Showing posts with label Info Dan Fakta. Show all posts
Showing posts with label Info Dan Fakta. Show all posts

Thursday, August 21, 2014

Program JobandCash Menipu Pengguna...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Semalam ada to'wan terbitkan 1 entri dengan tajuk : Jana 3 Angka Pendapatan Sampingan Sehari Atau Lebih Tanpa Modal...!!!

Errrmmmm dengaQ tajuk pun dah mengujakan semua bukan..?? Buat pengetahuan semua, sehingga entri tu to'wan publishkan, inilah hasil dalam tempoh 24 jam yang to'wan perolehi...


Hohoho lumayan bukan..??

Mana tak lumayannya, setiap kali orang klik dan daftar, anda akan dibayar US$10; lebih kurang RM32 tu duit kita... Modal pula tak payah keluar sesen habuk pun, memang berbaloi-baloi..

Dengaq sekali macam tak percaya, tapi itulah hakikatnya.. Disebabkan to'wan pun memang nak tahu samaada program itu tipu @ tidak, to'wan g0-on ja sampai target yang ditetapkan iaitu US$300 ...

Dan akhirnya, pagi tadi bila buka link referral untuk tebus wang itu, memang sah-sah dah kena TIPU ...!! Bermacam-macam benda yang kena isi dan buat sebelum wang itu boleh si pengguna tebus.. Dah la tu, anda pula diminta untuk melanggan pelbagai aplikasi di telefon bimbit dengan ..

Jadi kesimpulan mudah to'wan, "Program JobandCash Menipu Pengguna..." . Ia sekadar web yang menjana pendapatan berasaskan PENIPUAN melalui trafik pengguna yang teruja ingin memperolehi hasil dalam masa yang singkat..

Memang dari mata kasar, kita takkan rugi apa-apa sebab tidak perlu keluar modal pun, tapi dalam masa yang sama KERUGIAN  turut ada dari sudut masa dan penggunaan internet melibatkan kouta.. Itu belum dicampur kerugian terhadap pengguna yang dalam diam telah terpengaruh untuk melanggan aplikasi di telefon bimbit yang menelan kredit tanpa sedar...

Banyak lagi kalau to'wan nak huraikan tentang sistem ini, tapi untuk lebih pembacaan berkaitan sistem yang tidak menguntungkan ini,  boleh rujuk : SINI

Sebenarnya bukan tidak ada sistem link referral yang mendatangkan hasil seperti yang INI , tapi disebabkan hasil yang lambat, mungkin tidak ramai yang berminat untuk mencuba... Mungkin to'wan akan tulis dalam entri yang akan datang...

Kepada yang dah jadi mangsa klik to'wan kelmarin, jutaan maaf dipohonkan.. Kalau to'wan sendri tak cuba sendiri, mana lah boleh nak kongsi entri bermanfaat ini dengan pembaca semua... kan.. kan.. kan..?? Sebelum lebih ramai yang terkena, biar to'wan pesan awal-awal....

Sekian, moga berjumpa lagi di lain entri.

***

Wednesday, October 2, 2013

Bahayanya Bakteria Salmonella...

Ayam masak merah dicemari bakteria salmonella dikenal pasti menjadi punca kematian 3 tetamu yang menjamahnya pada satu majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai minggu lepas..

Berita penuh : SINI

Ermmm... Ayam masak merah memang sedap...


Tapi bila dah dicemari dengan bakteria salmonella...


Bakteria Salmonella

Lagi info, klik : SINI

Akhirnya, yang berlaku.....


Food Poisoning a.k.a Keracunan Makanan

Jadi...

Beringat sebelum kena.. berjaga sebelum merana.. Jangan dek tak mau kerugian, nyawa manusia jadi taruhan...


Coretan To'Wan :

To'Wan selalu kalau pi kenduri, lebih suka makan gulai ikan masin daripada makan ayam masak merah...


Monday, November 19, 2012

Mini 3g Mobile Hotspot : Berbaloi-baloi...

Assalamua'laikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Seminggu lepas to'wan terjumpa peranti portable hotspot di dalam handset murah to'wan.. Godek punya godek, baru to'wan tahu yang ia berfungsi untuk berkongsi 'packet data connection' atau bahasa mudahnya line internet dari telefon bimbit dengan tablet, laptop, PC atau telefon bimbit yang lain menggunakan wifi..

To'wan cuba pasang dan hubungkan laptop kepadanya dengan wifi.. Hasilnya memang memberansangkan; kelajuan boleh dikira pantas.. Cuma yang tak seronoknya, bila anda memasang peranti ini bateri telefon bimbit anda akan menjadi terlalu panas..

Jadi 4 hari lepas, to'wan pergi ke sebuah syarikat telekomunikasi untuk bertanyakan berkenaan dengan modem internet yang menggunakan fungsi hotpsot wifi ni.. Kebetulan pula syarikat telco ini sedang mengadakan promosi tentangnya beserta dengan pelan paket data..

Setelah diberikan sedikit penerangan beserta ditunjukkan dengan jenis-jenis modem internet yang ditawarkan, to'wan akhirnya memilih yang ini..

Saiznya cuma sebesar modem broadband

Walau dengan pakej yang ditawarkan harga modem internet kat syarikat telco itu semuanya sama tanpa mengira saiz, tapi ada beberapa sebab to'wan buat keputusan untuk pilih yang ini antaranya :

1) Saiznya kecil dan mudah dibawa ke mana-mana..

2) Modem ini menawarkan kelajuan sehingga 21MBps..

3) Untuk menggunakan ia, anda hanya perlu menghubungkan ia ke PC atau laptop menggunakan usb juga boleh dipasang pada soket menggunakan pengecas yang dibekalkan..

4) Selain itu, modem ini turut dibekalkan dengan pengecas kereta bagi membolehkan anda menggunakan internet di dalam kereta..

5) Untuk ciri keselamatan, anda boleh setkan password bagi mengelakkan line internet anda diceroboh oleh orang lain..

Masuk hari ini guna modem 3g mobile hotpsot, secara ikhlasnya to'wan memang berpuas hati.. Dengan purata yang berkongsi menggunakan internat adalah 4 orang kesemuanya, tahap kelajuan internet boleh dikira masih laju; buka youtube pun tak sangkut-sangkut walau hari hujan.. Tapi dengan syarat, kawasan anda mestilah mempuanyai liputan rangkaian 3g walau tidak kuat.. Lagi kuat, lagi bagus...

Memandangkan line internet yang digunakan adalah berbayar, to'wan belum sempat uji keupayaan modem ini menggunakan sim prepaid.. Kena tunggu sampai habis koata penggunaan dulu kot, baru boleh to'wan kongsikan dengan pembaca semua... 
 

Wednesday, September 12, 2012

Aku Pun Ada Penyakit TRYPOPHOBIA..

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Tempoh hari ada seorang sahabat cerita tentang penyakit TRYPOPHOBIA kat to'wan.. memang betul-betul tak tahu tentang penyakit itu sebab kali pertama to'wan mendengarnya.. Jadi sahabat to'wan tu pesan suruh google saja kat internet kalau nak tahu dengan lebih lanjut...

Sibuk punya pasai, baru hari ini teringat semula nak cari tentang penyakit ni.. Sahabat to'wan tu ada sebut juga, mereka yang mengidap penyakit ini jumlah keseluruhannya juga amat ramai tanpa kita disedari..

Dan tadi...

Setelah to'wan google image tentang penyakit trypophobia ni, barulah to'wan tahu bahawa to'wan juga merupakan salah seorang pengidap penyakit ini.. Sebab sahabat to'wan tu ada sebut lagi, "Jika semasa melihat gambar-gambarnya ada 'tindakbalas' yang berlaku pada bahagian tengkuk, pipi dan bulu roma, anda merupakan salah seorang pengidap trypophobia..."

Ermmm.. Bahaya bukan penyakit ni..?? Menyerang tanpa kita sedari... Jadi kepada yang nak tahu, boleh GOOGLE kat internet; takut-takut anda pun penghidapnya juga...




**

Monday, September 10, 2012

Petua : Air Tebu Boleh Mengubati Batuk..

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Tahukah anda bahawa air tebu boleh digunakan untuk mengubati batuk...??
Hehe.. Mesti bunyi macam pelik saja kan sebab kebiasaannya air tebu ni boleh menambahmudaratkan lagi batuk yang dialami.. Ni orang tua-tua kata la... To'wan tak kata apa-apa...

Apa-apa pun, ni betul punya petua; iaitu mengubati batuk menggunakan air tebu.. Petua ni pula to'wan perolehi daripada seorang tabib cina...


Bahan-bahan yang diperlukan :-

1. Air tebu segar (belum dicampur dengan ais batu)
2. Cerek atau periuk

Cara-caranya :-

1. Masukkan air tebu segar ke dalam cerek atau periuk.
2. Panaskan di atas api sehingga mendidih.
3. Setelah mendidih, tutup api dan biarkan sehingga air tebu menjadi suam.
4. Air tebu suam dituang ke dalam gelas dan diminum.

Begitu saja caranya.. Mudah saja bukan..?? Bagi yang ada masalah batuk tak mau lega-lega, bolehlah mencuba petua ni.. InsyaAllah dengan izin Allah, batuk yang dialami akan beransur-ansur pulih...

Selamat mencuba...!!!

Thursday, July 12, 2012

Cara Mudah Mengingat Halaman Juzuk-Juzuk Al-Quran..

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Pagi ni to'wan nak kongsi satu tips mudah untuk mengingat atau mengetahui halaman (mukasurat) bagi juzuk-juzuk di dalam Al-Quran.. Dan inilah caranya... Jeng.. Jeng.. Jeng...


Juzuk yang hendak dicari itu hendaklah ditolak dengan 1 kemudian didarab dengan 2.. Hasil daripada jawapan ini hendaklah diletakkan nombor 2 pada hujungnya...

Contohnya :

1)Juzuk 29 :
29-1 
=28(x2)
=56 (2)
=562

**Juzuk 29 : Halaman 562

2)Juzuk 5 :
5-1
=4(x2)
=8 (2)
=82

**Juzuk 5 : Halaman 82

Maka sekarang cuba semak Al-Quran anda.. Adakah ianya tepat..?? Jika ya, bolehlah berkongsi tips ini dengan rakan-rakan anda...

Catatan To'Wan :

Perlu diingat, kaedah ini hanya boleh digunakan untuk Al-Quranul Karim rasm 'Uthmanie...

Wednesday, July 4, 2012

WW : QR Code K.D.P.T

Inilah QR Code Blog Kalam Dari Pondok Tua..

Saja aku cuba-cuba buat tadi.. Sesiapa yang ada aplikasi pengimbas QR Code bolehlah cuba imbas gambar di atas... 

Catatan Penulis :

Baru penulis tahu rupa-rupanya QR Code ini sudah digunakan semenjak tahun 1994 lagi di Jepun dalam bidang automotif.. Ingatkan teknologi baru... Huhu

Thursday, April 19, 2012

Jam Suria..

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca...

Hari itu disebabkan adik lelakiku hanya akan selesai temuduga (SINI) petang dan kami pula kena check out dari homestay sebelum pukul 2.00 petang, maka aku dan keluarga buat keputusan untuk bersiar-siar dahulu...

Dan destinasinya... Kompleks Sejarah Pasir Salak, Perak....


Pintu masuk Kompleks Sejarah Pasir Salak..
Gambar aku sedut dari GOOGLE saja...

Buat pengetahuan pembaca semua, tempat ini dibina pada tahun 1990 atas inisiatif Tan Seri Ramli Ngah Talib, Menteri Besar Perak ketika itu di bawah seliaan Jabatan Muzium dan Antikuiti. Di kawasan kompleks inilah mula tumpahnya darah pejuang-pejuang Melayu menentang penjajah British dan antara peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah negara kita ialah peristiwa pembunuhan J.W.W. Birch; Residen British pertama di Perak.

Maklumat lanjut : SINI

Dalam banyak-banyak benda yang ada di sana, ini salah satu yang menarik perhatianku...


Jam Suria...

Jika pembaca semua perasan, di kawasan lekuk pada gambar jam di atas terdapatnya garis-garis yang bertindak sebagai penunjuk waktu.. Dan bayang yang terhasil pula bertindak sebagai jarum jam.. Memang unik kerana waktu yang tertera pada jam suria hampir sama dengan waktu di jam tangan yang aku pakai ketika itu...

Selain jam suria, banyak lagi benda-benda menarik di sini.. Nak tahu, pakat-pakat mai la sendiri.....

 ***

Thursday, March 22, 2012

22 Mac 2004 : Kenangilah Tarikh Ini Wahai Umat Islam...



tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
 
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan
Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan

Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…

( MUHARIKAH )



Friday, March 9, 2012

Tazkirah Jumaat : Rahsia Takbiratul Ihram Dalam Solat


Menurut Dr Faridah Al-Balusyi, Ketua bidang rawatan semulajadi di Hospital Tentera di Bahrain, takbir sambil mengangkat kedua tangan sampai ke atas pada saat memulakan solat sesungguhnya merupakan pergerakan menegangkan otot dada ke atas. Oleh kerana itu, ketika seorang bertakbir dalam solat lima kali dalam sehari, otot dada, sendi bahu sehingga ke belakang serta otot kedua bahu akan menjadi kuat.

Perlu diketahui bahawa pakar rawatan semulajadi memperkenalkan latihan pergerakan seperti pergerakan solat kepada orang sakit untuk menguatkan untuk menguatkan dan meluruskan belakang dan ini sama dengan pergerakan takbir ketika solat.

Bacaan Penuh : SINI 

Friday, February 3, 2012

Tazkirah Jumaat : Iktibar Peristiwa Tentera Bergajah


Firman Allah Taala yang bermaksud:

“Tidakkah Engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera bergajah(yang hendak meruntuhkan Kaabah) ? Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka ? Dan ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berbondong-bondong, yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras . Lalu ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat,” (Al-Fill : 1-5).

Kisah Ashabul Fil merupakan sebahagian daripada tanda kenabian. Ini kerana penduduk Makkah lemah untuk berperang dengan tentera Abrahah. Akan tetapi bila Allah menghendaki akan yang sebaliknya, Dia telah memusnahkan tentera bergajah sebagai bukti bahawa akan lahir di ‘Kota Mulia’ ini seorang nabi akhir zaman selepas peristiwa itu nanti.

Berkata Ibnu Taimiyah, “Pada tahun itu dilahirkan Nabi S.A.W. dan penduduk rumah (Kaabah) ketika itu ialah orang-orang musyrikin yang menyembah berhala dan agama Nasrani lebih baik daripada mereka. Maka ketahuilah, sesungguhnya peristiwa ini (dibinasakan tentera bergajah) bukanlah kerana penduduk Makkah akan tetapi kerana Allah Taala memuliakan rumahNya (Kaabah) dan pada tahun ini juga merupakan tahun kelahiran Nabi S.A.W. sebagai daripada tanda kenabian,”.

Dan sesungguhnya Allah Taala lebih berkuasa daripada ahli kitab (Abrahah dan tenteranya) yang berniat untuk meruntuhkan Kaabah dan menawan kota Makkah dengan dimusnahkan mereka yang menjadi musuh-Nya.

Dan hakikat daripada pemeliharaan ini ( tidak diruntuhkan Kaabah dan tidak ditawan kota Makkah ) ialah bahawa akan terpancar dari kota ini suatu hari nanti satu aqidah baru; aqidah yang bukan dicipta oleh manusia juga tidak bercampur dengan benda yang sesat lagi mungkar akan tetapi ianya adalah aqidah yang suci dari Maha Pencipta, melalui seorang utusan-Nya yang akan dilahirkan di kota suci ini iaitu Nabi Muhammad S.A.W.

Sambungan : SINI

Monday, January 16, 2012

Kalaulah Cukainya Murah...

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Hari ini sudah masuk minggu ketiga di bulan Januari 2012.. Dan janji untuk aku kembali aktif saban hari di dunia blog terutama di teratak ini belum mampu aku tunaikan; masih disibukkan dengan beberapa perkara penting di sekolah...

Berulang-alik ke tempat kerja dengan menaiki motorsikal ternyata lebih memberikan kelebihan, terutama untuk mengatasi masalah kesesakan lalu-lintas di waktu pagi... Dengan saiznya yang kecil, lebih mudah untuk cilok (mencelah) di deretan kenderaan yang memanjang di lampu isyarat...

Cumanya...

Bila hari hujan, 'MENDERITALAH' pula mereka yang menaiki motorsikal ini.. Dan aku salah seorang yang selalu merasainya.. Hehe

Lalu selalulah terkeluar bait-bait ini sementara menunggu hujan berhenti...

Hajat di hati hendak memiliki kereta sendiri..
Bukan tak mampu, cuma terlalu banyak yang berkenan di hati..
Tapi bila mengenang cukai yang terlalu tinggi..
Terus saja rasa tak jadi...

Sebenarnya, yang aku nak kongsi pada entri kali ini ialah cukai kenderaan di negara kita lebih tinggi berbanding di negara lain.. Jadi bila cukai dah tinggi, maka harga kenderaan juga melambung tinggi..

Jika kenderaan keluaran Toyota atau Hyundai boleh dikatogerikan sebagai kenderaan berharga mahal di negara kita, sedang di negara-negara Arab dan Eropah pula ia dijadikan kenderaan mengangkut penumpang... Masa aku di Yaman dulu pun, ada saja pemandu yang menjadikan Toyota Camry sebagai teksi.. Ini kerana cukai yang dikenakan untuk kenderaan di sana lebih murah berbanding negara kita...




Kalaulah cukainya murah... Dah lama aku bayar tunai untuk sebiji Toyota Vios ... Huhu

***

Wednesday, January 4, 2012

Wordless Wednesday: Top Entri...

KLIK UNTUK TUMBESARAN

Inilah top entri paling banyak dibaca di blog ini sepanjang tahun 2011 yang baru berlalu...

Catatan Penulis:

Tahun ini punya top entri, belum ada...

Wednesday, December 28, 2011

Wordless Wednesday: Asal Nama Nasi Kandar



Kerana inilah nasi kandar memeperolehi namanya..

Catatan Penulis:

Nasi kandar mula popular di Pulau Pinang dan di masa dahulu seperti gambaran di ataslah ianya diniagakan sehingga memungkinkan ianya memeperolehi nama sedemikian..

Lagi bacaan perihal Nasi Kandar : SINI

Thursday, December 8, 2011

Tempias Trafik..

 Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca...

Masuk bulan Disember ni, betul-betul rasa macam malas nak update blog.. Entah kenapa tiba-tiba aku berperasaan begini walau banyak sebenarnya aku nak kongsi dengan pembaca semua.. Mudah-mudahan aku terus diberikan kekuatan dan semangat oleh Allah S.W.T untuk terus berada di arena blog ini...

Bulan ini, baru dua entri aku nukilkan; dicampur dengan yang ini.. Dan bagi yang mencari trafik ke blog, sudah tentu dengan jumlah entri yang macam ini akan menyebabkan trafik turun dengan mendadak... Dan aku akui, blog aku pun turut mendapat kesannya...

Cumanya, walau tanpa entri baru blog ini masih mampu mampu menerima antara 1/3 daripada jumlah trafik harian jika ku menukilkan entri baru...

Ini jumlah UV ke blog ini untuk minggu lepas yang aku PS (print screen) dari nuffnang... 


Bagaimana hendak mendapatkan trafik walau tanpa entri baru di blog anda..?? 

Pastikan blog dan entri anda mesra dengan enjin carian atau bahasa blognya SEO (Jika kurang jelas berkenaannya, blog rujuk di blog-blog yang menyediakan tips-tips dalam berblog)...

Dan di sini aku bagi dua tips untuk mendapatkan SEO yang tinggi:

1. Pastikan tajuk dan entri di blog anda relevan untuk dibaca pada setiap masa.. Dalam erti kata, walau entri itu sudah ditulis beberapa bulan yang lalu, tapi masih lagi tidak basi untuk dibaca pada hari ini.. Contoh: Petua kesihatan dan resepi masakan...

2. Pastikan blog anda mempunyai link yang banyak di blog-blog yang lain.. Ini boleh didapatkan dengan pelbagai cara seperti join segmen, exchange link dan seumpamanya.. Tapi anda akan lebih beruntung jika blog anda dimasukkan ke dalam bloglist blogger lain disebabkan blog anda itu punya keistimewaan tersendiri dari sudut blog dan entrinya... :) 

Sekian.

Catatan Penulis : 

Tips di atas berdasarkan pengalaman penulis semata dan mungkin berbeza dengan blogger-blogger yang lain...

Sunday, November 27, 2011

Tarikh Sebenar Hijrah Nabi Bukannya 1 Muharram..

Assalamu'laikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Alhamdulillah, hari ini kita semua telah berada di permulaan tahun baru hijrah 1433.. Mudah-mudahan dengan permulaan kalendar baru dalam Islam ini, memungkinkan kita semua untuk terus menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya yang baru sahaja sehari meninggalkan kita.

Cuma sedikit info yang aku nak kongsikan bersama pembaca semua, mengikut pengkaji sejarah dan ulama' Islam tarikh sebenar Nabi S.A.W memasuki kota Madinah bukannya 1 Muharram akan tetapi pada tanggal 12 Rabi'ul Awal. Dan penggunaan kalendar hijrah cuma dilaksanakan pada zaman pemerintahan Saidina Umar Bin Al-Khattab kerana pada masa itu umat Islam belum mempunyai kalendar mereka sendiri. Maka peristiwa hijrah Nabi menjadi titik-tolak kepada permulaan pengiraan dalam kalendar hijrah ini dengan 1 Muharram dipilih kerana pada bulan ini telah pulangnya umat Islam dari menunaikan fardhu haji di Makkah pada bulan Zulhijjah.

Ulasan terperinci : SINI



Baca Juga : Lembaran Hijrah-Benarnya Abu Bakar Walau Dalam Berdusta

Thursday, November 24, 2011

Teori 1432H : Berlaku Juga Akhirnya..

Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh tiba di Riyadh hari ini untuk menandatangani pelan damai Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang akan mengakhiri pemerintahan beliau selama 33 tahun itu, kata seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Lanjut : SINI

Dalam gambar:
1-Bekas Presiden Tunisia 4-Bekas Presiden Yaman 3-Bekas Presiden Libya 2-Bekas Presiden Mesir 

Dan [Teori 1432H] merujuk kepada gambar di atas, berlaku juga akhirnya di penghujung tahun hijrah yang masih berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum kita melangkah ke permulaan tahun 1433H..

Catatan Penulis : 

Semoga Allah terus memberikan kemenangan kepada yang hak (benar) dan menjatuhkan yang batil (salah) kepada Islam dan umatnya di seluruh dunia...

Tuesday, November 22, 2011

Sungguh Bola Itu Bulat...

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca...

Setelah melalui seminggu yang memenat dan menyibukkan, alhamdulillah baru hari ini berkesempatan hendak menukilkan bicara di sini lagi..

Dan berita utama di blog-blog dan media massa pada hari ini sudah tentulah berkenaan kejayaan Skuad Bawah 23 Malaysia (Harimau Muda) yang berjaya membenam cabaran Indonesia dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA ke-26 yang berlangsung semalam...

Kuasa bola sepak sememangnya hebat.. Ia umpama maruah negara.. Siapa yang menang, dialah juara sebenarnya..

Melayari facebook semalam, rata-rata berbicara berkenaannya.. Satu perkara yang aku perasan, dek bola sepak semua pihak mampu bersatu dan bersemangat dengan mengenepikan perbezaan idealogi dan fahaman politik semata-mata untuk memberikan sokongan kepada skuad Malaysia.. Hatta wujud begitu ramai pengulas sukan jemputan termasuk di kalangan wanita di facebook semalam.. Hehe

Ulasan aku, 

Sungguh bola itu bulat..
Sehingga tiba-tiba begitu ramai menjadi semangat..
Dan menghulurkan sokongan tanpa penat..
Tahniah buat semua pemain dan peminat...


Cuma sebelum melelapkan mata semalam, fikiranku memikirkan tentang perkara ini,

"Bukankah bagus jika penyatuan dan semangat bola sepak ini mampu dipraktikkan juga dalam memastikan kita juga berjaya dalam menegakkan Islam serta memajukan bangsa dan negara sendiri..??".

Kapan bila tibanya saat itu..?? Aku masih terus menunggu....


Sunday, October 30, 2011

Pil Untuk Wangi Badan...

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Gambar di bawah aku SNAP dari sebuah akhbar ketika sedang membacanya tadi..


Satu pil telah dihasilkan di Amsterdam yang akan menjadikan kulit anda berfungsi sebagai penyembur minyak wangi.. Pil yang dinamakan Swallow Parfum itu akan menghasilkan bauan mengikut karakter diri pemakainya apabila berpeluh..

Wah.. Lepas ni sesiapa yang mempunyai masalah bau badan, tidak perlu risau-risau lagi.. Ini penyelesaian kepada masalah anda...!!! :)

Cuma dok berfikir sejenak, jika hati si pemakainya WANGI pasti bauan yang akan dikeluarkan juga WANGI.. Orang pun ramai yang nak dekat.. Tapi jika hati si pemakainya BUSUK...?? Haha lu fikirlah sendiri...

Tuesday, October 25, 2011

Thailand Yang Banjir, Kesannya Sampai Malaysia..

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Petang tadi memang NO MOOD; cintaku ditolak maa.. Apa-apapun sebab adik perempuanku (satu-satunya adik perempuan yang aku ada) ajak temankan dia ke bandar Kangar untuk membeli barang membuat kek, aku turutkan saja walau rasa tubuh ni memang tak bermaya..

Thailand yang banjir, kesannya sampai Malaysia.. Habis lencun tilam aku ni tadi dek titisan airmata.. Huhu acah jerla, tak sekritikal tu pun la.. Saja buat penyedap entri.. (-.-)

Tapi entri kali ni memang aku nak gebang (cerita) pasal banjir pun...

Tadi dalam perjalanan pulang, singgah kat sebuah gerai menjual burger.. Dan seminggu lepas gerai yang sama juga aku kunjungi, tapi berseorangan diri.. Minggu lepas, pak cik jual burger ni ada SPEAKING kat aku sementara nak tunggu burger yang ditempah siap.

Katanya, "Thailand yang banjir, kesannya sampai Malaysia..".

"Awat pula pak cik?" soalku kembali.

"Erm mesti la, sayur pun sampai naik harga melambung-lambung.. Selalunya sayur dari Cameron Highland pengeluarannya untuk penjual dan pembeli dari Ipoh hingga ke Johor.. Sedang kita kat utara ni pula, bergantung kepada bekalan sayur daripada Thailand.. Jadi bila dah banjir, bekalan berkurangan maka harga pun melambung la.." jawab pak cik tu memberikan penjelasan.

Dan aku pula mengangguk untuk mengiyakan kata-katanya itu.

Kesimpulan cerita aku ini, negara kita sebenarnya terlalu bergantung kepada sumber daripada luar. Sumber dari dalam pula banyak yang dieksport ke luar. Jadi sarananku, apa salahnya jika pihak berwajib cuba fikirkan cara macam mana untuk meningkatkan lagi hasil keluaran negara bagi memenuhi keperluan dan permintaan rakyat sendiri.

Aku bukan pakar ekonomi, tapi jika ambil contoh di negeri Kelantan, walau rata-rata rakyatnya berpendapatan di bawah RM1000 tapi jumlah itu menyamai RM2000 jika hendak dibandingkan dengan negeri-negeri lain kat Malaysia.

Mengapa aku mengatakan demikian..??

Ini kerana dek kebijaksaan kerajaan mentadbir negeri, kos sara hidup juga harga barangan keperluan di sana masih rendah jika hendak dibandingkan dengan lain-lain negeri. Oleh itu jangan terperanjat jika anda berkunjung ke sana, rata-rata rumah penduduk kebanyakkannya seperti banglo.

Ini kerana kos yang diperlukan untuk membina rumah seperti itu hanya separuh berbanding kos pembinaan rumah jenis yang sama di Malaysia..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts