Sunday, November 27, 2011

Tarikh Sebenar Hijrah Nabi Bukannya 1 Muharram..

Assalamu'laikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Alhamdulillah, hari ini kita semua telah berada di permulaan tahun baru hijrah 1433.. Mudah-mudahan dengan permulaan kalendar baru dalam Islam ini, memungkinkan kita semua untuk terus menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya yang baru sahaja sehari meninggalkan kita.

Cuma sedikit info yang aku nak kongsikan bersama pembaca semua, mengikut pengkaji sejarah dan ulama' Islam tarikh sebenar Nabi S.A.W memasuki kota Madinah bukannya 1 Muharram akan tetapi pada tanggal 12 Rabi'ul Awal. Dan penggunaan kalendar hijrah cuma dilaksanakan pada zaman pemerintahan Saidina Umar Bin Al-Khattab kerana pada masa itu umat Islam belum mempunyai kalendar mereka sendiri. Maka peristiwa hijrah Nabi menjadi titik-tolak kepada permulaan pengiraan dalam kalendar hijrah ini dengan 1 Muharram dipilih kerana pada bulan ini telah pulangnya umat Islam dari menunaikan fardhu haji di Makkah pada bulan Zulhijjah.

Ulasan terperinci : SINI



Baca Juga : Lembaran Hijrah-Benarnya Abu Bakar Walau Dalam Berdusta

1 comment:

Unknown said...

salam ..

"sesungguhnya sesuatu perkara itu brgntung kpd niat"

Benar sih hijrah nabi itu pada 12 Rabi'ul Awal, Tetapi di letakkan 1 muharam itu adalah kerana pada tarikh 1 muharam itu nabi berniat untuk berhijrah.. maka dikira dalam takwin hijrah 1 muharah tahun hijrah.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts