Alhamdulillah Allah masih berikan kesempatan kepadaku untuk menjadi hambaNya sebelum diri ini mengadapNya untung diperhitungkan segala amalan sepanjang kehidupanku di dunia ini. Maka amat beruntunglah barangsiapa yang baik serta ikhlas segala amalannya.
Aku tiada apa yang ingin dikongsikan pada catatan kali ini,cuma semasa khutbah jumaat yang aku dengari tengahari tadi,khatib membicarakan tentang Virus H1N1 @ Selsema Babi ; satu campuran virus antara selsema manusia+selsema burung+selsema babi pada sudut sains perubatannya. Aku tiadalah begitu arif tentang ini kerana aku bukan ahlinya. Oleh yang demikian aku pun tidak berminat untuk membicarakan tentangnya dari sudut sains perubatan. Teringat diri ini dengan sebuah sabda Nabi S.A.W yang menyebut bahawa, "Apabila manusia melakukan maksiat secara terbuka maka Allah S.W.T akan datangkan wabak penyakit yang tiada pernah menimpa umat terdahulu". Barangkali inilah salah satu penyakit sebagaimana yang disabdakan oleh junjungan kita Muhammad S.A.W.
Seorang kawan menceritakan kepadaku mengenai perbualannya dengan seorang yang berbangsa Cina mengenai Virus H1N1 ini.
Lelaki Cina itu berkata kepadanya, "Orang Melayu memang pada zahirnya tak makan babi,tapi pada batinnya rasa-rasanya lebih dari seekor babi dalam badan..."
Dengan nada kehairanan kawanku itu bertanya kepada lelaki Cina itu, "Mengapa pula?"
Jawab lelaki Cina itu, " Orang Melayu ni semua benda makan,sehingga kadang-kadang tidak tahu benda apa yang dimakan dan dicampurkan dalam makanan..."
Bila aku fikirkan,kata-kata lelaki Cina itu memang ada kebenarannya.
Kita sebagai orang Melayu lagi beragama Islam memang kurang menitikberatkan benda-benda sebegini. Makanan kita,minuman kita,pakaian kita serta sebagainya adakah kita betul-betul pasti serta teliti daripada mana dan apa ianya dihasilkan? Pada telahanku,inilah salah satu jalan serta usaha musuh-musuh untuk menghancurkan serta memerangi Islam serta umatnya. Tetapi adakah kita semua menyedari tentang hal ini? Dek kerana benda-benda macam inilah kita semakin jauh dari Allah serta kurang keberkatan dalam hidup lagi doa tidak dimakbulkan serta terhijab kerana kita tidak menjaganya....
Wassalam.
No comments:
Post a Comment