Wednesday, November 30, 2011

Yang Remeh Temeh...



Ada mata pandang
Ada telinga dengar
Ada mulut diam
Ada tangan garu
Ada kaki goyang

Ada otak pandai
Ada akal pakai
Ada bijak gadai
Ada mata pejam
Ada mulut kunyah

Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu
Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu

Rela jadi tunggul
Rela jadi patung
Tunggu dilelong
Suruh angguk-angguk
Suruh geleng-geleng

Oh puji lah aku
Ampu lah aku
Senang hidupmu
Ada tangan tadah
Ada maruah campak

Catatan Penulis:

Hidup jangan jadi pak turut... Nanti redha-Nya tersangkut...

Sunday, November 27, 2011

Tarikh Sebenar Hijrah Nabi Bukannya 1 Muharram..

Assalamu'laikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Alhamdulillah, hari ini kita semua telah berada di permulaan tahun baru hijrah 1433.. Mudah-mudahan dengan permulaan kalendar baru dalam Islam ini, memungkinkan kita semua untuk terus menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya yang baru sahaja sehari meninggalkan kita.

Cuma sedikit info yang aku nak kongsikan bersama pembaca semua, mengikut pengkaji sejarah dan ulama' Islam tarikh sebenar Nabi S.A.W memasuki kota Madinah bukannya 1 Muharram akan tetapi pada tanggal 12 Rabi'ul Awal. Dan penggunaan kalendar hijrah cuma dilaksanakan pada zaman pemerintahan Saidina Umar Bin Al-Khattab kerana pada masa itu umat Islam belum mempunyai kalendar mereka sendiri. Maka peristiwa hijrah Nabi menjadi titik-tolak kepada permulaan pengiraan dalam kalendar hijrah ini dengan 1 Muharram dipilih kerana pada bulan ini telah pulangnya umat Islam dari menunaikan fardhu haji di Makkah pada bulan Zulhijjah.

Ulasan terperinci : SINI



Baca Juga : Lembaran Hijrah-Benarnya Abu Bakar Walau Dalam Berdusta

Saturday, November 26, 2011

Blog Baru Pilihan: Love In My Life


KLIK BANNER UNTUK KE BLOG

**P/S:
Bagi yang tidak sukakan alunan muzik yang berkumandang di blog, sila close atau silent volume anda terlebih dahulu sebelum blogwalking...

Thursday, November 24, 2011

Teori 1432H : Berlaku Juga Akhirnya..

Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh tiba di Riyadh hari ini untuk menandatangani pelan damai Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang akan mengakhiri pemerintahan beliau selama 33 tahun itu, kata seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Lanjut : SINI

Dalam gambar:
1-Bekas Presiden Tunisia 4-Bekas Presiden Yaman 3-Bekas Presiden Libya 2-Bekas Presiden Mesir 

Dan [Teori 1432H] merujuk kepada gambar di atas, berlaku juga akhirnya di penghujung tahun hijrah yang masih berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum kita melangkah ke permulaan tahun 1433H..

Catatan Penulis : 

Semoga Allah terus memberikan kemenangan kepada yang hak (benar) dan menjatuhkan yang batil (salah) kepada Islam dan umatnya di seluruh dunia...

Wednesday, November 23, 2011

Wordless Wednesday : Nasi Ganja

Jika di Johor ada...

Nasi Beriani Gam

Maka di Pantai Timur pula ada.. 


 
Nasi Dagang 

serta 

Nasi Kerabu 

Tapi di Perlis ada...


Nasi Ganja 

Catatan Penulis : 

Jangan takut untuk menikmati juadah nasi ganja ini, kerana ia langsung tidak dicampur dengan 'barang terlarang'... Hehe

Tuesday, November 22, 2011

Sungguh Bola Itu Bulat...

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca...

Setelah melalui seminggu yang memenat dan menyibukkan, alhamdulillah baru hari ini berkesempatan hendak menukilkan bicara di sini lagi..

Dan berita utama di blog-blog dan media massa pada hari ini sudah tentulah berkenaan kejayaan Skuad Bawah 23 Malaysia (Harimau Muda) yang berjaya membenam cabaran Indonesia dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA ke-26 yang berlangsung semalam...

Kuasa bola sepak sememangnya hebat.. Ia umpama maruah negara.. Siapa yang menang, dialah juara sebenarnya..

Melayari facebook semalam, rata-rata berbicara berkenaannya.. Satu perkara yang aku perasan, dek bola sepak semua pihak mampu bersatu dan bersemangat dengan mengenepikan perbezaan idealogi dan fahaman politik semata-mata untuk memberikan sokongan kepada skuad Malaysia.. Hatta wujud begitu ramai pengulas sukan jemputan termasuk di kalangan wanita di facebook semalam.. Hehe

Ulasan aku, 

Sungguh bola itu bulat..
Sehingga tiba-tiba begitu ramai menjadi semangat..
Dan menghulurkan sokongan tanpa penat..
Tahniah buat semua pemain dan peminat...


Cuma sebelum melelapkan mata semalam, fikiranku memikirkan tentang perkara ini,

"Bukankah bagus jika penyatuan dan semangat bola sepak ini mampu dipraktikkan juga dalam memastikan kita juga berjaya dalam menegakkan Islam serta memajukan bangsa dan negara sendiri..??".

Kapan bila tibanya saat itu..?? Aku masih terus menunggu....


Monday, November 21, 2011

Show Nasyid MADI (2011) ...


Catatan Penulis :

Persembahan nasyid pelajar sempena Hari Kecemerlangan Pelajar MADI 2011...

Saturday, November 19, 2011

Nostalgia MADI 2011...


Catatan Penulis :

Video ringkas sempena Hari Kecemerlangan Pelajar MADI 2011 yang baru berakhir tadi (19 November 2011...

Friday, November 18, 2011

Tazkirah Jumaat : Majikan & CCTV


Ihsan bermaksud : "Bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah melihat-Nya. Dan sekiranya tidak mampu untuk melihat-Nya, maka bahawa seolah-olah Dia melihat engkau".

Sifat ihsan terhadap Allah S.W.T itu boleh diibaratkan seperti pekerja dan majikannya. Seorang pekerja jika majikan berada di hadapannya, pasti akan tekun melaksanakan tugas kerana sedar yang majikan sedang memerhatikan dia melakukan kerja. Dan jika majikan tidak berada di hadapannya pun, ada CCTV yang akan merakam segala perlakuannya untuk dijadikan bukti yang dia amanah dengan kerjanya.

Sambungan : SINI

Thursday, November 17, 2011

Kenangan Di Penghujung Persekolahan 2011


 Warga MADI 2011

Kenangan Di Penghujung Persekolahan 2011..

Tahun depan, apakah AKU masih di sini..??

Tuesday, November 15, 2011

Ikhlas Mana Boleh Tahu..

 Situasi 1:

Penderma, "Ini sumbangan ikhlas daripada saya sebanyak RM50,000...".

(Sambil menghulurkan replika cek yang tertera tulisan sumbangan ikhlas sebanyak RM50,000 kepada sebuah badan kebajikan dalam sebuah majlis yang dihadiri media).


Gambar Hiasan

Situasi 2:

Boy, "Sayang.. Awak nampak cantiklah hari ini..".

Girl, "Betulkah b..??".

Boy, "Ya.. Ikhlas dari lubuk hati b...".

Dua situasi di atas atas adalah sebahagian kecil kisah yang selalu dikaitkan dengan persoalan ikhlas.

Persoalannya, bila ikhlas itu diikuti dengan ucapan di bibir, betulkah itu apa yang dirasa dalam hati..??

Atau sekadar lain di mulut, lain di hati..??

Masih wujudkah ikhlas itu bila dalam masa yang sama ianya disertakan dengan ucapan di bibir..??

Sedang yang kita tahu dan belajar, ikhlas itu rahsia hati yang hanya diketahui oleh Ilahi...

Mungkin ada yang mahu berkongsi pandangan.. Silakan.. :)

Monday, November 14, 2011

Berbasikal VS Berfixie ...

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Alhamdulillah baru sampai balik ke rumah setelah mengharungi malam yang MENYERAMKAN dalam hutan (ditugaskan sebagai guru pemerhati untuk kem kepimpinan pelajar)... Huhu

Dalam perjalanan pulang, sempat singgah bersarapan di sebuah kedai dengan seorang teman seperGURUan.. Sambil menikmati roti canai dan secawan kopi, mata galak memerhati kepada orang yang lalu-lalang di jalanraya...

Ramai betul orang yang menjadikan cuti Ahad pada hari ini untuk melakukan aktiviti menyihatkan badan.. Orang dewasa dengan aktiviti berbasikalnya manakala remaja dengan aktiviti berfixienya...

Aku tidak tahu bila aktiviti berfixie mula menjadi minat di kalangan anak remaja kerana semasa aku tinggalkan Malaysia dulu, aktiviti ini belum pun popular.. Ramai yang kata basikal fixie ini bahaya kerana kurang dari segi keselamatannya, hatta adik aku sendiri pernah terlibat dalam kemalangan kecil dengan mereka yang berfixie ini... Entahlah, mungkin anda punya pandangan lain...


Gambar hiasan

Satu saja aku hendak tekankan.. Islam suka bila umatnya sihat dan salah satunya adalah dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang menyihatkan badan.. Berbasikal VS berfixie, keduanya-duanya baik untuk tubuh badan.. Cuma dalam keghairahan kita melakukan aktiviti, hal aurat (berpakaian) jangan pula lupa dititik beratkan.. Barulah segala kerja buat kita akan menjadi ibadat dan berpahala... :)

Friday, November 11, 2011

Tazkirah Jumaat : 11.11.11 ...

Hari ini ramai yang mengharapkan sesuatu yang istimewa pada tarikh:



Ada yang yang bakal mendirikan masjid (berkahwin) pada hari ini.. Dan apa pula yang berharap anak yang dikandungkan si ibu dilahirkan pada hari ini.. Namun sedikit malang, akibat terlalu MENGAGUNGKAN tarikh keramat ini, ramai bakal ibu bapa sanggup melahirkan anak secara PAKSA DIRI (melalui proses pembedahan dan seumpamanya)...

Tahun depan terkejar-kejar tarikh 12.12.12 pula... Kepuasan apakah sebenarnya yang ingin dicari pada kehidupan sementara di dunia..??

Yang aku tahu,

"11.11.11 tiada apa yang terlebih istimewa pada tarikh ini melainkan hari ini adalah Jumaat; penghulu sekalian hari..."

Catatan Penulis:
Penulis hendak tarikh keramat 13.13.13.. Pasti tidak akan berkongsi dengan sesiapa.. Boleh sebegitu..??  (~.~)

Blog Review : Fahz

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Setelah lama tak buat blog review, hari ini ada 1 blog aku pilih...

Sebab utama blog ini dipilih:

Blogger ini dah jadi follower kat semua blog aku.. Paling terharu, dia pembaca pertama yang tinggalkan komen setelah hampir 2 bulan blog Kata Jiwa aku hasilkan... Dan entri tu juga dia COPY & PASTE masuk dalam dia punya blog.. Sooob... Sooob.. Terharu sangat.. 

Sedikit pengenalan:

Nama pena Fahz (Maksudnya kemenangan jika mengikut ejaan Bahasa Arab).. Sedap nama, I LIKE.. :)

Seorang blogger wanita yang berasal dari Johor (ada badge Johor Blogger, sebab tu aku tahu) .. Dan jika melihat kepada entri pertama di blognya, usia blog ini belum pun 1 tahun... Tapi follower dah boleh tahan banyaknya... Geledah dia punya entri, kira-kira Islamic Girl jugalah pada perkiraanku...

Nak kenal, jom terjah sini :




P/S : Dah terjah, komen-komenlah apa yang patut...




Teman Sehati.. Sejiwa..??

Bila ada yang bertanya bagaimana rupanya teman sehati dan sejiwa itu, maka dengarlah madahku ini...


Teman sehati.. sejiwa..
Bila engkau mendiamkan diri tanpa bicara..
Pasti memulai dia dengan sapaan mesra..
Walau tanpa berhajat engkau akan tegurnya..

Teman sehati.. sejiwa..
Bila engkau ditimpa dengan kesedihan rasa..
Pasti meringankan untukmu hati yang berduka..
Walau tanpa sedar akan setianya..


Sambungan : SINI


Thursday, November 10, 2011

Segmen : Aku Adalah Blogger



KLIK Banner

Sebab aku seorang blogger, hari ini aku nak promote blog-blog aku :

Kalam Dari Pondok Tua
Dari Kacamata To'Wan
Kata Jiwa : Jiwa Kata

Catatan Penulis :

Pssst...
Tamak tak kalau blogger banyak blog..?? 


Wednesday, November 9, 2011

Kenangan Aidiladha : Handset Penyelamatku..

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Al-kisahnya..

Sabtu malam Ahad yang lalu, aku dihubungi oleh salah seorang AJK surau tempat aku mengimamkan Solat Aidilfitri tempoh hari.. Dan kali ini, sekali lagi aku diminta untuk mengimamkan solat dan membaca khutbah untuk Solat Aidiladha pula...

Persetujuan aku berikan dan bermulalah aktivitiku pada malam itu untuk mencari isi khutbah untuk dibaca usai Solat Aidiladha nanti.. Alhamdulillah khutbah ringkas berjaya aku siapkan (Aidiladha bukan, kang marah pula jamaah kalau lambat bermulanya ibadat korban dek panjangnya khutbahku) Huhu... (~.~)

Pagi Ahadnya..

Bila nak cetak saja teks khutbah itu, printer (pencetak) tiba-tiba pula hal.. Maka keluarlah aku ke bandar untuk mencari kedai yang menyediakan perkhidmatan itu.. Malang nasibku, semua kedai milik Melayu semuanya tutup.. Maklumlah esok dah nak raya.. Yang ada cuma kedai milik Cina yang dibuka.. Tapi itu tetap tidak membantuku dek ada sebahagian kandungan khutbah yang ditulis di dalam Bahasa Arab, maka terbantutlah juga niatku itu... Lalu, pulanglah aku ke rumah dengan perasaan yang sedikit hampa..

Pendek ceritanya...

Akhirnya kandungan khutbah itu aku tukarkan formatnya ke dalam bentuk PDF lalu aku pindahkan ke dalam handset.. Dan pagi raya itu menjadi sejarah hidup, aku berkhutbah menggunakan handset menggantikan teks khutbah... Sehingga usai khutbah, seorang hadirin menegurku, "Wah.. Canggih khatib zaman sekarang, khutbah pun guna handset saja.. Ingatkan nak keluarkan IPad tadi..".

Aku menyambut kata-katanya itu dengan senyuman sedang dalam hati berkata, "Kalaulah kamu tahu kisah di sebaliknya... Hehe..".

Wordless Wednesday : Ini Ubatnya...

Bila aku pening kepala semak kertas jawapan, ini ubatnya...



Erm, nak bagi markah macam mana, tak jawab pun..


Erm, agak-agak la nak tukar kertas jawapan pun..


Erm, memang comel pun..


Erm, cantik khat ni, nak bagi markah lebih memang boleh pun..


Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha 1432H / 2011M



SALAM AIDILADHA 1432H / 2011M kepada seluruh muslimin dan muslimat...

Catatan Penulis :

InsyaAllah blog ini akan kembali aktif beroperasi dalam tempoh beberapa hari lagi.. Ini kerana tuan blog dalam MOOD : PANAS di hari hujan dek daging korban... (=.=)

Published with Blogger-droid v1.7.2

Thursday, November 3, 2011

Mengapa Diperjudikan CINTA..??


Cinta itu bukan satu perjudian.. Untuk menentukan samada kalah atau menang.. Namun ia adalah soal perasaan, dalam menentukan nilai kesetiaan dan ketulusan hati seseorang..


Namun masih ada yang menganggap remeh persoalan cinta.. Kerana kata mereka, "Tiada teguhlah pendirian hidup jika seringkali dikaitkan dengan cinta.."


Silaplah mereka yang pegangannya semikian rupa.. Pentingnya cinta lantaran ia anugerah istimewa Ilahi untuk setiap hamba-Nya.. Sesiapa yang mendapat cinta akan merasai nikmatnya hidup.. Dan sesiapa yang gagal bercinta akan merasakan kosongnya hidup..

Sambungan : SINI

Wednesday, November 2, 2011

Wordless Wednesday : Sebab Orang Selalu TERKEJUT Bila Tengok Aku


Inilah salah satu sebabnya mengapa orang selalu TERKEJUT bila ada yang aku kenali tiba-tiba memanggilku USTAZ di tempat orang ramai (penampilanku) ...  (~.~)

Komen anda..?? 

Patut atau tidak aku dok buat JIWA MUDA macam ni..??

Wordless Wednesday : Ayat Pengasih Atuk


Haji Ali Bin Sulong
92 tahun
Bomoh Perubatan

Individu di atas ialah atuk aku sendiri.. Masih kelihatan bukan gagah jika hendak dibandingkan dengan usianya..??

Banyak ilmu atuk yang sudah diperturunkan kepada anak cucunya, termasuklah aku sendiri.. Cuma dalam banyak-banyak ilmu yang aku dapat itu, ilmu berkenaan ayat pengasih untuk melembutkan hati WANITA sahaja tidak aku amalkan walau tiada unsur-unsur SYIRIK di dalamnya..

Agak-agak pembaca kenapa eh aku tak mahu amalkan..??

Tapi kalau ada sesiapa berhajat nak ambil, boleh saja aku nak bagi.. Hehe (=.=) 

Entri Pembuka Di Satu November

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Hari ini sudah 1 November .. Ini bermakna masih berbaki 2 bulan untuk kita semua menghampiri penghujung 2011..

Untuk anda yang bergelar BLOGGER, rasa-rasa bagaimana pencapaian anda semua sehingga kini..?? Adakah anda sudah mencapai apa yang anda inginkan sebagai seorang penulis maya..?? Tepuk dada, tanyalah diri.. Lalu terjemahkanlah ia dalam bentuk penulisan yang BERKUALITI untuk tatapan dan pembacaan semua..

Aku sendiri..??

Benda yang aku harapkan untuk matlamat jangka pendek mungkin sudah dicapai.. Tapi untuk matlamat jangka panjang, masih jauh rasanya...

Alhamdulillah,  untuk bulan lepas, blog ini menerima jumlah pelawat yang aku sendiri tidak menjangka akan jumlahnya.. Dan ia menjadi trafik tetinggi buat masa ini setelah beberapa bulan kedudukan itu dipegang oleh trafik di bulan April 2011...

Ni UV (Unique Visitors) untuk bulan Oktober yang aku printscreen dari Nuffnang..


Tidaklah sebanyak mana pun jika hendak dibandingkan dengan blogger yang lain, tapi yang pasti ianya satu peningkatan sekali ganda berbanding trafik pada bulan April...

Dan akhir kalam, aku akan terus berada di arena blog ini selagi Allah mengizinkan aku untuk berbuat demikian dan selagi mana ada yang mahu membaca penulisan-penulisanku di blog ini serta blog-blogku yang ini juga : - 



SEGMEN JOM NAIKKAN JUMLAH FOLLOWER DENGAN MENDADAK!


Segmen pertama aku join untuk bulan November ini.. Manalah tahu dapat lagi seorang dua FOLLOWER BERKUALITI... Nak join juga, sila klik : SINI

Tuesday, November 1, 2011

Rumah Kecil Tiangnya Seribu..



Rumah kecil tiangnya seribu
Rumah besar tiangnya sebatang
Waktu kecil kau di timang ibu
Dewasa mu di pukul gelombang

Berhijrah ke alam remaja
Menguji ketabahan jiwa
Tiada seindah impian
Sesungguhnya hidup perjuangan

Cabarannya tetap datang
Umpama laut bergelombang
Yang gagah akan berdiri
Yang lemah akan ketepi

Berjaya disanjungi
Kecewa dibenci
Begitulah lumrah manusia
Agar kau tak kecewa

Catatan Penulis :

Adakah kalian memahami akan apa yang aku rasa dan cuba sampaikan..??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...