Thursday, December 15, 2011

Kisah Nafsu Yang Degil

Dalam sebuah kitab karangan Usman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Al-Khaubawiyi (seorang ulama yang hidup dalam abad ke-13 Hijrah) menerangkan bahawa ketika Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Dia telah berfirman yang bermaksud, "Wahai akal, mengadaplah kamu,". Maka akal pun mengadap-Nya.

Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Wahai akal, siapakah Aku..?".

Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah.".

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan pula nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud, "Wahai nafsu, mengadaplah kamu..". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri.

Kemudian Allah Taala berfirman lagi yang bermaksud, "Siapakah engkau dan siapakah Aku?".

Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau.".

Setelah itu Allah menyeksa nafsu di dalam Neraka Jahim selama 100 tahun dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Siapakah engkau dan siapakah Aku?".

Berkata nafsu, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau.".

Lalu Allah S.W.T telah menyeksa pula nafsu di dalam Neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkannya maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Siapakah engkau dan siapakah Aku?".

Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, "Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah Tuhanku.".

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

Dipetik dari: 39 Kisah-Kisah Teladan

Catatan Penulis:

Sesungguhnya nafsu itu adalah sangat jahat, maka oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu dan jangan biarkan nafsu itu mengawal kita; sebab kalau dia yang mengawal maka kita akan menjadi musnah.

3 comments:

EJA said...

sebab itu allah swt menciptakan akal diatas nafsu dibawa supaya akal blh menguasai nafsu bkn nafsu yg menguasai akal.

http://menulisdenganhati.blogspot.com/2011/12/saat-aku-jatuh-cinta-dan-dialah-cinta.html

Azza Azman said...

suka entry ni.. nafsu memang degil lebih2 lagi nafsu makan saya.. adoi..

Nizam Ijam said...

bagus entry nie..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts