Friday, July 31, 2009

Virus H1N1

Alhamdulillah Allah masih berikan kesempatan kepadaku untuk menjadi hambaNya sebelum diri ini mengadapNya untung diperhitungkan segala amalan sepanjang kehidupanku di dunia ini. Maka amat beruntunglah barangsiapa yang baik serta ikhlas segala amalannya.

Aku tiada apa yang ingin dikongsikan pada catatan kali ini,cuma semasa khutbah jumaat yang aku dengari tengahari tadi,khatib membicarakan tentang Virus H1N1 @ Selsema Babi ; satu campuran virus antara selsema manusia+selsema burung+selsema babi pada sudut sains perubatannya. Aku tiadalah begitu arif tentang ini kerana aku bukan ahlinya. Oleh yang demikian aku pun tidak berminat untuk membicarakan tentangnya dari sudut sains perubatan. Teringat diri ini dengan sebuah sabda Nabi S.A.W yang menyebut bahawa, "Apabila manusia melakukan maksiat secara terbuka maka Allah S.W.T akan datangkan wabak penyakit yang tiada pernah menimpa umat terdahulu". Barangkali inilah salah satu penyakit sebagaimana yang disabdakan oleh junjungan kita Muhammad S.A.W.

Seorang kawan menceritakan kepadaku mengenai perbualannya dengan seorang yang berbangsa Cina mengenai Virus H1N1 ini.

Lelaki Cina itu berkata kepadanya, "Orang Melayu memang pada zahirnya tak makan babi,tapi pada batinnya rasa-rasanya lebih dari seekor babi dalam badan..."

Dengan nada kehairanan kawanku itu bertanya kepada lelaki Cina itu, "Mengapa pula?"

Jawab lelaki Cina itu, " Orang Melayu ni semua benda makan,sehingga kadang-kadang tidak tahu benda apa yang dimakan dan dicampurkan dalam makanan..."

Bila aku fikirkan,kata-kata lelaki Cina itu memang ada kebenarannya.

Kita sebagai orang Melayu lagi beragama Islam memang kurang menitikberatkan benda-benda sebegini. Makanan kita,minuman kita,pakaian kita serta sebagainya adakah kita betul-betul pasti serta teliti daripada mana dan apa ianya dihasilkan? Pada telahanku,inilah salah satu jalan serta usaha musuh-musuh untuk menghancurkan serta memerangi Islam serta umatnya. Tetapi adakah kita semua menyedari tentang hal ini? Dek kerana benda-benda macam inilah kita semakin jauh dari Allah serta kurang keberkatan dalam hidup lagi doa tidak dimakbulkan serta terhijab kerana kita tidak menjaganya....

Wassalam.


Monday, July 27, 2009

WAHAI DIRIKU…MENGERTILAH…!

Diriku...
Dalam rancak kau menyirami taman hati insan lain
Kau terlupa membajai taman hatimu sendiri
Agar ianya sentiasa segar dalam hubungan dengan penciptamu
Tersentuh dengan daulatNya
Merasa terpikul dengan amanah agama ini
Bukan kerana engkau berjamaah
Namun kerana engkau berada dibawah perintahnya..

Diriku...
Seringkah engkau mencari jalan
Agar hatimu sentiasa lembut,halus sentuhannya
Sentiasa sedar dengan keagunganNya
Insafi kekerdilan,kelemahan,kealpaan & kesilapan dirimu...?

Sedarlah diriku...
Hatimu itu keras
Khusyukmu juga kurang
Terlalu sedikit syukur serta redha kau hadiahkan padaNya
Terlalu banyak kurang dan salah kau berikan padaNya...

Diriku...
Tunaikanlah solatmu dalam khusyuk & tenang
Muhasabahlah dirimu dikala sunyi
Selamilah kalam Al-Quran yang kau perjuangkan
Kerana padanya ada bekalan perjalanan hidupmu...

Diriku...
Pada nawafil & amalan sunat,
Ada jalan yang hampir untuk kau berkasih sayang dengan tuhanMu
Pada bisikan doa serta munajatmu di keheningan malam,
Ada kemanisan taqarrubmu pada duli kebesaranNya
Pada kepetahan lidahmu mengalunkan Al-Mathurat,
Ada penunjuk jalan mengenali dirimu sebagai dai'e...

Diriku...
Pada tawadhu'mu
Pada ukhwah fillahmu
Pada infakmu fi sabilillahmu
Pada uzlah serta muhasabahmu
Pada zikir selawatmu
Ada kekuatan buat dirimu...

Diriku...
Ketahuilah bahawa hanya hati yang hidup sahaja
Yang bisa memberikan nafas pada hati yang mati
Mana mungkin hati yang mati mampu menyembuhkan
Apatah lagi hati yang sakit menghidupkan yang mati...

Diriku...
Amanahlah engkau dihadapanNya
Rasailah kekerdilanmu dihadapanNya
Renungkanlah kehebatan kudrat serta iradatNya
Insafilah dirimu sebagai hambaNya
Pasti nikmat kehambaan kau kecapi...

Saturday, July 18, 2009

Sambung Lagi...

Alhamdulillah akhirnya aku selamat sampai ke rumah datukku setelah ditimpa sedikit ujian dalam perjalanan pulang tadi.. Ceritanya begini...

Dalam perjalanan ke rumah sewa adikku setelah aku membawanya membeli sedikit barang di Kota Bharu tayar motorsikalku tiba-tiba pancit... Jam di tangan menunjukkan pukul 7.15 malam.. waktu macam ni memang semua kedai motorsikal dah tutup.. Jarak rumah sewa adikku masih berbaki 6km..Itu satu hal... satu hal lagi,nak pulang ke rumah datukku pula masih berbaki 15km perjalanan.. Panggilan telefonku untuk bapa saudaraku tidak berjawab,barangkali ke masjidlah waktu ni...

Dengan penuh tawakal aku pun menolak kuda hijauku yang berplat RG 162,meneruskan perjalanan yang masih berbaki... Apa-apapun biar sampai rumah sewa adikku dulu.. Lagipun dah maghrib ni.. Adik aku pula mengikut dari belakang dengan kedua-dua tangannya memegang bungkusan beg plastik barang-barang yang di beli tadi.. Kesian pula aku tengok dia..

Setelah 10 minit kami berdua menyusuri jalanraya Pengkalan Chepa, di seberang jalan aku lihat sebuah kedai motorsikal masih dibuka.. Maka bergegaslah aku ke sana.. Di sana aku berjumpa dengan seorang pak cik yang turut mengalami nasib yang serupaku..

Dipendekkan cerita,setelah semuanya selesai aku pun menghantar adikku pulang kemudian aku singgah di sebuah masjid untuk menunaikan solat maghrib walau jam menunjukkan pukul 8 lebih dah..

Melayang wangku RM10 tadi...tapi bukan itu yang aku nak sebut.. Cuma aku teringat firman Allah yang bermaksud, " Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya dijadikan baginya jalan keluar dan dikurniakan rezeki dari jalan yang tiada disangka-sangka" Maha benarlah segala firmanNya...

Aku nak sambung sedikit lagi mengenai topik pagi tadi " Sebaik-baik urusan pada pertengahannya". Apakah maksud ungkapan ini? Dan apa yang yang ingin aku sampaikan?

Sebenarnya apa yang aku ingin kongsikan ialah segala urusan kehidupan kita baik dalam ibadat,mu'amalat dan sebagainya hendaklah kita bersederhana; tidak sedikit dan tidak terlalu melampau.. kerana...

Mereka yang bersedikit akan mudah merasa cukup manakala mereka yang berbanyak akan mudah merasa letih dan putus asa.. apa yang penting ialah sifat istiqamah dalam sesuatu pekerjaan.. Itu yang menjamin keikhlasan kita selaku hamba Allah.. Jadi buat semua,ukurlah baju di badan sendiri jangan jadikan urusan kehidupan kita yang pada asalnya berpahala bertukar dosa... Kaedah usul fiqh sendiri ada menyebut, " Jika kamu tidak mampu untuk melaksanakan semua urusan agamamu,jangan kamu tinggalkan semuanya..."

Renung-renungkanlah bagi hati yang mahu melihat serta mendengar....!!!

Sebaik-baik Urusan Pada Pertengahannya



Salam perjuangan buat sekalian temanku..

Hari nie dah 3 hari aku kat Kg Teluk Kemunting,Bachok..balik bercuti di rumah datuk kesayanganku@lebih mesra dipanggil 'chak' dalam loghat utaranya...dan macam biasa la,bila aku kat sini aku akan mengikuti kelas pengajian tidak formal dengan datukku mengenai "Rahsia Perubatan n Kesihatan Orang Dulu2... " :) Maklumlah dalam usia 90 tahun datukku masih nampak sihat tubuh badannya n tidak pernah ditimpa penyakit berat melainkan sekadar demam biasa.. berbeza dengan kita pada hari nie,baru umur 20an,tenaga dah macam orang tua yang jalan bertongkat.. baru umur 40 macam2 penyakit dah dalam badan...

Petang kelmarin selepas solat jumaat,datuk@ chak bawa aku & adik perempuanku (pelajar Kolej Teknologi Darul Naim) berjalan rumah adik-beradik.Erm ramai gak yang aku x kenal melainkan sejak aku belajar kt terengganu baru aku berkesempatan nak kenal adik-beradik kt sini.. Semua adik-beradik Chak dh meninggal,yang tinggal tok ngah Awang,tok chik Yah n tok su..Depa ni lain ayah @ emak ngan datukku,yang seibu sebapa pakat xdak belaka dh kata chak...n kalau aku berjumpa dengan anak-anak @ cucu-cucu tok2 saudaraku nie kt jalan,confirm aku xkenal..dh memang aku xkenal pun... sebab tue aku kadang2 terfikir, kita semua yang muda-mudi hari nie ramai pakat x pentingkan hubungan adik beradik dah.. masing-masing sibuk ngan hal sendiri bila baik dengan adik beradik,takut adik beradik nak kongsi kesenangan yang kita ade..sedangkan harta yang kita dok kumpul tue last2 jadi pusaka untuk waris gak kalau kita mati..melainkan 3 benda akan kita bawa sebagai bekal dalam kubur nanti (sedekah jariah,ilmu yang bermanfaat & doa anak soleh ) Ini yang aku dengar masa khatib berkhutbah kelmarin..

K la aku nak g hantar adik aku balik rumah sewa dia dulu,pasal esok dia belajar dah..aku pun esok nak balik terengganu gak...kepada kengkawan kt terengganu ilmu baru pe yang aku dapat dari Chak pakat tunggu la aku balik.. n kepada kengkawan yang nak ambik STAM, bila korang nak aku ngajar tusyen Arudh Wa Qafiah? Tunggu aku balik la yer.... tapi pe2 pun pesanku untuk semua, " Sebaik-baik Urusan Pada Pertengahannya..."lebih kurang blog aku ni la..nampak simple,sesimple tuannya.......... :)

Jumpa Lagi Wassalam..


Saturday, July 4, 2009

Buat Teman Seperjuanganku

Teman,
Atas tautan ukhwah juga atas satu dasar yang kukuh,
Yakni Aqidah Muslim, Aku melayangkan warkah ini buatmu teman...

Wahai temanku an-nisa',
Engkau sedia maklum “Engkaulah hiasan dunia”,
Lantaran fitrah itu, Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu,
Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu, Tetapi itulah hakikat kejadianmu...

Wahai temanku ar-rijal,
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,
Yang seringkali mengimpikan seorang teman di sisi,
Dan tentulah temanmu yang diimpi, Pastinya seorang serikandi...

Wahai temanku an-nisa',
Aku mengetahui halusnya perasaanmu, Engkau ingin disayangi,
Juga menyayangi,Ingin dimanjai dan kau juga ingin memanjai...
Tetapi ketahuilah engkau, Bercinta itu fitrah, Tetapi janganlah
engkau cemarkannya dengan fitnah...

Kalau benar engkau mengasihinya,
Kasihinyalah kerana Pencipta Fitrah, Dan jika engkau benar mengasihinya,
KeranaNya, Engkau tidak bisa, melunakkan suara mu, melemparkan panahan menggodamu,Kerana engkau tahu,
Itu bisa menggoyahkan iman seorang ar-rijal!

Dan engkau mengetahui, Dia punya 9 akal, dan 1 nafsu,
Namun nafsu itu sentiasa beraja, Nafsu raja yang menggila!
Kerananya dia kan terjerumus ke dlm api yg membara.

Wahai temanku ar-rijal,
Andai engkau mencintainya, Cintailah ia keranaNya,
Letakkanlah Ia melebihi cintamu kepada dia, Andai engkau mengasihinya keranaNya, Engkau kan bahagia..

Kerana engkau tahu, Dia punya 9 nafsu, 1 akal,
Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?
Andai engkau mengasihinya keranaNya, Engkau tidakkan bisa menyentuhnya,
Kerana itu sudah MENGHAMPIRI ZINA! Dan engkau tahu bukan?
Zina tempatnya di api yang menjunam? Apakah engkau benar mengasihinya,



Sahabatku an-nisa',
Sahabatku ar-rijal,
Aku mengasihimu LILLAH, Lantaran itu,
Dengarlah sedikit pesan ikhlasku LILLAH,
Manusia mana yang mampu hidup tanpa cinta?
Dan tidaklah salah untuk bercinta...
Tetapi letakkan cintamu kepadaNya yang hakiki,

Andai Dia yang engkau dahului,
Engkau takkan gelisah,resah atau sengsara..
Kerana Dia tidakkan pernah melupakanmu, Malah Dialah yang sentiasa
Mengasihi dan menyayangi mu....
Lantaran DIA yang terbaik, DIA akan menentukan yang terbaik untukmu,

Andai si dia yang terbaik untukmu,
Berdoalah agar di satukan hati dia dan kamu atas jalan Nya,
Dan redhalah atas segala ketentuan Nya andai dia bukan untuk mu...
Dan itulah yang terbaik buat kalian, Kalau ada jodoh tak ke mana...
Yakinlah! Apakah benar engkau meyakini takdirNya?

Maafkan aku teman,
Bicaraku penuh ketegasan, Aku tidak membencimu,
Namun yang ku benci mungkar itu,
Dan kerana aku takutkan api yang menjunam itu,
Aku menegur yang mana mampu, Kerana aku ingin bersamu ke
Syurga nan indah yangkan kekal abadi,
Bukannya An-Narr yang terlalu pedih dan seksa, untuk kita tempuhi
Nauzubillahi min zalik...

Sama-samalah teman,
Pagarilah imanmu, Agar si iman itu tidak terlepas,
Cintailah DIA, Kerana DIAlah penjaga iman kita...
Yakinlah dengan DIA... Serahkan segalanya pada DIA...
Kerana DIA tahu yang terbaik, Sedangkan kita tidak...

Thursday, July 2, 2009

SATU AMALAN NILAINYA SYURGA


Di padang Mahsyar segala amalan manusia ditimbang oleh Allah. Mana yang lebih banyak pahala dimasukkan ke syurga sementara yang berat timbangan dosa dihumban ke neraka.


Seorang hamba Allah didapati kurang satu amalan (mata) saja untuk melayakkan dia masuk ke syurga. Jika mengikut perkiraan, dia adalah calon neraka tapi Allah Maha Penyayang akan hambanya. Allah memerintahkan orang itu mencari satu lagi mata untuk melayakkan dia ke syurga.


Puas dia merayau dan mengemis dari seorang ke seorang untuk mendapatkan satu kebajikan saja namun hampa. Masing-masing memerlukan walau satu kebajikan. Kesemuanya mengatakan nasib mereka belum menentu, bagaimana hendak memberikan satu pahala.


N
amun dia tidak berputus asa. Akhirnya berjumpa dengan seorang hamba Allah yang bersimpati dengannya. Dia mengatakan hidupnya bergelumang dengan dosa dan sepanjang hidupnya hanya membuat satu kebajikan saja. Padanya satu pahala itu tidak membawa sebarang makna,kerana menyangkakan dia akan masuk ke neraka akhirnya. Oleh sebab simpatinya kepada orang itu, dia memberikan satu pahala itu kepadanya.

Dengan gembira yang tidak terhingga dia kembali menghadap Allah membawa pahala tersebut. Dia menerangkan apa yang berlaku. Oleh sebab sikap penderma yang pemurah itu, Allah menyuruh orang itu mencari penderma berkenaan untuk dimasukkan bersamanya ke dalam syurga.

MORAL & IKTIBAR:


Janganlah kita meremehkan sesuatu amalan itu walaupun ianya kecil kerana ia tetap akan dinilai besar disisi Allah S.W.T. Kerana dengan sekecil-kecil amalan itulah yang mampu menyelamatkan kita di akhirat kelak untuk dimasukkan kita ke dalam syurga atau dihumbankan kita ke dalam neraka kerana kurangnya amal.


All





Bingkisan Untuk Para Dai'e


Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang seperti sia-sia... Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.. Allah sudah menghitung airmatamu...


Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja... Allah sedang menunggu bersama-samamu...


Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk bertanya khabarmu..... Allah sentiasa berada di sampingmu...


Ketika kau fikir bahwa kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi... Allah mempunyai jawapannya...


Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa tertekan... Allah bersamamu untuk menenangkanmu...


Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan... sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu...


Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur... Allah telah pun memberkatimu...


Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban... Allah akan tersenyum kepadamu...


Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu...


Oleh itu ingatlah bahawa dimanapun kau atau ke manapun kau berada...Allah akan mengetahui dan sentiasa berada di sampingmu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...