Thursday, September 13, 2012

Membuat Pilihan Itu Satu Penghormatan..

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada semua yang membaca..

Topik bicara to'wan hari ini, "Membuat Pilihan Itu Satu Penghormatan.."

Ramai di kalangan kita tidak suka membuat pilihan kerana takut salah dalam memilih.. Ada yang mengganggap membuat pilihan itu satu bebanan dan ramai pula yang ingin hidup tanpa membuat pilihan.. Ya, manakan tidaknya.. hendak makan pun perlu dibuat pilihan...


Namun sedarkah kita bahawa membuat pilihan sebenarnya satu penghormatan buat diri..??

Ini kerana kemampuan untuk membuat keputusan yang baik dan tepat memberi kita satu perasaan bahawa kita menghargai diri.. Kita terpaksa membuat keputusan berdasarkan pilihan-pilihan yang sedia ada dan kadangkala pula kita perlu membuat keputusan untuk orang lain..

Membuat keputusan untuk orang lain pula sudah tentunya lebih sukar berbanding membuat keputusan untuk diri sendiri.. Walau demikian, keupayaan serta kebijaksanaan kita dalam membuat keputusan itu memungkinkan kita dijadikan tempat rujukan oleh mereka disekeliling. Dan ketahuilah, kemahiran membuat pilihan ini tidak semua orang memilikinya.. Jadi, rasalah bertuah dengan  apa yang ada pada diri..

Cuba bayangkan pula, jika kita senantiasa ragu-ragu dalam membuat keputusan, membuat pilihan dengan terburu-buru tanpa berfikir panjang, apakah kita akan dicari oleh sesiapa yang ingin meminta bantuan..?? Sudah tentu tidak bukan..??

Lebih malang lagi, apabila disyorkan nama anda, ada yang berkata sebegini , "Daripada aku minta pertolongan si pulan, lebih baik aku fikir sendiri.. Tolong macam tak tolong saja.."

Adakalanya, kita tidak senantiasa betul dan tepat dalam membuat pilihan.. Dan inilah risiko yang perlu dihadapi.. Tapi adakah kita lebih suka tunggu dan lihat, daripada membuat keputusan dek tak mahu menanggung risiko..?? Jangan tertipu dengan diri, tunggu dan lihat juga antara cara kita menempah risiko...

Oleh itu, buatlah pilihan walau risiko menanti di hadapan.. InsyaAllah dengan membuat keputusan, natijah yang menanti lebih manis buat diri.. Jika timbul ragu-ragu, mintalah pertolongan kepada Ilahi dengan istiqarah dan berdoa.. Andai setelah membuat keputusan hasilnya bukanlah paling terbaik buat diri, yakinlah ia tetap kurniaan Ilahi.. Kerana Dia tidak pernah memberi apa yang kita harapkan, tapi memberi apa yang kita perlukan..

Maka biasakan diri membuat pilihan, kerana ia penghormatan buat diri..!! 

***

2 comments:

Ikhwan Suhaimi said...

makin besar makin bnyak pilihan yang kene buat ~

BuDaK cOmOt said...

saya pernah berada dalam situasi itu...takut untuk buat pilihan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...