Wednesday, June 15, 2011

Politik Islam, SPR dan Pengundi..

Salamullahi'alaikum, ucapan salam buat segala makhluk di langit serta di bumi..

Terasa jarang benar aku berbicara tentang politik di laman ini.. Bukan tidak berkeinginan, cuma aku bukan ahlinya.. Takut-takut bila tersalah bicara, kata-kataku bisa menyakitkan insan lain, takut ianya juga akan mengundang murka ilahi.. Atas dasar itulah terkadang, diam itu lebih baik dari berbicara meskipun kita mengetahui kebenarannya, dan terkadang pula berbicara itu lebih baik dari mendiamkan diri jika kita mengetahui kebenarannya..

Aku tiba-tiba timbulkan persoalan politik ini bilamana ku lihat masih ramai yang keliru dengan kedudukan politik di dalam Islam itu sendiri. Bukan mereka tidak mahu cuba untuk memahami, tetapi keadaan sekeliling yang mempengaruhi sehingga timbul pula sesetengah pihak yang cuba mempolitikkan pengajaran politik di dalam Islam demi kepentingan politik ciptaan sendiri..

Maka aku cuba rungkaikan sedikit kekeliruan mereka itu dengan menukilkan aktikel yang (INI) ...

Dan 9 Julai 2011 nanti pula katanya.. Bakal diadakan himpunan (demontrasi) besaran-besaran untuk menuntut beberapa perkara daripada SPR (Suruhanjaya Pilihanraya) dengan apa yang dinamakan dengan program BERSIH 2.0.. Dan daripada maklumat yang sampai ke telingaku juga, ada 8 tuntutan kesemuannya di dalam perhimpunan itu nanti..

Tak inginku berbicara tentang hukum perhimpunan itu.. Tidak inginku menyatakan samaada menyokong @ membangkang perhimpunan itu.. Tidak inginku menganalisis natijah daripada perhimpunan itu nanti..

Kerana.. Negara kita punya ahli-ahli agama yang cukup tinggi ilmunya untuk menyatakan hukum.. Negara kita punya penyokong dan pembangkang yang akan mempertahankan ideologi dan tindakan masing-masing.. Negara kita punya penganalisis politik berwibawa yang akan berbicara di media-media massa yang akan diperuntukkan kepada mereka nanti..

Cuma soalku, mengapa jalan ini yang dipilih oleh mereka yang ingin berdemontrasi..??

Kepentingan politik..?? Atau saluran yang sudah sedia ada kini tidak lagi relevan..?? Entah, hanya mereka punya jawapannya..

Dan bagi kita pula yang bergelar rakyat Malaysia beragama Islam yang sudah menjangkau umur 21 tahun, sudahkah anda berdaftar sebagai pemilih..?? Tahukah anda sebenarnya menjadi pengundi itu merupakan benda yang diwajibkan di dalam Islam..??

Maksud hadis Nabi S.A.W :

"Sesiapa di antara kamu melihat sesuatu kejahatan, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan lisannya dan sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan hatinya. Yang demikian itu (mengingkarkan dengan hati) adalah selemah-lemah iman". [Riwayat Muslim]

Mengubah dengan tangan dalam mafhum hadis di atas bukanlah dengan semata-mata menggunakan kekerasan, bahkan satu undi yang diberikan untuk menumbangkan kejahatan, maka itu juga sebenarnya dikira sebagai cabang iman.

Wallahu'alam.

***

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts