Tuesday, June 14, 2011

Berkat Orang Alim..

Salamullahi'alaikum, ucapan salam pembuka bicara..

Entri ni sambungan daripada kisah yang INI ; kisah penulis dan dan mak cik penjual putu buluh..

Sambil menunggu mak cik tu menyiapkan putu buluh yang aku minta, aku mengambil sedikit masa untuk bersembang dengan dia.. Banyak juga hal yang diperbualkan terutama berkenaan dengan pengajianku di Yaman..

Usai mak cik itu menghulurkan putu buluh yang aku minta, aku mengeluarkankan wang untuk membayar harganya.. Lantas mak cik itu bersuara, "Tak payah la ustaz, saya niat sedekah.. Nak tumpang berkat orang alim..".

Tiba-tiba saja timbul rasa segan dalam diri.. Alimkah aku ni sampai begitu sekali layanan si mak cik kepada aku..??

Selepas mengucapkan terima kasih dan mengambil putu buluh, aku pun berlalu pergi. Dalam diri dok teringat kisah yang pernah diceritakan oleh salah seorang ustazku..

Menurut cerita ustazku itu, Tok Kenali semasa hidupnya saban pagi akan ke pasar untuk membeli barangan keperluan harian. Dan di setiap gerai yang disinggahinya, pasti si peniaga akan memberikan sahaja barang-barang yang ingin dibelinya tanpa mengenakan apa-apa bayaran.

Yang menariknya, setiap gerai yang disinggahi oleh Tok Kenali, pasti akan habis jualannya pada hari itu. Inilah yang dinamakan keberkatan orang alim sebenarnya. Mereka-mereka yang menjadi penyebar juga penegak agamaNya, pasti Allah akan kurniakan dengan karamah (kemuliaan).

Atas dasar itulah, bila aku membaca satu artikel yang ditulis oleh seorang penulis di surat khabar tempoh hari yang memperkecil-kecilkan air penawar yang dijampi oleh orang alim juga dia menyamakan air itu tidak lebih seperti air holy water yang dibuat oleh gereja-gereja Kristian, terasa betapa dangkalnya si penulis.

Dengan bersandarkan kepada dalil bahawa pada zaman nabi tiada pun air penawar seperti itu, apakah si penulis sebenarnya betul-betul memahami apa yang dikatakannya itu..??

Bukanlah Al-Quran itu diturunkan sebagai penawar untuk mereka yang mengaku beriman..??

Maksud firman Allah S.W.T dalam surah al-isra' ayat 82 :

"Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian".

Soalku kepada si penulis,

Apakah mereka yang alim itu membuat air penawar menggunakan ayat-ayat atau benda-benda yang dilarang dalam agama..??

Apakah air holy water itu pula kaedah pembuatannya sama sahaja seperti air penawar si alim dari segi bacaannya..??

Dalam Islam, kita disuruh berubat dan berikhtiar walau dengan apa cara sekalipun selagimana tidak bertentangan dengan batas-batas yang ditetapkan oleh agama.

Jika si penulis menyoalkan bahawa pada zaman nabi tidak ada kaedah perubatan seperti itu, wajar atau tidak jika aku katakan pembedahan jantung juga tidak boleh kerana perkara seperti itu tidak pernah berlaku pada zaman nabi..?? Jika orang itu sakit, maka biarkan sahaja dia mati..

Yang perlu kita semua faham sebenarnya, ada sebahagian hukum dan syariat di dalam Islam itu bersifat qot'ie (tetap) tidak berubah dengan perubahan zaman seperti kewajipan solat lima waktu dan seumpamanya, sedang di sana juga ada sebahagian lagi yang boleh berubah mengikut masa, suasana juga tempat.

Wallahu'alam.

Catatan Penulis :

Ya Allah terasa betapa kerdil diri ini.. Selautan ilmu yang Engkau berikan, jika habis disedut segala isinya, pasti tidak akan mampu menandingi segala ilmu pengetahuanMu...

***

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts