Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..
Bola sepak Piala Eropah 2012 melabuhkan tirainya awal pagi semalam dengan Sepanyol dinobatkan sebagai juara bertahan setelah memenanginya pada tahun 2008.. Dan aku salah seorang yang menyaksikan perlawanan itu di kaca televisyen awal pagi tadi walau hakikatnya, aku bukanlah peminat fanatik bola sepak.. Dah tu, apa pula kena-mengena dengan tajuk entri aku hari ini..??
Mai aku nak gebang bagi...
Selalu kalau hari bekerja, memang aku takkan jadi burung hantu menonton bola.. Alasan, nanti aku bisa kemengantukan di tempat kerja.. Jadi, kebiasaannya aku akan hanya menonton perlawanan ulangan atau rangkuman berita sukan sahaja bila jadual perlawanan bukannya pada cuti hujung minggu.. Tapi semalam punya kes, aku terpaksa berjaga kerana takut tidak terbangun dari tidurku untuk menjemput kedua orang tuaku di stesyen bas...
Sebenarnya, kedua mereka menghantar adik bongsuku untuk mengikuti kursus A-Level di salah sebuah kolej di Shah Alam.. Dan insyaAllah jika ada rezekinya nanti, dia bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara dengan biasiswa tajaan JPA... Rezeki adikku, aku pula tumpang gembira untuknya...
Dek kerana aku pula ada urusan yang perlu diselesaikan, maka tidak dapatlah mengikut mereka ke sana.. Jadi, 'HOME ALONE' lah aku berseorangan diri untuk beberapa hari di rumah sendiri.. Dan bila dah berseorangan, datang pula rasa bosan.. Bila dah bosan, mulalah buat benda yang dah lama tak jadi kebiasaan...
Dalam dua hari ketiadaan kedua orang tuaku, aku telah 'TRANSFORMER'kan diriku menjadi surirumah.. Hehe pendek kata, semua kerja yang emak aku selalu buat; mengemas, membasuh, menyiram, memasak dan yang lain-lainnya, semuanya aku buat sendiri..
Semua benda ni, memang aku dah biasa buat sendiri masa di luar negara dulu, tapi bila balik Malaysia rasa kemalasan itu menjadi-jadi.. Rasa malas ini mungkin benda normal kot bagi seorang lelaki bila ada wanita yang menguruskan keperluannya saban hari... Aku lah yang rasa normal, kat hangpa semua aku tak tau la...
Bila seharian bekerja tanpa rehat, malam pula sambung menonton bola sepak hingga menjelang subuh, aku akhirnya kecundang jua dengan Sepanyol pula meraikan kemenangan serta kejayaan mereka..
Pagi ni.. Mataku sayu, alisku kuyu.. Fikiranku tak menentu, aku mula mabuk semalu..... (~.~)
Catatan Penulis :
Dua hari tinggal bersendirian, menyebabkan penulis mengakui hakikat satu perkara, "Ada wanita cuba melakukan tugas lelaki, dan ada lelaki yang cuba melakukan tugas wanita.. Ya, telah ramai yang berjaya, namun tetap tidak sesempurna seperti si pemilik asal bidang tugas itu... Yakinlah dengan janji Ilahi, lelaki dan wanita itu tetap saling memerlukan walau betapa diri berlumba untuk mengatasi individu berlainan jantina dalam perjalanan kehidupan...

No comments:
Post a Comment