini menyatakan persetujuan yang mereka tidak akan melawan pihak Zionist. Dan seluruh penduduk Dar Yasin merasa selamat dengan perjanjian itu.

Hari Jumaat, bertarikh 4 September 1948, pukul 4.30 pagi...

Pengganas Zionist telah mengepung perkampungan Dar Yasin dan membunuh setiap lelaki dan perempuan di situ. Dan turut menjadi mangsa ialah bayi-bayi yang tidak berdosa; yang baru hendak mengenal kehidupan dunia.

Berikut adalah terjemahan laporan yang ditulis oleh seorang doktor St. John ( Palang Merah ) menceritakan tentang peristiwa berdarah itu:

Perut wanita terbelah akibat dihiris manakala bayi pula ditikam dari tangan ibu yang tidak bermaya. Kanak kanak disembelih dan dipenggal kepalanya di depan mata ibu mereka sendiri. Mereka yang masih bernyawa akan dikumpulkan di dalam sebuah rumah dan peluru mesingan menghujani mereka dan bom tangan dilemparkan ke rumah tersebut. Dianggarkan lebih daripada 250 orang dibunuh secara kejam.

Mereka yang terselamat pula diikat dan diarak hingga ke Baitulmaqdis. Mereka semua kemudian dibunuh dan dibuang ke dalam telaga. Tentera British yang hanya berada di tidak berapa jauh dari Dar Yasin menyedari dengan peristiwa yang sedang berlaku. Akan tetapi amat menyedihkan, mereka langsung tidak datang membantu dan hanya membiarkan sahaja penduduk Palestin dibunuh tanpa belas kasihan oleh Zionist.

Berterusanlah pengganas Zionist melakukan perkara yang sama di setiap perkampungan penduduk Palestin yang dilalui sepanjang perjalanan mereka . Setiap orang dibunuh sehingga tidak ada seorang pun yang terselamat.

Sejurus selepas mereka melakukan pembunuhan juga pembantaian beramai-ramai terhadap umat Islam Palestin, Ketua pihak Zionist pulang ke Tel Aviv dan mengisytiharkan penubuhan negara mereka sendiri di bumi Palestin. Dia juga telah menulis di dalam sebuah bukunya menyatakan hal peristiwa berdarah ini,

Jika kita tidak melakukan apa yang dilakukan di Dar Yasin, Negara Israel tidak mungkin akan wujud sehingga ke hari ini ”.

Dan lahirlah sebuah 'NEGARA HARAM ISRAEL'...

Tautan : Israel : Bendera & Negara

***

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts