Saturday, July 18, 2009

Sambung Lagi...

Alhamdulillah akhirnya aku selamat sampai ke rumah datukku setelah ditimpa sedikit ujian dalam perjalanan pulang tadi.. Ceritanya begini...

Dalam perjalanan ke rumah sewa adikku setelah aku membawanya membeli sedikit barang di Kota Bharu tayar motorsikalku tiba-tiba pancit... Jam di tangan menunjukkan pukul 7.15 malam.. waktu macam ni memang semua kedai motorsikal dah tutup.. Jarak rumah sewa adikku masih berbaki 6km..Itu satu hal... satu hal lagi,nak pulang ke rumah datukku pula masih berbaki 15km perjalanan.. Panggilan telefonku untuk bapa saudaraku tidak berjawab,barangkali ke masjidlah waktu ni...

Dengan penuh tawakal aku pun menolak kuda hijauku yang berplat RG 162,meneruskan perjalanan yang masih berbaki... Apa-apapun biar sampai rumah sewa adikku dulu.. Lagipun dah maghrib ni.. Adik aku pula mengikut dari belakang dengan kedua-dua tangannya memegang bungkusan beg plastik barang-barang yang di beli tadi.. Kesian pula aku tengok dia..

Setelah 10 minit kami berdua menyusuri jalanraya Pengkalan Chepa, di seberang jalan aku lihat sebuah kedai motorsikal masih dibuka.. Maka bergegaslah aku ke sana.. Di sana aku berjumpa dengan seorang pak cik yang turut mengalami nasib yang serupaku..

Dipendekkan cerita,setelah semuanya selesai aku pun menghantar adikku pulang kemudian aku singgah di sebuah masjid untuk menunaikan solat maghrib walau jam menunjukkan pukul 8 lebih dah..

Melayang wangku RM10 tadi...tapi bukan itu yang aku nak sebut.. Cuma aku teringat firman Allah yang bermaksud, " Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya dijadikan baginya jalan keluar dan dikurniakan rezeki dari jalan yang tiada disangka-sangka" Maha benarlah segala firmanNya...

Aku nak sambung sedikit lagi mengenai topik pagi tadi " Sebaik-baik urusan pada pertengahannya". Apakah maksud ungkapan ini? Dan apa yang yang ingin aku sampaikan?

Sebenarnya apa yang aku ingin kongsikan ialah segala urusan kehidupan kita baik dalam ibadat,mu'amalat dan sebagainya hendaklah kita bersederhana; tidak sedikit dan tidak terlalu melampau.. kerana...

Mereka yang bersedikit akan mudah merasa cukup manakala mereka yang berbanyak akan mudah merasa letih dan putus asa.. apa yang penting ialah sifat istiqamah dalam sesuatu pekerjaan.. Itu yang menjamin keikhlasan kita selaku hamba Allah.. Jadi buat semua,ukurlah baju di badan sendiri jangan jadikan urusan kehidupan kita yang pada asalnya berpahala bertukar dosa... Kaedah usul fiqh sendiri ada menyebut, " Jika kamu tidak mampu untuk melaksanakan semua urusan agamamu,jangan kamu tinggalkan semuanya..."

Renung-renungkanlah bagi hati yang mahu melihat serta mendengar....!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts