Monday, September 10, 2012

Petua : Air Tebu Boleh Mengubati Batuk..

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Tahukah anda bahawa air tebu boleh digunakan untuk mengubati batuk...??
Hehe.. Mesti bunyi macam pelik saja kan sebab kebiasaannya air tebu ni boleh menambahmudaratkan lagi batuk yang dialami.. Ni orang tua-tua kata la... To'wan tak kata apa-apa...

Apa-apa pun, ni betul punya petua; iaitu mengubati batuk menggunakan air tebu.. Petua ni pula to'wan perolehi daripada seorang tabib cina...


Bahan-bahan yang diperlukan :-

1. Air tebu segar (belum dicampur dengan ais batu)
2. Cerek atau periuk

Cara-caranya :-

1. Masukkan air tebu segar ke dalam cerek atau periuk.
2. Panaskan di atas api sehingga mendidih.
3. Setelah mendidih, tutup api dan biarkan sehingga air tebu menjadi suam.
4. Air tebu suam dituang ke dalam gelas dan diminum.

Begitu saja caranya.. Mudah saja bukan..?? Bagi yang ada masalah batuk tak mau lega-lega, bolehlah mencuba petua ni.. InsyaAllah dengan izin Allah, batuk yang dialami akan beransur-ansur pulih...

Selamat mencuba...!!!

2 comments:

Ikhwan Suhaimi said...

Pernah dgar jgak, tapi... nak dapat tebu segar yang belum dicampur dengan air. susah betul.

BuDaK cOmOt said...

kita pernah minum..better rebus terus tebu tu...manis sangat airnyaa...and ianya tak tajam macam kita minum air tebu yang biasa jual kat tepi jalan tu...

tapi untuk org preggy, tebu takleh diminum kan...?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...