Wednesday, June 22, 2011

Ke Mana Roh Kita Selepas Mati...

Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a telah ditanya tentang ke mana roh pergi setelah ia keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar r.a : "Roh itu menuju ke tujuh tempat" :-

· Roh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.
· Roh para ulama menuju ke syurga Firdaus.
· Roh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyin.
· Roh para syuhada' (orang yang mati syahid) berterbangan seperti burung di syurga dengan kehendak mereka.
· Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
· Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misk (kasturi).
· Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa beserta jasadnya sampai hari kiamat.

Catatan Penulis :

Sesungguhnya manusia diberi hanya sedikit ilmu berkenaan perihal roh. Dan jika kita cuba untuk menjangkaui batas kemampuan akal, nescaya akan rosakkah aqidah serta pegangan kita.

Firman Allah Taala dalam surah Al-Isra' ayat 85 yang bermaksud :

"Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu termasuk urusan Tuhanku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit."

Berkenaan tempat perginya roh selepas matinya seorang manusia pula, Imam Ibnu Qayyim Al-Jauzi Rahimahullah mengatakan, "Arwah bertempat sesuai darjatnya, adakalanya di alam barzakh, ada yang di syurga ‘Illiyyin seperti roh para nabi, ada yang berada di sekitar syurga; pergi ke mana yang disukainya iaitu roh sebahagian syuhada', ada arwah yang ditahan di pintu syurga, ada arwah yang ditahan di kuburnya, ada juga arwah yang ditahan dibumi dan sebagainya.

[ Ar-Roh fi Dirasat al-Mutakallimin wal Falasifah - Muhammad Said Ahmad Al-Maisir ]

Wallahu'alam.

Nota Kaki :
Arwah bermaksud : Roh-roh

***

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts