Thursday, January 26, 2012

Depa Main Raba Dalam Kelas, Cikgu...

Cikgu Zam berasal dari selatan tanah air dan baru ditugaskan di sebuah sekolah rendah di utara..

Di suatu pagi.. 

"Cikgu.. Cikgu.. Murid laki dok main dengan murid perempuan dalam kelas..." bergegas seorang murid menghampiri meja Cikgu Zam di dalam bilik guru.

"Mereka bermain apa..??" soal Cikgu Zam.

"Depa main RABA dalam kelas, cikgu..." jawab murid yang melapor.

"Berapa orang..??" tanya Cikgu Zam.

"Ramai, cikgu..." jawabnya lagi.

"Kelas yang mana satu..??!" tanya Cikgu Zam kembali dengan nada berubah tegas.

"Kelas 1 Maju, cikgu... " jawab murid itu lagi.

Maka dengan muka merah padam, Cikgu Zam keluar dari bilik lalu menuju ke kelas 1 Maju...

Dalam hatinya, "Budak-budak zaman sekarang, baru sekolah rendah sudah pandai raba-meraba...".

Bila tiba di pintu kelas 1 Maju, yang kelihatan hanya beberapa orang pelajar lelaki dan perempuan sedang bermain dengan pemadam di atas meja tulis...

Cikgu Zam bertanya kembali kepada murid yang melapor tadi dengan muka yang bertambah serius, "Kamu beritahu cikgu tadi ada murid sedang raba-meraba, di mana mereka..??!".

Jawab murid itu, "Tuu.. Takkan cikgu tak nampak kot depa dok main RABA kat atas meja depan cikgu..."

(Alahai bermain pemadam rupanya) ...



**Raba : Rubber - Pemadam

Catatan Penulis: 

BAHASA JIWA BANGSA... Bila terlalu banyak perkataan Inggeris diMELAYUkan, bertutur pula ikut loghat daerah, maka berlakulah kisah-kisah tidak diduga seperti di atas... :) 

5 comments:

~Filzati Zulkepli~ said...

dah agak dah mesti RABA tu rubber. hikhik

EJA said...

hehe kelakar kn :)

taqiee din said...

hahahhaa..entry yg best..:)lawak2

Muhammad Razzie Razzie said...

Ape la punye cikgu kena main ngn budak2...hahah

Muhammad Razzie Razzie said...

Betul tu eja..hahahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...