Thursday, September 19, 2013

Malaikat ISRAEL Ustaz...

Pada itu di dalam kelas tauhid...

Ustaz, "Baik sekarang ustaz nak tanya kamu semua tugas-tugas para malaikat.. Abu apakah tugas malaikat Mikail..?"

"Menguruskan rezeki makhluk ustaz.." jawab Abu.

Ustaz, "Bagus Abu.. Ali, malaikat yang mencabut nyawa pula namanya siapa..?"


Jawab Ali dengan penuh konfiden, "Malaikat Israel ustaz..."

"Ali.. Ali.. Ali.." ustaz menggeleng-gelengkan kepalanya seraya tersenyum.

Ustaz menyambung bicara, "Ali.. Malaikat yang mencabut namanya Izrail, bukannya Israel.. Israel tu bukannya malaikat, bahkan lebih dahsyat ianya adalah syaitan..."

"Syaitan ustaz..? Bukankah Israel tu nama negara..?" soal seorang pelajar kehairanan.

"Anak-anak murid sekalian, ya Israel itu memang nama negara, tetapi negara yang ditubuhkan secara haram. Israel sepanjang penubuhannya, berapa ramai nyawa penduduk Palestin telah dikorbankan..? Berapa ramai penduduk Palestin terpaksa menjadi pelarian di negara sendiri gara-gara kekejaman Israel..? Manusia bila baik, kita panggilnya malaikat.. Tetapi bila jahat kita panggilnya syaitan..." jelas ustaz.

Soal pelajar yang lain, "Tetapi bukankah terlalu melampau manusia kita panggil dengan gelaran syaitan..?"

Jawab ustaz, "Dalam ilmu tauhid, syaitan pada sudut bahasa bererti setiap unsur yang keji yang terdapat pada manusia, jin dan binatang . Maka disebut makhluk yang ingkar terhadap Tuhannya dengan lafaz syaitan juga thoghut sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisa' ayat 76 yang bermaksud:

"Orang-orang yang beriman itu berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir (pula) berperang di jalan thoghut, sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah,".

Dan panggilan ini (syaitan) menjadi kebiasaan untuk merujuk kepada sikap yang buruk dan terkeji dalam diri manusia. Dan panggilan thoghut pula bagi merujuk pada orang-orang melampaui batas dan mengingkari perintah Allah S.W.T.".

Pelajar-pelajar menganggukkan kepala dengan penjelasan ustaz.

***

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...