Monday, June 11, 2012

Cikgu Suka Main Bola.. Hari-Hari Cikgu Main Bola...

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca...

Sudah agak lama tidak menukilkan sesuatu di blog bersawang aku ini.. Jadi memandangkan pagi ini tidak kesibukan, aku ambil masa sedikit untuk menulis...

Hari ini kembali memulakan tugas seperti biasa setelah 2 minggu bercuti.. Hehe mesti dah boleh agak di mana aku bertugas bukan..?? Bila rutin harian kembali seperti biasa, maka rutin cutian pula terpaksalah dikorbankan..

Dan antara rutin yang perlu dikorbankan itu; BERQIYAMULLAIL larut malam di kaca tv menonton EURO 2012.. Minat tu minat juga bro.. Tapi jika dengan minat itu bisa mengurangkan komitmen kamu terhadap tugas, maka berkorbanlah.. Ingat, tugas itu amanah.. Dan setiap amanah akan disoal bila berhadapan dengan Yang Maha Esa di padang mahsyar kelak...


Bola Rasmi EURO 2012

Sambil mencoretkan entri ini, tiba-tiba teringat kisah Cikgu Shaari lakonan Allahyarham Tan Sri Dr. P.Ramlee dalam cerita 'Masam-Masam Manis'...

Kata Cikgu Shaari, "Murid-murid, baca dan ulang apa yang cikgu tulis di papan hitam ya...".

Murid-murid, "Cikgu suka main bola. Hari-hari cikgu main bola.".

Dan detik Cikgu Shaari tertidur di dalam kelas, maka bertukarlah pembacaan murid kepada, "Cikgu suka tidur. Hari-hari cikgu tidur. Maka mari kita bermain...".

Komedi ringkas yang cuba disampaikan oleh P.Ramlee, tapi penuh makna tersirat di sebalik yang tersurat... I LIKE... :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...