Tuesday, November 15, 2011

Ikhlas Mana Boleh Tahu..

 Situasi 1:

Penderma, "Ini sumbangan ikhlas daripada saya sebanyak RM50,000...".

(Sambil menghulurkan replika cek yang tertera tulisan sumbangan ikhlas sebanyak RM50,000 kepada sebuah badan kebajikan dalam sebuah majlis yang dihadiri media).


Gambar Hiasan

Situasi 2:

Boy, "Sayang.. Awak nampak cantiklah hari ini..".

Girl, "Betulkah b..??".

Boy, "Ya.. Ikhlas dari lubuk hati b...".

Dua situasi di atas atas adalah sebahagian kecil kisah yang selalu dikaitkan dengan persoalan ikhlas.

Persoalannya, bila ikhlas itu diikuti dengan ucapan di bibir, betulkah itu apa yang dirasa dalam hati..??

Atau sekadar lain di mulut, lain di hati..??

Masih wujudkah ikhlas itu bila dalam masa yang sama ianya disertakan dengan ucapan di bibir..??

Sedang yang kita tahu dan belajar, ikhlas itu rahsia hati yang hanya diketahui oleh Ilahi...

Mungkin ada yang mahu berkongsi pandangan.. Silakan.. :)

4 comments:

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: said...

klu soal kasih syg seeloknya diungkapkan dan ditunjukkan melalui perbuatan.. biasanya klu perempuan, mereka dpt mengagak melalui perbuatan tp akan lbh yakin jika diungkapkan rasa syg dengan mulut sendiri :)

klu cth sumbangan, lebih afdal dirahsiakan :)

EJA said...

iya betul tu towan ikhlas tu adalah menda yg tersirat bkn tersurat kita sendiri pun sbnrnya tak blh nk menentukan ikhlas atau tidak kerana allah lebih maha mengetahui :)

Azza Azman said...

saya dah pernah buat entry pasal ikhlas dulu, tapi point dia amat bertengtangan dengan tok wan maaf.

Bagi saya, ikhlas tak ikhlas tu Allah sahaja yang tahu. Kalau diri sendiri cakap "saya ikhlas derma29 ribu" , sebenarnya diri sendiri pun tak tau ikhlas ke tidak, apatah lagi kita orang luar.

Bila dia dah derma atau puji, ikhlas tak ikhlas tak perlu kita pertikai, yang penting ucap Alhamdulillah, maksud --->segala puji itu bagi ALLAH taala.

Janganah kita mempersoalkan keikhlasan, yang penting dia dah buat yang baik, kita pun harus bersangka baik.

Azza Azman said...

saya buat entry ikhlas dulu sebab popularnya ungkapan "kalau tak ikhlas baik tak payah" ada ke mcm tu. Nak tunggu orang lain ikhlas je, tu antara dia dengan ALLAH.

Dah ada juga yang malas nak buat sesuatu (derma atau tolong orang) dengan alasan "kalau tak ikhlas tunggulah dulu nak buat" seolah2 tunggu hati ikhlas dulu, dia dah lari tanggungjawab tu.

ini pendapat saya je, maaf dah terkeluar tajuk. Hik hik hik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts