Saturday, July 4, 2009

Buat Teman Seperjuanganku

Teman,
Atas tautan ukhwah juga atas satu dasar yang kukuh,
Yakni Aqidah Muslim, Aku melayangkan warkah ini buatmu teman...

Wahai temanku an-nisa',
Engkau sedia maklum “Engkaulah hiasan dunia”,
Lantaran fitrah itu, Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu,
Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu, Tetapi itulah hakikat kejadianmu...

Wahai temanku ar-rijal,
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,
Yang seringkali mengimpikan seorang teman di sisi,
Dan tentulah temanmu yang diimpi, Pastinya seorang serikandi...

Wahai temanku an-nisa',
Aku mengetahui halusnya perasaanmu, Engkau ingin disayangi,
Juga menyayangi,Ingin dimanjai dan kau juga ingin memanjai...
Tetapi ketahuilah engkau, Bercinta itu fitrah, Tetapi janganlah
engkau cemarkannya dengan fitnah...

Kalau benar engkau mengasihinya,
Kasihinyalah kerana Pencipta Fitrah, Dan jika engkau benar mengasihinya,
KeranaNya, Engkau tidak bisa, melunakkan suara mu, melemparkan panahan menggodamu,Kerana engkau tahu,
Itu bisa menggoyahkan iman seorang ar-rijal!

Dan engkau mengetahui, Dia punya 9 akal, dan 1 nafsu,
Namun nafsu itu sentiasa beraja, Nafsu raja yang menggila!
Kerananya dia kan terjerumus ke dlm api yg membara.

Wahai temanku ar-rijal,
Andai engkau mencintainya, Cintailah ia keranaNya,
Letakkanlah Ia melebihi cintamu kepada dia, Andai engkau mengasihinya keranaNya, Engkau kan bahagia..

Kerana engkau tahu, Dia punya 9 nafsu, 1 akal,
Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?
Andai engkau mengasihinya keranaNya, Engkau tidakkan bisa menyentuhnya,
Kerana itu sudah MENGHAMPIRI ZINA! Dan engkau tahu bukan?
Zina tempatnya di api yang menjunam? Apakah engkau benar mengasihinya,



Sahabatku an-nisa',
Sahabatku ar-rijal,
Aku mengasihimu LILLAH, Lantaran itu,
Dengarlah sedikit pesan ikhlasku LILLAH,
Manusia mana yang mampu hidup tanpa cinta?
Dan tidaklah salah untuk bercinta...
Tetapi letakkan cintamu kepadaNya yang hakiki,

Andai Dia yang engkau dahului,
Engkau takkan gelisah,resah atau sengsara..
Kerana Dia tidakkan pernah melupakanmu, Malah Dialah yang sentiasa
Mengasihi dan menyayangi mu....
Lantaran DIA yang terbaik, DIA akan menentukan yang terbaik untukmu,

Andai si dia yang terbaik untukmu,
Berdoalah agar di satukan hati dia dan kamu atas jalan Nya,
Dan redhalah atas segala ketentuan Nya andai dia bukan untuk mu...
Dan itulah yang terbaik buat kalian, Kalau ada jodoh tak ke mana...
Yakinlah! Apakah benar engkau meyakini takdirNya?

Maafkan aku teman,
Bicaraku penuh ketegasan, Aku tidak membencimu,
Namun yang ku benci mungkar itu,
Dan kerana aku takutkan api yang menjunam itu,
Aku menegur yang mana mampu, Kerana aku ingin bersamu ke
Syurga nan indah yangkan kekal abadi,
Bukannya An-Narr yang terlalu pedih dan seksa, untuk kita tempuhi
Nauzubillahi min zalik...

Sama-samalah teman,
Pagarilah imanmu, Agar si iman itu tidak terlepas,
Cintailah DIA, Kerana DIAlah penjaga iman kita...
Yakinlah dengan DIA... Serahkan segalanya pada DIA...
Kerana DIA tahu yang terbaik, Sedangkan kita tidak...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts