Tuesday, June 12, 2012

Kahwin Bayar Bulan-Bulan, Ada Berani..??

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Petang Jumaat lepas, aku ke pasar malam yang terletak di bandar Arau; berbelas kilometer jaraknya daripada rumahku.. Dalam minda, tiada apa yang hendak dibeli sangat pun, cuma sekadar 'Jalan-Jalan Cuci Mata'.. Dan usai menjumpai tempat untuk memakirkan kereta, aku menuju ke arah pasar malam..

Dalam perjalanan, aku berhenti di sebuah rumah; rumah seorang kenalan ayahku.. Lama aku tidak berjumpa dengannya kerana banyak masanya dihabiskan di Langkawi dengan membuka kedai makan di sana bersama isterinya, sedang rumahnya di sini didiami oleh anak-anaknya.. Niat asal sekadar hendak menegurnya barang sebentar lalu meneruskan langkah kaki ke pasar malam, tapi diajaknya pula aku untuk menikmati kopi, barang secawan dua.. Maka makin panjang lebarlah sembangnya.. 

Dalam rancak-rancak dok bersembang, dia buka cerita berkenaan anak saudaranya yang akan akad nikah pada malam harinya.. Menurut ceritanya, "Wang hantaran untuk perkahwinan itu, dibayar secara bulanan kepada keluarga si mentua...".

Aku pun bertanya dalam nada tercengang, "Bayaq bulan-bulan macam mana tu..??".

Maka jawabnya, "Anak saudara pak cik tu sebelum dari nak kahwin lagi, setiap bulan dia bagi sikit-sikit jumlah wang hantaran tu kat keluarga mentua.. Jadi akad nikah malam ni, bawa mas kahwin saja la pasai wang hantaran semua sudah selesai dibayaq..." .


Gambar Hiasan

"Bakal isteri dia kerja apa pak cik..?" soalku lagi.

"Bakal isteri dia tu kerja dengan syarikat perumahan.. Arkitek kot tak silap pak cik.. Anak saudara pak cik tu kerja guard (pengawal keselamatan) saja..." jawabnya.

Aku menyambut kata-katanya itu dengan "Oooooo..." sambil dok bermonolog seorang diri,

"Sebelum ini aku rasa biasa-biasa saja kalau lelaki buat pinjaman dengan bank untuk dijadikan wang hantaran, lalu kemudiannya dibayar kembali secara ansuran.. Tapi cerita yang sampai ke telinga aku ini memang luar dari kebiasaan.. Bila difikirkan balik, cara ini bagus juga untuk yang kurang berkemampuan; jika sekiranya perkahwinan yang dirancangkan itu berlaku.. Namun, jika sebaliknya yang berlaku, alamat hanguslah duit yang telah dibayar sebelum daripada itu.. Bukan ada slip atau resit pembayaran seperti membayarnya di bank..."  .

Dah anda pembaca pula bagaimana,  "Kahwin bayar bulan-bulan, ada berani..??".

2 comments:

Munn Jaafar said...

kalau org yg dipercayai boleh...tp kalau ragu2..lebih baik jgn..

Anis Ahmad said...

rendahkanlah maharnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts