Thursday, August 30, 2012

Rezeki Itu Milik Allah, Bukannya Manusia...

Assalamu'alaikum dan selamat pagi kepada semua yang membaca..

Masih dalam mood KESIBUKAN memandangkan esok bakal bermulanya Karnival Usahawan Muda (KLIK), tapi to'wan tetap juga curi sedikit masa untuk kemaskini blog.. Hehe

Gambar kat atas tu antara program yang diaturkan sempena Karnival Usahawan Muda.. Memandangkan program ini khusus untuk pelajar, maka penglibatannya turut melibatkan alumni (bekas pelajar).. Jadi, saja to'wan nak war-warkan tentang beberapa orang Alumni MADI yang kini telah bergelar tukang masak a.k.a chef...

Sepuluh tahun yang lalu, kata-kata ini pernah beberapa jiran lemparkan kepada ayah to'wan..

"Hang hantar anak pi ngaji sekolah agama rakyat, esok besaq nak kerja apa..?? Orang belajar agama ni bukan ada masa depan...".

Ini mungkin bukan pengalaman to'wan seorang, malahan ramai dari kalangan mereka yang beraliran agama pernah mempunyai pengalaman yang serupa...

Alhamdulillah, hari ini to'wan dah buktikan...

Walau to'wan tak kerja dengan kerajaan, gaji pun tidak sebesar mana, sekurang-kurang kehidupan tidak menyusahkan orang lain, tidak bergelendangan di tepi jalan serta tak perlu berhutang untuk belanja seharian.. Berkatnya rezeki bukan bila ianya banyak, tapi walau sedikit memenuhi keperluan...

Dan yang to'wan nak sebut juga, banyak pelajar lepasan sekolah to'wan sendiri yang hari ini kerjanya hebat-hebat, baik di sektor swasta mahupun di sektor kerajaan hinggakan ada yang bergelar pensyarah dan ahli perniagaan.. Ya... Mereka ini satu masa dahulu pernah bergelar 'Pelajar Sekolah Agama Rakyat'..

Oleh itu yakinlah bahawa rezeki itu milik Allah, bukannya manusia.. Peri penting, betaqwa serta bertawakallah kepada Allah sesudah berusaha, sesuai dengan firman-Nya yang bermaksud :

"Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu," (At-Thalaq:2-3).

To'wan memohon izin mengundur diri, moga ketemu lagi di lain coretan...

1 comment:

Zin said...

salam, sangat setuju.. karang lagi artikel tentang sekolah pondok.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts